GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 13 December 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (15) Siapa PBT menurut Versi Jemaah Tabligh & Jamaat Ansar As-Sunna?



Pada siri (1) dahulu, saya telah menulis pasal PBT menggunakan Versi Kufah (maksudnya Iraq) bersandarkan kata-kata para tabiin & tabiut tabiin dalam Kitab “Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti’ (ms 91).

Saya juga telah menyenaraikan 31 golongan atau kumpulan yang aktif menentang AS di sana. Daripada jumlah 31 itu, ada beberapa kumpulan/puak yang boleh disenarai-pendek.

Saya cenderung memilih [1] Jamaat Ansar Al-Sunna, [2] Muqtada Al-Sadr & The Mahdi Army, [3] Islamic Kurdistan Group & [4] The Jihad of Muhamad Army berdasarkan ciri-ciri tertentu.

Selain, itu, saya juga akan menulis PBT dari sudut Jemaah Tabligh, pandangan Al-Arqam dari Malaysia & golongan-golongan tertentu di Indonesia. Saya akan menulis secara “cross-checking” supaya anda dapat melihat kesesuaian hujjah-hujjah saya.

Untuk Siri (2) ini, saya akan menulis pasal PBT menurut Versi Jemaah Tabligh & memasukkan satu kumpulan penentang AS di Iraq sebagai perbandingan. Begitulah pada siri-siri berikutnya sehingga “cross-checking” itu selesai & berakhir dengan kesimpulan yang baik.

Sebelum itu, mari kita melihat dahulu ciri-ciri umum PBT itu.      

CIRI-CIRI UMUM PBT
[1] Dia berketurunan Suku Tamim atau Bani Tamim. Tentang keturunan Bani Tamim itu, terdapat perbedaan ijtihad di kalangan ulama. Di kalangan bangsa Arab ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini adalah satu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Di antara sahabat yang berasal dari kabilah Tamim ialah sahabat yang paling setia kepada Rasulullah SAW,yaitu Abu Bakar as-Siddiq RA. Ulama lain berpendapat bahwa pemuda Tamim ini adalah berasal dari keturunan Ahlul Bait.

[2] Keturunannya sudah bercampur dengan bangsa Timur ; Pemuda ini adalah seorang yang keturunan Bani Tamimnya telah bercampur dengan bangsa dari timur, ia lebih dikenal sebagai orang dari bangsa Timurnya daripada suku Tamimnya. Jika orang bertanya kepadanya, “Dari mana engkau berasal?” Ia akan menjawab, “Dari Timur.” Jika ditanya pula, “Apa kebangsaanmu?” Pemuda Bani Tamim akan menjawab, “Aku dari bangsa Timur.” Keterangan ini dijelaskan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya al-Jami’us Soghir.

[3] Pemuda itu bernama Syuaib bin Soleh ; Menurut para penafsir nama tersebut bukan nama yang sebenarnya tetapi merujuk kepada suku bangsanya (suku kecil dari suatu bangsa), dia adalah seorang pemuda yang baik dan berasal dari keluarganya yang terkenal berakhlak baik. Dari segi bahasa Arab, kata Syu’bun berarti suku bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kata Syu’aibun berarti suatu suku kecil dari sebuah kabilah. Kata Bin berasal dari Ibnun artinya anak lelaki, sedangkan kata Soleh berarti orang yang baik, baik namanya, kepribadiannya, akidahnya, keturunannya, agamanya, pemikirannya dan juga akhlaknya.

Di samping itu, menurut Imam Suyuti dalam kitabnya al-Jami’us Soghir, secara lahir ada ciri-ciri khusus yang melekat pada pemuda ini. Ciri-ciri ini adalah merupakan bukti kecintaan pemuda ini untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspeknya :

[4] Dia berkumis tipis, berjanggut panjang dan berjambang tipis ; Dalam Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali disebutkan bahwa orang-orang wara adalah orang yang berkumis tipis. Janggut juga adalah sunnah Nabi SAW dan sunnah sekalian nabi dan rasul sejak zaman dahulu kecuali Nabi Adam AS, Nabi Adam AS memang sejak asal kejadiannya, tidak mempunyai janggut.

[5] Dia memakai serban ; Saat ini amalan sunnah seperti serban ini sering diolok-olok dan diabaikan banyak orang.

[6] Dia memakai jubah dan gamis berwarna hijau dan hitam; Pada saat itu hanya beliau dan jemaahnya sahaja yang memakai jubah. tidak ada pemimpin Islam lain yang menggalakkan jamaahnya untuk memakai jubah sebagai suatu sunnah Nabi SAW dan dengan niat mau membesarkan sunnah Nabi SAW itu.

