GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 15 July 2013

SIAPA ALVIN TAN & SIAPA PULA VIVIAN LEE?

 
    
   
SIAPA ALVIN TAN & SIAPA PULA VIVIAN LEE?

Saya sebenarnya bercadang nak menulis pasal konflik Syria, tetapi tiba-tiba saya dikejutkan dengan kisah penghinaan ke atas agama Islam oleh blogger Alvin Tan (nama sebenar Tan Jye Yee, 25)  dan pasangannya Vivian Lee, 24  

Siapa mereka itu? Saya belum mengenal mereka itu sedikitpun. Tetapi bila saya melayari internet, alangkah biadapnya mereka dan jahatnya perangai mereka.

Mereka benar-benar menghina Islam. Sambil memakan bat-kuh-teh (sup tulang babi), mereka mengucapkan pula SELAMAT BERBUKA PUASA.  Di bawah gambar itu, tertera pula label HALAL sebagai tanda mempersenda-sendakan Islam..

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2013/07/bloger-melampau.jpg

“Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka melakukan ini kerana jahil atau sikap bodoh mereka, maka berilah taufik dan hidayatMu kepada mereka.

Sekiranya mereka melakukannya kerana menghina agamaMu & bertujuan merobohkan kesuciannya, maka hantarlah anjing-anjingmu kepada mereka dan bunuhlah mereka”.

Gambar itu tertera pada facebook milik mereka. Dan facebook mereka khabarnya sudah dipadamkan. Dan mereka kelihatanya tidak insaf sama sekali. Mereka kemudian membuat biadap dalam witter mereka.

Setakat tengahari Jumaat, 12/7/2013, terdapat  lebih 140 pemilik akaun Facebook telah berkongsi (share) gambar mereka, manakala sejumlah 500 komen berbentuk kecaman turut dterima. Kebanyakkan pemberi komen mendakwa pasangan ini sebagai mengabaikan sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Lalu bagaimana sikap kita seharusnya? Pasangan ini bukan tidak tahu pasal Islam, tetapi mereka sengaja mempersenda-sendakan. Buktinya ada di bawah.

Ketika Alvin Tan ditembual wartawan mstar tentang penyebaran gambar itu, dia memberitahu bahawa posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat untuk mencetuskan kemarahan kaum muslim.

Menurut Alvin Tan  dia tidak menyesal dengan posting sedemikian kerana dia hanya mahu mencipta satu jenaka yang menyedihkan dan ingin melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap lawaknya.

"Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami. Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini."

“Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka melakukan ini kerana jahil atau sikap bodoh mereka, maka berilah taufik dan hidayatMu kepada mereka.

Sekiranya mereka melakukannya kerana menghina agamaMu & bertujuan merobohkan kesuciannya, maka hantarlah anjing-anjingmu kepada mereka dan bunuhlah mereka”.
  
Saya juga telah melayari rekod-rekod lampau Alvin Tan untuk melihat kebodohan dan ketololannya. Maka saya terjumpa sebuah artikel tentang kegiatan seksnya bersama Vivian Lee dalam berita Kompasiona, Indonesia bertarikh  27 October 2012  

Berikut sedutannya.

“Alvin Tan berkata bahwa ia mahu minta maaf hanya pada NUS (National University Of Singapore) saja, dan tidak akan minta maaf pada yang lain, seperti ditulis oleh The Real Singapore.

Alvin Tan, warga Malaysia yang terlibat dalam kontroversi setelah blognya memuat gambar dan video dirinya bersama kekasïhnya yang sedang melakukan aksi yang tidak senonoh diatas ranjang telah membuat heboh di Malaysia dan Singapura. Namun, dia tidak menyesali ataupun merasa malu. Malah dalam status facebooknya, dia menyalahkan media dan orang-orang yang mengecamnya.

Dalam postingnya di facebook, Alvin menyalahkan para orang tua yang menilai videonya telah mengajari hal-hal buruk kepada anak-anak. Secara tegas dia menyebut bahwa orang tualah yang pantas dipersalahkan jika anak-anaknya termakan dengan berita ini.

Menurut Tan, seharusnya para orangtua yang harus menyalahkan diri mereka karena tidak bisa mendidik anaknya, bukannya menyalahkan orang lain

Dia juga merasa kesal dengan pihak yang melibatkan universitya dalam kes ini.

Dalam pernyataanya pada media, dia mengungkapkan kekesalan karena telah melibatkan nama universitiya dalam kontorversi tersebut.

Alvin Tan adalah mahasiswa Undang-Undang, National University of Singapura (NUS) yang merupakan pemegang beasiswa dari pemerintah Singapura. Setelah blognya dan juga merupakan blog Vivian Lee, kekasihnya yang juga dari Malaysia, universitinya memanggilnya karena dianggap dan dinilai memalukan NUS.

“Saya benar-benar merasa tidak selesa  bila  NUS ikut terlibat.” kata Tan, 24, dalam pernyataannya yang dilaporkan oleh The Straits Times Singapura.

Pelajar NUS itu berkata, gambar erotis dan video dirinya bersama kekasihnya adalah hal menyenangkan, seperti dikutip dari Yahoo! Singapura.

Dalam blog “Sumptuous Erotica”, Tan dan kekasihnya Lee berkata bahwa mereka suka memuat/mengupload kegiatan seks mereka di internet untuk “dinikmati orang banyak”.
Namun, blog itu kini telah diblok akibat banyak yang melaporkan.

Tan menuntut ilmu di NUS karena mendapat Beasiswa Asean pada tahun 2004. Sebelumnya ia belajar di Sekolah Menengah Xinmin dan Kolej Junior Raffles, kemudian dia melanjutkan pendidikan di NUS.

Persetankan sahaja tentang waktu persekolahannya dan kegilaan seksnya, tetapi kebiadapan dan kejahatannya terhadap Islam benar-benar melukan hati saya.

“Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka melakukan ini kerana jahil atau sikap bodoh mereka, maka berilah taufik dan hidayatMu kepada mereka.

Sekiranya mereka melakukannya kerana menghina agamaMu & bertujuan merobohkan kesuciannya, maka hantarlah anjing-anjingmu kepada mereka dan bunuhlah mereka”.

1 comment: