GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday, 25 November 2012

MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR (SIRI 1)


MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR
Beliau adalah anak kepada Syeikh Jaafar As-Sadiq & merupakan ciut (keturunan kelima) kepada Rasulullah S.A.W melalui Syaidina Hassan. Oleh kerana ucapan beliau dalam siri ini mencapai 19 kata mutiara, maka kami bahagikannya kepada 2 siri. Kita mulakan dengan siri pertama.

Seperkara lagi, oleh kerana saya ini pendokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ), maka saya menggunakan perkataan Syeikh kepada beliau, bukan Imam Baqir (a.s) seperti yang dibuat oleh para Syiah. Mudah-mudahan anda mendapat kefahaman.
 
UCAPAN BELIAU [1]
JIWA YANG AGUNG
 “Kuwasiatkan lima hal kepadamu: (1) jika engkau dizalimi, jangan berbuat zalim, (2) jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat, (3) jika engkau dianggap pembohong, janganlah marah, (4) jika engkau dipuji, janganlah gembira, dan (5) jika engkau dicela, kontrollah dirimu”.

TAMBAHAN KATA : Semua orang mengharapkan dirinya mempunyai jiwa yang kudus, yang suci, yang agung. Tetapi tidak ramai yang berani menekan nafsunya. Bahkan satu perkara yang lumrah sekarang ini, ramai orang bertindak mengikut nafsu  Nafsu No 1, Allah No 2... Anda  jangan tanya saya. Anda boleh lihat contohnya di mana-mana sahaja.

Ramai orang berlaku zalim. Mereka menggunakan kuasa yang ada menekan pihak di bawahnya. Ramai orang melakukan pengkhianatan, samada secara sedar atau tidak. Ramai orang marah-marah bila kedudukannya tercabar atau kata-katanya disanggah. Ramai orang tersenyum gembira bila kena "ampu" atau dipuji melangit. Ramai orang mudah hilang pertimbangan bila berhadapan dengan celaan dan kritikan.

Awasilah dirimu daripada melakukan 5 perkara di atas sekalipun kamu DI PIHAK YANG BENAR. .
 
UCAPAN BELIAU [2]
AKIBAT BAIK & BURUK
“Alangkah mungkin orang yang tamak kepada dunia akan mendapatkannya di dunia. Akan tetapi, ketika ia mendapatkan seluruhnya, dunia itu akan menjadi bala` baginya dan ia menjadi sengsara karenanya. Dan alangkah mungkin seorang membenci urusan akhirat. Akan tetapi, ia dapat menggapainya kemudian dan ia hidup bahagia karenanya”.

TAMBAHAN KATA ; Anak dunia (gelaran kepada orang yang gilakan dunia) adalah anak yang tidak sihat pemikirannya, perutnya buncit, banyak penyakit,, kulitnya berkurap dan sebagainya. Ia akhirnya mati dalam keadaan ternganga menginginkan makanan sedangkan perutnya sudah buncit kekenyangan. Ingatlah, dunia ini tidak lebih daripada bangkai yang busuk. Aduhai.

Anak akhirat pulak putih bersih kulitnya, sihat badannya & hidup dalam keadaan damai. Ia kemudian mati dengan segala kemuliaannya.
   
UCAPAN BELIAU [3]
“Tiada keutamaan seperti jihad dan tiada jihad seperti menentang hawa nafsu”.

UCAPAN BELIAU [4]
“Ambillah nasihat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya”.

UCAPAN BELIAU [5]
INDAHNYA KESABARAN YANG DISERTAI ILMU
“Tidak ada gabungan yang lebih indah dari kesabaran yang digabung dengan ilmu”.

Untuk anda lebih memahami maksudnya, mari kita lihat petikan di bawah.
TAMBAHAN KATA : Maksud petikan di atas, Kalau anda ingin bersabar, pastikan kesabaran anda ada hujjah ilmu.  Jangan bersabar secara bodoh sehingga kerana itu, anda diperlakukan seperti keldai. Samalah juga seperti anda ingin marah. Kemarahan anda biar dilandasi hujjah ilmu. Jangan marah secara sembrono sehingga anda ditunggangi syaitan.

UCAPAN BELIAU [6]
KESEMPURNAAN YANG PALING SEMPURNA.
“Kesempurnaan yang paling sempurna adalah [1] tafakkuh (mendalami) agama, [2] sabar menghadapi musibah dan [3] ekonomis dalam mengeluarkan biaya hidup”.

