GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday, 7 July 2013

PERGOLAKAN MESIR (3) Anda kenal siapa dia Adly Mansour, Presiden Sementara Mesir?



PERGOLAKAN MESIR (3) Anda kenal siapa  dia Adly Mansour, Presiden Sementara Mesir?

Setelah kejatuhan Muhamad Mursi dari tampuk kekuasaan Mesir oleh pihak tentera pada hari Rabu, 4/7/2013,  ribuan pendukung Mursi turun mencurah-curah ke jalan raya. 

Mereka datang dari luar Kota Kairo dan berjalan menuju ke kem tentera untuk melakukan protes terhadap tentera yang menurut meraka telah melakukan rampasan kuasa menggulingkan kekuasaan yang sah.



Kami mulakan post kali ini dengan satu rahsia dari satu manuskrip kurun keempat yang ditulis oleh seorang cucu dari Tabiit-Tabiin.

Penulisannya telah ditulis beberapa kali dan kemudian disembunyikan tulisan asalnya. Akan tetapi ia telah dijumpai di rumah seorang ulamak Tunisia yang dibungkus dengan kertas tebal untuk melindunginya dari kerosakan.

Ia kemudian dipindahkan ke Maghribi. Di antara yang terdapat di dalam manuskrip yang jarang itu ialah,

“…Al-Mahdi menyuruh pasukan tentera Mesir supaya masuk ke negeri Libya dan mengabarkan kepada pemerintah Libya bahawa sebaik-baik negerinya ialah sebaik-baik setiap Arab…” (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 239).

SILAKAN MEMBACA DENGAN JELAS 
Kalau anda membaca sekali lagi petikan di atas, anda akan mendapati ayat “Al-Mahdi menyuruh pasukan tentera Mesir supaya masuk ke negeri Libya…” tertulis dengan jelas dan nyata.

Dalam keadaan sekarang, tentera Mesir merupakan alat dan perkakas kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal. Tidak mungkin tentera Mesir sekarang merupakan tentera pembela Mahdi & berdiri teguh di belakangnya. Bilakah waktunya, tentera Mesir akan menjadi begitu baik dan taat patuh kepada Al-Mahdi?

Sebab itu, ramalan tentang Muhamad Muda atau Muhamad Baru (Muhamad yang membetulkan perjalanan tertera) seperti satu  kemungkinan yang akan terjadi. Dia akan merampas kuasa tentera bagi menegakkan kebenaran & membantai ketidakadilan.

ALEXANDARIA SAKSI PERTEMPURAN
Demonstransi terbesar menurut laporan dari Kairo melalui TV Swasta Kebangsaan pada Sabtu,  6/7/2013,  terjadi di Alexandaria antara pendukung Mursi dan Pihak Pembangkang. Pertempuran antara mereka sehingga ke subuh dinihari tadi telah mengorbankan 27 orang dan mencederakan sekitar 300 orang penunjuk perasaan di seluruh Mesir.

Demonstransi ini dipimpin langsung oleh Ketua Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie.  Beliau merupakan pendukung utama Mursi saat revolusi Mesir 2011. Sebelum ini wujud satu berita misteri tentang beliau di mana Badie telah dilaporkan ditangkap bersama Mursi dan ditahan disuatu tempat rahsia namun berita itu ternyata tidak tepat karena Badie tiba-tiba saja muncul ditengah-tengah pendukung Mursi di Kairo .

MUHAMAD BADIE?
Kami tidak mengenal Muhamad Badie selengkapnya. Siapa dia sebenarnya, asal keturunannya dan dari mana datangnya. Tetapi kami sangat kenal Adly Mansour, presiden sementara Negara Mesir itu. Dia seorang kristian dan bekas hakim biasa sebelum diangkat oleh Mursi sebagai Ketua Hakim Mesir.



ADLY MANSOUR, 67t, KRISTIAN














Kalau anda dapat melihat apa yang saya dapat lihat, tentu anda dapat merasa kerugian yang ditanggung oleh rakyat Mesir akibat kebodohan mereka. Dahulu mereka ada seorang presiden Sunni seperti Husni Mubarak, tetapi mereka memberontak marah dan menjatuhkannya.

Kemudian mereka ada pemimpin yang lebih baik (lebih Islamik & soleh) seumpama Mohamed Mursi, tetapi mereka juga membenci dan memberontak terhadapnya.

Sekarang mereka berada di bawah kawalan musuh mereka, seorang kristian 67 tahun (maksudnya Adly Mansour). Jangan anda fikir Adly Mansour itu akan membela Islam & Negara Mesir. Kita tidak tahu apa yang akan dia perbuat sebelum datangnya pilihanraya presiden akan datang.

Sungguh sayang. Negara Mesir yang ada Universiti Al-Azhar & ulamak segala bidang tiba-tiba sahaja dirundung malang jatuh ke tangan musuh akibat kebodohan berpolitik.

Demonstransi  Pro Mursi Ikhwanul Muslimin yang marah, turun ke jalan-jalan raya di pelbagai kota di Mesir. Mesir telah bergolak dan huru-hara. Bahkan kami mendapat berita bahawa tentera telah menggunakan peluru hidup  untuk menahan laju para penunjuk perasaan. Walau pun pihak tentera membantah, namun dari tiga korban yang terkapar di Ibukota Kairo, ditemui luka parah pada tubuh mereka akibat peluru hidup.

Dari pergolakan Mesir itu (sebagaimana saya tulis dalam 2 siri sebelumnya), ternyata Yahudi & agen-agen Dajjal telah & terus mempermain-mainkan umat Islam. Rupa-rupanya, terlalu ramai yang tidak kenal Yahudi di pentas dunia ini. Saya selalu menyebut AWASI KEBENCIAN.

Bila anda dihasut untuk membenci pemerintah anda, kerajaan anda, penanggung anda dan sebagainya dengan satu sebutan, ungkapan, tanggapan, label atau apa sahaja yang negatif, maka percayalah, itulah modus operandi Dajjal, Yahudi & kuncu-kuncunya.   

Sebenarnya ada EMPAT perkara yang menjadi titik tolak kepada berakhirnya pergolakan Mesir ini. Kami akan menyebutnya kemudian. Semoga kita dapat bertemu kembali selepas ini. Insyaallah.

AHAD 7/7/2013

6 comments:

  1. adly mansour seorang kristian? silakan tuan bawa buktinya samada pengakuannya atau apa sahaja untuk pengesahan.

    ada sumber ikhwan kata dia seorang jewish. juga tiada pengesahan, sekadar tuduhan.

    jika dia bukan Islam, kenapa bekas presiden Islamik yang digulingkan itu melantiknya sebagai Ketua Hakim?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. selamat menyabut bulan puasa buat abah dan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Dan selamat berpuasa juga untuk kamu, keluarga & seluruh pembaca semua

      Delete
  3. dari kesimpulan tulisan abah...jelas ia melarang berlakunya pertukaran kerajaan dari bn ke pr spt yg disebut pm najib. rumusan saya biar kita berpemimpin hipokrit dan samseng asalkan kita tidak melawan kerajaan yg dipilih oleh rakyat serta pendatang asing. pergi mampus dgn anwar serta nik aziz serta lksiang. jom kita sebarkan fitnah 'anwar peliwat'.....

    ReplyDelete
  4. orang kristian terbaik.. negara kristian tak ada pun rampasan kuasa ke rusuhan ke.. semua maju2 spt amarican brazil england, prancis dan semua baik2 tapi negara islam gila kuasa,rasuah,tamak,lupa diri, tapi kosong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kristian terbaik? ko giler ke apa? mana saja pemimpin kristian..orang islam selalu jadi sasaran...tak payah jauh...Lim Guan Cinabeng anak Lim Kit Sial tu kristian...habis penang dikerjakan...tak lama lagi...tengok jelah..

      Delete