PERGOLAKAN MESIR (6) Kerja
Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar. Peritiwa ngeri yang
berlaku minggu lepas, (Ahad, 6/7/2013) benar-benar mengejutkan saya. Tembakan
oleh tentera Mesir ke atas jemaah Ikhwanul Muslimin (IM) sewaktu solat Subuh
menunjukkan 13 perkara besar kepada saya.
Sebelum saya
melanjutkan pembukaan rahsia 13 perkara itu, mari kita dengar terlebih dahulu
kata seorang mangsanya.
“Saya lebih rela ditembak terus di kepala dan
syahid demi mempertahankan Mesir sebagai negara Islam,” kata Mohamad Mahmood,
32, yang cedera parah akibat terkena tiga das tembakan peluru di kedua-dua
belah kakinya oleh tentera Mesir dalam peristiwa tersebut.
Dia mungkin pincang,
tempang dan tidak dapat lagi berkerja selepas ini. Tentera bukan sekadar
merosakkan perasaan dan jiwanya, tetapi juga anggota tubuhnya.
RAHSIA 1
Pada tarikh 12/8/2012
Abdel Fattah Al-Sisi menjadi ketua tentera Mesir dan Menteri Pertahanan yang ke
44 dalam sejarah Mesir Moden sejak 200 tahun lampau.
Umurnya
sekitar 55 tahun dan adalah yang termuda dalam Majlis Tentera yang sebelum ini
di bawah pimpinan Field Marshall Hussein Tantawi.
Sisi telah
diserahi tugas ini oleh Presiden Mohamed Morsi sendiri, di mana pegawai-pegawai
kanan yang lebih berkelayakan dibersarakan lebih awal, termasuk Tantawi sendiri
dan Sami Anan (Ketua Staff Tentera Mesir).
Saya percaya
perlantikan ini sudah dirancang lebih awal. Siapakah yang empunya tangan ghaib,
mendorong Mursi supaya memilih Sisi memegang 2 jawatan penting sekali gus.
RAHSIA 2
Sisi pernah
menjadi pengarah perisikan tentera sejak Majlis Tentera mengambil alih kuasa
pada 11 February 2011, berikutan kejatuhan bekas Presiden, Hosni Mubarak.
Dia
berpangkat kolonel tetapi langsung tidak mempunyai pengalaman berperang (no
combat record) Beliau bukan seperti Tantawi yang merupakan seorang field
marshal.
Ia lebih teruk
daripada Tantawi & langsung tidak berpengalaman di medan perang. Orang
semacam dia tidak patut menerima kenaikan pangkat mendadak.
Sebab itu, kami
mencurigai dia dari sudut kesetiaannya (loyality). Tmbahan pula, dia mempunyai
rangkaian luas dengan banyak pihak (rujuk tugasnya dalam perisikan).
RAHSIA 3
Sisi pernah
memalukan Majlis Tentera dengan satu kenyataan kepada BBC dan Jawatankuasa Hak
Asasi Manusia (Human Rights Watch) pada Jun 2012 bahawa pihak tentera Mesir
telah mengadakan ujian dara kepada penunjuk-penunjuk perasaan wanita atas
tuduhan berlaku perogolan oleh tentera ke atas mereka.
Walau
bagaimanapun, Majlis Tentera dengan segera membantah kenyataan ini. Tetapi imej
tentera sedikit tercemar dengan kenyataan ini.
Ia membayangkan 2
sifat yang tidak patut ada kepada seorang lelaki yang sudah berumur dan
bergelar pemimpin. Dia itu [1] emosional & [2] kebudak-budakan (childish).
Ini juga
menunjukkan fikirannya lebih dikuasai oleh emosi (nafsu) daripada akal. Dan
sebab itu jugalah, ia mudah dibeli oleh Yahudi & agen-agen Dajjal untuk
melakukan penggulingan terhadap Mohamed Mursi.
RAHSIA 4
Pada hari Morsi
dilantik sebagai presiden Mesir, hos TV terkenal, Tawfiq Okasha menuduh Sisi sebagai
mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood).
Ia pandai
berpura-pura untuk mengambil hati sang presiden. Bahkan mungkin tangan ghaib
telah mengatur perancangan khusus untuk menaikkannya dan merancang penggulingan
Mursi setahun kemudian.
RAHSIA 5
Moataz Abdel
Fattah, seorang professor sains politik di
Universiti Kaherah mendakwa Sisi lebih berwibawa mengawal tentera daripada Tantawi.
“Dia bukan ahli Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood),” Abdel Fattah menulis
dalam Twitternya. “Tetapi dia memang seorang yang warak (He is merely a
religious man).”
Kami tidak kenal
Moataz itu, tetapi kami percaya bahawa dia mempunyai pandangan kelabu (atau
pandangan yang telah dikelabukan) terhadap Sisi. Kalau benar dia seorang yang
warak, dia tentu tidak melakukan 3 perkara berikut.
Tiga perkara
dimaksudkan ialah [3] menjadi alat kepada kuasa asing untuk menjatuhkan
presiden yang sah, [2] percaya dan yakin kepada kesahan perlantikan Mursi
sebagai presiden dan [3] menembak para
penunjuk perasaan dari IM sehingga 51 orang terbunuh.
RAHSIA 6
Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi itu
seorang talibarut AS & orang kepercayaan Yahudi. Dia berhubung rapat dengan
Setiausaha Keselamatan AS, Susan Rice & sentiasa mengakrabkan diri dengan
King Abdullah untuk tujuan menghantar laporan kepadanya.
Kami telah menyebut
perkara ini dalam siri-siri yang lepas. Maka dengan itu, tangan ghaib yang
dimaksudkan ialah Yahudi dan Amerika Syarikat.
RAHSIA 7
Presiden
Sementara Mesir, Adly Mansour hanya menjadi Ketua Makhamah Kehakiman selama 2
hari sahaja sebelum pihak tentera menamakannya sebagai pemimpin.
Paling pelik,
dia dinamakan sendiri oleh Morsi ke jabatan kehakiman paling tinggi di Mesir.
Dan akibat tindakan tentera itu, dia kemudian dinamakan sebagai Presiden
Sementara.
Semacam satu
perancangan yang cukup terancang. Sisi dinaikkan untuk membolehkan satu
rampasan kuasa. Kemudian Adly dinaikkan pangkat untuk menjawat jawatan
Presiden. (Walaupun Presiden Sementara Mesir, tetapi jawatan itu sangat
berguna).
RAHSIA 8
Berusia 67
tahun dan ayah kepada 3 anak, Adly pernah mendapat biasiswa “France’s Ecole
Nationale de l’Administration”, Dia pernah menjadi hakim yang lama berkhidmat
di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.
Masa itu, dia
Cuma berkhidmat di bawah pentadbiran makhkamah sivil dan jenayah sahaja.
Kemudiannya, Adly menolong membuat draf undang-undang bagi pilihanraya presiden
yang mengangkat Morsi ke puncak kuasa pada 2012.
Ia tidak naik di
zaman Husni Mubarak, tetapi ia naik di zaman Mursi. Petunjuk paling jelas ialah
Husni lebih berhati-hati terhadap musuhnya berbanding Mursi. Husni kekal
memerintah selama 30 tahun tetapi Mursi cuma 1 tahun.
RAHSIA 9
Dia kemudian
menjadi Timbalan Ketua di Mahkamah Persekutuan Agung daripada tahun 1992.
Ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin
pembangkang sebelum ini, Mohamed El
Baradei (pemenang hadiah Novel Keamanan) dan Amer Mossa (Ketua Liga Arab).
Seorang hakim
sepatutnya dapat berjalan di celah-celah lorong pertempuran antara 2 puak tanpa
dikenali. Tetapi Adly Mansor membawa watak berbeza.
Gambarnya
tidak dibawa oleh sesiapa, tetapi dia naik secara tiba-tiba..
Ini menunjukkan
bahawa ada tangan ghaib yang melonjaknya naik ke atas. Siapa dia? Jawapannya
ada pada anda. Semoga anda mengerti.
RAHSIA 10.
Seorang Yahudi atau seorang Kristian
tidak boleh dipercayai ketulusan hatinya. Melantik mereka bererti merobohkan
kepercayaan kita terhadapnya. Contohnya, Adly Mansour dalam peristiwa pergoalakan
Mesir.
Ada orang kata Adly
itu seorang Kristian Koptik (termasuk saya). Dan ada juga yang kata dia itu
Jewish (Yahudi). Sepanjang saya mencari identity agamanya, saya hanya ketemu
symbol N/A (Not Available). Kenapa dia perlu berahsia atau kenapa identity
agamanya perlu dirahsiakan oleh pihak ketiga?
Sesiapa yang dapat
membuktikan dia itu Islam, sila beritahu nama blog atau portal kepada saya.
Terima kasih.
RAHSIA 11
Ketetapan Tuhan tetap tidak berubah
dari dahulu sampai sekarang. Yahudi dan Nasara (Kristian) boleh bersatupadu antara
mereka untuk meranapkan Islam. Tidak ada baiknya (untungnya) menghubungkan diri
dengan mereka.
Adly Mansour telah menjual negaranya
kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal. Dia juga telah mengigit tuannya (Mohamad
Mursi) dengan gigitan gila seorang manusia lupa diri.
RAHSIA 12
Manusia kafir (samada Kristian, Yahudi
atau Musyrikin) memilih manusia yang sama kotor dengan mereka untuk makan nasi
dalam satu hidangan.
Maka itu bermakna, Jenderal Abdul
Fattah Al-Sisi seorang manusia derhaka (asi) yang jahat akhlaknya dan buruk
perangainya. Dia rela menjual negaranya kepada Yahudi dan agen-agen Dajjal.
Dia ibarat seekor kibasy yang terkena
penyakit sawan di tengah padang pasir.
Saya berhenti di sini
dahulu. Saya akan membuka RAHSIA TERAKHIR (13) pada penghujung post ini.
Teruskan membaca.
Mari kita kembali
kepada kisah Mohamad Mahmood yang terkena 3 das tembakan tentera itu. Dia yang
masih menerima rawatan di dewan Masjid Rabiatul Adawiyah, di sini, jelas tidak
takut untuk mati demi memastikan pihak tentera mengembalikan semula kuasa
Presiden yang dirampas dari Presiden Mesir, Mohamed Mursi, Khamis lalu.
Menurutnya, kesakitan
kedua-dua kakinya yang ditembusi peluru tidak mampu menandingi rasa sakit hati
akibat penolakan dan rampasan kuasa dilakukan pihak tentera terhadap pemimpin
Islam, Mursi.
“Saya tidak boleh
terima kerja gila pihak tentera Mesir. Mereka sepatutnya menjaga keselamatan
rakyat dan bukannya membunuh rakyat tidak berdosa.
“Ini kerja pihak yang hauskan darah dan kuasa. Mereka menganggap nyawa kami (penyokong Mursi) tidak berharga,” katanya yang terselamat dalam tragedi berdarah itu yang mengorbankan lebih 51 satu nyawa.
Dalam kejadian jam
3.30 pagi semua mangsa ditembak ketika menunaikan solat Subuh berhadapan
bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat
Nasr, di sini.
“Mereka (tentera)
cuba menjadikan negara ini persis negara pengganas atau negara Syria pimpinan
Presiden Bashar Assad,” katanya kecewa.
Seorang lagi mangsa terselamat,
Abdul Majeed Mahmood, 52, berkata, belakang tubuhnya ditembusi peluru kecil
akibat tembakan senapang tentera Mesir ketika cuba menyelamatkan diri sebaik
mereka diserang gerombolan anggota tentera yang mengepung dari segenap arah.
Menurutnya, dia yang
melarikan diri ke arah Medan Rabaah bagaimanapun ditembak dari arah belakang
menggunakan peluru penabur bersaiz sebesar manik.
“Walaupun sakit dan
berlumuran darah di pinggang dan belakang badan, saya tetap berlari. Saya
menangis apabila melihat ramai rakan saya yang terbujur kaku akibat ditembak
mati tanpa perikemanusiaan.
“Mayat semua mangsa
yang terkorban disusun di pekarangan masjid Rabiatul Adawiyah termasuk
pensyarah kuliah perubatan Universiti Al-Azhar, Doktor Yassir Taha, 38,”
katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Seorang lagi mangsa,
Amrul Mahros, 29, turut cedera parah di leher dan patah tulang peha kaki kanan
selepas dibelasah anggota tentera Mesir menggunakan belantan.
Mangsa yang
mengadakan protes di belakang kawad berduri di hadapan Bangunan Pengawal
Republik dibelasah hingga pengsan sebelum diselamatkan penunjuk perasaan lain.
Lebih menyayat hati
apabila mangsa yang dipukul teruk di bahagian kemaluan mungkin akan mengalami
cacat kekal kesan kecederaan saraf di belakang leher.
RAHSIA 13
Kisah yang berlaku di
atas menunjukkan Yahudi & Agen-agen Dajjal tetap campur tangan di mana
sahaja. Mereka tidak mahu Islam tegak sebagai teras kepimpinan Negara. Kelompok
tentera-sekular-kehakiman-koptik telah bergabung menyerang Ikhwanul Muslimin (IM).
Mereka telah diperbodoh-bodohkan dan diperalatkan.
Bilakah saatnya kita
semua patut sedar?
SABTU 13/7/2013
Salam,
ReplyDeleteJika kamu menyokong ikhwan muslimin, maka apa sahaja yang bertentangan dengan ikhwan akan kamu tentang. begitu juga di malaysia, jika kamu seorang penyokong kuat pas, maka apa sahaja yang bertentangan dengan pas akan kamu tentang. Sedangkan belum terbukti lagi pun golongan yang dikatakan Islam itu benar-benar Islam.
Di Mesir, adakah kedengaran akan dikembalikan sistem khalifah dan keinginan untuk menghancurkan demokrasi dari bumi mesir selepas ikhwan muslimin berkuasa? Yang dilihat ialah mereka masih menerima dan mahu mempertahankan demokrasi? sedangkan demokrasi itu satu cabang besar dari fitnah besar akhir zaman.
Di mesir, adakah kedengaran akan dikembalikan sistem muamalat Islam yang asal dan menghapuskan sistem kapitalis wang fiat keseluruhannya dari bumi mesir selepas ikhwan muslimin berkuasa? Yang dilihat ialah mereka masih sayang dengan sistem kapilatis wang fiat ini dan bergantung padanya bahkan sanggup merendahkan diri memohon dana bantuan wang fiat dari IMF. Sedangkan sistem kapitalis wang fiat sekarang adalah satu cabang besar yang lain dari fitnah besar akhir zaman. Lihatlah gambar perbincangan Morsi dengan Lagarde dan Kerry. Memang pemimpin Islam ini tidak mahu mengambil pengajaran?
Adakah Islam/ Negara Islam itu hanya pada menegakkan hukum hudud sahaja?
sesetengah pengkaji barat sendiri mengatakan "Muslim Brotherhood were, are, and will be Western Proxies" sedangkan ikhwan tidak mahu sedar bahawa mereka telah digunakan. sepatutnya mereka sudah sedar ketika era revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak lagi. ketika itu mereka mendapat bantuan dari US dan sekutu untuk menjatuhkan Hosni. Tetapi malangnya mereka tidak mahu mengambil pengajaran. US hanya menggunakan seseorang jika dia menguntungkan mereka, apabila sudah tidak menguntungkan, habis dicantas semuanya. adakah ikhwan tidak tahu perkara ini? cabang tentera FSA dari kalangan ikhwan yang mendapat "heavy support" dari US di syria yang sedang giat berperang dengan Assad juga akan mengalami nasib yang sama jika mereka tidak mahu mengambil pengajaran.
sebelum Morsi melantik Adly, sepatutnya beliau mengkaji secara terperinci siapa Adly. sekarang nasi dah jadi bubur, agamanya juga tidak diketahui, maka siapa yang salah? atau memang Morsi hanya pandai dengar cakap (baca: nasihat) orang sahaja?
