GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday, 25 April 2013

DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.



DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.

Beberapa minggu yang lepas, saya berdoa kepada Tuhan dengan suatu doa yang belum pernah saya lakukan.

“Ya Allah Ya tuhanku, pertemukanlah aku dengan waliMu setiap hari”. Saya berdoa begitu kerana merasa hari-hari saya berlalu tanpa kegembiraan & keindahan.

Saya kemudian tidak mengambil peduli doa itu. Saya membiarkan hari-hari berlalu dengan kesibokan seperti biasa. Kemudiannya…

Tiba-tiba ada seorang Hamba Allah dari Indonesia mengirim mesej kepada saya. Dia memanggil saya abah. Suatu sebutan yang sepadan dengan umur dan diri saya.

Mari kita namakan dia MS. Selepas perkenalan itu, hampir setiap hari kami berbalas mesej dalam kotak mesej kami. Dia tanya saya jawab. Dan begitulah sebaliknya. Percakapan kami penuh ilmu & hikmah.


Pada saya, dia pemuda yang baik dan sopan. Kesopanan pertamanya pada saya ialah penghormatannya kepada yang lebih tua daripadanya. Kebetulannya, ibubapanya sudah meninggal. Lalu dia sangat menghormati segala orang yang tua-tua.

Adakah pemuda tadi sang wali yang saya minta untuk berjumpa setiap harinya? Mungkin. Tidak berani pula saya mengesahkannya, sebab saya ini manusia biasa yang hina. Hanya wali yang dapat mengenal wali.

Dalam kepala saya, dia adalah lelaki hebat. Dia pernah bermimpi berjumpa Rasul SAW & bapaknya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Kalau demikian mimpinya, ternyata dia lelaki hebat dan wajar pula mendapat pangkat kewalian.

Tetapi tadi fikiran saya teringat kepada doa yang saya panjatkan sebelum ini. Siapakah wali itu? Kalau setiap hari saya berjumpa (walau di alam maya), bercakap, berdiskus hanyalah dia. Adakah dia itu seorang wali?

Saya telah melihat wajahnya. Kulitnya kemerah-merahan. Ada tahi lalat di pipi kanannya. Badannya gagah dan besar. Dia bukan lelaki pesimis, tetapi dia lelaki optimistik. Dia berani & seorang pemberani.

Saya berani mengatakan begitu setelah mendengar kisah hidupnya yang panjang lebar. Maaf saya cuma dapat bercakap setakat itu. Dia tidak mahu saya berbagi cerita kepada orang lain.

Saya sebenarnya gembira dapat bertemu dengannya. Dan lebih gembira lagi saat dia memberitahu saya bahawa kampong kelahirannya dikenal sebagai sebutan “kaki lembu”.


Di bawah ini, saya copypastekan keterangannya berkenaan tempat kelahirannya.

“maaf salah abah, ayah dari ibu saya maksudnya, kakek saya abdul syakur yang petani ikan, dan punya tambak dekat lumpur lapindo. semoga saya salah (kaki lembu bisa berarti lumpur). Atau (kaki lembu bisa berarti daerah delta yg berasal dari timbunan limpur). semoga saya salah mengartikan. Dekat ujung sungai (juga bisa berarti laut atau pesisir).semoga saya salah juga mengartikan”.

Dalam catatan di atas, dia selalu merendahkan dirinya dengan berkata “semoga saya salah”, suatu perkataan tawaduk yang melambangkan keluhuran budi pekerti yang tinggi.

Perkataan “kaki lembu” dalam catatan di atas sangat mengejutkan saya. Adakah ia mempunyai kaitan dengan post saya sebelum ini?     

Jika anda membaca post saya sebelum ini, MANUSKRIP TEMBAGA (29A) Rujukan kepada nas Ibrani (Hebrew), anda pasti menemui tajuk kecil DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU di dalamnya.

Ia merujuk kepada tempat kelahiran lelaki kedua (Al-Mahdi) dari sosok 3 lelaki yang dibicarakan. . Dan saya telah menukil di dalamnya bahawa ibubapa Al-Mahdi mungkin dari golongan penternak lembu atau ada kaitan dengannya.

