Terima kasih kepada pencinta-pencinta blog saya. Sokongan anda kepada post
sebelum ini, MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR (SIRI 1) sangat mantap, positif &
mengalakkan. Jutaan terima kasih saya
ucapkan
Tidak ada apa yang dapat saya ucapkan, kecuali merasa gembira dengan
sokongan anda. Tetapi ada satu perkara yang saya terkilan. Saya tidak tahu
siapa anda sebagai pembaca saya.
Kalaulah saya dapat tahu siapa anda, dapat melihat tulisan anda, dapat
membaca coretan anda pada ruang komentar saya,
tentu hal itu lebih mengembirakan saya.
Anggap sahaja blog ini sebagai kepunyaan kita bersama. Saya sebagai admin
& anda sebagai peminatnya. Kalau anda ingin mengatakan sesuatu, tulislah
pada ruangan komentar. Pilihlah sama ada “anonymous” atau “name/url” Kalau anda
pilih name/url, taip sahaja nama anda
& abaikan url.
Saya sangat menghargai sokongan anda, bahkan saya sangat ingin mengenali
anda & mendengar coretan anda. Sekarang, mari kita teruskan ke siri (2)
kita.
UCAPAN BELIAU [10] : DUA KAREKTOR ORANG ALIM
“Seorang hamba itu dikatakan alim jika ia tidak iri hati kepada orang yang
berada di atasnya dan tidak menghina orang yang berada di bawahnya”.
HURAIAN : Maksud orang alim itu sangat luas. Dan ciri-cirinya juga sangat
banyak. Tetapi yang paling minima ialah 2 perkara di atas. Jika kamu dapat
menahan dirimu daripada dengki kepada orang yang lebih daripadamu, juga dapat
menahan dirimu daripada menghina orang-orang yang kurang daripadamu, maka
itupun tandanya engkau termasuk karektor orang yang alim.
Awasilah dari menjadi orang alim yang bodoh.atau terikut-ikut dengan perangai orang alim yang bodoh. Maksud bodoh itu ialah melakukan amal pada sesuatu yang tidak bersandar pada ilmu. Mereka berjubah & berserban, tetapi perbuatannya tidak berlandaskan ilmu yang sebenar. Pernahkah anda melihat seorang ustaz yang merokok? Atau seorang penceramah agama yang menyumpah seranah orang lain? Atau seorang ulamak yang kotor mulutnya mencaci maki orang lain?
Jika kita bertanya kepada mereka, maka mereka mempunyai jawapan mereka sendiri untuk itu. Apa yang mereka buat semuanya betul sekalipun 50% pendengar mereka kata tidak betul. Saya mempunyai hujjah begini terhadap mereka.
Pernahkah Nabi Muhamad melakukan demikian? Kalau baginda tidak melakukan demikian, pernahkah salah seorang dari 124,000 sahabat baginda melakukan demikian? Kalau tidak ada, pernahkah tabiin atau pengikut-pengikut mereka melakukan demikian? Kalau tidak ada, saya minta maaf, andalah yang sepatutnya mengkoreksi diri anda. Noktah..
UCAPAN BELIAU [11] : TIGA PAHALA
“Jika mulut seseorang berkata jujur, maka perilakunya akan bersih, jika niatnya
baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada
keluarganya, maka umurnya akan ditambah”.
HURAIAN ; Ada
3 perbuatan yang membawa kepada 3 keberkatan. [1] Hendaklah sentiasa berkata
jujur meskipun pahit. Sebab berkata jujur itu membawa malaikat rahmat
kepadanya. Barangsiapa suka berdusta, maka malaikat rahmat lari daripadanya
sebab hangit terbakar mulutnya oleh dusta. Sentiasalah berkata jujur, nanti
peribadimu terlihat cantik & bersih.
[2] Juga hendaklah sentiasa berniat bersih. Sebab niat bersih itu disukai
Tuhan. Bila tuhan menyukainya, maka DIA akan memberi apa-apa sahaja permintaan
hamba yang disukaiNya. Di antaranya, memberi rezeki yang melimpah-ruah.
Sebaliknya, si pendengki akan kehilangan rezekinya., bahkan akan menyusut tanpa
disedari.
[3] Perpanjangkanlah silaturrahmi & berbuat baiklah kepada ahli
keluargamu. Berikan mereka hak-hak sepatutnya. Jangan terlalu bakhil kepada
mereka.Bahkan sebaik-baiknya, berlaku budimanlah kepada mereka. Cintailah
isterimu sepenuh hatimu. Sayangilah
anak-anakmu sepenuh jiwamu. Kasihilah kerabat-kerabatmu sepenuh
perasaanmu. Orang yang mulia seperti itu
akan dipanjangkan umurnya oleh Tuhan.