[7] Dia senantiasa memakai celak mata ; Celak juga amalan sunat. Setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan adalah disunatkan memakai celak mata. Ada hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa bercelak itu sunat hukumnya. Para sahabat dahulu suka bercelak, kerana mengikut amalan Nabi SAW. Para ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang solihin adalah golongan yang suka memakai celak. Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada Khaliq.

[8] Dia senantiasa memakai tongkat ; Tongkat juga merupakan sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar zaman dahulu. Sungguh pun badannya masih segar dan boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu dijaga.

[9] Dia bertubuh serba sederhana ; Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, bentuk tubuhnya tidak besar (gemuk) dan tidak kecil (kurus). Tubuh badannya adalah serba sederhana, sesedap mata memandang.

[10] Kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih ; Dikatakan kulitnya berwarna kuning, bahwa Nabi SAW menjelaskan bahawa Pemuda Bani Tamim itu memang bukan berkulit Arab karena orang Arab biasanya berkulit merah atau putih kemerah-merahan.

[11] Dia bertutur dengan bahasa Ajam bukan bahasa Arab ; Pemuda ini sehari-harinya bertutur dengan bahasa lokal tempat ia hidup. Namun dia juga tetap bisa bertutur dalam bahasa Arab dengan baik dan fasih, sesuai dengan pendidikan dan suasana keluarganya yang mendorongnya mampu menguasai bahasa Ajam dan Arab.

[12] Dia mengetuai pasukan perang yang dikenali sebagai Panji-Panji Hitam dari Timur. Untuk melihat keterlibatan ini, mari kita lihat bukti-bukti di bawah :

BUKTI 1 : Daripada 62 Hadis Nabi S.A.W tentang tanda-tanda & keisitmewaan Al-Mahdi. Bersabda Rasulullah : “Sebelum Al-Mahdi, Al-Sufyani muncul bersama 360 pasukan berkuda. Kemudian diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu saudara bapanya. Al-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan itu, 100,000 orang terbunuh di Zaura, yakni suatu Bandar di Masyriq. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas muncullah Panji-Panji Hitam dari Timur. Yang memegang benderanya adalah seorang pemuda daripada BANI TAMIM yang bernama Syuaib bin Salih….” (ms 63, Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti).

BUKTI 2 : Daripada 39 Keterangan dari Para Sahabat. “Panji-Panji Hitam keluar dan menyerang Al-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu, ada pemuda dari Bani Hasyim yang mana di telapak tangan kirinya berkibar bendera pasukan. Manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Salih At-Tamimy” (.ms 74, Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti).

BUKTI 3  : Daripada 56 Keterangan Tabi’in & Tabi’in Tabi’in : Panglima Perang Al-Mahdi adalah orang yang paling terpilih. Penolong & pembaiah Al-Mahdi adalah penduduk Kufah, Yaman & para Wali Abdal dari Syam. Yang berada di depan Al-Mahdi ialah Jibrail & Mikhail….(.ms 87, Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti).

BUKTI 4  : Daripada 56 Keterangan Tabi’in & Tabi’in Tabi’in : Yang akan membawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usia. Dia berjanggut tipis dan berkulit kuning. Seandainya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu menjadi hancur rata sampai ke Bandar Ilya. (.ms 90, Inilah Imam Mahdi yang dinanti-nanti).

Inilah sebagian dari ciri-ciri pemuda Bani Tamim yang disebut oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya & tabi’in serta pengikut-pengikutnya. Lalu bagaimana sikap kita terhadapnya ?

PRO & KONTRA YANG WUJUD
Atas bukti-bukti yang kita ada seperti di atas, maka keberadaan PBT dalam Jemaah Tabligh itu mempunyai pro & kontranya. Saya sendiri bersetuju kalau dikatakan bahawa Jemaah Tabligh itu satu kumpulan yang memperjuangkan kebenaran & sangat cekal melaksanakannya.

Rasulullah SAW bersabda : " Sentiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat)."

Saya juga bersetuju jika ada orang mengatakan bahawa Jemaah Tabligh mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Mereka berani, cekal, tabah, kuat semangat dan segala-galanya.

Mereka mempunyai keberanian menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W dan tidak berputus-asa menyebarkannya kepada masyarakat. Mereka rela menghadapi caci maki manusia yang tidak menyukai mereka & tidak berasa teranjal sedikit pun kerana itu.

Lebih hebat daripada itu, mereka sanggup menyebar dari rumah ke rumah, dari kampung ke kampung, dari mukim ke mukim, dari daerah ke daerah dan dari negeri ke negeri.

Lebih hebat lagi, mereka sanggup bergerak dari negara ke negara. Bahkan lebih hebat lagi, dari benua ke benua. Mereka sanggup tinggalkan anak isteri demi menegakkan perjuangan dakwah.    

