GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 7 June 2013

TURKI DI AKHIR ZAMAN (2) Adakah Erdogan mangsa Yahudi & agen-agen Dajjal



TURKI  DI AKHIR ZAMAN (2) Adakah Erdogan mangsa Yahudi & agen-agen Dajjal?

Sebelum saya menyebut hubungan antara Erdogan (Perdana Menteri Turki) dan Presiden Syria, Basyar Al-Hafeez, elok saya nyatakan kata-kata yang dipetik dari sebuah agensi berita tentangnya.

REPUBLIKA.CO.ID, TURKI---Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang menghadapi protes rakyat yang belum pernah terjadi sebelumnya di dalam negeri menuduh Presiden Suriah (maksudnya Syria) Bashar al-Assad telah melakukan kekejaman lebih buruk daripada yang dituduhkan pada ayahnya.

Ada beberapa perkara yang tersembunyi dari kenyataan Erdogan di atas. Mari kita dengar ulasan selanjutnya yang barangkali lebih berguna.

KOMENNYA TENTANG  BASYAR
"Bashar telah melampaui ayahnya dalam kejahatan dan pembunuhan, dan tidak mungkin untuk memaafkan itu. Dia harus membayar harganya  cepat atau lambat," kata Erdogan dalam pidatonya kepada parlimen di Aljazair, yang ia kunjungi selama empat hari di Afrika Utara.

 

Rejim ayahnya, Hafez al-Assad telah menumpaskan  pemberontakan Ikhwanul Muslimin di pusat kota Hama pada tahun 1982 dan mengorbankan antara 10.000 dan 40.000 orang.

Dan sekarang perang saudara di Syria (yang berkecamuk selama 26 bulan) telah menelan korban lebih dari 94.000 nyawa.

Barangkali inilah maksudnya bahawa Basyar lebih jahat daripada ayahnya.

KENAPA BELIAU TIDAK MENYEBUT PROTES?
Erdogan, yang tiba di Aljazair pada Selasa (4/6/2013) lalu, tidak menyebutkan sedikit pun peristiwa yang berlaku di negaranya (Turki) selama pidatonya.

Dia cuba menyembunyikan apa yang berlaku di Negaranya  padahal semua orang tahu. Tadi pun, semasa saya sedang menonton berita Arab, Astro 111, saya dapat melihat protes terhadapnya kian meruncing. Adakah beliau takut membuka tembelang negaranya sendiri?

ADA 4 PERKARA DALAM PROTES ITU
[1] Saya lihat ramai anak-anak muda berteriak slogan megecam pemerintahan Erdogan. Yang lelakinya bebas, manakala yang perempuannya berambut telanjang (free hair). Mereka pula bebas bergaul dan tidur.



[2] Tempat mereka berkumpul ialah berdekatan kedutaan AS. Adakah anak-anak muda Turki itu dipengaruhi oleh sebuah parti pembangkang yang ada hubungkaitnya dengan AS? Semuanya mungkin belaka.

[3] Mungkinkah Yahudi & AS terlibat dalam protes ini, sedangkan Turki sebelum ini adalah juga penyumbang bantuan kepada pemberontak Syria (sama seperti AS, Britain, Peranchis dan sebagainya)? Mereka dahulu kelihatan sepakat, adakah sekarang masih sepakat?

[4] Adakah AS, Britain, Peranchis dan lain-lain Negara bersikap talam 2 muka dengan Turki. Dahulu baik & bermulut manis dengan Turki, tetapi sekarang menikam Turki dari belakang dengan cara mempengaruhi pembangkang Turki supaya menjatuhkan Erdogan.    

MANTAN SEKUTU DAMSYIK
Turki sebelum ini adalah sekutu kuat Syria. Tetapi kenapa beliau sekarang mula mengecamnya (maksudnya Basyar) seperti keterangan kami di atas?. Apakah yang telah mendorong Erdogan berbuat begitu?

Mungkinkah kerana terlalu ramai pelarian Syria telah memasuki negaranya dan menimbulkan masalah di situ?. Anda tahu berapa jumlah pelarian Syria ke Turki? Lebih kurang 300,000 orang yang menginap di kem-kem pelarian yang daif dan menyedihkan.

