PERGOLAKAN MESIR
(1) Permulaan Kepada Kewujudan Muhamad Muda. Sebelum saya
menceritakan kepada anda siapakah Muhamad Muda (MM) itu, mari kita melihat
kepada kisah pergolakan Mesir yang semakin panas.
Di Kaherah, tentera
Mesir pada Rabu, 3/7/2013 dengan jelas telah menahan presiden pertama negara itu yang
dilantik secara demokratik, beberapa jam selepas memaksanya berundur daripada
jawatan itu.
Seorang pegawai
kanan tentera berkata, penahanan itu dibuat sebagai “langkah pencegahan” dan
dibuat selepas tempoh 48 jam diberikan kepada beliau berakhir.
PENYINGKIRAN &
PENANGKAPAN
Pengumuman
penyingkiran tokoh Islam itu dibuat Menteri Pertahanan Mesir yang juga panglima
tentera negara itu, Jen Abdel Fattah al-Sisi, melalui siaran televisyen ke
seluruh negara.
Pada masa sama,
polis mengepung sejumlah pembantu utama Mohamed Mursi dan beberapa pemimpin
Ikhwanul Muslimin.
Waran tangkap juga
dikeluarkan untuk kira-kira 300 pemimpin dan pegawai pertubuhan gerakan Islam
berpengaruh itu.
Ketua Parti Kebebasan Dan Keadilan, Saad al-Katatni, serta Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Rashad Bayoumi, adalah antara tokoh yang ditahan dan dipindahkan ke penjara. Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya di Kaherah bersorak sepanjang malam meraikan penyingkiran Mohamed Mursi.
Akhbar yang
dikawal kerajaan pula semalam memuji rampasan kuasa tentera itu dan menganggap
penyingkiran Mohamed Mursi sebagai revolusi yang “sah.”
MUHAMAD MUDA?
Mari kita melihat
pula siapakah itu Muhamad Muda? Saya sengaja memanggilnya sebagai Muhamad Muda
(MM), sebab Hamba Allah itu bernama Muhamad dan dia pula berusia muda.
Ini hanya sebuah
maklumat lampau yang pernah masuk ke dalam kepala saya. Cuma saya tak pasti
dari mana. Mungkin dari pembacaan kitab, buku sejarah, kisah ramalan, perbualan
atau apa sahaja.
Kononnya, Muhamad
itu seorang askar. Dia kemudian tak berpuas hati dengan perlakuan tentera yang
tidak adil dan zalim. Maka dia merampas kuasa & memimpin Negara. Pada
zamannyalah, dia membawa Mesir tunduk kepada kekuasaan Imam Mahdi akhir zaman.
Wallahu Ahlam.
SIAPA DI BELAKANG PUJIAN INI?
Kemudian, mari
kita tengok sikap sebahagian Negara Teluk berhubung cerita di Negara Mesir ini.
Sebahagian pemimpin Negara ini memuji kejayaan tentera menahan Mohamad Mursi.
Negara Teluk yang
tidak sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin Mesir semalam mengiktiraf kerajaan baru
yang dipimpin tentera selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi.
Siapakah di
belakang pujian ini? Saya yakin 100% bahawa Amerika Syarikat bertindak sebagai
pemukul gendang dalam drama kekecohan ini.Di belakang tabir, Yahudilah penulis
skrip dan pengarahnya.
Saya pernah
menyebut sebelum ini bahawa Yahudi & Agen-agen Dajjallah yang merancang
revolusi pertama menjatuhkan Husni Mubarak. Tetapi impian di sebaliknya ialah
kebangkitan pemimpin baru yang memenuhi selera mereka.
Mereka tidak suka
kepada Mohamad Mursi, kepada Ikhwanul Muslimin & para pejuangnya. Maka
kerana itu, mereka mengadakan semula Revolusi Kedua Rakyat Mesir (KKRM) untuk
mencari pemimpin yang menyebelahi mereka.
