PERGOLAKAN MESIR (4).
Siapakah yang dapat meredam (menyejukkan) kepanasan api Mesir? Politik Timur
Tengah sebenarnya penuh rahsia.
Sebelum ini konflik Syria seperti hujan yang mencurah-curah turun melemparkan rahsianya. Sekarang kita terpaksa bergelut dengan pergolakan Mesir yang tiba-tiba seperti lembing yang tajam membunuh persaudaraan sesama Islam.
Sebelum ini konflik Syria seperti hujan yang mencurah-curah turun melemparkan rahsianya. Sekarang kita terpaksa bergelut dengan pergolakan Mesir yang tiba-tiba seperti lembing yang tajam membunuh persaudaraan sesama Islam.
Mari kita dengar sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhamad SAW pernah bersabda : ''Imam Mahdi akan
menundukkan Mesir dalam tujuh atau sembilan".
Hadis ini
menerangkan bahawa penaklukan Mesir berlaku secara damai dan tidak akan
mengambil masa lebih dari seminggu atau Sembilan hari. Ini kerana Raja Mesir
pada masa itu ialah seorang lelaki yang mebinasakan Yahudi di Bukit Sinai dan
mengusir sisa mereka daripadanya. Dan dia menghancurkan dengan kekuatan PBB,
agen yang melucutkan senjata dari kebanyakan Sinai dan yang mendiamkan diri
dalam menjaga perdamaian yang samar-samar. (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms
193).
Maka siapakah raja Mesir itu? Semua orang tertunggu-tunggu kedatangannya. Dialah yang akan menghalau segala Yahudi & agen-agen Dajjal yang merosakkan Mesir sekarang ini.
Maka siapakah raja Mesir itu? Semua orang tertunggu-tunggu kedatangannya. Dialah yang akan menghalau segala Yahudi & agen-agen Dajjal yang merosakkan Mesir sekarang ini.
Dahulu ramai yang
tidak percaya bila saya mengatakan semuanya (bermaksud Arab Spring & Konflik Syria) adalah permainan dan adu domba Yahudi
& agen-agen Dajjal. Tetapi bila anda melihat pergolakan Mesir yang penuh
huru-hara, adakah anda masih buta mata hati untuk tidak mempercayai kata-kata
saya?
Di antara kerja
mereka terakhir ini ialah [1] melaga-lagakan golongan Sunni & Syiah di
Syria sehingga kelihatan Basyar itu manusia jahat, kejam & perosak. Tambah
melukakan, bila para ulamak tertentu memberi fatwa jihad tertentu supaya Basyar
digulingkan.
[2] Mewujudkan
Revolusi Kedua Rakyat Mesir (RKRM) supaya Mursi dijatuhkan. Kononnya Mursi
bukan pemerintah yang adil kepada semua. Tetapi mereka lupa, siapakah yang
menganti Mursi. Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour itu seorang kristian.
[3] Melaga-lagakan
Sunni (maksudnya Ikhwanul Muslimin) & Wahabi-Salafi (Arab Saudi) dalam
kisah pergolakan Mesir ini.Kalau anda merenung sedalam-dalamnya, nescaya anda
akan mendapati umat Islam bukan semakin bersatu tetapi semakin bercerai-berai
dan mengecil.
KERJA YAHUDI AKAN
DATANG
King Abdullah dari
Arab Saudi semakin hari semakin tenat dan akan meninggal dunia bila-bila masa
sahaja. Mereka (maksudnya Yahudi) sudah menconggak huru-hara perkauman di Mekah
bila berlaku perebutan kuasa menjadi khalifah (raja) nanti.
Masa inilah,
mereka akan menyediakan seorang raja boneka untuk campurtangan di dalam krisis
di Mekah itu. Dia itulah As-Sufyani (pemerintah baru Syria) yang akan menentang
Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.
MARI MELIHAT
DENGAN MATA BATIN
Jangan sekadar
menggunakan mata zahir anda sahaja. Mata itu tidak bisa menembusi kejahatan
Yahudi & kuncu-kuncu Dajjal di seluruh dunia. Mari bersama saya melihat
semuanya dengan mata batin.
Saya tidak ingin
mengajar anda meraga sukma. Sebab tidak semua orang boleh melakukannya. Tetapi
kejadian-kejadian itu ada rahsianya. Hanya mata batin yang tajam dapat berjalan
ke dalamnya.
EMPAT KEMUNGKINAN
AKAN DATANG
Mari kita melihat
4 kemungkinan yang akan terjadi dari pergolakan Mesir. Anda boleh percaya. Dan
anda juga boleh menolak saya. Pendapat saya bebas. Dan saya tidak memerlukan
oang lain untuk menyatakan ya atau tidak kepada saya.
KEMUNGKINAN 1
Tindakan pihak
tentera Mesir (dengan menahan Mursi & menangkap beberapa pemimpin Ikhwanul
Muslimin, IM) termasuk memberi amaran
keras dan tekanan brutal ke atas beberapa stesen TV yang menyiarkan demonstrasi
IM.
Itu adalah
beberapa tindakan brutal pihak tentera ke atas IM dan rakyat Mesir. Itu juga adalah
taktik khas yang biasa dilakukan oleh watak otoritarianisme (pihak berkuasa
yang terdesak) dan memang merupakan taktik yang sudah diduga. Kini sudah ada
beberapa media yang khabarnya sudah tidak dibenarkan bersiaran lagi sesudah
tekanan ini.
Pointnya, yang
jelas dalam tahap pertama ini, pihak tentera sudah melangkah secara salah dengan
memberangus (bertindak kejam) ke atas
badan penyiaran.
Pada zaman digital
seperti ini, tentera harus lebih
hati-hati berurusan dengan pihak media massa apatah lagi dalam suasana krisis politik.
Dengan tindakan
ini, maka tentera sedang menggali lubang delegitimasi (khayalan)nya sendiri.
Akan makin parah delegitimasi itu jika di dalam tubuh militer sendiri tidak ada
satu suara dan kehendak.
Jika ini berlaku,
apakah tidak terfikir oleh anda bahawa kubu tentera akan pecah? Dan akan wujud
Muhamad Muda atau Muhamad Baru yang akan menstabilkan kerenyokan tentera Mesir
itu?
Kemudian,
ceritanya tentu lebih parah bila tentera didapati telah menembak peluru hidup
ke atas Ikhwanul Muslimin (50 orang telah terbunuh) di dalam solat Subuh Ahad,
6/7/2013. Kebencian rakyat terhadap tentera semakin bertambah-tambah.
Dan tentu tidak
mustahil jika ada sekelompok tentera merasa muak dan benci dengan kejahatan dan
kezaliman sesama mereka.
KEMUNGKINAN 2
Kerumitan
membangunkan “dialog baru” sebagai dasar penyelesaian (antara penyokong Mursi
& pembangkang) tentunya semakin sulit dan sukar sebagaimana yang dicadangkan
oleh banyak pihak.
Kemudian pendukung-pendukung
Mursi juga mengambil cadangan penyelesaian yang cukup keras. Mereka hanya akan
mengadakan dialog penyelesaian jika
Mursi dibebaskan. Ini juga menandakan bahwa IM tidak akan selesai dari panggung
politik nasional dengan cara begini.
Kalau anda tidak
percaya, mari kita perhatikan kata-kata dari laman web berita ANTARA :
“Tidak ada dialog
dengan mana-mana pihak sekalipun kecuali
setelah Presiden Moursi dikembalikan ke jawatannya sebagai pemimpin negara yang
sah,” kata Badie yang disambut gegak gempita pendukungnya.
Jika anda tidak
percaya, buka sahaja laman web ini sebagai bukti. (http://www.antaranews.com/berita/383783/bakar-bakaran-mulai-merebak-di-kairo).
Dengan hadirnya
Muhammad Badie yang juga adalah Mursyid atau pemimpin tertinggi IM, kita tentu
dapat membayangkan ‘arus balik perlawanan’ ini bukan sekadar gertak sambal.
IM mempunyai
sejarah berpuluh-puluh tahun bergerak dalam represi (tekanan memanjang), dan,
mereka pasti tidak akan mudah menyerah dalam masa sulit ini. Apalagi IM
berkuasa dengan cara yang sangat demokratik.
Lalu bagaimanakah
kesudahan pergolakan Mesir ini?. Saya melihat buku bertemu ruas dalam cuaca
panas yang dikawal oleh tentera. Maka siapakah pemenangnya?
KEMUNGKINAN 3
Akan berlaku
pertentangan yang tajam antara kumpulan penyokong Mursi dengan pembangkang.
Setiausaha Agung PBB menyeru tentera Mesir supaya melindungi kepentingan
kedua-dua belah pihak dan mencegah terjadinya pertempuran antara mereka.