TAMBAHAN KATA : Saya pun teringat kepada hadis berikut, "Barangsiapa yang bersolat istikharah, nescaya ia tidak akan rugi, barangsiapa yang bermesyuarat (sebelum sesuatu urusan), nescaya ia tidak akan menyesal, barangsiapa yang berhemat (ekonomis), nescaya ia tidak akan papa kedana"

Maka kerana itu, berhematlah (berjimat cermatlah) atau ekonomislah dalam kehidupanmu. Maksud hadis di atas & kata-kata syeikh Baqir di atas sudah cukup menjadi ingatan kepada dirimu yang boros.

Kemudian, sebagai tambahan, jika kamu mahukan dirimu , anak-anakmu & ahli keluargamu termasuk orang-orang yang baik & berilmu, elok sahaja kamu amalkan doa di bawah. Semoga bermanfaat. Semoga kamu dimudahkan memahami ilmu agama.
 
.   
UCAPAN BELIAU [7]
TIGA KRITERIA AGUNG
“Tiga hal adalah kemuliaan dunia dan akhirat: [1] memaafkan orang yang menzalimimu,  [2] menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan [3] sabar ketika engkau diperlakukan sebagai orang bodoh”.

TAMBAHAN KATA : Kalau anda ingin menjadi orang mulia, terimalah jalan di atas sebagai jalan menuju kemuliaan. Orang yang mulia mengisi hatinya dengan KEMAAFAN, SILATURRAHIM & KESABARAN. Sedangkan orang yang hina mengisi hatinya dengan KEMARAHAN, PERPECAHAN & KEBODOHAN. Tepuk dada, tanya iman anda.

UCAPAN BELIAU [8]
 “Sesungguhnya Allah membenci seseorang yang meminta-minta kepada orang lain berkenaan dengan kebutuhannya, dan menyukai hal itu (jika ia meminta kepada)-Nya. Sesungguhnya Ia suka untuk diminta setiap yang dimiliki-Nya”.

TAMBAHAN KATA ;  Berdoalah setiap masa kepada Allah sebagai tanda kebutuhanmu padanya. Yakinlah bahawa KAMU (sebagai manusia) ada 4 sifat yang memerlukan tuhan di sampingmu. Kamu itu LEMAH, HINA, FAQIR & KURANG. 

Barangsiapa yang merasa dirinya tidak mempunyai semuanya atau salah satu daripada sifat-sifat di atas, maka dialah sebodoh-bodoh manusia (Kitab Al-Hikam).


UCAPAN BELIAU [9]
KEUTAMAAN ORANG ALIM ATAS ABID
“Seorang alim yang dapat dimanfaatkan ilmunya lebih utama dari 70 abid.


TAMBAHAN KATA : Jadilah orang yang alim dengan banyak belajar & mencari ilmu. Dekatilah para ulamak dan kutiplah segala kata nasihat daripada mereka. Kata Imam Syafie, orang yang berilmu itu adalah orang yang "menjadi". Sila rujuk kembali kepada entri WASIAT IMAM SYAFIE"  dalam blog ini.

Sekian terima kasih. 26.11.2012    7.41 am

3 comments:

  1. TERIMA KASIH DI ATAS INFO ANDA. SEMOGA TUHAN MENGANJARI ANDA SETIMPALNYA

    ReplyDelete
  2. imam baqir merupakan ayah kepada imam jaafar sadiq. Jalur nasabnya begini, jaafar assadiq bin muhammad baqir bin ali zainal abidin (assajjad) bin husain bin ali bin abi thalib. Dan kedua-duanya dari jalur al-husain, bukan dari al-hassan. Baik ahlussunnah mahupun syiah dan madzhab lain mengakui jalur nasab ini. Mohon diperbetulkan. *tidak salah guna perkataan "imam" sebab mereka ini walaupun diangkat sbg imam syiah, mereka masih lagi imam dari sudut ilmu di zamannya dan termasuk salaf al-salih yg diakui ahlussunnah (ASWJ). Imam abu hanifah dan Imam Malik pun belajar dgn Imam Jaafar Sadiq. Tapi terpulanglah kalau mahu menggunakan perkataan syeikh (utk membezakan/menghormati) cuma tak salah kalau mahu guna perkataan imam. Cuma harus dijelaskan, dalam ilmu nasab terutama keturunan Rasulullah, panggilan syeikh (yg khusus merujuk pada pemuka agama pada zamannya) itu lebih terkemudian (sekitar abad ke-7 H). Ini sbg informasi tambahan. Wallahu'alam bissawab.

    ReplyDelete