REMAJA MASAKINI & KAITANNYA DENGAN MISTERI, KHURAFAT & TAHYUL
Saya ingin memaparkan sebuah
entri misteri. Anak-anak zaman sekarang agak moden & ingin lepas bebas.
Semua remaja, sekitar 13 – 17 tahun menginginkan sesuatu sebagai milik pribadi mereka.
Mereka ingin memiliki akaun facebook, telefon bimbit pribadi & pelbagai
keperluan lain
Sebagai pendidik, saya bimbang
kepada nasib pelajar-pelajar saya. Sebagai bapa, saya bimbang tentang keadaan
putri saya. Sebagai ahli masyarakat, saya bimbang kepada masalah sosial
remaja-remaja di tempat saya.
Di negara-negara barat (khususnya
Inggris dan Amerika) ada satu cerita misteri yang berkembang di kalangan
masyarakat. Kemudian cerita misteri itu dijadikan permainan. Sebagai analogi, di
Malaysia ada permainan SPIRIT, di Indonesia ada permainan JAELANGKUNG. Di sana ada kisah &
permainan BLOODY MARY
Ini satu permainan bahaya yang
menjejaskan akidah. Ia lebih bahaya dari dadah, arak & mat rempit. Anak-anak muda tentunya
ingin mencuba. Mereka berkumpul beramai-ramai tanpa rasa takut. Tetapi
permainan seperti disebutkan di atas melibatkan penggunaan jin. Hukumnya tetap
haram kerana jelas syirik.
Penagih dadah, arak & mat
rempit melakukan dosa mengikut nafsu mereka. Tetapi mereka tidak syirik. Sebaliknya, remaja-remaja yang
melibatkan diri dalam permainan spiritual seperti di atas terlibat dengan pemanggilan
jin. Saat mereka mempercayai kekuasaan & kekuatan jin terhadap mereka, maka
dibimbangi mereka terjerat dengan syirik. Syirik itu DOSA BESAR.
Saat bermain SPIRIT, ramai budak-budak menyebut perkataan tertentu sebanyak 3X. Sambil menyebut, tangan mereka memegang syiling. Bila tak Berjaya, sebut lagi, sebut lagi & seterusnya. Kemudian datanglah seperti satu kekuatan mengerakkan tangannya. Yang datang itu, bukan tuhan, bukan malaikat tetapi jin yang bodoh dan jahat.
HUKUM BERMAIN SPIRIT ADALAH HARAM
Saat bermain “jaelangkung”, budak-budak akan menyebut mantra, “Datang tidak dijemput, pulang tidak dihantar.”3X. Kemudian mereka merasa adanya kekuatan di dalam diri mereka. Yang datang itu bukan tuhan, bukan malaikat, tetapi jin yang bodoh dan jahat.
HUKUM BERMAIN JEALANGKUNG JUGA
HARAM.
Permainan Bloody Maey |
Sementara itu, untuk permainan menakutkan seperti “Bloody Mary”, budak-budak harus mengucap beberapa perkataan tertentu (maaf,
saya rahsiakan di sini) secara berulang-ulang. Cara memanggilnya sampai 3 kali,
namun kalau belum berjaya, terus menyebutnya secara berulang-ulang sampai merasakan keanehan dari
dalam cermin. Maksudnya, sehingga keluar sebuah wajah yang buruk dari dalam
cermin.
Siapakah Bloody Mary atau Mary Worth itu? Ia bermula dari kisah berikut.
Suatu ketika, hiduplah seorang
gadis muda bernama Mary Worth. Parasnya sangat cantik. Banyak pemuda yang menaruh
hati padanya.
Suatu hari Mary Worth mengalami
kecelakaan sehingga wajahnya hancur, tak dapat dikenali lagi. Maka kerana itu, orang tuanya tidak membenarkannya melihat cermin agar dia tidak merasa sedih
karena wajahnya sudah tak ada bentuknya. Padahal pada saat masih “sempurna” , Mary
Worth sering mengkagumi wajahnya di depan cermin.
Suatu malam, setelah semua orang
tidur, ia sangat rindu untuk menatap cermin. Mary pun menuju ke kamar yang mempunyai
cermin. Betapa sedihnya dia ketika
melihat wajah yang hancur saat bercermin. Mary langsung menghancurkan cermin
tersebut dan berteriak sekeras-kerasnya.
Saat itulah ia menjadi sangat
kecewa dan meratapi wajah cantiknya yang telah hancur. Aneh, Mary langsung
berjalan ke dalam cermin dan tinggal di dalamnya. Ia akan muncul ketika ada
orang yang memanggil namanya lewat cermin dan kononnya akan mengambil mata
orang yang memanggilnya.
CERITA TAHYUL BELAKA
Cerita itu tahayul belaka. Namun,
ada beberapa laporan tertentu sekitar penampakan Mary Worth pada saat mencoba
memanggilnya. Yang datang itu hanya jin betina yang bodoh
sahaja. Dia Berjaya memperbodohkan orang yang mempercayainya.
Kalau benar muncul lelaki di
sebelah perempuan yang menatap wajahnya di dalam cermin, maka itu juga jelmaan
jin lelaki. Kalau ia nampak cantik, segak & macho, maka itu semua suatu
pembohongan. Wajah jin sangat huduh & jijik. Bodohlah sesiapa yang
mempercayai perbuatan bodoh itu.
Versi lain dari abad ke-19,
tepatnya dari buku cerita yang beredar di tahun 1883. Dikisahkan tentang
seorang gadis yang berdiri di depan cermin, tiba-tiba muncul asap hijau nan
pekat dari dalam cermin, diikuti kemunculan hantu yang sudah berdiri di
belakang sang gadis.
Kisah tentang Bloody Mary semakin
populer sejak tahun 1960-an hingga akhirnya bermunculan komik dan film
tentangnya. Tetapi kisah si Mary ini menjadi semakin banyak versinya. Salah
satunya film “Urban Legends: Bloody Mary”(2005) yang menceritakan kisah yang sungguh
jauh berbeza.
PENGARUH FILEM SEPERTI ITU
Filem seperti itu sudah mula ketara
sekarang. Kita dapat melihat di mana sahaja. Ada di mana-mana sahaja. Ia menggambarkan
keanehan & keganjilan bebentok supernatural. Dan paling unik, keanehan
& keganjilan itu seolah-olah satu reality yang mesti menang. Sesetengah
pengarah beranggapan filem-filem seperti itu mempunyai nilai murni yang baik
& wajar ditonton masyarakat. Betulkah?
Pada saya, penonton TV paling
tegar adalah kanak-kanak. Mereka mudah percaya kepada apa sahaja. Saat seorang
lelaki menghaibkan dirinya, mereka percaya. Saat seorang lelaki huduh menukar
wajahnya, mereka percaya. Saat seorang pemuda menukar dirinya menjadi katak,
pun mereka percaya. Apa sahaja yang berlaku di depan mereka, mereka percaya.
SEMUA KEJADIAN ITU BERLAKU PADA
ALAM JIN, TIDAK ALAM MANUSIA.
Saya bimbang kepada satu rantaian
kepercayaan berikut.
[1] Saya bimbang mereka
beranggapan jin lebih hebat, hero, sakti (supernatural) & produktif
daripada manusia. Atau mereka beranggapan manusia yang ada kemampuan
supernatural lebih hebat, lebih hero, lebih sakti daripada yang kosong (tak
ada).Kalau mereka berterusan seperti itu tanpa asas agama yang kukuh, maka
mereka akan memilih hero yang salah di masa depan.
[2] Imam Mahdi akan datang untuk
membangunkan Daulah Islamiyah. Beliau terpaksa berperang dalam waktu yang
panjang untuk tujuan tersebut. Kemudian datang Dajjal dengan segala kesaktian
yang tuhan berikan kepadanya. Ramai
orang menolak Imam Mahdi dengan menganggapnya anti perdamaian, anti perpaduan,
anti pembangunan & sebagainya.
[3] Tetapi ramai orang terpesona
dengan Dajjal. Dia boleh menurunkan & memberhentikan hujan. Dia boleh
membunuh & menghidupkan manusia. Saya bimbang generasi X akan datang tersalah memilih Dajjal sebagai pemimpin
mereka. Semuanya bermula dari sini. Dari cerita yang ada sekarang.
Sekian adanya. 16.11.2012 5.19 am
No comments:
Post a Comment