GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday, 3 August 2012

KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA

















Mulai hari ini, nama baru blog ini ditukar kepada Mencari Damai Di Langit BiruMU.  Tujuannya supaya anda mendapat kedamaian mata dan perasaan bila membacanya. Mata anda tentu selesa melihat langit biru yang cantik pada tajuk besar blog ini. Perasaan anda tentu gembira dan sejuk melihat awan putih seperti salju di tepi langit biru yang cantik itu.

Hari ini, saya ingin memberikan anda satu post istimewa tentang Imam Mahdi.


Post yang dimaksudkan itu sangat berprofil. Ia merupakan kalam sahabat Nabi Muhamad S.A.W yang memetik ilmunya dari baginda sendiri. Sahabat yang mulia itu ialah Abu Hurairah r.a. 

Terima kasih kepada tuan punya asal post ini di atas segala daya usahanya yang tinggi dan bersungguh-sungguh. Ia melengkapkan pencarian saya selama ini. Kupasannya sangat menarik dan kemas. Mari kita dengarkan.

Selamat membaca.

Kata blogger berkenaan,
Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :

"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :

 Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler)Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Mari kita analisa ayat demi ayat kata-kata Abu Hurairah di atas.

[1] Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai)

Huraian : Imam Mahdi akan keluar sekitar tahun 1420 atau 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1433 H, maka tarikh itu sudah berada diambang pintu, Masanya sudah sangat dekat.

Fakta penting : sila baca ayat terakhir ini.
Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

Huraian : Kata-kata ini ditujukan kepada Saddam Hussein di Iraq. Rupa-rupanya Saddam Hussein pernah melakukan kejahatan kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain, Imam Mahdi sebenarnya sudah ada, bertempat di Iraq. Di mana dia sekarang, tidak pula sesiapa tahu. 
  
[2] memerangi seluruh dunia

Huraian : Imam Mahdi akan menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Maka ramailah manusia yang menentangnya, terutama sekali musuh-musuh Islam.
 
[3] bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon

Huraian ; Nasrani, Yahudi dan para munafikin bersatu padu untuk memeranginya.

[4] Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).

Huraian : Ratu Dunia bermaksud raja besar, yang penuh dengan tipu muslihat terhadap negara lain. Tak lain tak bukan ialah Amerika Syarikat yang akan diboboti (diikut) oleh sekutu-sekutunya.

[5]  Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran

Huraian : Dia melihat dunia pada masa itu (maksudnya zaman kita) penuh dengan kesesatan dan  kekafiran. Lalu dia menyebar dakwah Islamiyah & berjuang menegakkan Daulah Islamiyah.   

[6] Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci

Huraian : Maksudnya, Yahudi berjaya menakluk dunia menggunakan Freemason, Illuminiti, golongan cendiakawannya, golongan korporatnya dan sebagainya.

Mereka juga menguasai Al-Quds dan kota suci. Apakah maksud kota suci itu? Apakah Mekah Al-Mukarramah? Kalau benar, maka mesti ada suatu hubungan gelap antara mereka dengan penjaga Mekah.
   
[7] Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas

Huraian : Seluruh penduduk datang menghadap Imam Mahdi, kecuali kawasan artik dan artatika yang sejuk, juga sebahagian negeri yang terkenal panas di gurun-gurun tertentu.

[8] Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit

Huraian : Imam Mahdi yakin kepada kekuasaan Allah Taala.  .

27 comments:

  1. Al-Hadis : Jika sekiranya usia bumi ini hanya tinggal sehari lagi (akan kiamat), nescaya Allah akan bangkitkan seorang dari keturunan-ku (Ahlulbait dari sulbi Nabi SAW) yg akan memenuhi bumi ini dgn keadilan dan kemakmuran, sebageimana bumi sebelumnya telah dipenuhi dgn kekufuran dan kezaliman...

