TARIKH : 28 NOV 2012 (RABU)
JAM : 4.15 PAGI
Sudah lama saya tidak bermimpi. Tetapi malam ini, tiba-tiba
saya bermimpi. Sebuah mimpi yang permulaannya hebat, tetapi pengakhirannya
menakutkan.
Saya tidak pernah bermimpi sepelik ini. Seperti tajuk yang
tertera, memang ia sebuah mimpi yang menakutkan.
Ia bermula dengan kami, (saya & isteri saya) memandu
sebuah jet. Saya tak pasti samada ia jet pribadi atau jet yang disewa khas.
Tetapi yang pastinya, isteri saya yang memandu jet itu.
Di bawah kami ialah air laut yang putih bersih. Bersinar
& bercahaya dengan cahaya kemilau indah. Waktu itu sekitar jam 3.00 petang
dengan pemandangan lautannya yang cukup indah & mempesonakan.
Tiba-tiba terserlah di depan kami, sebuah pulau yang
pasirnya putih & indah memanjang.
Saya menyuruh isteri saya mendarat perlahan-lahan. Selepas mendarat,
kami bercadang akan terbang lagi ke langit tinggi.
ISTERI SAYA BERJAYA MENDARAT
Isteri saya berjaya mendarat. Tetapi kami tidak berhenti
seperti lazimnya. Jet kami tetap bergerak perlahan-lahan seolah-olah seperti
kami beriar-siar sahaja di pulau itu. Setelah puas melihat pemandangan pulau itu, isteri saya kemudiannya melajukan
jet kami.
Jet kami kemudiannya semakin laju, laju & laju. Bila
sampai sahaja ke gigi air & kami sudah bersedia meninggalkan daratan,
tiba-tiba jet itu seperti terjunam ke bawah.
Dalam keadaan biasa, ia tidak mungkin terjadi. Mana ada
kawasan “air terjun” di perairan pulau seperti itu?
Tetapi dalam mimpi saya itu, jet kami seperti daun yang
mengelongsor jatuh bersama air terjun. Saya melihat air putih memercik &
membasahi pada kiri & kanan cermin jet kami. Bahkan jet kami seperti
tenggelam dalam gelombang air terjun itu & hanyut dengan laju ke bawah.
Kalau anda pernah melihat Air Terjun Niagara di Kanada, anda pasti terkejut melihat air terjun itu sahaja sepanjang 500 meter (0.5 km). Seperti itulah suasana semasa jet kami terjunam & dihanyutkan gelombang air.
Saya cuma takut satu perkara. Saya bimbang isteri saya kelemasan sebab ia tak pandai berenang. Saya tak kisah tentang saya. Walau pun air belum lagi memasuki jet kami, tetapi saya bimbang ia akan menerobos masuk & memenuhi jet kami.
Saya cuma takut satu perkara. Saya bimbang isteri saya kelemasan sebab ia tak pandai berenang. Saya tak kisah tentang saya. Walau pun air belum lagi memasuki jet kami, tetapi saya bimbang ia akan menerobos masuk & memenuhi jet kami.
Memikirkan itu, segera saya mencabut tali pinggang keledar
isteri saya. Selesai sahaja saya melakukan demikian, tiba-tiba saya tersedar.
APAKAH TAFSIRANNYA?
Setakat ini, saya belum pasti tentang tafsirannya. Bila saya
merujuk Buku Tafsir Mimpi Ibnu Sirin pun, tafsirnya pelbagai menyebabkan saya
tidak berani untuk berpegang kepada mana satu.
Laut dalam mimpi bererti seorang khalifah atau penguasa atau
orang pandai yang mulia.
Mimpi pasir ada kaitannya dengan kematian, kehidupan,
kekayaan dan tempat tinggal, kerana pasiri tiu sebahagian daripada bumi
Mimpi berjalan di atas pasir bererti menghilangkan kesibukan
orang yang sedang sibuk dengan cara membantu.
Mimpi melihat laut yang jernih airnya, bersih &
bersinar, bererti penguasa yang adil dalam agamanya.
Mimpi tenggelam di laut, kemudian berenang sambil timbul dan
tenggelam sekali sekala dan mengerakkan kedua-dua tangannya, bererti memperleh
kedudukan.
Mimpi air laut menutupi dirinya bererti mendapat kesusahan,
terutama jika airnya keruh & berlumpur.
Mimpi duduk dalam sampan, sedangkan sampan itu berada pada
tempat yang tinggi lalu sampan tu berjalan, bererti mendapat kedudukan yang
tinggi serta kehormatan yang disebabkan oleh penguasa atau pembesar.
Mimpi melihat perahu berjalan di udara , bererti mati
Mimpi melihat perahu keluar dari tempat yang tak semestinya,
bererti ia mendorong seseorang kepada kebaikan & darjat yang tinggi &
terkenal di kalangan orang ramai, tetapi kadangkala tafsiranya kurang baik.
Mimpi bila berada dalam perahu atau sampan lalu tengglam,
berterti tenggelam dalam masalah duniawi, dan akibatnya baik.
TARIKH : 29 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
JAM : 2.18 PAGI
Malam itu, saya
tersedar secara tiba-tiba daripada tidur saya. Dada merasa senak di sebelah kiri. Kenapa jantung
saya tiba-tiba sahaja sakit malam ini?
Saya segera bangun & mengejutkan isteri saya. Tanpa
berlengah-lengah, segera saya menelan beberapa biji ubat yang berkenaan. Dalam
20 minit, keadaan saya beransur-ansur reda. & saya tidur semula.
Apakah keadaan saya itu merupakan tafsiran kepada mimpi saya
sebelum itu? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Saya sendiri pun agak sukar
mencari tafsiran mimpi saya itu. Ia agak pelik & mengelirukan.
Apakah saya akan mati?.Mengingatkan itu, saya jadi sangat
takut. Wahai Tuhan, panjangkanlah umurku. Kalau diizinkan Tuhan, saya ingin
mati pada umur 63 tahun, seperti umurnya junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
TARIKH : 30 NOVEMBER 2012 (JUMAAT)
JAM : 6,30 PETANG
Adek saya menelefon dan memberitahu saya bahawa ibu saya
telah meninggal dunia. Saya terduduk sekejap menenangkan jiwa. Dan seperti
biasa, saya mengucap ucapan mulia ( )
yang ertinya, Dari Allah Kami datang, dan kepadaNya kami akan dikembalikan.
Saya segera memberitahu isteri & anak saya. Kami serta
merta bertolak ke Kok Lanas. Oeh kerana adek saya, Imi berada di Pahang &
Zool berada di Kl, maka saya & adek ipar saya sahaja yang bergerak ke sana ke mari malam itu.
Kami mulakan tugas kami selepas Isyak & berakhir sekitar
11.30 malam. Banyak perkara yang mesti diuruskan. Report ke balai polis, urusan
mandi mayat, solat jenazah, kain kafan, ambulans & talkin. Penat jugalah ke
sana ke mari.
Saya hanya dapat tidur sekitar jam 1.00 pagi di sebelah
jenazah ibu saya. Imi sampai dari Pahang sekitar 4.00 pagi. Zool &
familynya hanya sampai dari KL pukul 8.00 pagi keesokan harinya.
Mengingatkan apa yang berlaku, barulah saya faham tafsiran
mimpi saya itu. Mimpi meihat perahu (sampan) berjalan di udara , bererti mati (Rujuk
Kitab Tafsir Mimpi, ms 569). Dalam kitab Tafsir Mimpi itu, jet pribadi tidak mempunyai rujukan. Maka ia mesti
dikiaskan kepada kenderaan yang tertulis iaitu sampan.
Merujuk kepada sampan (maksudnya jet pribadi saya) yang dilihat terbang di udara, bermakna akan berlaku kematian. Siapakah yang akan mati? Laut dalam mimpi bererti seorang khalifah atau
penguasa atau orang pandai yang mulia. Khalifah atau penguasa bermaksud ketua. Ini bererti kalau dalam keluarga, maka
ia mesti ibu saya atau ayah saya. Ayah saya dah mati, maka mimpi itu tentu
merujuk kepada ibu saya. Kalau bermaksud orang yang mulia, maka itu juga kembali kepada nilai seorang ibu.
Mimpi melihat laut yang jernih airnya, bersih &
bersinar, bererti penguasa yang adil dalam agamanya. Kalau itu tafsirnya, saya
sangat-sangat mengharapkan semga ibu saya tergolong orang yang baik. Dan
seperti yang selalu saya doakan, ibu saya ditakdirkan mati pada Hari Jumaat
yang mulia. Alhamdulillah. Mudah-mudahan ibu saya terlepas dari fitnah kubur.
Insyaallah.
Mimpi berkaitan pasir ada kaitannya dengan kematian,
kehidupan, kekayaan dan tempat tinggal, kerana pasir itu sebahagian daripada
bumi
Mimpi berjalan di atas pasir (maksudnya, jet saya bergerak
di atas pasir) bererti menghilangkan kesibukan orang yang sedang sibuk dengan
cara membantu. Memang benar, saya & isteri saya sibuk 24 jam menguruskan
pengebumian ibu saya. Adek-beradek saya yang lain kebetulan tidak ada di rumah
waktu itu.
Mimpi melihat sampan (maksudnya jet pribadi itu) keluar dari
tempat yang tak semestinya (maksudnya di dada langit), bererti ia mendorong
seseorang kepada kebaikan & darjat yang tinggi dan terkenal di kalangan
orang ramai, tetapi kadangkala tafsiranya kurang baik.
Perkara tersebut memang benar berlaku selayaknya. Isteri
saya berjaya memainkan perananya dengan baik. Bahkan anak saya juga.
Alhamdulillah.Saya bangga dengan kedua-dua mereka.
Mimpi duduk dalam sampan (maksudnya jet pribadi itu),
sedangkan sampan itu berada pada tempat yang tinggi lalu sampan itu berjalan,
bererti mendapat kedudukan yang tinggi serta kehormatan yang mulia, disebabkan oleh
penguasa atau pembesar. Ya benar perkara itu berlaku. Syukur kepada Tuhan
kerana memberi taufik & hidayah kepada saya untuk dapat berbakti pada saat kematian ibu saya. Alhamdulillah.
Mimpi tenggelam di laut, kemudian berenang sambil timbul dan
tenggelam sekali sekala dan mengerakkan kedua-dua tangannya, bererti memperleh
kedudukan. Ya, memang benar. Saya & isteri sibok menguruskan segalanya. Maksudnya pun sejalan dengan tafsiran sebelum ini.
Mimpi air laut menutupi dirinya bererti mendapat kesusahan,
terutama jika airnya keruh & berlumpur. Memang benar air laut menutupi
kami, tetapi airnya jernih & bersih. Kami tak rasa susahpun, sebaliknya
merasa bangga kerana dapat berbakti kepada ibu.
Mimpi bila berada dalam sampan, lalu tengglam bererti
tenggelam dalam masalah duniawi, dan akibatnya baik. Syukur alhamdulillah
kerana saya telah berjaya melakukan tugasan saya dengan baik. Memang saya sibok. Memang saya penat. Tetapi saya berbangga kerana
dapat berbakti kepada ibu saya pada saat kematiannya. Alhamdulillah.
Demikianlah tafsie mimpi yang saya tidak mengetahui kisahnya itu. Ia rupa-rupanya memberi maksud yang baik.
Demikianlah tafsie mimpi yang saya tidak mengetahui kisahnya itu. Ia rupa-rupanya memberi maksud yang baik.
Sekian, terima kasih.
2.12.2012 6.46 pm
Syukur alhamdulillah. Rupa2nya sebuah mimpi yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah, mimpi yang baik
ReplyDeleteTK semuanya. Semoga ibu saya mendapat ganajaran yang baik dari tuhan.
ReplyDelete