GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 15 September 2013

PERANG AMARGEDDOM (3) Siapakah Sebenarnya Bangsa Rum yang Imam Mahdi Akan Bersekutu Dengannya?



Sempena Hari Malaysia pada 16 SEPTEMBER 2013, maka saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan dahulu SELAMAT HARI MALAYSIA.


Saya minta maaf kerana lama tak menulis. Sibok sangat. Dan sekarang saya nak menyambung semula beberapa keterangan saya tentang Perang Amargeddon.

Seorang penulis Amerika Syarikat yang bernama Greys Halsl pernah berkata : Kita sebagai orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati dengan saksama (Dari Buku, Ramalan Dan Politik ms 19)

Demikianlah pendapat seorang pemikir Barat. Dan itulah yang menjadi kepercayaan ramai masyarakat Barat. Sayangnya, dia tidak menyatakan perang Amargeddon itu antara siapa dan siapa. Tetapi secara asasnya, ramai orang percaya perang Amargeddon itu akan berlaku.

Sebelum ini, ramai pembaca blog saya sangat tahu tentang kebencian saya kepada Yahudi & Agen-agen Dajjal. Paling saya benci ialah Negara AS, yang bagi saya adalah Bani Kalb (Kalb=Kalbun=anjing), yang merupakan pendokong dan pembantu setia kepada Yahudi-Zionis Dunia.

Dialah yang akan menolong dan membantu As-Sufyani yang akan keluar serentak pada saat kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman. Sesungguhnya, As-Sufyani dan Bani Kalb adalah antara tokoh penting akhir zaman, selain Al-Mahdi, Nabi Isa a.s dan Dajjal Al-Masih.

Tetapi pada saat Perang Amaegeddon hampir berlaku, maka saya tiba-tiba berkata bahawa Imam Mahdi akan bersekutu dengan bangsa Rum, yang menurut pendapat saya pula ialah AS dan Eropah.

Mereka akan bergabung dan bersekutu melawan musuh dari belakang iaitu Russia dan sekutu-sekutu mereka iaitu Cina, Iran dan Hizbullah.

Kenapa pandangan saya tiba-tiba berbeza dan berubah 360 darjah?. Ramai para pembaca saya memberi komentar masing-masing dan seakan-akan tidak bersetuju dengan saya.

Ada juga di antara mereka mengatakan bahawa Syeikh Imran bin Hussein, ulamak sufi dari Trinidad mengatakan bahawa bangsa Rum itu adalah Russia, berdasarkan sejarah lama peperangan antara Rom dan Parsi pada zaman awal penyebaran Islam.  

Memang benar pernyataan beliau. Mari pula kita melihat catatan sejarah di bawah untuk lebih menyakinkan kita. Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur atau Empayar Greek (Bahasa Greek : Βασιλεία Ῥωμαίων, Vasileía Romaíon) merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel  yang sekarang dikenali sebagai Instabul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka adalah orang Rom.

Mari kita kupas perang Amargeddon ini dari sudut zaman. Nama perang Amargeddon ini tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristian dan Ahli Kitab.

Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Ia adalah sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ia terbentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .

Pakar peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan kawasan yang paling strategik. Maksud strategik itu dapat difahami seperti berikut, setiap panglima tentera yang menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan musuhnya.

Mari kita telusuri hadis berikutnya tentang perang Akhir Zaman yang akan berlaku antara umat Islam dengan dua pihak berikut, [1] Musuh dari belakang, [2] Puak pendokong Salib (tentera Salib).  

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Pada saya, bangsa Rom sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis di atas adalah AS dan Eropah. Sekurang-kurangnya ada lima sebab seperti berikut.

SEBAB [1] Umat Islam akan bersekutu dengan Bangsa Rom menentang musuh dari belakang mereka. Saya sudah menjelaskan maksud “musuh dari belakang” itu. [1] Mereka ialah suatu bangsa di belakang peta Asia Barat (iaitu Russia, Cina & Iran), [2] Mereka adalah suatu bangsa yang kuasanya merapati kuasa utama dunia (maksudnya Russia merapati AS).

SEBAB [2] Bangsa Rom yang berperang dengan Parsi (pada zaman Nabi Muhamad SAW) adalah juga bangsa Rom yang berperang dalam Perang Salib menentang umat Islam. Dan bangsa Rom ini juga yang akan bersekutu dengan umat Islam akhir zaman dan kemudian mengkhianatinya.

SEBAB [3] Empayar Rom Timur pada zaman Nabi Muhamad SAW memang sebahagiannya terletak di Russia sekarang ini (masa itu Russia Moden belum wujud), akan tetapi pusat kekuasaannya terlatak di Barat (Romania). Dan kebanyakan bangsa Rom yang terlibat dalam siri perang salib selepas itu datang dari England, Portugis, Sepanyol dan kawasan-kawasan barat lainnya.

SEBAB [4] Saya berpendapat Perang Dunia Keempat (Perang Malhamah) adalah Perang Salib Terakhir antara umat Islam dan Nasrani (Kristian) yang dibantu oleh Yahudi. Meskipun ada yang mengatakan bahawa Rusia itu juga sebuah Negara Kristian Ortodoks, tetapi pucuk pimpinan tentera Krsitian biasanya datang dari Barat (dalam konteks ini, AS & Eropah).

SEBAB [5]. Di penghujung hadis Nabi SAW di atas, ada disebutkan bahawa umat Islam akan berperang dengan bangsa Rom yang mempunyai sifat-sifat berikut. “80 bendera, yang setiap satu bendera itu ada 12,000 bendera di bawahnya”.

Katakan sahaja, ada 100 orang musuh di belakang setiap bendera kecil itu, maka terdapat sebanyak 96,000,000 (96 juta) musuh Islam dalam peperangan tersebut.

Dan anda tidak usah terkejut dengan musuh Islam seramai ini, kerana umat Kristian seluruh dunia sekarang hampir sama banyak dengan umat Islam. Islam berjumlah 3 billion, Kristian juga 3 billon. Lain-lain agama 1 billion.

Cuma bezanya, umat Islam sudah ramai yang terbunuh di Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya, Syria dan sebagainya. Dan dalam Perang Salib terakhir ini, mereka akan berkumpul seramai mungkin di Asia Barat untuk menyembelih kita.

Mari kita melihat kata-kata Albert Eisteen tentang peperangan akhir zaman ini.

 "Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ketiga (3) ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Kalau benar bom nuclear benar-benar digunakan dalam Perang Amargeddon, maka nasib Asia Barat sangat tragik.

Dan selepas itu, Perang Dunia Keempat (4) dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan semua teknologi yang ada sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa itu disebabkan oleh kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga.

Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.



ISNIN 16/9/2013

45 comments:

  1. setuju dengan kajian abah, aku mau tanya ni tentang sepengal hadits di atas : KAMU AKAN MENGADAKAN PERDAMAIAN DENGAN BANGGSA RUM.......dari pengalan hadits di atas kalau kita lihat dengan kondisi kekenian, sejak kapan bangsa rom berdamai dengan kaum muslimin? Karna sejak beberapa dasawarsa kaum muslimin terus berperang dengan amerika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ssjarah juga ada mwmbuktikan kerajaan islam berperang dan berdamai dengan kerajaan kristian semasa perang salib 200 tahun

      Delete
  2. Bagus soalan itu. satu soalan yang meminta pemikiran jitu dan kemas. Tentu akan tiba saatnya. Kita harus sama2 menunggu

    ReplyDelete
  3. ada kemungkinan perang menggunakan nuklir tidak terjadi, karena dengan bertakbirnya imam mahdi, maka semua peralatan yang ada rangkaian/sirkuit elektronik insya allah di non aktifkan, termasuk satelit, bom nuklir, hp, dll. kalau semua bom nuklir dipakai, maka hancurlah bumi. bom nuklir israel saja jumlahnya sekitar 300, belum lagi us, rusia, inggris, perancis, pakistan, india, china.
    Hanya Allah Yang Maha Tahu.

    ReplyDelete
  4. Rom, asalnya ialah satu entiti, satu kuasa, satu empayar dan satu maharaja tetapi pada suatu tahap ia dipecahkan kepada dua iaitu Rum Timur dan Rum Barat. Kerajaan Rum Barat (negara-negara Eropah sekarang) tidak dapat berdiri lama dan akhirnya jatuh. Yang tinggal ialah kerajaan Rum Timur berdiri lama sehingga dijatuhkan oleh al Fateh. Tetapi masih terdapat waris-warisnya yang survive yang akhirnya diangkat menjadi penguasa Empayar Russia.. Yang survive ketika zaman Nabi SAW ialah Rum Timur sedangkan Rum Barat ketika itu telah jatuh dan berpecah belah sehinggalah ratusan tahun kemudian baru lahir Holy Roman yang menjadi penerus kepada Rum Barat iaitu kebanyakan negara-negara Eropah sekarang.

    maaf abah nak kontra 4/5 point abah...


    1. matahari terbit dari timur, dan permulaan hari bermula dari timur, maknanya timur itulah depan dan barat belakang. ke terbalik 360 darjah? jadi, jika timur itu depan dan barat itu belakang, bukankah di belakang peta asia barat ialah US dan sekutunya?
    Timbul persoalan: Jika Rum itu ialah US, maka US sudah terlalu kuat tidak perlu sekutu dari kaum muslimin menghadapi "musuh di belakang mereka". Selalunya yang memerlukan sekutu ialah yang lebih lemah. Ranking militer dunia menunjukkan US berada pada tangga no 1, kemudian baru diikuti oleh Russia dan lain2.

    2. rum yang berperang dengan Sassanid Parsi pada zaman Nabi SAW ialah Rum Timur a.k.a Byzantin. Para sahabat sedih dengan kekalahan Rum kerana mereka lebih dekat dengan Islam berbanding Parsi lalu datanglah perkhabaran dari Allah bahawa Rum selepas dikalahkan akan menang (Surah Ar Rum). Lalu dalam masa beberapa tahun sahaja Rum Timur bangun kembali mengalahkan Parsi dalam "Battle of Nineveh" dan lawatan Heraclius ke Juruselem pada tahun 630 menandakan kemenangan total Rum Timur ke atas Sassanid Parsi. sedangkan pada waktu ini, rum barat di eropah sana berada dalam keadaan gelap dan berpecah belah.

    Yang mempelopori perang salib pula banyak datang dari Rum Barat yang telah berpecah-pecah tetapi disatukan atas simbol salib. Bahkan Rum Barat ialah Katholik manakala Rum Timur ialah ortodox yang tidak sebulu bahkan pasukan Crusade Rum Barat pernah mengkhianati Rum Timur dengan membumihanguskan kota konstantinopel milik Rum Timur di dalam tempoh perang salib.

    3. pusat pemerintahan Rum Timur terletak di Konstantinopel atau pada hari ini disebut Istanbul, Turki, bukan terletak di Rome Italy atau barat. Bahkan ketika zaman Nabi SAW, Heraclius terpaksa berlindung di ibukotanya Konstantinopel dari serangan Parsi. saya tidak tahu Rum Timur pada zaman Nabi SAW ada kedengaran di Russia. Ia hanya mula popular selepas Grand Duke of Muscovy (Moscow), Ivan III mengambil tanggungjawab sebagai penjaga Kristian Ortodox, satu kelangsungan selepas jatuhnya Byzantin selepas tahun 1453. Keturunannya, Ivan IX - the Terrible - menjadi Tsar/Czar/Caesar pertama Russia, menjadi penjaga kristian ortodox sehinggalah Revolusi Russia yang membawa kepada kekuasaan Komunis dan Atheis.

    4. pucuk pimpinan datang dari barat sebab mereka yang merekacipta isu dan mahu jadi hero dan mahu popular. Berbanding pemimpin kristian ortodox yang lebih dekat dengan Islam, walaupun kejahatan mereka lebih kurang sama (Lihat apa yang Russia lakukan pada Chechnya, Georgia, Kaukasus etc), tetapi tak la glamer macam barat.

    5. Tiada komen


    berdasarkan data rasmi yang dikumpul dari seluruh negara dunia (sehingga disember 2012) yang menjangkau penduduk seramai +- 7 Billion manusia, 2.1 Billion ialah beragama kristian, 1.5 Billion beragama Islam dan seterusnya. data tak rasmi mengatakan penduduk dunia sudah mencecah 10 Billion, entahlah.

    nampaknya abah sudah tidak berkata lagi bahawa Russia sebuah negara komunis/ athies atau majoriti komunis/athies. tahniah :)







    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan: kekalahan besar Rum Timur pada "Battle of Antioch" pada tahun 613 dan 9 tahun kemudian menang pada "Battle of Issus" pada tahun 622, selain "Battle of Nineveh" pada tahun 627 dan lawatan Heraclius ke Juruselem di penghujung menandakan menang besar Rum Timur.

      Delete
    2. Abah patut memuji kamu, anoy 22:56 kerana pengetahuan kamu tentang sejarah Rum sangat luas dan mendalam. abah patut belajar dari kamu tentang sejarah rum itu.

      Walau bagaimanapun, abah merasa gembira kerana dapat menulis sedikit sebanyak tentang rum menurut apa yang abah tahu. Kalau ada salah silap, memang abah mengaku bahawa pengetahuan abah tentang itu tidaklah seperti mereka yang pakar.

      Setakat ini, pandangan abah tentang bangsa Rom ialah AS dan Rusia. Dan abah juga tetap yakin bahawa negara pengasas komunis ialah Rusia (kerana Stalin hidup di sana). Samada ia sudah luntur/tidak, maka ia suatu pandangan lain.

      Ttapi abah bersedia mengkaji pandangan2 lain yang lebih bernas untuk perbahasan yang lebih terbuka.

      Semoga kita semua dapat berbahas dengan hati lapang dan fikiran terbuka.

      Delete
    3. Puji Tuhan je la, saya ni tahu sikit je, tu pun kalau tahu la. kat internet banyak sumber yang boleh dirujuk samada rujukan yang autentik atau pun tidak.(sejarah rum tak perlu ilmu rijal kan? :))


      komunis di russia selepas pemerintahan beraja dan seumpamanya menekan, menindas dan menzalimi kebanyakan manusia. jadi komunis lahir sebagai "penyelamat" pada peringkat awal dan diterima sehingga ke indonesia tetapi akhirnya menjadi lebih teruk dari raja dan membunuh jutaan umat Islam, Kristian dan lain-lain. faktanya ialah Lenin dan Stalin dah KO.

      walaupun saya tulis panjang berjela, tapi yang benarnya hanya Allah Yang Tahu. bila tiba masanya, Rum dan Kaum Muslimin akan bersatu melawan musuh di belakang mereka. jadi waktu tu betul-betul Rum. samada US, Eropah atau Russia atau negara lain, hanya Allah Yang Tahu. yang penting kita bersedia menerima siapa yang Allah telah tetapkan.


      roda itu sentiasa berpusing-pusing...

      assalamu'alaikum

      Delete
    4. Salam Abah & Anonymous..... Dalam kajian anda berdua, saya secara jujurnya lebih meyakini bahawa teori daripada saudara Anonymous & Sheikh Imran Hossein lebih tepat berbanding teori Abah. (Maaf ya Abah). Buat makluman Abah & Anonymous, Rom barat dan Rom timur mempunyai aliran kepercayaan yang sangat berbeza antara satu sama lainnya. Jika kita kaji sejarah Rom barat, sejak dulu lagi kepercayaan occult / pagan telah menyelinap di dalam ajaran agama mereka lantas menkorupkannya. Mereka berperang menggunakan nama tentera salib tetapi hakikatnya mereka sebenarnya ialah Knight of Templar. Kefahaman agama mereka sudah jauh menyimpang daripada agama samawi hingga menjadi polytheism. Berbeza dengan anutan masyarakat Rom timur, ajaran agama mereka agak terpelira berbanding ajaran agama di Rom barat. Rom timur adalah penganut orthodox. Ajaran orthodox lebih lunak dan mudah mendampingi ideologi islam. Jadi saya yakin tentera Rom yang akan bersatu dengan tentera al mahdi adalah Rom timur. Wallahualam.....

      Delete
  5. Jika rum adalh rusia, mngkin stelah kkalahan amerika dan sekutunya pda perang airmagedo, mreka brsatu kmbali mmbangun kkuatan d zazirah arab dan merekrut kmbali orang arab yg masih setia dgn mereka (amerika) hingga bangkit pmerintahan arab baru yg d sebut dgn al sufyani, sehingga tentara al sufyani begitu kejam dan dendam pada kelompok atau negara yang bersekutu dgn rusia dan iran

    ReplyDelete
  6. Mnurut sumber yg sy dapat sebagian besar pendapat mngatakan
    1 amerika akan hancur setelah perang besar dan benda langit yg akan menghantam negara itu, bahkan ada yang mengatakan kalau obama adalah presiden terakhir amerika
    2 konspirasi kaum iluminati/fremeson yang hendak memindahkan negara adidaya dari amerika ke israel sebagai negara adidaya terakhir yang akan di datangi dajal
    3 setingan terakhir kaum fremeson kebangkitan dajal adalah menjadikan israel menjadi negara adidaya, seperti yang pernah terjadi pada ke adidayaan ingris di lemahkan untuk kebangkitan kedidayaan amerikan, dan amerika harus di hancurkan lewat perang untuk kedidayaan israel

    ReplyDelete
  7. maksud dibelakang mereka ialah masa lalu.. musuh di belakang mereka ialah musuh masa lalu bangsa rom.. musuh yang dimaksudkan ialah komunis.. puak Islam akan bergabung dengan US dan eropah untuk menentang puak Rusia dan China dan seangkatan.. ketika perang berkecamuk puak yahudi sebenar ( puak Iran) yang menyamar Islam akan menyerang puak Yahudi ciptaan Dajjal di Israel.. ketika ini Imam Mahdi palsu akan muncul dan akan mengetuai angkatan perang.. umat Islam ketika itu sudah tentu akan menyokong puak yahudi sebenar (syiah) kerana mereka memerangi puak zionis (yahudi ciptaan) yang selama ini memusuhi Islam.. selepas menang puak yahudi sebenar ini akan menyerang kota mekah.. dan ketika ini terjadinya peristiwa haji berdarah.. Imam Mahdi hanyalah seorang askar biasa yang menyertai perang Islam dan puak Nasrani yang dipimpin PBT melawan puak komunis dan syiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bertanya ... kalau x salah tahun 70an dulu ada peristiwa haji berdarah ... ada seorang yg ngaku imam mahdi dan tenteranya mengepung masjidil haram ... lbih kurang seminggu atau lebih mereka tawan ... smpai kerajaan arab saudi mati akal ... kerajaan trpaksa mntak bantuan perancis ... perancis hantar 3 org dari pasukan khas GIGN utk membantu ... mereka bertiga terpaksa memeluk islam utk msuk ke masjidil haram ... dan misi berjaya ... Allahu'lam ...

      Delete
  8. bayangkan ketika itu yang benar menjadi salah dan yang batil itu menjadi betul.. sudah tentu kita selaku umat Islam akan membantu puak "Islam" yang memerangi puak "Yahudi".. sedangkan mereka hanyalah penyamar.. ketika ini muncullah Muhammad Bin Abdullah seorang yang cocok dengan apa yang diyakini oleh umat Islam dengan kehebatanya sudah tentu umat Islam akan meyakininya sedangkan pada ketika itu juga muncul seseorang yang tidak sama dengan versi yang dipercayai selama ini mengembalikan ajaran Datuknya namun tidak sama dengan apa yang diyakini selama ni.. kajilah AlQuran.. anda akan melihat apa yang akan berlaku dihadapan.. sejarah sentiasa berulang.. dan ayat AlQuran itu juga diulang2.. apakah pilihan kita ketika itu.. sudah tentu kita akan memilih untuk bersama Muhammad Bin Abdullah.. sedangkan dia hanyalah satu ciptaan si Dia bermata satu.. ingatlah Dajjal adalah fitnah terbesar di muka bumi sejak adam diciptakan.. dan jawapan umat Islam kepada AlMahdi "ajaran apa yang dibawanya ini? sedangkan kami tidak pernah mendengarnya dalam ajaran Islam.. gilakah dia ini?.. Wallahualam..