ATAU KERANA ADA SEBAB LAIN?.
Erdogan secara jelasnya pemimpin sebuah parti yang agak islamik, tetapi dalam masa yang sama, beliau menghadapi masalah dengan pihak tentera yang pro secular. Mana lebih berkuasa di antara di mereka? Di sinilah titik persoalannya.

BARANGKALI INI JAWAPANNYA
Pada awal 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Kemudian beliau aktif dalam politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan.

Pada masa itu, Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Necmettin yang condong kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.

Makanya, dalam tahun 1980, telah berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan / dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara ( National Salvation Parti). Necmettin telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.

MAKA ITULAH JAWAPANNYA.
Dataran Taksim itu adalah tempat di mana rampasan kuasa (oleh pihak tentera) pernah berlaku pada tahun 1980. Bila Erdogan berkeras untuk menebang 600 pokok di situ dan mengubahnya untuk menjadikan kawasan baru yang mengandungi masjid & replica objek-objek Disnati Usmaniyah, maka di situlah penentangan bermula.

LOGIK PENENTANGAN (1)
Adakah penentangan itu semata-mata kerana Erdogan ingin memusnahkan Dataran Taksim itu?

LOGIK PENENTANGAN (2)
Atau pihak pembangkang ingin menjatuhkan kerajaan Erdogan yang pro islamik itu? Sehingga kerana itu, mereka meminta kerjasama AS dan agen-agen Dajjal yang lain untuk membantu mereka dari belakang?

INI JAWAPAN SAYA (1)
Kedua-dua logik itu memang ada, tetapi logik (1) lebih kuat berbanding logik (2). Sebab itu wujud perbezaan sikap antara Erdogan (Perdana Menteri Turki) & Abdullah Gul (Presiden Turki).

Erdogan agak keras & emosi (sebagaimana saya sebut dalam siri (1) dahulu), manakala Abdullah Gul agak lembut dan cool. Abdullah lebih bersikap sebagai seorang bapa yang penyayang & tahu menguruskan anak-anaknya dengan baik.   

INI JAWAPAN SAYA (2)
Walau bagaimana pun, logik (2) itu pun ada juga. Ada 3 sebab untuk diperhatikan.

[1] Yahudi & agen-agen Dajjal mahukan Turki yang memihak kepada mereka. Erdogan itu pro islamik, maka kerana itu mereka sentiasa mencari peluang meranapkannya.

[2] Kekuatan antara parti pemerintah & pembangkang adalah hampir seimbang (sama seperti Malaysia), maka mereka (Yahudi & Agen-agen Dajjal) itu sentiasa mencari peluang menjatuhkan pemimpin yang mereka tidak suka.

[3] Musuh-musuh Erdogan sangat banyak. Selain parti politik pemangkang, terdapat juga pihak tentera yang masih pro-sekular. Bahkan veteran-veteran tentera juga masih lagi pendokong tegar sekular. Dan anak-anak muda yang berhimpun di Dataran Taksim itu pun, 99% berfikiran sekular.     

JANGAN SALAHKAN ERDOGAN
Kita tidak boleh menyalahkan Erdogan 100%. Sebagai pemimpin Negara, beliau kadang-kala perlu tegas di samping kelembutan terhadap rakyatnya.

Cuma saya bimbang, beliau dijadikan kambing hitam oleh Yahudi & agen-agen Dajjal. Cuba lihat pergerakan sokongannya.

Dahulu, beliau pernah rapat bersahabat dengan Syria, kemudian menentangnya & memberi sokongan /bantuan kepada para pemberontak Syria (sejalan dengan AS, Britain, Peranchis dan sebagainya). Dan sekarang beliau menghadapi protes rakyatnya sendiri seolah-olah ingin menjatuhkannya.  

BERITA TERBARU UNTUK ANDA 
Saya sangat gembira kalau ramai umat Islam dapat  bermimpi bertemu Rasulullah SAW sekarang. Itu bermaksud anda bakal calun shurga. Dan itu juga bermaksud anda mempunyai hati yang putih bersih dan suci.

Sepanjang saya menguruskan blog ini, saya telah berjumpa dengan 2 orang hamba Allah yang hebat. Walau pun kedua-duanya hanya rakyat biasa, orang  biasa, pemuda biasa, tetapi mereka mempunyai mimpi yang hebat. Siapakah mereka itu?

Pertamanya, Muhamad yang pernah bermimpi bertemu Rasul SAW pada tahun 1991 semasa umurnya 13T. Kemudian ada mimpi lain yang mengikutinya pada malam yang sama. Saya berjanji untuk menukilnya. Ini mimpi keduanya.

setelah saya memeluk rasul di kursi raja, saya kan bertemu sosok guru mengaji saya(laki2) dengan berbaju serba putih dan menyuruh saya dengan berkata "bacalah", dan saya jawab "tidak bisa", sampai tiga kali, dan dia memeluk saya dengan mendekatkan mulutnya ke telinga saya. terus menurut abah, siapakah yang dimaksudkan Alloh dengan sosok guru mengaji saya itu?

Sesiapa yang pandai mentafsir mimpi di atas, sila tulis pada ruangan komentar untuk saya panjangkan kepada Muhamad.

Kemudian Muhamad bermimpi  bertemu bapa Syeikh Abdul Kadir Jailani dan dipakaikan  jubah dan serban biru pada tahun 2011 (semasa umurnya 33T).

Kemudian ada seorang lagi hamba Allah. Namanya Mel, 40T, dari Bogor yang merupakan seorang pencari Imam Mahdi. Katanya, dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW pada tahun 2003.

Di dalam mimpinya, kelihatan seorang pemuda yang Nampak gagah & kemas tetapi kelihatan kabur di belakang Rasulullah SAW. Dia tidak jelas siapa pemuda itu. Rasulullah SAW memberinya sehelai bendera putih, bertuliskan Kalimah Taiyyibah.

APA KAITAN MEREKA DENGAN TURKI? 
Saat kemunculan Imam Mahdi sudah sangat dekat. Dan Turki tentunya ada misteri & pergolakan tertentu sepanjang kisah Imam Mahdi. Saya rasa tentu Muhamad, Mel atau sesiapa sahaja (yang pernah bermimpi berjumpa Rasulullah) mempunyai maklumat tentang Turki. Kata-kata mereka pasti bukan dusta, sebab mereka itu tidak mungkin seorang pendusta. 

 
PAGI SABTU. 8/6/2013.

19 comments:

  1. Selepas 7 tahun konstantinopel dibuka, muncullah dajjal. Dan utk kedua kalinya mungkin juga sama iaitu muncul dajjal selepas 7 tahun juga. Dajjal yang mula itu adalah salah seorg dajjal kecil daripada puluhan dajjal kecil manakalanya yang keduanya ialah bos kepada semua dajjal. Siapa yang berkhianat kepada Muhammad aka Muhammad ke II aka Muhammad al fatih selepas pembukaan pertama? Sejarah selalunya berulang2.. Ntah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. sEJARAH dAJJAL SEJAK KONSTATINOPEL DIBUKA MEMBUKA BANYAK RAHSIA KEPADA KITA. SEKARANG TURKI (TEMPAT KONSTATINOPEL) AKAN MENYEBARKAN BANYAK LAGI RAHSIA....SAYA AKAN MEMBUKA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. INSYAALLAH.

      Delete
  2. assalamu'alaikum abah,,

    apa pendapat abah kepada para penggiat dinar & dirham?

    Apakah tidak mustahil mereka yg digelar PBT?
    Karna kalau saya lihat merekalah yg sangat berantusias melawan sistem dajjal yg sudah hampir sempurna ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu suatu perkembangan baik ke arah ekonomi islam. ttp abah merasa mereka bukan pbt. Ciri2 pbt lebih khusus daripada apa yang mereka lakukan.

      Delete
  3. Sejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
    Kepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Untuk lebih mendalam sila rujuk:

    http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
    http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
    http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
    http://pendokongalyamani.blogspot.com/ - Ansar Nusantara
    http://yamani.org/ - Ansar Nusantara

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. Syiah mamang mempercayai begitu..

      Delete
  4. abah ada emel dak?mcam mana nak berhubung dengan abah?facebook ada ka??
    ada soalan yang tak sesuai ditulis yang saya ingin abah sampaikan pada Muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah faham maksudmu..tunggu sekejap..nanti kita dapat bertemu jua nanti. sabar2

      Delete
    2. baik. saya tunggu sampai izin kita jumpa

      Delete
  5. Hulubalang Diraja16 June 2013 at 09:15

    Salam Abah,

    Saya adalah salah seorang pencari Imam Mahdi. Inilah doa saya yg saya tulis dalam status Facebook saya baru2 ini:

    Ya Allah, letakkanlah kami di dalam barisan para pejuang yg akan berjuang bersama Imam Mahdi untuk menegakkan kembali Islam apabila tiba masanya nanti. Dan kurniakanlah kepada kami pengakhiran yg mulia iaitu mati syahid...Amin.

    Saya sudah amat penat dengan penindasan dan kezaliman dunia akhir zaman ini...

    Kirim salam saya kepada saudara Muhamad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun 'alayk, semoga Allah menjawab segala doa tuan dan menjadi yang terpilih. Setiap kezaliman pasti diganti dgn keadilan dan masanya akan tiba insyaAllah.

      Delete
    2. SALAM KEMBALI UNTUK SAUDARA HULUBSLANG DIRAJA...sungguh baik doamu. Banyakkanlah berdoa untuk bersama IM. Saya sendiripun banyak berdoa. Semoga doamu mustajab.

      Delete
    3. Hulubalang Diraja18 June 2013 at 23:42

      Amin...Ya Rabbal'alamin.

      Delete
  6. Assalammualaikum,
    Cukup lama rasanya Abah belum up-date blog ini. Adakah sedang dalam kesibukan atau menjaga kewaspadaan sehubungan berita tentang kegiatan NSA dari Edward Snowden?

    Saya yang kecil ini sedang resah karena tanda-tanda di sekitar menunjukkan gejala tidak baik. Hujan salah musim sudah kerap turun sejak beberapa tahun dan semakin sering pada kemarau tahun ini. Negara dan rakyat sudah lama tidak sejalan, trilyunan uang negara dihamburkan untuk kepentingan yang jauh dari memakmurkan dan menyejahterakan rakyat. Para pemimpin sedang sibuk menjual nama untuk kepentingan pesta demokrasi tahun depan. Semakin banyak saja yang jauh dari tuntunan agama. Sulit mengatakannya, tetapi saya merasa seolah-olah badai api yang besar sedang mendekat. Semoga saya salah (meniru MS saudaraku).

    --mel--

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABAH AGAK SIBOK & AGAK BANYAK URUSAN. SEKARANG DALAM PROSES MENYIAPKAN KISAH..ISRAEL RAYA BEBERAPA SIRI

      Delete
  7. Mungkinkah Turki bergolak sebagai suatu jalan pembuka untuk membersihkan Turki dari musuh2 IM? Mungkinkah kelak Turki merupakan pangkalan aman tempat IM dan pengikutnya? Mungkin menjelang dibaiah IM harus menggunakan kapal laut menuju timur tengah dan pelabuhannya di Turki? Sepertinya ini memang pernyataan ngawur.

    --mel--

    ReplyDelete
    Replies
    1. turki sedang disabotaj oleh Yahudi supaya tercapai cita2 mereka untuk menubuhkan Israel Raya. Sila baca entry terbaru abah, kisah ISRAEL RAYA

      Delete
  8. SAYA DARI NUSANTARA, DAN SAYA SELALU MENGIKUTI APAPUN KABAR TENTANG IM UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGANNYA. SAYA MENGIMANI KEHADIRANNYA. SIAPAPUN DAN DARIMANAPUN BELIAU, SAYA MENGHARAPKAN KEMUNCULANNYA. SEMOGA BISA MENJADI PEMBANTUNYA. AAMIIN.... :(

    ReplyDelete