GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 29 November 2012

MANUSIA PENGHUNI KUTUB PUNYA OTAK LEBIH BESAR



Penelitian terbaru menunjukkan orang yang hidup di daerah kutub mempunyai bola mata dan otak yang lebih besar. Peningkatan ukuran otak dan mata ini memungkinkan seseorang melihat lebih baik dari pada mereka yang tinggal di khatulistiwa

Wednesday 28 November 2012

Sunday 25 November 2012

MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR (SIRI 1)


MUTIARA KATA SYEIKH BAQIR
Beliau adalah anak kepada Syeikh Jaafar As-Sadiq & merupakan ciut (keturunan kelima) kepada Rasulullah S.A.W melalui Syaidina Hassan. Oleh kerana ucapan beliau dalam siri ini mencapai 19 kata mutiara, maka kami bahagikannya kepada 2 siri. Kita mulakan dengan siri pertama.

Seperkara lagi, oleh kerana saya ini pendokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ), maka saya menggunakan perkataan Syeikh kepada beliau, bukan Imam Baqir (a.s) seperti yang dibuat oleh para Syiah. Mudah-mudahan anda mendapat kefahaman.

Thursday 22 November 2012

MUTIARA KATA SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ

















 DARI SYEIKH JAAFAR AS-SADIQ
Di antara keturunan Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Syeikh Jaafar As-Sadiq. Beliau adalah cicit Rasulullah dari keturunan Al-Hassan

Berikut ialah kata-kata hikmatnya yang termasyhur

Wednesday 21 November 2012

MUKJIZAT NABI MUSA MEMBELAH LAUT MERAH



Dalam sejarah para Rasul, Nabi Musa di antara rasul yang digelar Ulul Azmi. Baginda menghadapi cabaran getir dari Pharoah (Firaun), sehingga akhirnya baginda & kaumnya terpaksa melarikan diri dalam peristiwa Exodus Musa.  

Monday 19 November 2012

PANGGILAN JIHAD DARI GAZA



PANGGILAN JIHAD DARI GAZA
Semuanya bermula di Gaza. Pada 15 November 2012, pada waktu azan Subuh berbunyi, maka berlakulah serangan Yahudi-Zionis  ke atas Gaza.

Sunday 18 November 2012

IBUKU SAYANG



IBUKU SAYANG
Saya tidak boleh membayangkan orang yang hidup tanpa ibu. Sungguh sedih. Sangat sedih.

Melihat wajah ibu sebenarnya satu nikmat. Sudah dapat pahala dari Tuhan. Merenung mata ibu lagi besar nikmatnya. Kalau dapat mencium tangannya, lagi besar nikmat yang kita rasakan.

Friday 16 November 2012

JENGLOT & KUASA SIFARNYA.

Ya ke ni?, Atau wayang budak2 kampong jew? Tak percayalah, gambar hantu boleh masuk kamera. Hebat kamera you. Camne jual kpd saya?
KAMU TAKUT HANTU? Hampir semua orang takut. Wajah hantu dikatakan huduh & menakutkan. Matanya merah & lidahnya panjang. Kalau tinggal keseorangan di rumah, bunyi cicak mendecit sahaja sangat menakutkan. Kalau ada daun getah berdesir menimpa zink, hati bagaikan nak runtuh. Keberanian hilang entah ke mana.

Thursday 15 November 2012

SPIRIT, JEALANGKUNG & BLOODY MARY



REMAJA MASAKINI & KAITANNYA DENGAN MISTERI, KHURAFAT & TAHYUL

Saya ingin memaparkan sebuah entri misteri. Anak-anak zaman sekarang agak moden & ingin lepas bebas. Semua remaja, sekitar 13 – 17 tahun menginginkan sesuatu sebagai milik pribadi mereka. Mereka ingin memiliki akaun facebook, telefon bimbit pribadi & pelbagai keperluan lain

Wednesday 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H



Kita biasa menyambut Maal Hijrah dengan bacaan Doa Akhir Tahun sebelum Mahgrib & Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib. Tadi, saya & ahli jemaah saya siap melakukannya. Alhamdulillah, ramai yang hadir. Lelaki sekitar 20 orang & perempuan 30 orang

Tuesday 13 November 2012

GAMBAR UFO DIRAKAM NASA BERADA DEKAT PERMUKAAN MATAHARI?



Sebenarnya sudah hampir sebulan  video objek misteri ini beredar dalam khalayak ramai. Ia menunjukkan sebuah objek berada di sekitar permukaan matahari. Gambar tersebut tertangkap oleh SOHO (Solar and Heliospheric Observatory), sebuah pesawat pengawas matahari yang dilancarkan NASA

Monday 12 November 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (9) Sabar Sepanjang Jalan



Kalau anda mendengar berita TV3 beberapa hari yang lepas, terdapat laporan saintis yang mengatakan bahawa “Matahari, Marikh, Utarid akan berada selari dalam Buruj Aquarius (Sun, Mars and Mercury near Aquarius) pada 23 Disember 2012. Mereka akan berkeadaan begitu sehingga 24 Februari 2013. Tempohnya ialah selama 2 bulan.

Thursday 8 November 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (8) Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi



Dalam hadis-hadis sahih yang terdapat dalam sebuah manuskrip lama,  bertajuk Harb Akhir zaman (Perang Akhir Zaman), karangan seorang ulamak Maghribi, Muhamad bin Karim Al-Din Al-Asyhab pada kurun ke 13 hijrah ada menceritakan tentang perang pada zaman Mahdi. . Buku tersebut tersimpan di perpustakaan Dar Al-Qutub Al-Qadimah di Rabat, bernombot 98/Turath Qarn Thalith Asyar H

Tuesday 6 November 2012

MAT YO, KENAPA ENGKAU DIAM?



MAT YO, KENAPA ENGKAU DIAM?

Saya ada sebuah cerita tentang Mat Yo. Konon-kononnya, Mat Yo dan dua orang rakannya, Jeri & Syafiq menaiki sebuah kereta  menuju ke Perak melalui Lebuh Raya Timur Barat pada suatu malam yang hening. Waktu pada masa itu sekitar jam 10.00 pm.

Mereka sebenarnya nak balik ke Perak setelah bercuti selama beberapa hari sempena hari raya korban baru-baru ini. Jeri yang memandu. Syafiq pula menjadi co-pilot di sebelahnya. Mat Yo pulak duduk keseorangan di belakang kereta.

Barangkali Mat Yo sangat letih. Dia tentu ingin berehat & tidur. Maklum sahaja dia orang tersohor. Semua orang kenal Mat Yo. Kalau ada sesiapa tak kenal Mat Yo, mungkin dia bukan rakyat Kelantan atau seseorang yang tak ambil berat pasal sukan tanahair. Rakyat Kelantan mesti kenal Mat Yo. Peminat sukan juga mesti kenal Mat Yo.

 

Saya suka kepada corak permainan Mat Yo. Dia cergas, ligat & tangkas. Sebelum ini, dalam perlawanan akhir antara Kelantan (TRW) dan ATM, saya dah menconggak peluang TRW menang hanya berada pada paras 50-50. Kalau nasib baik, insyaallah menang. Kalau sebaliknya, apalah daya kita.

Meskipun Ghadar & Indera tak ada, tetapi Mat Yo & Mat Trojan menunjukkan kemampuan yang sangat luar biasa. Di antara keduanya, Mat Yo terbukti lebih mampan & perkasa. Dia Berjaya membolos 2 gol ke pintu lawan.

Hebat Mat Yo. Pada saya, dia memang hebat. Dia ada skill (kemahiran). Cara dia membawa  bola, melambung bola & mengelecek bola, sangat hebat & mengkagumkan. Tubuhnya lembut macam spring. Dia memang layak menjadi pemain terbaik Piala Malaysia 2012.

Saya ini bukan kaki sukan, bukan juga peminat bola sepak. Tetapi mencintai watan (tanahair) itu juga termasuk perkara iman. Kelantan itu negeri saya. TRW itu pasukan negeri saya. Kalau saya & rakyat Kelantan tak menyokongnya, siapalah yang akan menyokongnya?

Cuma saya rasa sukan itu memerlukan pembaharuan Islamik. Adalah lebih baik pemain memakai seluar pendek di bawah paras lutut. Kemudian cuba elakkan permainan sebelum Isyak. Pastikan semua pemain bersolat Maghrib & Isyak dahulu. Kemudian pihak stadium sediakan surau berpagar.

Maksudnya, penonton boleh keluar dari stadium untuk bersolat dalam surau yang lebih besar & selesa tetapi masih dalam pagaran stadium. Maksudnya, selepas itu dia boleh masuk balik ke dalam stadium tanpa membeli tiket baru.

Islam tidak mengharamkan sukan, kerana sukan juga dapat membawa umat Islam kepada kesihatan. Rasulullah S.A.W mengalakkan umat Islam mengajar anak-anak mereka berenang & memanah. Biar tubuh mereka sihat. Kerana akal yang sihat itu berpunca dari badan yang sihat.

“JERI, BERHENTI SEKEJAP, AKU NAK KENCING”, demikian jerit Syafiq di sebelahnya. Berdentum bunyi pintu yang dihempap Syafiq yang tergesa-gesa. Begitu juga pintu sebelah kiri di tempat duduk belakang. Mat Yo pun nak kencing juga.

Selepas 5 minit, Syafiq masuk semula ke kereta. Kemudian terdengar pula pintu belakang ditutup. Mat Yo dan Syafiq keluar serentak & masuk hampir serentak. Pemain bola yang cergas macam Mat Yo mestilah tangkas bergerak. Cepat keluar, cepat pulak masuk ke dalam kereta.

Jeri segera menderum kereta Wira yang dipandunya. Mula-mula 50 km/j, kemudian meningkat kepada 60 km/j, 70 km/j, 80 km/j, 90 km/j, 100 km/j dan seterusnya meningkat kepada 130 km/j. Dia melihat Syafiq lentok di sebelahnya. Tetapi dia melihat Mat Yo semacam tegak sahaja di tempat duduk belakangnya.

“Minta mancis”, demikian Mat Yo  meminta mancis daripada Jeri yang memandu kereta.        

Jeri menghulur kepadanya. Tetapi keadaan selepas itu senyap sahaja. Mat Yo, kenapa engkau ini diam sahaja? Demikian jerit hati Jeri di malam yang gelap itu.

Setelah setengah jam memandu, sampailah kereta mereka ke pinggir Bandar Grik. Jeri perlahan-lahan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan. Dia segera membangunkan Syafiq & Mat Yo. Syafiq bangun sambil mengenyeh matanya. Mat Yo pula senyap membisu.

Jeri menoleh ke belakang. Dia tak Nampak kelibat Mat Yo. Dia mencuit Syafiq. Syafik juga mendapati Mat Yo tak ada.

MANA MAT YO INI? KE MANA DIA PERGI?   

Jeri menceritakan semua pristiwa yang berlaku sebentar tadi. Dia kata Mat Yo memang ada. Mat Yo juga meminta mancis daripadanya. Kenapa pula dia sekarang tak ada?. Mat Yo, ke mana engkau ni?.

Kedua-dua Jeri & Syafiq tergaman sebentar. Mat Yo yang berada dalam kereta sebentar tadi pastilah bukan Mat Yo, rakan mereka. There must be something wrong.

Jeri & Syafiq segera memandu kereta ke tempat di mana Syafiq & Mat Yo turun kencing sebentar tadi. Saat mereka sampai, terlihat Mat Yo sedang berjalan kaki. Segera mereka mengambil Mat Yo dengan cepat.

Di dalam kereta, terbongkarlah rahsia bahawa bila Mat Yo sudah siap qadial hajat & hendak menuju ke kereta, tiba-tiba sahaja Jeri menderum pergi. Kemudian Mat Yo cuba menahan beberapa buah kereta yang lalu lalang, tidak ada satu pun mahu berhenti. Maka terpaksalah dia berjalan meski pun dia ketakutan.

SAYA MEMINTA MAAF
Saya meminta maaf kerana membuat induksi menggunakan nama Mat Yo.  Tetapi penumpang kereta Wira itu pun dipanggil Mat Yo juga oleh rakan-rakan sekampung. Saya tidak mengubah sedikit pun.

Cerita di atas adalah cerita benar 100%. Kak Mah yang menyampaikannya kepada isteri saya. Jeri itu anak kepada Kak Mah. Syafiq itu pula anak saudaranya. Maka Jeri & Syafiq itu sepupu. Mat Yo itu pula rakan mereka yang tinggal di Kg Dewan, Labok.

Mereka bertiga nak balik Ke Perak semasa Hari Raya Korban baru-baru ini. Buat pengetahuan pembaca, kawasan Lebuh Raya Timur Barat itu memang keras. Bukan kerana jalannya keras kerana berturap atau penuh batu-batan, tetapi kerana persekitarannya yang kosong dari manusia & pembangunan.

NASIHAT SAYA
Sebelum memandu, pastikan anda membaca Ayatul Kursi. Kemudian sepanjang pemanduan anda itu, banyakkan membacanya dengan niat memohon keselamatan & pertolongan Tuhan. Lebih elok kalau anda dapat menambahinya dengan Ayat 33.

Kalau anda tak lancar membaca Ayatul Kursy atau Ayat 33, baca sahaja 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas). Ulang 3X setiap satu. Jangan sesekali memasang keset lagu, terutama pada waktu Maghrib atau selepasnya. Lagu atau hiburan akan menarik syaitan & jin kepada anda.

Untuk mendapat berkat, elok anda beli keset atau VCD Al-Quran. Yang eloknya, anda beli Surah Al-Baqarah, sebab syaitan & jin sangat takut kepadanya.

Cerita di atas adalah tentang gangguan jin bukit kepada manusia. Berhati-hatilah semasa memandu. Jangan lalai, cuai & alpa. Sentiasalah bergantung harap kepada Tuhan.  Saya minta maaf kepada Mat Yo TRW kerana cerita ini tiada kaitan sedikitpun dengan anda.

Saya juga meminta maaf kepada semua pembaca blog berhubung nama Mat Yo. Anda tentu mengharapkan yang lain dari saya. Tetapi inilah sebenarnya yang ingin saya beri kepada anda.

MINTA MAAF & TERIMA KASIH.

Disiapkan pada 5.11.2012.   5.23 pm.  

   

Sunday 4 November 2012

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (7) Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia


Imam Ahmad, Tirmizi dan Nu’aim bin Hammad menukilkan dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam. Tidak ada satu apa pun akan dapat menahannya sampailah panji-panji itu dipacak diatas Ilya’.” (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.60)