Dalam siri (1)
dahulu, saya telah menyebut tentang kemungkinan munculnya seorang askar bernama
Muhamad. Memang ramai askar bernama Muhamad, tetapi yang mana satu.
Jangan anda fikir
semua askar bencikan Mursi.Khabar akhir zaman yang saya dengar itu mungkin selepas ini menjadi kenyataan. Seperti dekatnya kemunculan Imam Mahdi, maka saat itu juga angat dekat. Kita tunggu sahajalah waktunya.
TENTERA MESIR YANG
DIPERALATKAN
Sebelum Mohammed
Morsi dipecat jawatannya oleh tentera, tentara Mesir dalam sebuah kenyataannya mengatakan
sanggup mati untuk membela rakyatnya.
“Kami bersumpah demi
Tuhan, kita akan mengorbankan darah kita bagi Mesir dan rakyatnya, untuk
membela mereka dari teroris, radikal atau bodoh,” kata Jenderal Abdel Fattah
al-Sisi, pada hari Rabu, 03/07/13, sebagaimana dilaporkan oleh Press TV.
Ironis! Padahal,
rakyat Mesir masih ingat pada peristiwa setahun yang lalu, teringat pada kekejaman
tentara yang sama, yang memberondong, menindas
dan membunuh rakyat yang sama pula.
TENTU INI ANEH
Tetapi, disaat
keringat yang mengguyur kening dan punggung mereka belum kering, disaat darah
basah menggenang di atas gundukan tanah gersang mereka belum kering, tiba-tiba,
tentera seakan-akan menyuarakan titah dari langit, membela rakyat Mesir!. Tentu
ini aneh.
MELEMPAR BATU
SEMBUNYI TANGAN
Memang ia sangat
aneh. Bahkan sangat aneh. Dan jika anda melihat bagaimana sikap pemimpin
negara-negara Arab di Timur Tengah dalam memberi respons terhadap rampasan
kuasa ini, tentu anda terkejut sakan atau terkejut berok atau terkejut giler.
King Abdullah dari Arab
Saudi terang-terangan menyokong rampasan kuasa ini. Qatar (menerusi Syeikh Bani
Tamin) juga menyokongnya. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) lebih-lebih lagi
menyokongnya.
Mereka semua
kuncu-kuncu Amerika Syarikat. Maka kerana itu, mereka adalah penyokong kepada
agen utama sang Dajjal. Dan bersama mereka tentunya Yahudi Laknatullah. Inilah
yang selalu dikatakan bidalan. Melempar batu sembunyi tangan.
Bagaimana sikap
Basyar Al-Assad? Saya akan jawab kemudian. Mari kita telusuri dahulu kisah
pahit manis yang berlaku ini.
MEMBERI LAPORAN
Paling menarik untuk
anda ketahui ialah tentang sebuah cerita sensasi seperti berikut. Kononnya, Panglima
Angkatan Bersenjata Mesir yang menjatuhkan Morsi sebelum ini, Jenderal Abdel Fattah Al-Sisi memberi laporan kepada
Raja Arab Saudi, King Abdullah tentang situasi di negara Afrika Utara itu.
Memberikan laporan? Apakah laporan itu?
Dalam percakapan telefon
pada hari Jumat, 5/7/2013, Jenderal Abdel Fattah Al-Sisi (selepas ini dipanggil
Sisi) melaporkan keadaan politik terbaru Mesir kepada Raja Arab Saudi dan meyakinkan Raja bahwa negara itu dalam
keadaan stabil. Demikian pejabat Berita Arab
Saudi, SPA melaporkan.
Dalam laporan di laman
web SPA itu, King Abdullah, penjaga Haramain memberikan titah kepada Sisi bahwa
peristiwa-peristiwa di Mesir itu memerlukan “kebijaksanaan dan sifat berhati-hati.”
Sebelum ini, negara
dunia yang pertama kali mengucap selamat atas kemenangan rampasan kuasa itu adalah
Arab Saudi yang bermahzab Salafy-Wahabi disusuli kemudiannya oleh Emiriah Arab Bersatu (UEA).
King Abdullah Arab Saudi mengatakan, “Atas nama
rakyat Arab Saudi, saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih
kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya,” kata Abdullah dalam
ucapan selamat kepada pemimpin sementara Mesir, Adly Mansour.
“Kami berdoa kepada
Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab yang dibebankan pada anda
untuk mencapai cita-cita persaudaraan kita di Mesir,” doa King Abdullah Arab
Saudi pada sang pemimpin baru itu.
KEMUDIAN YANG
LAIN-LAINNYA
Kemudiannya, Mahmoud
Abbas bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PLO) seluruhnya mengucapkan, ”Atas nama rakyat Palestin dan para
pemimpinnya, saya mendapat kehormatan untuk mengucapkan selamat kepada anda (maksudnya
Adly Mansour), pemimpin Republik Arab Mesir di fasa fana ini dalam sejarahnya,
” sebagaimana dilaporkan Pejabat Berita
Resmi, WAFA.
Sementara itu, Yang
Mulia Abdullah bin Zayed Al-Nahayan, Menteri Luar Negeri emiriah Arab Bersatu (UAE),
mengungkapkan keyakinan penuh bahwa orang-orang di Mesir mampu melewati
saat-saat sulit yang akan dilalui Mesir.
Sheikh Abdullah
mengatakan, “tentara besar Mesir mampu membuktikan lagi bahwa mereka adalah
pagar Mesir, dan mereka adalah pelindung dan tameng (perisai) yang kuat yang menjamin Mesir akan tetap
menjadi negara lembaga dan hukum.”
Kemudian anda akan
mendapati Syiah mempunyai suara lain dalam perkara ini. Mari kita ikuti secebis
kata dari Kementerian Luarnya yang berbunyi seperti berikut“,
“Mohamed Morsi
merupakan presiden incumbent berdasarkan suara rakyat. Diharapkan agar angkatan
bersenjata Mesir memainkan peranan penting mereka dalam mendukung rekonsiliasi
nasional dan menghormati suara rakyat”.
“Memecah bangsa Mesir
tak akan menghasilkan apa-apa,” kata Wakil Menteri Luar Negeri Iran, Hossein
Amir Abdollahian kepada pejabat berita resmi Iran, IRNA.
BASYAR &
KEGEMBIRAANNYA
Barangkali seperti
sebuah doa, Basyar Al-Assad sangat gembira melihat Mursi jatuh. Ia tentu gembira
kerana Mursi pernah mengambil sikap yang paling buruk terhadapnya.
Mursi pernah
memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria, bahkan menyokong sepenuhnya zon
larangan terbang yang cuba dijalankan oleh AS.
Bagi saya, Mursi
kurang bijaksana kerana terlalu percaya kepada AS. Begitu juga Erdogan dari
Turki. Saya selalu menyebut, percaya kepada Yahudi & agen-agen Dajjal
adalah satu kesalahan yang besar.
MENOLAK IA RAMPASAN
KUASA?
Kemudian timbul pula
persoalan mengapa Amerika Syarikat menolak menyebut perkataan RAMPASAN KUASA
TENTERA?
Ia semacam satu
teka-teki yang cuba menyihir mata umat Islam. Kononnya Mursi jatuh kerana
kebencian rakyat.
Sebenarnya Mursi
jatuh kerana putar belit Yahudi & agen-agen Dajjal terutama sekali AS yang
menganjurkan Revolusi Kedua Rakyat Mesir.
Pada hari Rabu,
03/07/13, Presiden AS Barack Obama mengatakan keprihatinannya tentang peristiwa di Mesir itu.
Tetapi timbul satu kekeliruan lain bila dia enggan menganggapnya sebagai sebuah rampasan tentera, sebagaimana King Abdullah juga tidak menyebutnya sebagai kudeta (rampasan) tentera. Bahkan dikatakan, partai Salafi-Wahabi an-Nour juga mendukung sepenuhnya peta kebijaksanaan tentera Mesir itu.
ADAKAH ANDA NAMPAK
SEPERTI SAYA?
Kita Umat Islam terus
dipermain-mainkan oleh Yahudi & Agen-agen Dajjal. Sebabnya [1] kita tidak
bersatu & [2] kita tidak Nampak musuh kita yang sebenar.
Saya selalu sebut,
musuh kita nombor (1) ialah Yahudi & Agen-agen Dajjal (maksudnya AS, Britain
& Perachis). Mereka selalu memperbodoh-bodohkan kita dengan mengapi-apikan
perbalahan sesama kita.
Dalam konflik Syria,
mereka mengadu domba antara Sunni & Syiah. Dalam pergolakan Mesir, mereka
mengadu domba antara Sunni (Ikhwanul Muslimin) & Wahabi.
Jika kita terus
berlaku bodoh, akhirnya umat Islam berpecah belah menjadi seperti
kambing-kambing yang menyendiri.
Pada saat yang sama,
Obama juga tidak meminta Morsi yang digulingkan itu supaya kembali berkuasa dan
tidak mengutuk sedikitpun tentera Mesir yang memaksa Morsi keluar dari pejabatnya
serta membekukan perlembagaan Mesir.
Bilakah Muhamad Muda
(MM) itu akan keluar menjadi kenyataan?
Sabtu 7/7/2013
No comments:
Post a Comment