Emiriah Arab
Bersatu (UAE) antara pengkritik utama Ikhwanul Muslimin menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan
di Mesir, menurut agensi berita rasmi.
Qatar yang sebelum
ini menjadi penyokong kuat kerajaan Mursi, turut menghantar ucapan tahniah
kepada presiden sementara Mesir, Adly Mansour. Ucapan ini datang dari
pemerintah baru Qatar, Syeikh Bani Tamim berbanding ayahnya dahulu, Syeikh
Hammad.
UAE mendakwa
kumpulan Islam yang disokong Ikhwanul Muslimin berusaha menggulingkan sistem
pemerintahan mereka yang disokong Barat. Inilah beberapa kisah di sebalik
rencam politik Negara Teluk.
Di Arab Saudi,
Raja Abdullah turut menghantar ucapan tahniah. Ini tidak perlu dijelaskan lagi
kerana hubungan baik Arab Saudi dengan negara-negara barat. Cuma kami tidak
tahu bagaimana hubungan selanjutnya antara baginda & ulamak-ulamak Wahabi
dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
PRESIDEN SEMENTARA
Sementara itu,
seperti yang disebutkan di atas, Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour, mengangkat
sumpah sebagai presiden sementara negara itu semalam, sehari selepas tentera
menyingkir dan menahan tokoh yang dipilih rakyat melalui pilihan raya, Mohamed
Mursi.
Melalui majlis
itu, Adly berikrar untuk mempertahankan sistem republik dan menghormati
perlembagaan serta undang-undang, selain menjaga kepentingan rakyat.
PUJIAN PALSU PENUH
RACUN
Majlis itu
diadakan di Mahkamah Perlembagaan Agung dan ia disambut dengan tepukan gemuruh.
Pada acara itu, Adly turut memuji rakyat Mesir, media, tentera dan polis.
“Penghormatan
untuk rakyat Mesir kerana memperbetulkan jalan gemilang revolusi ini pada 30
Jun,” katanya merujuk kepada protes yang menyaksikan jutaan orang awam turun ke
jalan raya pada hari ulang tahun pertama Mohamed Mursi menjadi presiden.
Kata Adly, protes
di seluruh dunia “membuktikan kepada dunia” bagaimana kesungguhan rakyat Mesir
berdepan dengan kepelbagaian. Ketua hakim berusia 67 tahun itu kemudian memuji
tentera kerana “sentiasa menjadi hati nurani rakyat” dan “tidak teragak-agak
sedikit pun untuk memenuhi kehendak negara dan orang ramai”.
Mengenai media, Adly menganggap ia memiliki
“keberanian memimpin rakyat serta membongkar salah laku rejim lama.” Sementara
itu, seorang pegawai kanan tentera berkata, pasukan itu sedang menahan Mohamed
Mursi.
SIMBOL KEMUSNAHAN YANG
MUDAH
Kita mulakan
takrifan ini dengan symbol yang mudah difahami. Mereka adalah penjilat-penjilat
Yahudi & Dajjal.
Mereka melakukan
revolusi (Arab Spring) untuk menjatuhkan Husni Mubarak. Kemudian mereka
melakukan Revolusi Kedua Mesir untuk menjatuhkan Mohamad Mursi.
Di belakang mereka
ialah agen-agen Dajjal yang ingin melihat Mohamad Mursi jatuh. Dan di belakang
agen-agen Dajjal ini ialah Yahudi yang sedang bertepuk tangan.
KALAU BENAR MM
WUJUD
Kami tidak berani
dan pasti samada Teori MM itu benar atau tidak. Saya pun tidak ingat bila, di
mana dan dari sumber apa berita itu sampai ke telinga saya & masuk ke dalam
kepala saya.
Kalau benar Teori
MM itu, syukur Alhamdulillah. Mesir pasti akan tunduk kepada Imam Mahdi dalam
keadaan tertutup (menyerah tanpa peperangan). Insyaallah.
JUMAAT
5/7/2013.
No comments:
Post a Comment