Saya tidak dapat mengatakan dia sebagai Imam Mahdi kerana waktu kemunculannya belum tiba. Bahkan dia sendiri pun sangat benci kepada orang yang mendakwa diri sebagai Imam Mahdi atau mempromosi orang lain sebagai Imam Mahdi.

Saya menulis ini hanya untuk menampakkan kesamaan sebutan “kaki lembu” yang saya jumpai. Yang benar hanya Allah, sedangkan kita makhlukNya adalah lemah & faqir. Waallahu ahlam.

21 comments:

  1. bukanlah hamba ingin berburuk sangka.. barangkali saudara MS itu memanupulasi akan fakta2 yang telah tuan berikan.. inilah dikatakan fitnah akhir zaman.. Dajjal juga adalah pakar manupulasi.. diri hamba juga mudah terpengaruh.. apatah lg si dia muncul dgn bukti2 yg selama ni kita yakini.. manakala yang benar dtg tidak spt yg kita yakini.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Maaf. Itu bukan sifatnya. Maafkan saya. Dan semoga Allah juga memaafkan anda.

    ReplyDelete
  3. apakah tuan yakin dia yang ditunggu..hamba faham perasaan tuan.. seperti juga bradokapak dan lain2.. semua ada keyakinan msing2.. takpalah.. mudah2an hamba yang salah menilai.. tuan sudahpun menemui apa yg dicari.. beruntunglah tuan menjadi yang terawal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakin atau tidak, saya belum pasti. Tetapi saya akan betul2 yakin bila dia benar-benar diislahkan Tuhan & dibaaih oleh orang ramai di Mekah nanti.
      Dia tidak suka menonjolkan diri dan mempromosi diri. elok anda baca post saya YA ALLAH YA TUHANKU (1) SYUKUR KEPADAMU untuk mengetahui pribadinya.

      Delete
  4. maaf pembetulan....YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) syukur padaMu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. seorang lagi calon Imam Mahdi.. bertambah sukar Dajjal untuk mencari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah membaca blog bradokapak. Tuanku yang dimaksudkan itu bukan calun IMAM MAHDI, tetapi dia mengaku sebagai Syuaib bin Saleh. Maaf atas pembetulan ini.

      MS yang saya tulis ini tidak mengaku dirinya sebagai IMAM MAHDI, bahkan dia sangat marah atau tidak selesa dengan GELARAN YANG CUBA DIBERIKAN ORANG KEPADANYA.

      Saya tidak dapat memastikan adakah dia itu IMAM MAHDI atau tidak. Saya cuba melahirkan kesamaan.

      Ada 6 kesamaan yang saya jumpai. Sekarang baru 1 kesamaan saya paparkan. Masih ada 5 yang belum saya jelaskan. Dia minta saya menyembunyikannya. Waalahu ahlam.

      Delete
  6. al Mahdi belum di zahirkan. kalau islah mungkin sudah. kita tidak tahu berapa lama masa antara malam pengislahan sehingga ke hari pengzahiran, boleh jadi sehari, boleh jadi sebulan dan boleh jadi bertahun-tahun. siapa pun tak tahu dengan pasti. salah satu cirinya ialah dia akan ditentang oleh majoriti ulama sedunia ketika zahirnya. hanya sedikit ulul albab, arifbillah, wali Allah dan hamba Allah yang terpilih terselamat dari menentangnya di peringkat permulaan. Jika MS itu ada ciri yang memungkinkan beliau ditentang (jika beliau al Mahdi) oleh majoriti ulama ketika zahirnya, maka dia adalah seorang calonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata-kata anda ada sedikit kebenaran. Kerana sekarang ini pun dia dikenal masyarakat sekeliling bukan sebagai orang alim atau ulamak besar. DIA HANYA ORANG BIASA, BERPERWATAKAN BIASA.

      Delete
    2. semoga abah sentiasa ditunjuk oleh Allah Yang Maha Pemurah... baguslah MS begitu tetapi sebagai pesanan untuk diri saya dan semua, selagi al Mahdi belum zahir secara nyata, berlapang dada lah kita semua dan bersangka baiklah pada semua orang. siapa saja boleh jadi Sang Imam jika Allah Mahu.. saya juga telah berjumpa dengan seorang hamba Allah yang hampir semua ciri al Mahdi ada padanya tetapi saya enggan mengaku dialah al Mahdi dan dia pula sangat merendah diri tidak mahu mengaku aku apa pun. Oh ya, Sang Dajjal pendusta juga belum zahir dan sesiapa pun masih berpeluang menjadi dajjal. Selamat malam dan salam atas abah.

      Delete
  7. lambat lagi tuan, 7 keturunan kite blom tentu jumpa IM, salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. CEPAT ATAU LAMBAT, JUMPA ATAU SEBALIKNYA, SEMUANYA KETENTUAN TUHAN. HANYA ALLAH YANG BENAR. HANYA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SGALANYA. WALLAHU AHLAM.

      Delete
  8. Assalamualaikum.....

    Mungkin tahun lembu.........

    ReplyDelete
  9. Aduhai ada cerita satu tempat Kaki Lembu,
    Ada jugak tahun China namanya Tahun Lembu.
    Ada cerita orang berketurunan Muntah Lembu,
    Banyak cerita khasiat makan Sup Ekor Lembu..
    Yg ngak ada lagi cerita kesah Kepala Lembu,
    The Aldebaran Star rising ramei yg ngak tahu...

    ReplyDelete
  10. ..... MUNGKIN TAHUN LEMBU .....

    Bermula Anon yg berkata mungkin Tahun Lembu,
    Nampak macam agak2 maseh tidak lagi menentu,
    Tapi disitu jawaban paling jelas kalo mahu tahu,
    Tersirat pada "SATU SURAH" ada terselit satu klu..

    Muncul Al-Mahdi Allah janjikan di"TAHUN LEMBU",
    Mahulah Pencinta Al-Mahdi cari klu itu dahulu,
    Ngesot atas salji rasakan kepala lutut jadi kematu,
    Antara Puak Tabligh sudah tahu telah menunggu..

    Lucunya Pencinta Mahdi banyak pokpek2 tergaru2,
    ...Allahu'alam, Khaliqqul Alim jua Maha Tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada bbp calun yang menepati bbp syarat. Tetapi saya berpendirian dia bukan Al-Mahdi selagi belum dibaaih. Saya kira pendapat saya sejalan dengan Habib Munzir Al-Musawa Indonesia.

      Tentang Tabligh, saya no komen. Kalau pun ada calun di antara mereka, kedudukan atau status IM itu pun seperti yang saya sebutan.

      Mari kita berdoa supaya dia segera datang. Wahai Tuhan, dengarkan doa kami.

      Delete
  11. Lain yg dicakap jangan lain pula faham secara melulu,
    Ada Puak Tabligh yg tahu Mahdi muncul diTahun Lembu,
    Bukannya Mahdi bangkit dari JT janggot lebat berbulu.
    Carilah dlm Satu Surah Mahdi keMekah dlm Tahun Lembu,
    Kena kuat ngesot biar lutut kematu nanti cepat tahu..
    Mahdi sudah dibaiah oleh Nabi dll kita ngak usah tahu,
    Tunggu pembaiahan Mahdi diMekah Dunia Islam akan tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap saudara dapat menulis dalam btk esei dan mengandungi isi2 lengkap untuk dikembangkan. Jika sesuai dan saudara persetujui, dapat saya ketengahkan untuk pembaca semua. Semoga bermanfaat.

      Delete
  12. https://www.facebook.com/zaidimatsah.habibmuhsin

    ReplyDelete
  13. dekatnya zahirnya imam mahdi semua merasakan dirinya kerana getaran dihati dan terasa rohnya pemimpin manusia yg dipilih Allah...maka terasa banyak calon cuma yg belum ditentukan ialah zahir jasad dan rohnya disepadukan....insyaAllah..telah dekat umpama air ketumban yg pecah tunggu dikeluarkan warid (bayi)nya...

    ReplyDelete