    ReplyDelete
  9. salam. Teori musuh dari belakang anda jelas-jelas hanyalah bersifat spekulatif, malah saya rasa hanya bersifat tuduhan tanpa cukup bukti apapun. Kalau hadis menyebut 'musuh dari belakang mereka', itukan secara terangnya menyalahi Russia, China dan Iran kerana ketiaga negara ini kan Musuh terang2an atau musuh depan mereka! Sepatutnya anda lebih patut berwasangka kepada mereka yang menjadi sahabat2 Rom kerana mereka inilah yang lebih berpotensi menjadi 'musuh dari belakang mereka/Rom' dan bahkan sememangnya menjadi musuh Imam Mahdi dan sahabat2nya.

    saya mahu berbincang secara private dengan anda, andainya anda sudi.

    Wassalaam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Mr Who? Dengan siapa anda mahu berbincang secara private. Sebutkan secara khusus dan jelas. Jika mahu berbincang dengan pemilik/penulis blog ini iaitu abah, maka kamu perlu belajar ilmu ruh dan bersembang-sembang secara ruh dengannya kerana abah sudah aruwah.

      Delete
  10. sudah tentu dengan penulis artikel, saya rasa sudah jelas.

    ReplyDelete
  11. kalau penulis artikel sudah meninggal, saya ucapkan takziah, dan rasanya tak sempat berkongsi beberapa info penting tentang hal2 yang saya rasa penting utk dikongsi bersama pemilik blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah pemilik blog ni telah dikhabarkan meninggal dunia pada 19 september 2013, dua hari selepas post aruwah yang terakhir. Sungguh sayang dia pergi dgn tiba2.

      Delete
  12. salam utk smua, menurut saya... haditsh di atas itu berkenaan dgn perang yg trjadi antara islam di afganistan bersatu dg amerika (blok barat) melawan uni soviet.

    ReplyDelete
  13. kemungkinan rom adalah NATO ,rujuk wikipedia

    ReplyDelete
  14. Eropah dan Amerika telah diperkudakan oleh minoriti yahudi dalam ekonomi dan politik hingga ekonomi mereka lumpuh, baru mereka sedar seperti yang berlaku sekartang ini. Pembuat dasar negara dipengaruhi oleh media dan pemodal yahudi seperti Rodschille dll yang memperkenalkan sistem kewangan, bank, internet dll yang mana akhirnya rakyat eropah dan Amerika(bangsa rom) menanggung beban hutang akibat sistem riba dan cukai serta hilang pekjerjaan. IMF dan world bank serta FOREX menyedut duit orang ramai yang percaya kepada pemerintah dan banker sedangkan duit disalurkan kepada israel. parah lagi bila kerosakan akhlak dan dadah serta budaya dari media yang merosakkan akhlak bangsa rom. Akibatnya banyak negara Eropah rakyatnya memeluk Islam termasuk Amerika sendiri. Rakyat Perancis paling ramai memeluk Islam. Ini menyebabkan pemerintah yang masih Kristian tergerak hati untuk bersatu dengan Islam menentang musuh bersama iaitu yahudi(Syria, Iran, Russia, israel dll sekutu). Tentera Islam ada keberanian tetapi dan mereka pula ada senjata. Namun jiwa kekafiran tetap takkan tunduk kepada Islam. Setelah tentera Islam berhempas pulas hingga ketitisan dara terakhir nanti dan mendapat sokongan serata dunia kerana peranan media dan kerana kebanyakan negara dunia mentaliti pro eropah/US kerana pernah dijajah, jasa tentera Islam dipandang remeh. sedangkan kemenangan itu adalah kerana Allah membantu tentera Islam. lalu tentera Rum akan mengistiharkan kederat mereka semata-mata atas menegakkan kedamaian dunia dan membantu rakyat yang lemah. Mereka perlu mendapat sokongan dunia kerana itu sahaja caranya mereka nak mengembalikan ekonomi di negara mereka yang parah sekarang ini. Lebih-lebih lagi Amerika mahukan sokongan dunia untuk pakatan dagangan Pasifik TPPP. Mestilah tunjuk jasa dan kebaikan, barulah orang sokong. Akhirnya nanti tentera Rum akan menidakkan jasa tentera Islam dan berlakulah pula peperangan antara tentera Rum dengan tentera Islam yang mana kebanyakan negara menyokong tentera rom. hanya Allah yang akan memberi kemenangan kepada tentera Islam yang dari dahulu hingga sekarang ditindas. Kita mundur kerana ajaran Islam tak pernah ajar kita menjajah negara orang melainkan untuk membetulkan akidah swemata-mata. sedangkan orang kafir strategi mereka dalam usaha ekonomi dan politik bagai memang nak menjajah dan mengaut untung dari negara lemah kerana mereka bertuhankan kebendaan.

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya maksud: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka". Ya sememangnya umat Islam diwaktu ini hidup berbaik-baik dengan masyarakat barat(Rom), ada hubungan diplomasi, bisnes, menuntut ilmu bahkan mengadakan latihan ketenteraan bersama mereka. Pada pendapat saya maksud ayat ini:"kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka"...yakni umat Islam akan membantu mereka melawan musuh mereka dimana musuh itu bukanlah musuh orang Islam tetapi umat Islam diheret untuk bersama-sama mereka untuk memerangi musuh kaum barat itu. Lalu siapakah musuh kaum barat dewasa ini? Pada saya tidak lain dan tidak bukan itulah pertubuhan al Qaedah samada yang berada di bumi khurasan atau dibumi syam.Isis dan Jabhah nusrah adalah cabang al qaedah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  16. Pada pandangan saya yang tak banyak ilmu ni, US dan Eropah merupakan pengikut dajjal (zionis) atau pendokong Israel. Orang beriman yang sebenar tidak akan sekali2 bersekutu dengan puak ini kerana ada ayat Quran yang melarang umat Islam dari membuat pakatan dengan mereka (pakatan yahudi dan nasrani = zionis).

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)

    Jadi kalau ada hadis yang mengatakan yang orang Islam akan berdamai dengan Rum maka tentu sekali bukan US dan Eropah barat sebab mereka adalah zionis yang mana kita dilarang bersekutu dengan mereka. Rum bukan Zionis bahkan mereka menentang keras tindakan zalim Zionis.

    Akhir sekali, tidak mungkin hadis ini bertentangan dengan perintah dari Quran.

    Jadi kalau bukan US dan Eropah barat kemungkinan besar Rom adalah Rusia. Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Musuh Islam adalah Zionis dan musuh Rum (Rusia) juga Zionis. Jadi pada pandangan saya, maksud musuh dibelakang adalah musuh yang sama bagi pihak kedua-dua pihak, Islam dan Rum. Maka maksud 'musuh dari belakang' ada kemungkinan adalah Zionis (US, UK dan Eropah barat) . Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. Putin telah mengatakan bahawa dia anti New World Order. US yg akan melancarkan New World Order. Maka Rom itu adalah Russia yg akan bersatu dgn Islam melawan musuh New World Order yg ingin memerintah dunia dan Lucifer tuhannya. Semua orang akan dipakaikan micro chip supaya senang dijejaki. NWO akan memadamkan semua agama dan betuhankan tuhan Lucifer mereka, iaitu Dajjal.

    ReplyDelete
  19. Anonymous, kawan mahu tnya..
    di mana lokasi perangkan bermula semasa megunakan batu... atau perang 3 4 dan 5 di tmpat sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinamakan sebagai Armageddon. Dan dikatakan berlaku di Syria, wallahualam

      Delete
  20. Please, your analysis of the akhirul zaman is too loose, please be precise when conducting your knowledge, it can be too flaw, and your intrepretation of the Quranic text is not based on the ilmu (takwil and takwim). Allah knows best.

    ReplyDelete
  21. Mungkin Musuh dr belakang ISIS?sbb skrg us dan sekutu2 eropah serta beberapa negara Arab sedang bsatu memerangi ISIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap besar katakan ISIS tu musuh dari belakang. Itu hanyalah ciptaan Amerika dan Israel sama seperti Al-Qaeda. ISIS tidaklah sekuat mana utk satu dunia memeranginya kecuali Negara kuasa besar seperti, Amerika dan Israel

      Delete
  22. Mungkin Musuh dr belakang ISIS?sbb skrg us dan sekutu2 eropah serta beberapa negara Arab sedang bsatu memerangi ISIS