UCAPAN BELIAU [12] : TINGGALKANLAH KEMALASAN.
“Janganlah malas dan suka marah, karena keduanya adalah kunci segala keburukan. Barang siapa yang malas, ia tidak akan dapat melaksanakan hak (orang lain), dan barang siapa yang suka marah, maka ia tidak akan sabar mengembangkan kebenaran”.
“Janganlah malas dan suka marah, karena keduanya adalah kunci segala keburukan. Barang siapa yang malas, ia tidak akan dapat melaksanakan hak (orang lain), dan barang siapa yang suka marah, maka ia tidak akan sabar mengembangkan kebenaran”.
HURAIAN : Malas adalah keburukan yang paling huduh wajahnya.. Tidak ada
penawat mujarab untuk penyakit ini kecuali tanah yang memasuki mulutnya
(mati). Orang yang malas gagal menyara
anak isterinya dengan baik, bahkan gagal membayar zakat fitrah setahun sekali.
Dia bukan asnaf yang lapan, tetapi sejenis spesies manusia yang memalukan
Islam.
Kemudian, jangan suka marah. Barangsiapa yang menjadi pemimpin, ia sama
sekali tidak boleh bersikap marah. Kemarahan melulu (tanpa hujjah ilmu) adalah
kebodohan yang menjauhkan orang lain daripadanya. Janganlah marah, kerana marah
itu sejenis sifat keras hati. Kamu gagal mengajak orang lain kepada dakwah
Islam dengan sifatmu yang bengkeng & melulu marah. Kuatkanlah kelembutan
menghadapi mereka. Insyaallah, mereka akan sedar.
UCAPAN BELIAU [13] : PENYESALAN DI HARI KIAMAT
“Orang yang paling menyesal di hari kiamat adalah orang yang berbicara keadilan
(kebenaran) dan ia sendiri tidak melaksanakannya”.
HURAIAN : Orang yang paling menyesal di Hari Kiamat ialah seseorang yang
suka berkata mengenai kebenaran tetapi
dia sendiri tidak mengerjakannya. Ini umpama ketam menyuruh si anaknya berjalan
betul, tetapi dia sendiri berjalan tunggang-langgang. Penyesalannya disebabkan
2 perkara. [1] Dia tidak mendapat pahala yang banyak daripada perbuatan yang
dia sendiri anjurkan. [2] Dia mendapat tempelak daripada Tuhan di atas ssikap
kepura-puraannya.
UCAPAN BELIAU [14] : BUAH SILATURRAHIM
“Silaturahmi dapat membersihkan amalan, memperbanyak harta, mempermudah hisab
dan menunda ajal tiba”.
HURAIAN : Ada
5 kebaikan daripada siaturrahim. Sebab itu, penting kepada kita untuk menjaga
silaturrahim agar jangan putus atau terputus. Kalau terputus, cepat-cepatlah
menyambung kembali. Ingat, batasan tak bertegur sapa hanya selama 3 hari. Kalau
lebih daripada itu, anda mesti bersedia untuk masuk neraka.
Rebutlah 5 kebaikan daripada silaturrahim. [1] membersihkan amalan,
[2] memperbanyak harta, [3] menghindarkan bala, [4] mempermudah hisab &
menunda ajal tiba.
Menunda ajal tiba bererti memperpanjangkan umurmu. Itulah manfaat daripada
silaturrahim yang dianjurkan Islam. Janganlah menyusahkan dirimu & orang
lain dengan melakukan fitnah & merosakkan masyarakat. Engkau akan jadi
kurus kering dari kebodohanmu memutuskan silaturrahim.
UCAPAN BELIAU [15]. : BERAMAH MESRA DENGAN ORANG LAIN
“Ucapkanlah kepada orang lain kata-kata terbaik yang kalian senang jika
mereka mengatakan itu kepadamu”.
HURAIAN : Kaedah ini dinamakan ilmu taksir atau dalam bidang sosiologi
moden, dipanggil ilmu motivasi. Sesungguhnya Islam telah mendahului zaman
dengan menitikberatkan ilmu otivasi kepada umatnya. If you want to be respected
by others, you must respect the others. Thank you for sharing this word.
UCAPAN BELIAU [16] : HADIAH ILAHI
“Allah akan memberikan hadiah bala` kepada hamba-Nya yang mukmin sebagaimana
orang yang bepergian akan selalu membawa hadiah bagi keluarganya, dan
menjaganya dari (godaan) dunia sebagaimana seorang dokter menjaga orang yang
sakit”.
HURAIAN : Mari kita tengok bentok hadiah yang tuhan beri kepada manusia yang
disayanginya. Ada
2 jenis hadiah. [1] Hadiah bala, [2] penjagaan dari godaan dunia. Bala itu
pelbagai macam. Ada
berupa kesakitan, kemiskinan, kecurian, kejahatan musuh dan sebagainya.
Kenapa ia dipanggil hadiah dari
Tuhan? Kerana bila engkau bersabar menghadapinya, maka engkau akan
mendapat pahala yang banyak dari Tuhan.
Bukankkah sabar itu ada 3 tingkatan. [1] Sabar melakukan ketaatan, [2] sabar
menjauhi larangan, [3] sabar menghadapi ketentuan Allah. Sabar bernombor [3]
adalah yang paling tinggi & mendapat pahala yang banyak. Tuhan ingin
memberi pahala yang banyak kepasdmu melalui hadiahNya.
Saat engkau bersabar, engkau mendapat pahala. Bila berdoa kepadaNya, pun
engkau mendapat pahala. Bila engkau merintih & menangis di hadapanNya, pun
engkau mendapat pahala. Wah banyaknya pahala.
Kemudian, bila engkau seorang mukmin yang baik, maka Tuhan akan menjagamu
dari godaan dunia ini. DIA akan palingkan hatimu kepada akhirat, yang
menyebabkan engkau cinta kepadaNya &
berasa rindu kepadanya. Demikianlah besarnya kasih sayang tuhan kepadamu.
UCAPAN BELIAU [17] : JUJUR & MELAKSANAKAN AMANAH
“Bersikaplah wara’, berusahalah selalu, jujurlah, dan berikanlah amanat kepada
orangnya, baik ia adalah orang baik maupun orang fasik. Seandainya pembunuh Ali
bin Abi Thalib a.s. menitipkan amanat kepadaku, niscaya akan kuberikan
kepadanya”.
HURAIAN : Ada 4 perkara yang ditekankan beliau dalam
ucapan di atas. Bersikap wara’ bererti menjalani kehidupan dengan penuh waspada
& berhati-hati. Ibarat engkau berjalan pada suatu jalan yang penuh diri. Mesti engkau angkat kainmu & kakimu
agar tidak terkena duri itu. Barangsiapa yang berjalan terus seperti robot,
maka itu ertinya suatu kebodohan yang sangat besar. Dia bukan manusia wara’
Berusahalah selalu bererti berkerjalah untuk
kehidupanmu & keluargamu. Ingatlah kepada seorang pemuda yang pernah
ditegur oleh Syaidina Umar kerana asyik berdoa dalam masjid. Dia tidak
berkerja, sehingga makan minumnya pun ditanggung oleh kakaknya. Sikap demikian
tidak terpuji, kerana ia mengandungi maksud kemalasan & jahil memahami kehendak
agama.
Jujurlah kepada dirimu, keluargamu & orang-orang lain di sekelilingmu.
Barangsiapa tidak jujur, akan sampai suatu masa kepadanya “buah ketidakjujuran”
itu menimpa kepalanya. Maknaya, dia tidak selamat & tidak dapat menutup
dirinya daripada perbuatan bodohnya sendiri.
Memberikan amanat bererti mengembalikan sesuatu itu kepada tuannya semula,
samada tuannya itu kita benci atau sayang. Perbuatan itu termasuk sifat takwa
yang sangat dipuji Tuhan. Demikianlah 4 sifat yang sangat ditekankan oleh
Syeikh Baqir.
Semoga kesemua ucapan beliau dalam kedua-dua siri ucapan beliau ini memberi
keberkatan kepada kita. Terima kasih kepada semua pembaca blog saya. Semoga
kamu semua dirahmati & diberkati Tuhan. Siri ucapan ini akan disambung seterusnya
dengan post, KATA BIJAK ISLAMI. Insyaallah.
Sekian, terima kasih. 3.12.2012 10.25 am
TERIMA KASIH. KATA2 SANGAT BAIK. ALHAMDULILLAH
ReplyDeletehuraiannya cukup menarik & kemas. terima kasih kpd admin
ReplyDeleteTQ
ReplyDeleteteruskan artikel2 agama seperti ini. sangat menarik.
ReplyDeletedalam bala ada nikmat
ReplyDeletedalam nikmat ada bala,
bukan semua yang putih itu baik
bukan semua yang hitam itu jahat.
"semua penulis akan mati
ReplyDeletehanya karyanyalah yang akan terus abadi
maka tulislah sesuatu yang
membahagiakan dirimu di akhirat nanti"
~Ali bin Abu Talib K.W.
saya suka baca blog anda :)
semoga terus bisa posting ya :)
ReplyDeleteijin nyimak artikelnya gan
ReplyDeleteterimakasih atas informasinya