Pertama
sekali, saya hendak jelaskan kepada pembaca semua bahawa blog saya ini adalah
blog Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).
Saya
bermahzab Imam Syafie (feqah), bermahzab Imam Abu Hassan Asshaari (Tauhid)
& mengikut tarikat Samaniyah Naqsabandiyah (tasauf).
Saya,
ayah, ibu & nenek moyang saya ke atasnya semuanya ASWJ. Tidak ada
seorangpun yang menjadi Syiah atau berura-ura nak jadi Syiah atau “pecah liur”
nak jadi Syiah.
Kalau
anda berminat nak tahu pasal Syiah, maaf saya tak tau pasal mereka. Kalau anda
nak berdakwah kepada kami pasal Syiah, maaf saya tak minat.
BLOG
SATU UMAT
Tadi
saya membaca blog SATU UMAT dengan tajuknya sedikit panas. IRAN - Pertandingan yang Menghina Saiyidina
Umar
KETERANGAN GAMBAR DI ATAS : Kalau anda hendak tahu apa yang tertulis di sebelah gambar Khomeini itu, silakan anda pergi kepada laman web berikut, http://karyaorbitaku.files.wordpress.com/2011/07/khomeini.jpg
MARI KITA SAMBUNG SEMULA
Masya Allah, mana mungkin seorang sahabat Nabi yang mulia dicalitkan atau dibiarkan tercalit dengan debu penghinaan.
MARI KITA SAMBUNG SEMULA
Masya Allah, mana mungkin seorang sahabat Nabi yang mulia dicalitkan atau dibiarkan tercalit dengan debu penghinaan.
Apakah
mereka tidak menggunakan akal sewaktu merancang pertandingan itu? Atau tidakkah
mereka menggunakan akal takkala melihat adanya unsur-unsur penghinaan di dalamnya?
Saya
tak mahu mengulas panjang pasal perbezaan Syiah dan ASWJ. Bahkan saya percaya,
sampai bila-bilapun, perbezaan itu tidak akan bertemu titik akhirnya.
Saya
tetap berpegang kepada satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, “Semua
sahabatku adalah bagaikan bintang-bintang di langit, mana satu yang kamu ikut,
maka kamu akan selamat”.
Sahabat Rasulullah SAW dikatakan berjumlah 124,000
orang.. Daripadanya, 313 orang pejuang Badar dianggap istimewa. Daripadanya, 10
orang sahabat dianggap lebih istimewa kerana dijamin masuk shurga.
Dan daripadanya, ada 4 sahabat utama yang mesti diakui
keutamaannya. Dimulai dengan Syaidina Abu Bakar, Umar, Usman & Ali. Dua
yang pertama adalah mertua Rasulullah, manakala dua yang terakhir adalah
menantu Rasulullah.
Berikut adalah kisahnya yang berlaku di Iran. Irancell
(sebuah syarikat telefon milik kerajaan) meminta maaf kepada umat Islam
untuk pertandingan telefon selularnya kerana dilihat sebagai penghinaan kepada
salah seorang khalifah Muslim dan salah satu sahabat Nabi Muhammad, Syaidina
Umar bin al-Khattab.
BAGAIMANA IA BERLAKU?
Operator telefon selular
terbesar di Iran itu telah mengirimkan kepada para pelanggannya sebuah solaln
kuiz yang dianggap menyinggung umat Muslim, Demikian Daily Brief melaporkan
Isnin lalu.
Operator telekomunikasi
mengirimkan kuiz kepada pelanggannya: “Siapa hakim yang ditipu
Iblis sewaktu kekhalifahan (Imam Syiah pertama) Imam Ali?”
Dua pilihan jawaban yang
diberikan adalah: A) Sharih Qazi, hakim Muslim Sunni di kota Kufah, pada abad
pertama Islam. B) Umar bin al-Khattab, khalifah Islam kedua.
SOALAN YANG MENGHINA
Daripada 2 jawapan itu,
jelas sekali ia ditujukan kepada Syaidina Umar Al-Khatab. Nyata ia sebuah
soalan bermotofkan permainan psikologi yang mengandungi racun penghinaan.
Syiah barangkali lupa
bahawa Syaidina Ali itu hanyalah menantu kepada Nabi SAW, sedangkan Umar itu
pula bapa mertuanya.
Mereka juga barangkali
lupa bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “bahawa kalaulah ada lagi nabi sesudahku,
maka tentulah Umar orangnya”.
TANTANGAN MAULANA
ABDOLHAMID
Salah seorang Imam
Muslim (berfahaman ASWJ) di kota Zahedan, Maulana Abdolhamid Esma’ilzehi,
mengatakan bahawa Irancell “telah menghina salah satu tokoh terbesar
Islam,” menurut laman Iran Daily Brief.
Website bagi Jaksa
penuntut umum di Zahedan kemudiannya melaporkan tuduhan terhadap
Irancell,
Website itu melaporkan
bahawa perusahaan mobile itu tidak sedikitpun menyatakan permintaan maaf.