    ReplyDelete
  23. Definisi bangsa rom kalau kita tgk secara halusnya boleh jadi ialah org2 kristian yg menyeleweng di mana pusat pemerintahan mereka ialah di Rom (vatican city). Ketua mereka ialah Pope. Mereka2 ini jika dikaji sejarahnya amat berkait tentang knight templar,freemason,iluminati dsb. Mereka2 ini juga yg mencatur kehidupan dunia melalui tangan2 ghaib yg bolehlah kita namakan sebagai politik,sekular,kapitalis,komunis,riba' dlm ekonomi,perbankan dsb. Boleh juga kita ringkaskan dicatur oleh dajal melalui mereka2 yg menyeleweng ajaran Nabi2 s.a.w yg terdahulu. Bangsa rom juga tidak terhad kpd vatican shj. Tetapi semua yg di bwh pengaruhnya. Melalui PBB. Adakah kita terlibat? Ya. Secara tdk langsung jika kita menyokong. Usaha dajal bkn setakat itu shj, tetapi juga memerangkap kita dgn riba'! Ya riba'..melalui perbankan. Beli rumah,keta,moto,personal loan semuanya hutang. Kos sara hidup tinggi dgn alasan hidup di dunia ini perlu maju. Pemimpin kita tolak agama krn takut mundur! Sedarlah tuan2, kembalilah kpd Al Quran dan Sunnah. Apa yg akn kita jawab dgn Pencipta kita nanti jika kita tdk perjuangkan agamaNya. Tolak nasionalisma! Buang sifat perkauman! Kita berada di zaman kjaan yg menyombong. Ya, menyombong dari agama. Apa tuan2 masih x sedar akn fitnah dajal lg? Zaman kekhalifahan sudah tiba. Berbaiatlah. Tetapkan iman masing2. Ingat, syurga dajal ialah neraka bagi kita dan sebaliknya. Ingat tuan2, dajal mahupun imam mahdi tdk muncul di kaca tv mengumumkn kemunculan msg2. Hanya iman yg mampu selamatkn kita. Jgn percaya bulat2 berita di kaca tv. Nabi s.a.w telah berpesan, apabila dtg seorg fasik membawa berita, selidiklah dahulu. boleh jadi ia berdusta. (betulkan sy jika tersalah,harap maaf).

    ReplyDelete
  24. Definisi bangsa rom kalau kita tgk secara halusnya boleh jadi ialah org2 kristian yg menyeleweng di mana pusat pemerintahan mereka ialah di Rom (vatican city). Ketua mereka ialah Pope. Mereka2 ini jika dikaji sejarahnya amat berkait tentang knight templar,freemason,iluminati dsb. Mereka2 ini juga yg mencatur kehidupan dunia melalui tangan2 ghaib yg bolehlah kita namakan sebagai politik,sekular,kapitalis,komunis,riba' dlm ekonomi,perbankan dsb. Boleh juga kita ringkaskan dicatur oleh dajal melalui mereka2 yg menyeleweng ajaran Nabi2 s.a.w yg terdahulu. Bangsa rom juga tidak terhad kpd vatican shj. Tetapi semua yg di bwh pengaruhnya. Melalui PBB. Adakah kita terlibat? Ya. Secara tdk langsung jika kita menyokong. Usaha dajal bkn setakat itu shj, tetapi juga memerangkap kita dgn riba'! Ya riba'..melalui perbankan. Beli rumah,keta,moto,personal loan semuanya hutang. Kos sara hidup tinggi dgn alasan hidup di dunia ini perlu maju. Pemimpin kita tolak agama krn takut mundur! Sedarlah tuan2, kembalilah kpd Al Quran dan Sunnah. Apa yg akn kita jawab dgn Pencipta kita nanti jika kita tdk perjuangkan agamaNya. Tolak nasionalisma! Buang sifat perkauman! Kita berada di zaman kjaan yg menyombong. Ya, menyombong dari agama. Apa tuan2 masih x sedar akn fitnah dajal lg? Zaman kekhalifahan sudah tiba. Berbaiatlah. Tetapkan iman masing2. Ingat, syurga dajal ialah neraka bagi kita dan sebaliknya. Ingat tuan2, dajal mahupun imam mahdi tdk muncul di kaca tv mengumumkn kemunculan msg2. Hanya iman yg mampu selamatkn kita. Jgn percaya bulat2 berita di kaca tv. Nabi s.a.w telah berpesan, apabila dtg seorg fasik membawa berita, selidiklah dahulu. boleh jadi ia berdusta. (betulkan sy jika tersalah,harap maaf).

    ReplyDelete
  25. saya kurang paham tentang perang amargadon ini.. ketika peperangan ini berlaku imam mahdi sudah ada dan peperangan dizaman al mahdi adalah senjata pedang dan tombak, lembing dan tiada lagi senjata canggih.. kenderaan yg terpantas semasa iitu adalah kuda... sila minta penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, beberapa siri peperangan akan muncul terlebih dahulu sebelum Perang Armageddon sehingga menghancurkan zaman pemodenan manusia pada zaman sekarang. Ternyata pada zaman itu, manusia akan kembali hidup merana dan menggunakan apa yg ada utk berperang. Pedang dan senjata ringan seperti lembing, panah mudah dicipta tidak seperti pistol, senapang yg memerlukan masa dan kos yg tinggi

      Delete
  26. Bismillah, sila lihat "Tarikh Kemunculan Imam Mahdi 2028 Insya Allah" di YouTube - Tarikh Kemunculan Imam Mahdi 2028 Insya Allah: https://youtu.be/I5RJiPQMl38

    ReplyDelete
  27. Salam.. terkini drp laporan berita luar,. AS bergabung dgn Rusia utk memerangi IS/Syiah.Angkatan perang otw ke laut mediteranian. IS/Syiah juga musuh suni umat islam. Tentera ROM memanupulasikan IS (kambing hitam tajaan AS juga) agar bergabung dgn umat islam. Maka akan ada pengkinatan selepas peperangan dgn IS (musuh dibelakang kamu).. then.. tuan2 akan sedia maklum dari hadis di atas.. Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  28. now russia+korea+china+bahsyar..benarlah tentera rom tu eropah dan as

    ReplyDelete
  29. al mahdi takkan keluar sebelum as-sufyani keluar.. berikut adalah turutan mengikut situasi yang berlaku di syria sekarang..