    Siapakah dia yg dimaksodkan dari keturunan Nabi SAW itu..?? Dia seorang Ahlulbait asal berasal talian Nasab dari sulbi Nabi SAW itu sendiri. Dialah Sang Juru Penyelamat, Imam Mahdi AS Khalifah Akhir Zaman yg dinanti2. Kapankah kemunculannya..?? Ngak ada siapa yg bisa tahu, Yg Maha Tahu hanya Allah Rabbul Izzati. Allah pasti akan zahirkan beliau kapan sudah bertepatan dgn jadual Allah Yg Maha Merencana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GOLDENSAND PASIR MAS11 January 2013 15:34

      Betul kata anda. Dia keturunan Nabi SAW. Di manakah dia? Saya tak tahu.Anda tahu?

      Delete
    2. Gue ngak tahu pak... Hanya Allah
      Khaliqqul Alim jua Yg Maha Tahu...

      Delete
  2. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan 'kecelakaan bagi pengkhianat imam Al-Mahdi'..bermaksud Saddam Hussein bukan menganiyai Imam Al-Mahdi tetapi dia merupakan 'kecelakaan bg pengkhianat' Imam Al-Mahdi, ia lebih bermaksud Saddam Hussein telah menghancurkan pengkhianat kepada Imam Al-Mahdi, kemungkinan pengkhianat Imam Al-Mahdi adalah golongan puak syiah yang disembelih oleh Saddam Hussein. Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GOLDENSAND PASIR MAS11 January 2013 15:31

      Saya tak fikir demikian kerana Saddam hussein itu sendiri menjadi mangsa keronyok puak Syiah di Iran. Kemudian Syiah Iran itu sendiri membantu Syiah Iraq meranapkan Saddam Hussein. Apa-pun keadaannya, Saddam Hussein itu sendiri agak zalim kepada sebahagian rakyatnya yang menentangnya atau tak sebulu dengannya. Wallahu ahlam

      Delete
  3. Keturunan Nabi ngak sama dgn Keluarga Nabi,
    Back to The Roots mahulah dikaji direnongi.
    Penzahir keturunan terletak pada anak lelaki,
    Penyambong zuriat talian darah Bakanya Nabi..

    Dari Saka-Baka Siti Khadijah dgn Paduka Nabi,
    Menzahirkan Nasab Ahlubait dari Sulbinya Nabi.
    Hanya mereka ini dinamakan dari Keturunan Nabi.
    Tapi putra2 Nabi telah wafat ketika kanak2 lagi..

    Sedangkan Saka-Baka Siti Fatimah dgn Imam Ali,
    Dari Nasab mereka itu dinamakan Keluarga Nabi.
    Maka terkenal Hassan dan Hussein 2 cucu Nabi,
    Salah seorang disebut dia Anak Mukjizat Nabi..

    Adakah Imam Mahdi berbangkit dari Sulbi Nabi.?
    Ato Imam Mahdi berbangkit dari sulbi Imam Ali..?
    Jadilah persoalan teka-teki hingga Akhir Zaman,
    Al-Mahdi membangkitkan Zulqarnaen merobohkan....

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo solbi itu dari Adam, maka Jhon Denver, Soros, Lim Goh Thong, Sami Vellu smua tu Alul Bait lah ye? Kawe X de stu pun Word of God atu Kata Kata Allah dlm Al Quran merujuk pada lelaki...smuanya perempuan...dalam KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW...baginda menyebut mengamanahkan 2 perkara AL QURAN dan SUNNAH baginda dan jika berpegang padanya nescaya tidak tersesat...x disebutpun HADIS...Berita Al Mahadi x trdapat dlm Al Quran cuma dari Hadis...kisah solbi ke apa ke cma diriwayatkan dlm Hadis...tpi dlm Surah Al Ahzab pasal Ahlul Bait merujuk pada ISTERI ISTERI NABI...berita Al Quran ke Hadis??? X percaya pada Al Quran ke??? X kan kot lelaki mengandungkan anak? Tentulah lahir dari perut IBU kan. Kamu nie telalu terikat dengan NASAB kot? Nasab memanglah bin/binti/ibni...lelaki, tpi sekadar DUNIA JE...AKHIRAT BIN IBU okey.

