Maghrib tadi, saya tiba-tiba merasa sakit jantung. Hajat nak ke surau untuk
solat Maghrib segera saya pendamkan. Saya solat sendirian di rumah. Segera saya
menelan ubat jantung untuk meredakan ketegangan.
Sukar untuk saya ceritakan suasana semasa sakit jantung ni. Dada jadi senak, wajah jadi berpeloh, tenaga
jadi lemah & perasaan cepat marah. Dah hampir 1.5 bulan jantung saya tak
meragam. Baru sekarang ia meragam.
Kebiasaannya, pada masa-masa begini, saya perlukan ketenangan zahir &
batin. Suasana mesti senyap atau diam. Tidak boleh ada kebisingan. Kemudian
saya juga perlukan penenang dalaman. Maksudnya ubat tradisional untuk menurunkan
tekanan darah tinggi di dalam badan.
MEREDAKAN KETEGANGAN
Ada 2
pilihan untuk saya. [1] Minum air rebusan jagung. Lebih baik kalau ada bulu
jagung. Kalau tak ada jagung asli, boleh juga guna ketiak jagung yang dijual
kat kedai, RM2.00 sepeket.
Atau [2] minum air daun serai kayu yang biasa dibuat nasi kerabu. Ambil
secekak dan kemudian kisar (blend) biar dapat secawan air. Kemudian minum.
Insyaallah, tekanan darah akan turun & jantung jadi normal balik.
Kedua-dua cara tadi memang sesuai kalau dapat diminum 3 hari sekali. Tekanan
darah akan turun dan tubuh jadi sejuk.
Mari kita melihat jantung sepintas lalu. Jantung merupakan salah satu organ vital yang mempengaruhi
bahagian-bahagian lain pada tubuh manusia. Untuk itu, ketahuilah 5 gejala yang mungkin
menjadi tanda bahawa jantung anda tidak sehat.
“Jantung bersama-sama dengan arteri berfungsi menghantar makanan (glukosa)
kepada berbagai organ tubuh. Kalau jantung mula mengalami gangguan, maka gejala-jegala tertentu akan muncul pada bahagian-bahagian tubuh yang berkenaan,” demikian kata Jonathan
Goldstein, ahli jantung dari St. Michael’s Medical Center di Newark, New
Jersey, sebagaimana dikutip dari MSN Health.
5 TANDA YANG MESTI DIKETAHUI
Berikut ini adalah 5 tanda yang menunjukkan bahwa jantung anda tidak sihat.
Jika memiliki lebih dari 2 tanda tersebut, anda sebaik-baiknya menghubungi doktor
untuk pemeriksaan.
[1] Sakit leher
Jika sering merasa leher sakit seperti tertarik, terutama jika terus menerus,
maka eloklah anda memikirkan tentangnya..Pesakit yang telah mengalami serangan
jantung kebanyakannya baru menyedari bahawa ia sering merasa pegal, sakit dan
rasa seperti tertarik di leher akibat ketegangan otot.
Tanda ini selalunya sering diabaikan atau terabaikan. Ini kerana pesakit lebih fokus pada rasa sesak atau sakit di
bagian kiri dada. Mereka kurang mengambil berat kepada rasa pegal, sakit atau
tertarik pada tempat yang berkenaan.
Keadaan ini terjadi karena saraf dari jaringan jantung mengirimkan isyarat
(signal) rasa sakit yang naik turun ke sumsum tulang belakang yang membentang
ke leher dan bahu. Rasa nyeri ini tidak terletak pada satu tempat spesifik dan
biasanya tidak hilang dengan sentuhan dingin, hangat atau pijat otot (urutan).
[2]. Sering merasa pening, sesak napas atau pingsan
Journal of the American Heart Association melaporkan lebih dari 40%
perempuan melaporkan sering mengalami sesak napas pada hari-hari sebelum daripada
serangan jantung.
Seseorang mungkin akan mengalami masalah tidak dapat bernafas, pening atau
pingsan. Dan jangan terkejut kalau ia mungkin terjadi pada waktu sedang berjalan
atau membersihkan rumah yang sebelumnya tidak pernah bermasalah.
Keadaan ini terjadi karena darah yang melalui arteri untuk membawa oksigen ke
jantung tidak mencukupi.
Plak (maksudnya lemak) yang menumpuk pasa salur darah akan membuatkan
jantung sulit mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Bahkan kadang-kadang pesakit
itu harus menarik nafas dalam-dalam. Biasanya ia berlaku secara tiba-tiba dan
akan hilang setelah beristirahat.
[3] Sakit pada rahang dan telinga
Sakit pada rahang memang menjadi gejala misteri kepada beberapa sebab, tapi kadang-kadang dapat juga menjadi
petunjuk kepada penyakit jantung koroner
dan serangan jantung.
Rasa sakit yang muncul sepanjang rahang sampai ke telinga gagal menemukan
dari mana berasalnya rasa sakit itu. Keadaan ini terjadi karena jaringan
jantung yang rosak telah mengirimkan isyarat ke sumsum tulang belakang hingga
mempengaruhi saraf di sepanjang rahang sehingga ke telinga.
Rasa sakit yang muncul itu berbeza dengan sakit gigi atau infeksi telinga
yang biasanya di satu titik. Tetapi rasa sakit pada rahang ini lebih bersifat menyebar dan kadang-kala
mempengaruhi bahu serta lengan terutama di bagian kiri.
Tetapi anda mesti ingat kepada satu situasi ini. Jika anda mendapati gusi
anda, tak kira samada pada rahang atas atau bawah, maka jantung anda sedang
BERMASALAH. Elok anda berjumpa doctor serta merta.
[4] Gangguan pencernaan, mual atau
rasa perih di perut
Jika anda seorang perempuan dan mengalami gangguan pencernaan yang parah.
Maksudnya anda selalu mual (loya), maka itu mungkin menjadi tanda awal serangan jantung atau
myocardial infarction.
Dalam satu kajian, didapati perempuan 2 kali ganda lebih mungkin mengalami
muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan
jantung dibanding laki-laki.
Keadaan ini terjadi karena sumbatan lemak pada arteri akan mengurangkan
bekalan darah ke jantung yang biasanya terjadi di dada. Tetapi kadang-kala tanda
ini muncul di perut.
Hal ini bergantung pada bahagian mana daripada jantung yang mengalami
gangguan sehingga ia mengirimkan isyarat rasa sakit di bahagian tubuh yang
lebih rendah dari dada.
[5] Gangguan seksual
Serangan jantung juga berkait rapat dengan gangguan seksual. Maksudnya tanda
kepada sakit jantung dapat dilihat kepada tahap ereksi lelaki. Kepada lelaki yang berkenaan, doktor akan melakukan pemeriksaan
kardiovaskular.
Keadaan ini terjadi karena arteri di sekitar jantung yang menyempit . Dengan
itu bekalan darah yang sampai kepada senjataanya kurang isipadunya sehingga membuatnya
sulit mencapai atau menjaga ereksi.
Demikianlah 5 tanda yang perlu anda awasi. Samada anda berumur 40 tahun atau
belum, penjagaan kesihatan itu sangat perlu.
KONSEP KESIHATAN YANG MUDAH
Ramai rakan-rakan saya telah meninggal dunia akibat jantung. Saya suka
memberikan anda satu konsep kesihatan yang mudah.
LEBIH BAIK ANDA MENGETAHUI PENYAKIT ANDA DARIPADA ANDA MENGANGGAP ANDA SIHAT
TANPA PEMERIKSAAN DOKTOR.
Saya mula terkena penyakit jantung ini sejak tahun 2009 semasa berumur 48 tahun. 5 hari kena tahan di wad Hospital Kuala Krai. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat saya masa itu.
Sekarang saya mesti berjumpa doctor pakar 3 bulan sekali. Doktor akan memeriksa tahap
kesihatan saya, penyakit jantung, kencing manis & darah tinggi saya.
Kadang-kadang boring juga berjumpa mereka. Tetapi nasihat berguna mereka sangat
penting kepada saya.
Sebagaimana saya selalu menasihati pelajar saya supaya selalu rajin belajar,
maka doctor juga selalu menasihati saya supaya
selalu menjaga kesihatan. Kedua-dua kes di atas berkait dengan ambil berat dan
cakna. Orang yang mengambil berat tentang kita adalah orang yang sayang kepada
kita.
Baru-baru ini, Khamis 15.12.2012, .saya telah berjumpa doctor pakar. Darah
tinggi saya 158/103. Kencing manis pulak 10.8, Kolestrol pulak 7.3. Doktor
menasihatkan saya supaya kawal makanan berlemak & banyakkan senaman
berjalan kaki.
Dia suruh saya berjalan kaki seluruh kampong atau taman selepas subuh. Buat
tiap-tiap hari. Dia juga menyuruh saya banyakkan rehat dan jangan stress. Saya
senyum sahaja. Pasal rehat & stress, memang saya dah OK.
Saya cuma kalah kepada roti canai. Kena makan 2 dalam 1. Kalau sebiji,
maaflah tak cukup. Tetapi saya bukan makan tiap-tiap hari. Kadang-kadang jew.
Saya juga kalah kepada gulai lemak, gulai kerutup & nasi goring. Aduhai.
Memang saya selalu beringat dah. Selepas makan benda-benda tadi, saya selalu
minum cuka khurma (khal) untuk mencairkan lemak & mengurangkan kolestrol.
Sekian dahulu. Marilah kita sama-sama menjaga jantung kita.
Ahad, 16.12.2012 9.21 pm.
Terima kasih tuan kerana berkongsi pengalaman bersama kami. Kisah tuan memberi peringatan penting buat saya agar jagalah kesihatan jantung sebaik mungkin.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi.