Anak saya memberitahu saya sesuatu dalam kereta semalam.
Katanya, Aisyah ternampak pocong di rumahnya baru-baru ini.
Siapa Aisyah tu? Dia anak bongsu jiran kami. Sekarang baru
tahun 1. Nanti tahun depan akan masuk Tahun 2 di SK Machang 1
.
.
Konon-kononnya dia ternampak seakan-akan satu benda putih,
seperti mayat berbungkus atas bawah di tepi katil ibunya. Tetapi dia tak
menjerit. Dia melihat itu pun dalam keadaan kemamai.
Masa itu, dia tertidur di ruang tamu bersama kakak-kakaknya.
Kemudian dia tersedar dan terasa nak kencing. Oleh kerana tandas terdekat
adalah di bilik ibunya, maka dia ke situ.
Pada masa itulah, dia ternampak
benda tu. Saya pun hairan betul apa manfaatnya benda tu berupa macam pocong. Tak ada faedah langsung. Tak rasa panas ke terbungkus dalam kain putih berbalut macam tu. Bodoh betul.
Depa ni tak belajar pengurusan ekonomi ke? Lebih baik berpakaian biasa. Tak rugi kain & tak perlu bersusah-payah buat kain kapan. Lagi baik, tak payah jadi hantu-hantu macam tu.
Hang tu golongan jin. Dok diam-diam jew la dalam dunia anda yang ghaib tu.Tak payah jadi hantu pocong ke, hantu bungkus ke, hantu penanggal ke. Membazir masa je.
Depa ni tak belajar pengurusan ekonomi ke? Lebih baik berpakaian biasa. Tak rugi kain & tak perlu bersusah-payah buat kain kapan. Lagi baik, tak payah jadi hantu-hantu macam tu.
Hang tu golongan jin. Dok diam-diam jew la dalam dunia anda yang ghaib tu.Tak payah jadi hantu pocong ke, hantu bungkus ke, hantu penanggal ke. Membazir masa je.
Saya juga merasa ada “sesuatu” yang menyerang taman
perumahan kami sekarang. Saya juga ada cerita di rumah saya, tetapi saya tak
pernah memberitahu isteri dan anak saya.
Suatu malam, sekitar jam 11.00 pm, semasa isteri dan anak
saya dah pun tidor, saya ke tandas belakang. Selepas Qadial hajat, saya rasa
macam ada “sesuatu” di dapur saya. Seolah-olah dia merenung saya.
Saya cuba
berdiri di situ & bertahan di situ. Saya pandang atas bawah. Tak nampak
apa-apa. Saya pandang kiri kanan, pun tak nampak apa-apa pun. Apakah benda tu?
Semakin lama saya di situ, semakin berceracak bulu roma saya. Bulu tengkok saya pun merinding tiba-tiba. Hiss, apakah benda ni?
Bila saya berpusing ke belakang dan menuju ke ruang tamu,
saya rasa benda tu semacam mengikut saya. Macam ada dekat-dekat jew di belakang
saya.
Tetapi tidak pulak saya nampak bentoknya macam pocong. Tak nampak
kelibat warna putih pun.
Segera saya bacakan Ayatul Kursi 3X. Sengaja saya kuatkan
suara saya. Bergema suara saya. Dia pun
hilang perlahan-lahan. Hantu datang dari mana ni, tidak pula saya ketahui.
Rupa-rupanya depa ni nak main flip-flop dengan saya. Nak
main “cokek-cokek” dengan saya. Adakah dia hantu pocong yang dilihat Aisyah?
Saya rasa tidak.
Adakah dia itu hantu raya yang bernama PokTeh Hussein? Saya
rasa tidak. Bini dia?, pun saya rasa tidak. Anak dia? Pun saya rasa tidak. Depa
dah kenal saya. Takkanlah depa nak main-main lagi dengan saya.
Ini mungkin benda luar daerah kot. Tumpang naik kereta seseorang
lalu tinggal di sini. Mungkin kot.
Saya tak faham betul perangai hantu atau jin ini. Apa faedahnya pergi bertandang ke rumah orang & cuba nak usik tuan rumah? Tak ada faedah langsung. Lebih baik hang pergi ke kebun ke, ladang ke, apa-apa ke. Tolong gertak mana-mana babi yang nak makan ubi kayu.
Atau pergi gertak mana-mana harimau yang nak makan kambing atau lembu orang kampung. Atau pergi gertak mana-mana gajah yang nak terjah kebun pisang atau ladang kelapa sawit orang kampung. Ada juga faedahnya.
Ni dok mengusik atau menyakat manusia, buat membazir masa jew. Kalau depa azan, hang juga yang susah sampai kena masuk lubang jamban atau kena lari 30 batu masuk ke dalam hutan. Bodoh betul.
Kalau kena Ayat 33, lagi teruk hang kena. Tubuh habis terbakar. Terjerit-jerit. Terlolong-lolong.
Saya rasa benda yang dok di dapur saya itu mungkin dari luar. Sebenarnya, beberapa hari sebelum itu, Ani jiran saya
memberitahu isteri saya bahawa adeknya yang tinggal di Pengkalan Chepa
mengalami masalah gangguan di rumahnya.
Kadang-kadang dia ternampak ada seorang perempuan berambut panjang di rumahnya. Kadang-kadang anaknya nampak. Benda tu dok tergantung kat atas rumah.
Kadang-kadang suaminya nampak semasa tengah mandi. Benda tu
dok dalam bilik air. Hiss, tak malu betul. Adakah patut dok ganggu orang lelaki
semasa sedang mandi?
Tak ada sivik betul hantu ni. Dahlah berambut panjang, suka kacau-kacau orang pulak. Kalau tengok gambar kat atas tu, nampak sangat dia kurang sivik. Rambutnya panjang berjela-jela. Tak reti potong ke? Matanya pulak liar mencerlung. Hang ni pompuan atau betina? Kalau nak tengok orang pun, pandang elok-elok. Biar sopan sikit.
Dipendekkan cerita, mereka memanggil seorang ustaz untuk
menghalau perempuan berambut panjang tu. Dengar cerita, dah ok dah.
Adakah benda tu yang datang mengusik saya semalam? Entahlah.
Mungkin juga dia datang dengan kereta adek si Ani tu. Terpulang kepada dia la. Malas saya nak fikir benda tu. Tak ada faedah pun.
Lebih baik saya buka fb atau baca blog-blog kegemaran saya.
No comments:
Post a Comment