Akan tetapi, hal
ini (pengawasan adil pihak tentera) tentu sulit terjadi. Mari saya jelaskan
keadaannya supaya anda Nampak bersama saya.
[1] Askar bertindak
berat sebelah dengan kematian yang agak ramai di kalangan penyokong Mursi. Ini
juga seolah-olah satu provokasi supaya penyokong Mursi terus mengamuk dan
Negara dapat disitiyharkan darurat.
[2] Jeneral Abu
Fattah Al-Sisi (digelar Sisi) adalah boneka dari Amerika Syarikat yang
menghubungkan dirinya dengan Penasihat
Keselamatan AS, Susan Rice dan King Abdullah Arab Saudi.
Bahkan Susan Rice
dikatakan pernah menghubungi Mursi supaya meletak jawatan. Kalau enggan, maka
dalam masa 1 jam, beliau akan dipaksa meletak jawatan (terbukti dengan rampasan
oleh Sisi).
[3] Kemudian Adly
Mansour itu sendiri sangat tidak jelas agamanya. Saya mendapat maklumat dari
rakan saya dari rakannya yang mengetahui detail tentang kisah Mesir itu, bahawa
Adly itu seorang penganut Kristian. Wallahu Ahlam.
Saya sendiri telah
menyelusuri banyak blog & Wikipedia bebas untuk mengetahui anutan agamanya.
Kebanyakannya tertulis NA (Not Available) yang sekaligus menimbulkan kecurigaan
kepada saya.
Bahkan sahabat
baik saya, Ustaz Wan yang pernah belajar di Mesir memberitahu saya bahawa
pemakaian nama seperti nama Islam bukan jaminan bahawa ia betul-betul seorang
muslim. Wallahu Ahlam.
KEMUNGKINAN 4
Jika kita inginkan
supaya Mesir segera keluar dari situasi ini, yang diperlukan sekarang (paling
tidak) adalah badan berkuasa moral-spiritual yang dapat mengikat semua simpul
yang berkonflik. Sementara itu, badan-badan keamanan negara, seperti tentera,
polis dan sebagainya yang menjaga kestabilan Negara perlu dipastikan dahulu posisi
politiknya.
Pertanyaannya :
siapakah pihak berkuasa moral-spiritual yang dapat diharapkan untuk meredam (menyejukkan) situasi
di Mesir?.
Syeikh Dr Yusuf
Al-Qaradawi telah diusir keluar dari Mesir (semasa pemerintahan Husni Mubarak),
kemudian menjadi pelarian dan sekarang menjadi rakyat Qatar. Jutaan umat Islam
menyokongnya tetapi Negara Mesir tidak menyukainya.
Sekarang nasibnya
juga kontang-kanting. Amir baru Qatar (Syeikh Bani Tamin) juga tidak
mengemarinya. King Abdullah Arab Saudi juga tidak menyukainya kerana sikapnya
yang pro Ikwanul Muslimin.
KEMUNGKINAN 5
Saya sengaja
menambah kemungkinan 5 untuk anda. Bahawa Negara Mesir ini juga besar
kemungkinannya akan jadi perang saudara seperti Syria. Apakah Muhamad Muda
(yang memimpin tentera) akan muncul dari sana? Wallahu Ahlam.
Saya
menunggu. Anda pun menunggu.
nampaknya,sudah menjadi taqdir bagi rakyat Mesir, kekacauan akan terus ada,
ReplyDeletesaat ini, Mesir ibarat 'badan tanpa kepala'
orang-orang tidak bisa melihat 'pihak yang benar'
semestinya ,saat ini imam qardawi harus mulai berjihad,SECEPATNYA ia harus memberitaukan kepada seluruh dunia: bahwa al mahdi akan segera datang .
karena itu, di bulan yang do'a-do'a dikabulkan,seharusnya seluruh umat di dunia menagih Janji Tuhan-sabda nabiNya: yang akan memunculkan al mahdi di akhir zaman,
tidak ada lagi cara, untuk mendamaikan dunia
kecuali Pertolongan Allah,
Abah setuju dengan kamu tentang kemunculan imam mahdi itu. Tetapi Tuhan mempunyai rencanaNya sendiri berhubung IM itu. Abah yakin masanya sudah sangat dekat.
ReplyDeleteDalam hati abah, penuh rasa sedih melihat Syria & Mesir punah ranah dekat konflik perang sesama sendiri. Memang abah juga mengharapkan kedatangan IM.
Semoga Tuhan mendengar dan memakbulkan segala doa kita. Insyaallah
Nampaknya perang bakal merebak lagi. Tanda tanda kemunculan al mahdi kan?