sebelum Morsi melantik Al Sisi, sepatutnya beliau mengkaji secara terperinci siapa al Sisi, sekarang nasi dah jadi bubur, siapa yang salah? atau memang Morsi hanya pandai dengar cakap (baca: nasihat) orang sahaja?
atau kemungkinan lain, adakah Morsi melantik mereka bagi memenuhi tuntutan demokrasi yang dilihat akan menguntungkan ikhwan?
sebagai Presiden, beliau ada kuasa tetapi malangnya semuanya sudah terlambat. apa pula pandangan Imam Azhar, Sheikh Azhar, Grand Mufti Mesir tentang pergolakan yang terjadi? mereka sokong Ikhwan atau Tamarud?
"dan Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka..." (Al Baqarah: 120)
".....cabang tentera FSA dari kalangan ikhwan yang mendapat "heavy support" dari US di syria....."
DeleteNampak sangat awak tak tau perkara sebenar pasal FSA dan Syria.
Mungkin sekadar dapat maklumat dari Michel Chossudovsky, atau PressTV yang dipunyai oleh Iran (Syiah) atau sumber berita bukan Islam atau ASWJ.
Anonymous17 July 2013 20:41,
Deletecuba cross check dengan Pengakuan FSA sendiri bahawasanya mereka menerima support-support dari segi Peralatan senjata, bantuan logistik dan kewangan dari West&Arab Alliances - USA, Nato, Saudi Arabia, Qatar, Turki dan lain-lain. FSA sendiri bersuara bahawa mereka menerima bantuan tersebut dari barat dan arab, tiba-tiba kamu pula kata "tidak, tidak, tidak". FSA ada banyak batalion, kamu dari batalion FSA yang mana? Sungguh pelik...
US skarang sudah menyiapkan beberapa plan untuk memulakan Direct Intervention di Syria (maksudnya bantu FSA untuk menumpaskan Assad secara perang terbuka). Dempsey cakap nak guna Kinetic Strike, Obama pula masih main tarik tali. ntahlah..
satu lagi, Israel pergi menyerang Syria (kemudahan tentera kerajaan Syria) beberapa kali sehingga menyebabkan kemusnahan senjata dan kehilangan nyawa tentera kerajaan Syria itu bagaimana? Israel sokong FSA dengan Air Support ke?
sebenarnya saya pun pening dengan pergolakan ini semua. yang paling kesian ialah ummat Islam yang diratah hidup hidup
nasihat untuk kamu, sebelum kata orang tak tahu, nilai diri kita sendiri adakah kita tahu semua perkara. dan disini saya mengaku apa yang saya tahu sangat sangat sedikit. Mungkin juga kamu dapat maklumat dari ikhwan dan sekutunya sahaja jadi kamu kata orang lain tidak tahu. jadilah yang tengah-tengah tidak berpihak kerana di akhir zaman ini tiada yang benar-benar betul sehinggalah kebenaran yang haq dibawa kembali oleh Imam Zaman yang dinanti.
Kebanyakannya saya perhatikan para penyokong Hizbut Tahrir memang bijak bercakap. Kemungkinan Anonymus 13/7/13 20:57 di atas juga penyokong HT. - MUS.
ReplyDeleteAllahu Akhbar!!!
ReplyDeleteSungguh dahsyat FITNAH akhir zaman ini sehinggakan sampai satu tahap kita sendiri tidak dpt membezakan yg mana benar dan yg mana dusta.
Ini belum lagi fitnah DAJJAL yg sebenar. Ini sangat mengerikan.
"Ya ALLAH, kami mohon perlindungan Mu drp seksa Neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah DAJJAL...Amin"
amiin.
ReplyDeleteAssalamualaikum semua. Blog saya ini neuytal. Saya tak sokong mana-mana pihak. Saya cuma cakap yang benar. Diharap semua pihak dapat menerima penjlasan & penerangan saya dengan adil.
ReplyDeleteJanganlah mengata saya sebagai Syiah kerana menyokong Basyar Al-assad. Janganlah mengata saya Ikhwanul Muslimin kerana menyokong mereka di Mesir.
Saya hanya sokong yang benar pada pandanga saya. Harap maklum