    -perang di syria sekarang melibatkan 3 pihak iaitu sufyani(as/snc/yahudi/fsa) vs assad/rusia/iran/china vs ISIS
    -hasil dari perang ini assufyani akan menang (puak SNC - syria national coalition + US + yahudi + saudi)
    -assufyani adalah pemerintah baru syria setelah perang 3 penjuru ini.
    -assufyani akan melakukan pembalasan dendam yg melampau dan membunuh ramai umat islam di syria, iraq, iran dan afghanistan
    -assufyani ni pembenci ahlul bait dan akan mencari ahlul bait dan pengikut2 mereka di semenanjung arab dan seterusnya ke iraq, iran dan afghan. dia pukul rata semua tak kira sunni atau syiah..
    -akan muncul 2 panji hitam.. satu di timur khurasan iaitu pakistan dan satu lagi dari hujung timur iaitu indonesia..
    -panji hitam di pakistan dipimpin pemuda bani tamim (attamimi) dan di indonesia pula dipimpin alhasyimi..
    -attamimi adalah keturunan abu bakar as siddiq manakala al-hasyimi pula adalah keturunan ahlulbait..
    -2 panji hitam ni akan bergabung dan akan dipimpin oleh attamimi
    -mereka akan menentang as-sufyani dan akan memenangi semua peperangan menentang assufyani..
    -panji hitam adalah tidak terkalah dan akan menakluk kembali afghan, iran dan iraq..
    -assufyani akan berundur ke syria semula setelah kalah dalam banyak peperangan..
    -tentera panji hitam akan menghala ke baitul muqaddis dari iraq tetapi telah diserang dgn secara tergempar oleh assufyani dan menyebabkan tentera panji hitam berpecah..
    -attamimi akan pergi ke palestin manakala al-hasyimi akan ke madinah..
    -assufyani masih terus memburu tentera panji hitam dan akan menyerang madinah menyebabkan madinah hancur sebahagiannya..
    -al-hasyimi akan berundur ke mekah untuk mencari al-mahdi..
    -al-mahdi dilantik dan di baiah oleh umat islam..
    as-sufyani dengar berita ini dan hantar angkatan tentera yg besar utk membunuh almahdi
    -tentera assufyani akan ditenggelamkan di baida.. kawasan antara madinah dan mekah..
    -attamimi muncul semula dan bergabung bersama almahdi dan alhasyimi..
    -tentera panji hitam akan menyerang as-sufyani dan membunuh assufyani.. berakhirlah riwayat as-sufyani.. dia akan berkuasa selama 9 bulan sahaja,
    -damascus akan ditawan umat islam..
    -perang di lubnan (armageddon fasa 1)
    -perang di palestin (armageddon fasa 2 - almalhamah al kubro)

    ReplyDelete
  30. Bismillah
    Sila lihat
    Part 1
    "Tanda Hampir Kiamat Kebenaran Mimpi Seorang Muslim Yang Jujur" yang menyampaikan kisah seorang pemuda yang bertemu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam didalam mimpi dan pesanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap situasi yang berlaku sekarang - https://youtu.be/6HKr9bTV4uE
    Part 2
    Pesanan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagaimana Islam akan bangkit nanti
    "Tanda Akhir Zaman Mimpi Yang Benar Dengan Rahmat Allah BangkitNya Islam"
    - https://youtu.be/WHkiVzfUZ5k
    Part 3
    Seperti yang saya terangkan sebelum ini Muhammad Qasim adalah seorang individu yang telah dikhabarkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam 1400 tahun yang lalu yang memiliki sebaik-baik mimpi yang akan menjadi kenyataan dan yang paling jujur dalam perkataan.
    "Tanda Akhir Zaman Kemunculan Individu Muslim dengan Sebaik-baik Mimpi Yang Benar"
    - https://youtu.be/wK-m85HUjhc
    Part 4
    Menjelaskan kebenaran pesanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti mana yang terkandung dalam hadis -
    "Tanda Kiamat Tersebarnya Mubashshirat Pada Akhir Zaman"
    - https://youtu.be/H07W_zNcODQ

    ReplyDelete
  31. Allahuma Ya Allah..Kami memohon pemeliharaanMu dari segala macam kejahatan kejahatan manusia, iblis syaitan, tekanan tekanan hawa nafsu Dan fitnah dajjal....

    ReplyDelete
  32. Kepala hanguk kau rum tu russia.tengok stuasi skrg ni amrika russia bunuh umat islam.kalau tak tau tunggu je jgn main sedap ramal pak nujum je.

    ReplyDelete
  33. Minum rum mabuk2

    ReplyDelete