Apa yang dilakukan oleh Jemaah Tabligh dalam usaha penyebaran Islam & menghidupkan sunnah Nabi adalah baik & terpuji. Saya sangat mengkaguminya walau pun saya sendiri bukan seorang daripada mereka. Tetapi dalam hal yang berkaitan dengan PBT, mereka tidak mempunyai persediaan mental dan jiwa dalam bidang peperangan. Maksudnya, mereka tidak mempunyai kelayakan sebagai satu pasukan tentera yang dapat membantu Imam Mahdi Al-Muntazar dari sudut ketenteraan.

Sekarang mari kita lihat kepada sebuah pasukan di Iraq sebagai “cross checking’ kepada Jemaah Tabligh yang sedang kita bincangkan. Pasukan yang saya maksudkan ialah Jamaat Ansar As-Sunna.

Ia dipimpin oleh Abu Abdullah As-Shafii & Mullah Krekar. Diasaskan pada 2003 & mengandungi pasukan-pasukan berikut di dalamnya : Squad Al-Shahid Aziz Taha , Batallion Al-Tawhid, Kumpulan Sa'ad bin Abi Waqqas, Briged  Asad Al-Islam, Brigade Hanifah Al-Nu'man,  Squad Abdallah bin al-Zubayr, Unit Mu'az ibn Jabal dan Rejimen Yasin al-Bahr.  Pasukan ini agak aktif & sangat ditakuti oleh AS.

 
Abu Abdullah As-Shafii adalah komander pasukan tersebut mulai 2003 – 2010. Pada tahun 2010, beliau telah ditangkap oleh askar AS dan sekarang sedang dipenjarakan di Penjara Pusat Baghdad. Orangnya agak gemok & berkulit hitam. Melihat kepada ciri-ciri fizikalnya, ia jauh berbeza dari ciri-ciri PBT sebagaimana disebutkan pada awal artikel ini.

Mullar Krekar itu pula pembantu komander dan merupakan pemimpin Sunni Kurdish yang termasyhur. Nama sebenarnya ialah Najmuddin Faraj Ahmad. Beliau dilahirkan pada 7.7.1956 & hidup dalam buangan di Norway sebelum kembali semula ke Iraq.

Isteri dan 4 orang anaknya berada di Norway dan mempunyai kerakyatan Negara tersebut. Mullah Krekar secara pribadinya boleh menguasai  4 bahasa, iaitu Kurdish, Arab, Parsi & Bahasa Inggeris.

Semasa temuramah dengan TV Al-Hiwar pada 2009, beliau secara jelas menyebut bahawa beliau bercita-cita mahu menubuhkan sebuah Negara Daulah Islamiyah (Khalifah Islam).

Ketahuilah, bahawa Mullah Krekar itu kurus tinggi orangnya, berkulit kuning langsat & pengasas kepada Kumpulan Ansar Al-Islam sebelum ditukar namanya kepada Jamaat Ansar As-Sunna.

Ketahuilah juga, bahawa pasukan ini mempunyai pelbagai nama lain, seperti Ansar Al-Islam, Ansar Al-Sunna Army, Pejuang Islam (Devotees of Islam), Pembantu Islam (Helpers Of Islam), Jaish Ansar Al-Sunna, Tentera Islam (Jund Al-Islam), Partisans Of Islam, Tentera Allah (Soldiers Of God), Soldiers Of Islam (Tentera Islam) dan sebagainya.

Tujuan perubahan nama yang pelbagai itu adalah sebuah taktik peperangan. Ini adalah kerana kekuatan pasukan ini hanya sekitar 500 -  1000 orang sahaja, tetapi sangat aktif menyerang kepentingan-kepentingan AS di Iraq.

Sebahagian ahlinya juga adalah pejuang-pejuang Kurdish. Dan jangan terkejut kalau nama pasukan ini pun mempunyai sebutan nama Kurdistan pada hujungnya. Sebagai contoh,  Followers of Islam in Kurdistan,  Kurdish Taliban; Kurdistan Supporters of Islam & Soldiers of Islam in Kurdistan.

Dengan bahasa mudahnya, Jamaat Ansar As-Sunna terdiri daripada pejuang-pejuang Sunni Arab  & Sunni Kurdish yang bergabung dalam satu pasukan. Pusat operasi mereka ialah di kawasan tengah & Utara Iraq, termasuk Kufah yang sedang kita bicarakan ini.

Adakah mereka itu pemegang Panji-Panji Hitam dari Timur? Saya minta maaf kerana saya tak tahu. Saya cuma menceritakan kepada anda sahaja. Sama-sama kita tengok & tunggu. Wallahu Ahlam.


Khamis,   13.12.2012     9.11 pm.

2 comments: