Seorang anak angkat saya, H menghantar sebuah sms sekitar 10.19 pm malam tadi.
Kebetulan saya baru balik dari Majlis Solat Hajat SPM di sekolah saya.
Keletihan sangat. Lagi pula pertanyaannya sangat berat. Tak sesuai menjawab secara sms. Lebih baik saya menggunakan medium blog
Fikir punya fikir, elok saya
jawab di sini. Ia sebuah soalan universal yang ingin ditanya semua orang &
jawapannya ingin diketahui semua orang.
“Kenapa Tuhan menjadikan manusia
berbeza-beza sedangkan mempunyai akal fikiran yang sama?. Kenapa mesti ada
kelebihan & kekurangan?”
Oleh kerana soalan ini berbentok
akedemik & berkaitan kemampuan akal, maka eloklah saya menjurus jawapan itu
kepada perbahasan kecerdasan.
KENAPA MANUSIA ITU BERBEZA
KECERDASANNYA?
Ya, Kenapa manusia itu berbeza
kecerdasannya sedangkan mereka diberi akal fikiran yang sama? Kenapa Tuhan
tidak menjadikan tingkat kecerdasan itu sama sahaja? Why the level of our
intelingent differ each other?
SAYA SUKA MENJAWAB SEPERTI INI.
Di Malaysia, semua orang makan
nasi. Macam-macam jenis nasi ada dijual. Di Kelantan, ada nasi berlauk, kerabu
& dagang. Di Trengganu pun begitu. Kalau waktu tengahari, ada pula nasi ayam dan nasi
campur. Ada
yang berlauk ikan atau ayam atau daging. Ada
yang suka makan sayur pucuk paku, kacang panjang & bendi. Ada
pula yang suka makan terung, kobis dan sebagainya.
Sedapnya nasi ayam |
Wah banyaknya kepelbagaian nasi
yang kita makan. Maknanya banyak benda yang mesti kita campurkan untuk
membentok nasi tersebut. Contoh nasi ayam atau nasi campur, mesti ada beras, ikan atau ayam
atau daging, sayur, sambal, ulaman dan sebagainya.
Nasi campur, sedap dimakan |
Yang menghasilkan beras biasanya
para petani, samada di Kedah, Kelantan, Perak, Selangor atau kita impot dari
luar.
Yang menghasilkan ikan biasanya
para nelayan di tepi pantai. Merekalah yang bertungkus lumus siang malam
mencari ikan untuk dijual.
Yang menghasilkan ayam atau
daging, biasanya para penternak yang berada di merata tempat. Ada yang mengusahakan secara kecil-kecilan,
dan ada juga secara feedlot.
Begitu juga tentang sayur. Ada yang datang dari kampong,
Setengahnya pula dari ladang-ladang persendirian. Manakala setengahnya pula
dari Cameroon Highland.
Secara perbandingannya, para
petani, nelayan, penternak & pekebun sayur mempunyai tahap pendidikan yang agak
relatif rendah. Ada
beberapa factor. Boleh jadi peluang pendidikan tidak meluas di zaman mereka,
masalah kemisikinan atau memang Tuhan telah mentakdirkan mereka mempunyai tahap
kecerdasan agak rendah.
Maaflah. Saya tidak berniat menghina sesiapa. Saya sendiri
berasal dari keluarga miskin. Ibubapa saya pernah berkerja sebagai penoreh
getah, pekebun & penternak. Saya sendiri pernah menoreh getah, menanam
sayur & memelihara lembu, kambing dan ayam.
Adek beradek saya 5 orang. Saya
yang sulong (guru), adek kedua (perempuan) berniaga kecil-kecilan di kampong,
adek ketiga (lelaki) buruh binaan, adek
keempat (lelaki) pekerja kilang besi di KL & yang bongsu (lelaki), pereka
dalaman di KL.
Tahap pendidikan kami tak sama,
tahap kecerdasan juga tak sama, kerja juga tak sama. Kenapa semuanya berlaku
sedangkan kami berasal dari ibu & bapa yang sama? Jawapannya, kerana TUHAN
MENTAKDIRKAN PERBEZAAN ITU.
Berbalik kepada cerita para petani, nelayan, penternak & pekebun
sayur di atas, hendaklah kita terima ketentuan Allah S.W.T. Tuhanlah yang
mentakdirkan pekerjaan setiap orang.
Dan untuk menentukan kesesuaian
setiap orang dengan pekerjaannya, maka diberilah tahap kecerdasan yang berbeza.
Ada yang genius,
pandai, sederhana pandai, lemah, lemban dan sebagainya.
TUHANLAH YANG MENTAKDIRKAN
PERBEZAAN ITU.
Sebab itu, orang yang pandai,
cerdik, kaya, mulia dan setara dengannya (mari kita namakannya, golongan elit,
golongan profesional), jangan sesekali menghina, membenci, mengherdik,
menjerkah dan sebagainya terhadap orang yang miskin, hina, lemah, lemban dan
sebagainya (golongan marhein).
Kalau tak ada golongan marhein, kita semua tak dapat makan nasi, tak dapat makan ikan segar, tak dapat merasa ayam proses atau daging yang segar. Kita juga tak dapat makan sayur yang pelbagai.
Kalau depa mogok selama seminggu
je, kita semua akan lapar, kebulur, kurus
kering macam hantu jerangkung. Laki bini akan berkelahi tak
berhenti-henti pasal tak cukup makan. Anak-anak pula akan menangis &
meraung kelaparan siang malam.
Kalau nak diharapkan kepada golongan
elit & profesional, supaya menanam padi atau sayur, menangkap ikan di laut,
sungai atau tasik atau memelihara ayam
& lembu, sampai kiamat pun tak jadi,
tak selesai. Depa tak reti apa-apa. Tak reti sikit pun.
SETIAP PEKERJAAN ADALAH IBADAH.
Kepada yang jadi petani,
berkerjalah dengan niat menyara keluarga dan mengenyangkan hamba Allah yang
lain, maka perkerjaannya itu adalah ibadah dan mendapat pahala yang banyak dari
Tuhan. Sampai anda masuk ke kubur, pahala itu akan berterusan masuk kepada anda.
Demikian juga kerja-kerja lain.
Nelayan, penternak, penoreh, pekebun sayur dan sebagainya. Selagi pekerjaan itu
memberi manfaat kepada manusia umumnya dan orang Islam khasnya, maka selagi itu
anda mendapat pahala dari Tuhan. Pekerjaan anda itu dikira ibadah.
TERIMA KASIH AYAH BONDAKU
Terima kasih, wahai ayah bondaku kerana pernah memberi pengalaman berharga kepadaku seperti menoreh getah, menanam padi, menanam tembakau, menternak lembu, kambing & ayam. Pengalaman itu menjadikan saya sangat berterima kasih kepada mereka (golongan marhein).. Jangan sesekali menghina & merendahkan mereka. Tangan mereka lebih mulia daripada kita. Hati mereka lebih jernih daripada kita.
CONTOH MAKRO
Apa yang saya sebutkan di atas
itu adalah contoh makro. Setiap orang, samada doctor, jurutera, guru, akitek, askar, polis
atau sesiapa sahaja sangat mengharapkan kewujudan golongan marhein untuk
mendapat keperluan hidup mereka. Tolong jangan meninggi diri, bongkak, sombong, berlagak & sebagainya. .
Begitu juga sebaliknya, Mereka juga memerlukan kita untuk hidup mereka. Pendek
kata, setiap orang perlu bantu membantu &
lengkap-melengkapi. Golongan marhein dengan penghasilannya, Guru dengan sumbangan pendidikannya, doctor & jururawat dengan sumbangan kesihatannya, askar & polis dengan sumbangan kawalannya dan sebagainya.
CONTOH MIKRO
Dalam sesebuah universiti, akan
wujud pelajar yang cemerlang sehingga mendapat Sijil Dekan (SD) berturut-turut.
Ada pula yang
sederhana pandai. Dan ada juga yang terkial-kial. Kenapa Tuhan tak menjadikan
mereka sama sahaja? Demikian maksud sms H yang saya fahami.
Saya akan menjawabnya dari sudut
pengalaman saya. Saya juga pernah belajar di Universiti. Ada subjek yang saya skor, dan ada juga yang
saya lemah sampai gagal beturut-turut. Konsep penyelesaian masalah saya mudah sahaja.
[1] MEMPUNYAI STUDY GROUP yang konsisten. Kalau timbul masalah, kami
akan berkumpul setempat untuk mencari jawapan & membuat pembahagian tugas. Ada masanya saya suka
lone-ranger (bersendirian) tetapi ada masanya study group itu sangat
diperlukan.
[2] PENYELESAIAN SEGERA. Slogan saya
belajar dahulu ialah PENYELESAIAN SEBELEUM MATAHARI TERBENAM. Kalau saya ada
masalah tak faham, tersangkut atau apa sahaja, saya akan selesaikan hari itu
juga. Saya tak suka bertangguh-tangguh, kerana bertangguh-tangguh itu tak
menjadi. Kadang-kadang saya tanya rakan, pensyarah atau terus ke perpustakaan.
[3] TIDAK KEDEKUT ILMU. Saya
percaya Ilmu itu adalah cahaya dan patut disebarkan. Saya suka buat kelas tuisyen
percuma kepada rakan-rakan yang lemah. Ada
2 manfaat. [1] Dapat menolong rakan &
mendapat pahala kerananya, [2] Ilmu saya semakin berkembang & saya
semakin faham. Saya tak rugi apa-apa.
[4] BERZIKIR KEPADA TUHAN. Saya
suka mengamalkan YA LATIIF (Yang Maha Lemah Lembut) 130X selepas Subuh untuk
memudahkan semua kerja akedemik saya. Dan saya juga suka mengamalkan Surah
Al-Baqarah (1-5), Ayatul Kursi, 2 ayat sesudahnya, Amanar Rasul & 1 ayat
sebelumnya sebelum tidor. Gabungan ayat-ayat ini adalah sebagai penguat hafalan
& mudah faham. Kalau anda nak amalkannya, tolong istiqamahkannya sehingga
40 hari. Kalau berterusan, lagi baik.
Bagi maksud kefahaman H itu,
sebenarnya tahap kecerdasan yang berbeza itu membolehkan kita saling
berinteraksi, berkomunikasi & tolong-menolong satu sama lain. Hidup ini sangat
indah jika kita dapat berkampung dengan tugasan masing-masing. Kemudian kita
saling bantu-membantu untuk lengkap-melengkapi.
No comments:
Post a Comment