Sebaliknya hanya mengeluarkan pernyataan yang mengatakan: “Akan
berkomitmen untuk menghormati kesatuan umat Islam, kedekatan agama dan semua
agama Ilahi”
JUGA TIDAK MEMINTA MAAF
The Golden Key
Institute, penyelenggara pertandingan, juga tidak menyatakan permintaan maaf
dan hanya mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa “Umar bin al-Khattab tidak
hidup selama tempoh waktu yang disebutkan dalam pertanyaan, dan kerana itu
tidak boleh menjadi jawaban yang benar,” menurut laman tersebut.
Kami berpendapat
jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak Irancell dan Golden Key Institute
adalah jawapan tazkiyah yang cuba menyembunyikan kebencian mereka kepada Sunni.
Apapun jawapan mereka
dan sekuat manapun kebencian mereka kepada Sunni, kami telah melihat pembalasan-pembalasan
Tuhan terhadap mereka.
BALASAN SEGERA ATAS
DUNIA
Kami telah menlihat
ramai penghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi mengalami nasib malang
sewaktu sakaratulmaut.
Sungguh kasihan kepada
mereka. Sepatutnya dalam status kealiman, kezuhudan & kewarakan mereka
beragama (ditandai dengan berjubah dan berserban seperti alim rabbani), mereka sepatutnya mendapat penghormatan dan kemuliaan ketika mati. Sayangnya itu
tidak terjadi.
LAYARI INTERNET
Sila anda layari sendiri
youtube dan melihat bagaimana nasib mereka (para rabbani mereka) sewaktu
sakaratulmaut yang celupar mulutnya menghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri
Nabi, terutama Aisyah.
Sesungguhnya Tuhan tidak
melihat jubah mereka, serban mereka dan hitam dahi mereka. Tetapi Tuhan melihat
kesucian hati mereka. Kekotoran jiwa dan luapan perasaan benci kepada para
sahabat Nabi yang mulia (dan isteri-isteri Nabi) sebenarnya menunjukkan sesuatu
yang tidak betul dalam Syiah.
PERBEZAAN SIKAP SYIAH
Sunni (ASWJ) berpandangan
Umar sebagai sosok yang sangat penting dalam sejarah Islam. Syiah,
bagaimanapun, sering menghina para sahabat Rasulullah SAW, khususnya Abu Bakar,
Umar, dan Usman, dan Syiah tidak melihat Umar sebagai pemimpin yang sah dari
umat Islam (negara Islam) dengan alasan bahwa Umar dan Abu Bakar berkonspirasi
untuk merebut kekuasaan dari Ali yang sangat dihormati dalam dunia Syiah.
BERJALAN DI LUAR GARISAN
Bagi saya, Syiah telah berjalan di luar
garisan lurus sehingga kakinya telah tersepak pelbagai objek. Malangnya, mereka
enggan menyedari kesilapan itu dan terus menyalahkan orang lain.
Fakta sejarah adalah sesuatu yang benar.
Al-Quran dan Hadis Nabi adalah sandaran kuat untuk kita berjalan dan membina sejarah di dalamnya.
Syiah telah melakukan sesuatu yang
sangat kotor dalam Islam dengan menghina para sahabat & para isteri nabi
yang suci. Dan mereka telah menerima hasilnya dari kekotoran hati dan mulut
mereka.
Tidak ada jalan selamat untuk mereka
kecuali bertaubat.
SELASA 23/7/13
Assalamualaikum Warahmatullah
ReplyDeleteKedatangan Al Mahdi memang ada dalam Al-Quran
http://www.youtube.com/watch?v=PcEgCOhFaXU
Antara Syiah dan Sunni (ASWJ),, yg mana satu mazhab yg paling bener..?? Jawabannya ngak tahu. Comaan Syiah bilang Sunni (ASWJ) itu Kafir dll karena ada alasan2 mereka sendiri... Sebaliknya Sunni (ASWJ) pula balas bilang Syiah itu Dajjal, koq sebelah matanya maseh buta dsbnya lagi...
ReplyDeleteJawaban sebenernya sudah ada pada lidah Imam Mahdi Sejati, karena beliau itu dibimbingi Ilahi. Ngak perlu Ummat Islam ribot2an lagi, pegangilah dahulu buat sementara pada mazhab masing2 yg dianuti. Sehingga Imam Mahdi Sejati Sang Juru Penyelamat itu bangkit mengadili mengkhabari...
Imam Mahdi Sejati sedang memerhati, Zulqarnaen bersedia jalani perintah menghukum menyiksa mereka yg ego kufur yg melanggari memesongkan Ajaran Tulen Nabi... Antara Syiah dan Sunni (ASWJ), benteng tembok kukuh teguh sombong keras kepala yg mana satu yg akan, hahaha... diranapkan dirobohkan dulu..??
Kapan salah satu benteng tembok teguh digoncang oleh Zulqarnaen, mereput runtoh lalu menimpa kepala2 batu, koq dikala itu nanti baru mula kesedaran insaf penuh sesalan bebalan... Kalo tersesat dihujong jalan, janganlah termalu2 ato segan2 lagi, kembali semula kepangkal jalan.. Jalan yg mana satu yg mahu diikut diturut...??? Ngak ketahuan... Wallahu'alem....