ReplyDeleteYa. Besar kemungkinan begitulah
ReplyDeleteDan tnda2 pengakhiran dunia ini semakin hampir bila IM muncul.....Ya Allah,rasanya bgai tidk ckup bekaln utk sya bawa ke akhirat sana abah..Ampunilh dosa dosaku dn umat islam sedunia ini.....
ReplyDeleteAmiin. Semoga Allah mengampuni dosa kita semuanya.
ReplyDeletehttp://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/2011/04/imam-mahdi-al-muntazar.html?m=1
ReplyDeleteHarap abah dapat buka link di atas erk ..terima kasih..sekadar berkongsi maklumat
salam.. hadis itu teksnya bagaimana? tujuh atau sembilan (jam/hari/minggu/bulan/tahun)? Jika raja mesir ketika itu seorang yang menjadi pengikut al Mahdi, kenapa perlu sehingga 7-9 hari? bukankah sepatutnya jika raja mesir itu tahu bahawa al Mahdi sudah muncul, terus dibaiahnya al Mahdi yang masanya pasti tidak sampai satu jam sahaja. jadi 7-9 hari itu bagaimana? saya ada perasaan bahawa 7-9 hari adalah tempoh maksimum al Mahdi memerangi mesir dan penguasanya, itu pun jika mereka tidak mahu tunduk padanya.
ReplyDeleteTeksnya sudah sempurna seperti di atas. Maka ulamak-ulamak hadis telah mengartikannya sebagai hari. Saya sendiri telah menyalinnya (menurut kefahaman penulis tersebut) sebagai hari.
ReplyDeleteSaya tidak berani mentafsir secara terburu2. Memang benar kata tuan, tetapi adakah 7 hari itu terlalu lama bagi seorang raja berbincang dengan para menteri dan kabinetnya untuk satu keputusan menyeluruh?
Kemudian ada satu hadis yang berkaitan, bahawa Mesir akan menyerah kepada Al-Mahdi secara tertutup (perdamaian) manakala Syam menyerah kepadanya dalam keadaan panas (maksudnya peperangan)
sehari pun terlalu lama apatah lagi 7-9 hari adalah terlalu-lalu lama bagi orang yang sudah mengetahui ciri-ciri al mahdi, merinduinya dan menjadi ikhwannya. tetapi 7-9 hari masih dalam tempoh tolak ansur bagi orang yang belum mengenalnya. al Mahdi pun seorang yang sangat luas rahmahnya, hanya yang menentang akan ditentang. mungkin apa yang abah kata benar. terima kasih
DeleteSalam
ReplyDeletemungkin ada berita gembira buat kita sekalian umat islam di bulan ramadhan ini dari tanah ninda kita di makkah dan madinah.
wassalam. apakah berita itu? Izinkan abah mendengarnya
ReplyDeleteKata Ali Hashemi Rafsanjani, semasa khutbah Jumaat di Universiti Tehran pada 8.2.2002 :
ReplyDelete“Tentera Iran telah memerangi TALIBAN, dan bekerjasama menjatuhkannya, jika tidak kerana bantuan tentera Iran dalam peperangan TALIBAN, Amerika telah tenggelam di bumi AFGHANISTAN”.
Katanya lagi “…seharusnya Amerika mengetahui, jika tidak kerana tentera Iran, Amerika tidak mampu menjatuhkan TALIBAN!“
Sementara pemimpin lain Iran iaitu Muhammad Ali Abtahi, bekas Naib Presiden Iran kepada Presiden Mohamad Khatami ,pada Ucapan perasmian penutup seminar Teluk : Cabaran Dan Masa Depan di UAE pada 15.1.2004 berkata :
“Jika tidak kerana orang-orang Iran, KABUL dan BAGHDAD tidak akan jatuh (ke tangan Amerika) dengan mudah!
ko ni obses sangat pasal mesir apehal .. taksub ar luu ni.. bodo =D
ReplyDelete-dajjal ensem-
CASINO ROOMS LAS VEGAS, NV - Mapyro
ReplyDeleteCASINO ROOMS LAS 계룡 출장마사지 VEGAS, NV. 3131 Las Vegas Blvd. 안양 출장마사지 South Las 정읍 출장샵 Vegas, NV 89109. 삼척 출장안마 Driving Directions. Las 안양 출장안마 Vegas, NV, United States. 3131 Las Vegas Blvd. South, Rating: 4 · 6 reviews