      Delete
  4. In Golden Age all moslem country will be free from financial debt & Slave system , their will be no banking system , no hunger , no more price tag , no more divide betwen rich and poor all will be fullfiled (mean Of Justice) , all moslem will be free and peacefull and more closed to GOD than ever , cause moneytary system has been used by dajjal to divided & counquer each moslem individu all over the world!! Wake Up !!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.co.de

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. kami akan cuba melawat.

      Delete
  6. semoga allah swt memberkati hidup saudara admin diatas ilmu pengetahuan yang dikongsikan

    ReplyDelete
  7. Ahlul-Bait lahir dari Nasab Putri ke Nasab Putri. Putra Ahlul-Bait yang lahir dari Nasab Putri akan putus Ahlul-Bait pada keturunan seterusnya. Putri putri yang lahir (jika seorang bagus, dua lagi bagus 3 lebih bagus) atau anak permpuan dari Nasab putri putri Rasulallah SAW. Putri atau anak perempuan yang lahir dari cucunda perempuan Rasulallah SAW. Putri putri atau anak perempuan cicit Rasulallah SAW dan seterusnya. Mana mana putra yang dilahirkan oleh mana mana putri itulah yang bergelar Ahlul-Bait...sehingga sampai saatnya lahir putra dari Nasab ibu bernama Muhammad bin Abdullah. Umat islam terlalu meninggikan Nasab bapa yang cuma tahap urutan keluarga bukan Nasab perut...yang tidak dibawa mati...seperti mana apabila dibacakan talkin wahai sipolan binti Ibu sipolan. Selidiklah, carilah dengan teknologi secanggih mana...boleh kah anda jumpa sebab dh terlalu jauh tersasar bila ayah Melayu anak Melayu, bila ayah Bugis anakpun Bugis, bila ayah Jawa anakpun Jawa. ALAHAI ANAK OMAK!!! Indak pado Papatiah Nan Sabatang...Bota Caniago.

    ReplyDelete
  8. Sdr Anonymous Jan. 2013. ANDA SUKU APA YA...JOWO??! TINGGAL DI MANA YA??? PULAU JOWO? SESAT YANG MENYESATKAN.

    ReplyDelete
  9. PEMUDA BANI TAMIM adalah cucu cicit keluarga Tamim. BANI BERMAKSUD KELUARGA...cicit Tamim bin cucu Tamim bin anak Tamim bin Tamim...dalam kata mudahnya. Ahlul-Bait itu merujuk pada Nasab Ibu...ada 3 ayat dalam Al'Quran merujuk pada Ahlul-Bait. KELUARGA ATAU BANI TAMIM AKAN BERTEMU DENGAN AHLUL-BAIT RASULALLAH SAW...mungkinkah cucu cicit Tamim akn Bertemu jodoh dgn cucu cicit dari Nasab Ibu Rasulallah SAW akn melahirkan Mahadi??! Hanya Nabi Khidir yg tahu.

    ReplyDelete
  10. Mmm...apa pulak Imam Mahadi nak buat kat iraq...Imam mahadi berada di sebuah negara yg makmur dan aman damai....tiada peperangan...sebab negara tu diberkati kerana rahmat yg dibawa bersamanya...

    ReplyDelete
  11. Jika kita mau jujur tanpa mendahului kebencian atas mazhab mazhab saudara saudara kita yang lain dalam islam maka kemungkinan mahdi lahir, yg berperang melawan saddam adalah para penganut syiah dipimpin ayatullah imam khomeini,...ayolah jujur pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. @ TANYA KHIDIR....

    Kamu mesti orang Nogeri ato dari salah satu suku-sakatnya... Yg maseh berpegang teguh pada adat Pepateh nan Sebatang : Biar mati Anak jangan mati Omak. Hingga dilebehkan hak Pompuan dari pewaris Lelaki, satu adat yg dibenci oleh Nabi dan Mahdi.. Bukankah itu sudah melanggar Hukum Syarak Islam..?? Maka jadilah budaya hidup kamu "Hidup Berakal, Matimu Berhantu.." Itu fahaman telah tersesat melarat lagi menyesatkan beradat2...

    Lantas kamu memandai2 kaetkan pula samakan fahaman akal berhantu kamu dgn Ahlulbait Nabi dan Sulbi Nabi. Nasab ato Saka-Baka Nabi ada rahsia Nur tersembunyi dari Nasab kesatu Nasab hingga terujud itu beneh AlMahdi. Kamu seolah2 mengaku kenal sama Nabi Khidir AS. Sedangkan Moses lagi Nabi ada kitab pun kecundang berguru dgn Nabi Khidir AS. Adalah lebeh baek kamu belajar sampei khatam dan tanya dulu dgn itu hehehe... Sang Penjaga Air....

    ( Dari Syed Hussein Jamalullail aka Jamal Pak Tongkol saudara minyak urut dari Cairostan.. Wowww... hehehe... )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya Khidir9 March 2014 00:51

      PENCERAHAN: NASAB adalah NASAB dan BERDIRI DENGAN SENDIRINYA. AHLUL-BAIT adalah AHLUL-BAIT, juga BERDIRI DENGAN SENDIRINYA. Jangan sesekali dicampur adukkan antara satu dengan yang lainnya. Nasab adalah SALASILAH KELUARGA, manakala AHLUL-BAIT adalah DARAH KETURUNAN. BANI itu BANI. BAIT itu BAIT. Dalam Surah Al Ahzaab AHLUL BAIT merujuk pada ISTERI ISTERI NABI, manakala dalam kisah Al Kisya' pula merujuk pada AHLI RUMAH, bermula dari RASUALLAH SAW, FATIMAH AZ ZAHARA, SYIDINA ALI, HUSSEIN dan HASSAN RA. Fatimah Az Zahara mewakili AHLUL-BAIT manakala HASSAN dan HUSSEIN RA mewakili PUTERA AHLUL-BAIT. Cuba renungkan: Apabila dibacakan TALKIN pada HASAAN atau HUSSEIN RA "Wahai Hassan BIN Fatimah..." siapa FATIMAH? Tentulah puteri Nabi, begitu juga apabila dibacakan TALKIN pada anak anak Ummu Khalthum dan Zainab...tentulah ke dua duanya cucu Nabi...dan seterusnya hingga ke saat ini DARAH KETURUNAN atau AHLUL-BAIT tetap akan menjurai pada Nabi...hinggalah tiba saatnya lahir PUTERA AHLUL-BAIT MUHAMMAD IBNI ABDULLAH atau AL MAHADI dari PERUT IBU JURAI NABI. INI TERAMAT AMAT MUSTAHIL BERLAKU PADA NASAB BAPA...Cnth nya APABILA DIBACAKAN TALKIN PADA ANAK HASSAN ATAU HUASEIN...Katakan anak Hassan namanya ERA dan ibunya bernama Fazira "Wahai Era BIN Fazira..." siapa FAZIRA? ANK SIAPA? TENTULAH BUKAN DARI KETURUNAN NABI...KETURUNAN ORANG LAIN...X PO LAH WAGHIH...ATU URANG AWAK...KLU EKAU HEBAT BONA...BERWASIATLAH DARI SEKARANG PADO SAPO SAPO JO...BILO TOPISAH JO NYAWO DARI JASAD EKAU SOK...POSANLAH KEK TOK IMAM MINTAK DITALKINKAN PADO BIN KOPALO BAPAK KAU...

      Delete
    2. Tanya Khidir9 March 2014 01:23

      Menjawab pasal pembahagian Harta Adat Papatiah Nan Sabatang atau Adat Pepatih N9. Pembahagian harta bagi Adat Pepatih terbagi pada 3 cara. 1. HARTA PUSAKA atau TANAH ADAT. 2. HARTA PENCARIAN. 3. HARTA SUAMI SEBELUM BERKAHWIN. Harta pusaka cuma dibahagi bahagikan pada anak anak perempuan, cucu perempuan, cicit permpuan dan sebelah perempuan seterusnya...menyahut SUNNAH NABI SUPAYA mengutamakan An Nisa'...bukan wajibpun. Harta pencarian suami atau bersama dibahagikan mengikut penetapan syara' dari panduan Surah An Nisa' Surah Wanita bkn Surah Kepala Bapak. Harta suami tersedia ada sebelum berkahwin juga dibahagi bahagikan mengikut syarak Surah An Nisa' ...X de yang SESATnya. Cma Datuk Papatiah cadiak sikit dar Tamangungan sobbab...Sabda Nabi " Utamakanlah Ahlul-Bait kamu...isteri isteri kamu serta anak anak perempuan kamu...adat pepatih tidak menolak lelaki itu pemimpin, raja, imam, kadhi dsb...tapi pesan Nabi pimpinlah isteri isteri dan anak anak perempuan kamu supaya tidak dianiaya oleh JAHILIAH!!! CUMA NK INGATKAN KAMU...ADE KE PUTERA2 dan PUTERI2 NABI BERGELAR SYED dan SYARIFAH?!? LAGI SATU TAK CUKUP KO UNDANG ALLAH UNTUK DIJADIKAN UNDANG UNDANG NEGARA? MCM TULAH DTK PEPATIH...SAJO BUEK KECOH SIKIT DALM ADAT...GHOTO POSAKO...TAK DO SALAH E DO...CUBO KAJI PEMBAHAGIAN HARTA DALAM ADAT PEPATIH...GOOGLE SURF KO? OR TO BE PRECISE PLS REFER TO ARTICLE WRITTEN BY TONOROUYRTSIRNGAFEODBENOSGRIRBWJ. TQ.

      Delete
  13. Perempuan itu CICIT KAMU, CUCU KAMU, ANAK KAMU, ISTERI KAMU, IBU KAMU, NENEK KAMU bla bla bla...KAMU JAKI KE NGAN DIARANG?

    ReplyDelete
  14. Warna Merah Putih dlm bendera Indonesia, Malaysia dan Singapura itu melambangkan SAKA dan BAKA. IBU menurunkan SAKA=DARAH KETURUNAN=WARNA MERAH=Penurun Harta peSAKA. AYAH mensalasilahkan BAKA=KELUARGA=WARNA PUTIH. Cnth: Keluarga Hashim, Keluarga Tamim dll. Yg bakal dibaitkan itu adalah KETURUNAN SAKA dan 313 yg mengiringi KETURUNAN SAKA itu adalah dari kelompok BANI atau KELUARGA atau BAKA TAMIM.

    ReplyDelete
  15. Saddam Hussien adalah pengkhianat Mahdi kerana dia telah cuba menangkap beliau dan pengikutnya kerana geram dengan kritikan IM ke atas perbuatannya yang telah menulis Al -Quran menggunakan darahnya yang najis.

    ReplyDelete
  16. Imam Mahdi telah muncul di Iraq dan dikenali sebagai mam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Beliau adalah Mahdi pertama iaitu wasi dan utusan Imam Al Mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAWA di malam sebelum kewafatan baginda.


    Namanya (a.s) adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Ismail bin Sayyid Saleh bin Sayyid Al Hussain bin Sayyid Salman bin Imam Muhammad bin Imam Al Hassan bin Imam Ali bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Musa bin Imam Ja’afar bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Al Hussain bin Imam Ali bin Abi Talib Alaihimussalam.

    http://pendokongalyamani.blogspot.com/2011/12/tatacara-kehidupan-imam-ahmad-al-hassan.html

    ReplyDelete
  17. Keturunan rasul saw yg didholimi/pernah ditawan oleh sadam husein yg disebut hadis tersebut dugaan saya adalah sekarang yg menjadi amir isis abu bakar albaghdadi usia beliau 43 th. Isis masuk saudi bila raja abdullah wafat, setelah iraq diambilalih isis. Setelah peristiwa tsb ada pembaiatan imam mahdi. Apakah itu amir isis atau yg lainnya? Hanya Allah saja yang maha mengetahuinya.

    ReplyDelete
  18. Pasukan isis merupakan salah satu pasukan panji hitam dari timur/iraq.

    ReplyDelete
  19. Al mahdi hanya dalam pengetahuan Allah...jgn memandai mengemukakan hujah yg dan pendapat masing2...nanti jatuh kufur beb...jika mengemukakn sst hujah harus bersandarkan bukti yang kukuh dan benar ...kembalilah kpd al quran dan as sunnah...itu yg sebaik baiknya....

    ReplyDelete