GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday, 10 July 2012

TERIMA KASIH POKSU AWI


Seminggu dua ini saya sangat kebingungan memikirkan hal kaki kanan anak saya yang terpelewek (tergeliat) sehingga dia tidak dapat berjalan dengan betul.

Saya sudah pergi merata-rata tempat. Tetapi kakinya tetap begitu juga. Kaki kanannya menjadi sedikit bengkok dan tak dapat diluruskan. Kalau dipaksa juga, dia meraung-raung sakit.


Kisahnya bermula sebulan yang lepas. Bangun tidor, dia tiba-tiba memberitahu saya tak mahu pergi sekolah. Hati saya kepanasan. Apa hal budak ni?

Katanya, kaki kanannya kejang. Urat keting pada bahagian belakangnya tiba-tiba menjadi pedih semacam. Dia terhenjut-henjut sahaja dan tidak dapat berjalan dengan baik.

Isteri saya membawanya berurut dengan Mok Teh. Keadaan menjadi semakin buruk. Dia menangis dan memberitahu saya tidak mahu berurut lagi.

Saya memujuknya supaya bertemu sahabat saya, Hilmi (kami memanggilnya Pok Mie) di   Kg Lubuk Besar, Kok Lanas. Pok Mie itu tukang urut tersohor juga, tetapi di dalam kes anak saya ni, dia tak berani mengurutnya.

Dia cuba merahsiakan sesuatu daripada saya atau dia merasa ilmunya tidak mencukupi untuk merawat keadaan anak saya. Dia mencadangkan saya agar membawa anak saya ke hospital sahaja.  

Malam itu, saya membawa anak saya ke Klinik Swasta Bima Sakti, Machang untuk mendapat rawatan. Sahabat saya, Dr Zaki memberitahu itu cuma “atritis” atau radang sendi. Malam itu beliau memberikan 3 jenis ubat.

Sepaanjang dia kesakitan itu, 3 hari dia cuti sekolah.   

Alhamdulillah, kaki anak saya kemudiannya sihat. Dia dapat pergi sekolah seperti biasa, berbual dengan rakan-rakan setaman, bergerak ke sana ke mari dan sebagainya. Saya sangat gembira. Uminya juga.

Tup-tup, tiba-tiba peristiwa itu berulang kembali. Dia cuma sembuh untuk seminggu sahaja.  

Kaki kanannya menjadi kejang semula. Kali ini kawasan buku lalinya menjadi sakit dengan tiba-tiba. Hari itu dia cuti sekolah lagi.

Saya menjadi binggung. Ya Allah Ya Tuhanku, ujian apakah ini?

Waktu itu, dia sedang dalam proses menyiapkan folia Geografi PMRnya. Kalau dia berterusan sakit, tentu terlambat tugasannya siap.

Saya begegas ke Klinik Bima Sakti, menyambung ubatnya sebelum ini. Tetapi sepanjang dia memakan ubat tersebut pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu, keadaannya kekal begitu sahaja. Tak reda pun.

Hari Ahad, dia  sakit lagi. Hari itu, saya mengambil cuti untuk membawanya ke Hospital Machang. Saya mahu dia menjalani x-ray untuk mengetahu masalahnya yang sebenar.

Pemeriksaan x-ray mendapati dia ok sahaja. Kakinya normal. Tak ada yang patah, yang remuk, yang terseliuh atau yang tergeliat. Saya menjadi binggung.

Doktor kata dia ok, tetapi anak saya tetap sakit seperti biasa. Jalan terhenjut-henjut macam semut. Kakinya bengkok tak dapat diluruskan. Aduhai.

Kali ini dia dapat cuti sekolah 3 hari lagi. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya dan isteri pasrah sahaja. Kami cuma suruh dia telan ubat tahan sakit dan sapu ubat comor yang dibekalkan doctor pagi tadi.

Hari Isnin keesokannya, saya pergi sekolah seperti biasa. Hari ini saya bertemu Cikgu Suhaimi dan bertanya khabar keadaannya selepas keluar dari hospital.

Barangkali rezeki saya agaknya, dia memberikan saya nombor telefon Poksu Awi yang tinggal di Kg Telekong, Kuala Krai. Saya benar-benar berharap agar orang yang diperkenalkan kepada saya ini dapat membantu saya.   

Tadi, Rabu, 10 Julai 2012, jam 4.00 pm, saya membawa anak saya berjumpa Poksu Awi di rumahnya. Melihat wajahnya yang hebat dan gayanya yang bersahaja, saya tahu dia cukup berpengalaman dalam perkara yang anak saya hadapi.

Apa yang dia beritahu saya memang benar, terutama tentang kawasan buku lali anak saya yang kosong dan berlubang. Keadaan tersebut berlaku semasa anak saya berumur 10 tahun. Kakinya pernah terpelewek dan kesannya ada sampai sekarang.

Semasa saya membawa anak saya berjumpa doktor baru-baru ini, dia mengatakan bahawa peristiwa lama tidak memberi kesan kepada peristiwa yang baru. Saya diam sahaja, lebih-lebih lagi bila dia tidak mahu mendengar cerita tersebut dari saya.

Tak apalah. You are pro. Hope you can settle the problem.

However, nothing happens to my daughter. No miracle at all.

Poksu Awi ternyata lebih pro daripada doctor muda tersebut dalam hal ini. Tak sampai 10 minit pun, dia berjaya memasukkan semula salah satu sendi di kawasan buku lali yang tercabut.

Memang anak saya terasa sakit pada waktu itu. Tetapi saya dan isteri menyabarkannya. Poksu Awi berikan kami air penawar & kapur (sebagai penganti ubat comor) yang dibacakan Ayat Al-Quran.

Dia minta kami datang lagi minggu depan untuk rawatan susulan.

Terima kasih, Doctor Poksu Awi.         

1 comment: