GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 5 June 2013

TURKI DI AKHIR ZAMAN.(1) Erdogan & masalahnya



Semua orang tahu, Turki dahulu adalah sebuah Negara sekular. Bahkan kalau disebut nama Kamal Atartuk, bertambah-tambah jelas gambaran sekularisme itu.

Bagaimana sekarang? Ada setengah orang memberitahu saya bahawa Turki sekarang sebuah Negara Islam. Saya diam sahaja. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Saya bimbang untuk menjawabnya secara isyarat (bimbang tak sampai maksudnya). Rasanya, menjawab secara penulisan lebih ilmiah & mencapai sasaran.

APA BERLAKU SEKARANG?
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini membantah adanya kemungkinan munculnya revolusi (maksudnya Arab Spring) di Turki, berhubung dengan  meletusnya protes menentang pemerintahannya  secara besar-besaran dalam beberapa hari terakhir ini.



Insiden ini juga menjadi yang terburuk dalam pemerintahan Erdogan selama satu dekad ini, di mana pertempuran  antara polis  dan penunjuk perasaan berlaku di Ibu Kota Ankara.

Laman web  asiaone.com melaporkan, Isnin (3/6/2013), Erdogan juga menentang para penunjuk perasaan yang menuduh dia sedang berusaha memaksa reformasi Islam konservatif  ke dalam sistem pemerintahan Turki yang sekular. Dia menekankan bahwa dirinya terpilih secara demokratik.

ANDA KENAL SIAPA ERDOGAN ITU?
Beliau adalah Perdana Menteri Turki. Dan beliau juga adalah pemimpin Timur Tengah yang berani kurang ajar dengan pemimpin Israel dalam Persidangan Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik  Gaza di Davos, Switzerland. Ahli panelnya termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel , Shimon Peres . Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post.  Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.



Ucapan Peres mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Prerez ialah “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”



Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu.

Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960.

MARI KITA LIHAT BIODATANYA
Recep Tayyip Erdogan dilahirkan pada 26 Februari 1954 adalah Perdana Menteri Turki sejak 14 Mac 2003. Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP)  yang telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011. Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.

Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana.

Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.

KITA BERHENTI SEKEJAP
Kita berhenti sekejap di sini dan menyambung semula perbicaraan kita tentang tunjuk perasaan terhadapnya. Setengahnya berpendapat akan berlaku Arab Spring di Turki. Benarkah?



Itulah yang menyebabkan Erdogan marah. Mari kita lihat jawapannya di bawah.

INI JAWAPAN ERDOGAN (1)
"Apakah ada sebuah sistem multiparti di negara-negara yang tersentuh revolusi Arab?," kata Erdogan dalam sebuah siaran television?. Apakah anda faham maksudnya?

Maksudnya, Arab Spring yang berlaku sebelum ini (seperti di Mesir, Libya, Iraq & Syria sekarang ini) adalah kerana pemerintahan tunggal kerajaan ke atas rakyat. Iaitu berlaku kuasa monopoli tunggal di mana rakyat tiada hak bersuara sama-sekali.

Ia juga membawa maksud, Turki bukan kerajaan seperti itu. Turki adalah kerajaan multi parti. Rakyat Turki berhak memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya. Jadi mengapa mesti ada revolusi (Arab Spring)?

DI MANA TITIK MULA PROTES INI?
Protes ini bermula Jumaat minggu lepas (1/6/2013) dan telah tersebar ke seluruh Turki. Kononnya ia tercetus dari tindakan kerajaan mengarahkan penebangan 600 pokok di Dataran Taskim, Ibu Kota Istanbul.

Tujuan penebangan itu adalah bertujuan untuk mempercantik alun-alun, termasuk membangun sebuah masjid dan replika objek zaman khalifah Bani Usmaniyah.

INI JAWAPAN ERDOGAN (2)
Namun, Erdogan menuduh protes itu tidak ada hubungannya dengan tujuan penebangan itu, namun ia merupakan satu usaha jahat untuk menjatuhkan pemerintahan berhaluan Islam yang dipimpin partinya AKP. "Demonstrasi ini karena alasan ideology semata-mata," dia menegaskan.

JAWAPAN MUSUH POLITIKNYA
Musuhnya berpendapat sebaliknya. Dataran Taskim itu sangat besar nostalgianya kepada pejuang-pejuang demokrasi sejak 1980. Ia mesti dipertahankan & tidak harus dimusnahkan.

ERDOGAN YANG EMOSI (1)
Bagi Erdogan, protes ini hanya bersifat sementara & bukannya pemacu kepada revolusi seperti Arab Spring. Tetapi bila didesak oleh pemberita, beliau kelihatan marah & menyelar wartawan yang bertanya sama ada kerajaan faham mesej penunjuk perasaan atau sama ada beliau akan bersikap lebih lembut.

“Apa mesej itu? Saya mahu mendengarnya daripada kamu. Nak berlembut bagaimana? Sila beritahu saya,” kata pemimpin itu.

ERDOGAN YANG EMOSI (2)
Dalam masa yang sama, Erdogan bersumpah bahwa pihaknya akan bersikap tegas terhadap penunjuk perasaan dan berjanji kepada para penyokongnya bahwa pihaknya akan mengatasi masalah ini.

ERDOGAN YANG EMOSI (3)
Di Ankara (dalam pertempuran antara polis & penunjuk perasaan),  polis didapati menggunakan  gas pemedih mata dan meriam air untuk membubarkan lemparan batu dari para demonstransi. Ini termasuk hari keempat tunjuk perasaan yang juga tersebar ke  beberapa buah kota lain di Turki.

Kelompok hak asasi mengatakan ratusan orang telah cedera parah dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis yang telah berlaku sejak 4 hari lepas.

ABDULLAH GUL YANG COOL
Sekutu Erdogan, Presiden Turki Abdullah Gul hari ini juga mendesak agar semua pihak tenang dan berjanji kepada para demonstransi bahwa suara mereka telah didengar.

"Pesanan yang disampaikan dengan niat baik telah kami terima," kata Gul, seperti dikutip setsen berita Anatolia.

TITIK AKHIR YANG DIKEHENDAKI
Ini saatnya untuk membuktikan kredibiliti Erdogan sebagai tokoh paling berpengaruh di wilayah Timur Tengah. Perdana Menteri berkumis nipis itu pernah disebut-sebut sebagai pemimpin yang berjaya menerapkan demokrasi-sekularisme-modernisasi. Benarkah demikian?

Erdogan bukan tanpa cacat dalam mengawal demokrasi di negaranya. Apabila terjadi sahaja sesuatu kejadian yang mengocak masyarakat, maka pihak pembangkang  selalu dituding menjadi penyebabnya.

Seperti terjadi di Malaysia, pihak berlawanan akan saling tuding menuding di antara mereka. Sekarang Turki sedang mengalaminya.

Erdogan secara rasmi mengatakan parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republik (CHP) mendalangi tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang pemerintah. Benarkah kata-kata politik itu?


RUMAH  5/6/2013    8.18 PM

14 comments:

  1. Pergolakan di Turki kini adalah hasil ledakan hati rakyat terutamanya golongan sekular yang telah terhimpit dengan dasar-dasar oleh Parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Maka ini adalah masa yang sesuai bagi mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Dengan sumbu ledakan atas alasan menentang cadangan untuk mengubah landskap Gezi Park untuk menjadi replika berek tentera pada era Uthmaniyyah, maka para penunjukkan perasaan yang bermula dengan aman kemudian berindak ganas.

    Ikutilah ulasan saya dalam, "Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak"

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa, blh baca comment saya kat bawah, niat hanya mahu share sahaja, terpulang mahu percaya atau tidak, terima kasih....

      Delete
  2. hehe.. juz nk share, dari page yg say pernah baca

    hehehe....kenapa "beribu-ribu" org turki tu bangkit yes?
    hmmmm....

    rki..Apa sebenarnya yang berlaku?

    Aku mulakan perkongsian ini dengan lafaz Bismillah.

    1- Sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan di media, facebook, twitter, laman web, portal berita, orang pertama yang ingin aku bertanya apa sebenarnya yang berlaku di Turki adalah Ustaz Hasrizal Jamil. Namun tidak mendapat sebarang respon. Rupa-rupanya Ustaz kini berada di Mekah, sedang mengerjakan Ibadah Umrah. Semoga Allah permudahkan urusan ustaz. Amin.

    2- Siapa rujukan aku seterusnya? Sudah tentunya rakan2 aku yang berada di Turki. Mereka ialah Jejak Uthmaniyyah, Zed Almansyud, Halim Bohari & Nadia Baharuddin. Rujukan seterusnya rakan den yang sering mengeluarkan artikel panas dan kontroversi, Ali Abu.

    3- Apa sebab protes ini berlaku? Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap. Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasi Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $ 3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasqi), ia mencecah $10,000 pada tahun ini. Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $ 500 bilion dalam 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?

    4- Menurut rakan fb den, Ali Abu : "Protes yg bermulo di Gezi Park adolah protes pencinta alam sekitar. Ia bermulo pd 28 Mei 2013. Diorg xnak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian diorg occupy Gezi Park. Semaso diorg occupy kek tmpt tu, FRU Turki menghalau mrk kluar drpd Gezi Park. Bilo diorg main polis sentri wan tu jaga, geng2 occupy mendapat simpati drpd grup2 lain. Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mrk membawa isu masing2 yg diorg tak puas hati dgn polisi kjaan. Drpd isu alam sekitar, ia merebak kpd isu campur tgn Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu bercium di tmpt awam & lain-lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng2 pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh leader2 yg ado hidden agenda."

    5- Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? Mari kita mengimbau sejarahnya. Menurut rakan facebook, Zed Almansyud : "Frankly speaking, antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'..Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah, Hotel mewah, pub dan disco..Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.. Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah, komuniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan..Mereka terus tinggal di kawasan Taksim, sehingga ke hari ini..Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah , barisan pemuda Turki(young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis..Hari ini, ia menjadi pusat budaya Ataturk(Atatürk Kültür Merkez)..so no wonder la, tempat ni melata dengan maksiat.."

    ReplyDelete
  3. sambungan......

    6- Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam. Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.

    7- Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat. Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh. Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.

    8- Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin : " Erdogan nak islamicized turki tp parti haluan kiri x suka. Puncanya spt no. 1. Pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula amek kesempatan dgn manipulate kisah sebenar. Erdogan bkn bina mall, tp lbh kpd pusat Ottoman yg telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim. So Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas utk pedestrian dan underground utk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dlm ms sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji utk tanam balik pokok yg ditebang. So, apa kes nak mengamuk? Dlm ms sama, the so called pencinta alam ni rosakkan harta benda. Scr logiknya, pncinta alam mana yg merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sbb diorg x suka tgk turki menjadi negara ke 7 dgn ekonomi terbesar. So.. jgn percaya media. Tanya pada org turki sendiri atau org kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar. Fyi... turki selamat utk pelancongan. Gambar kat fb tu gambar marathon yg diedit. Bkn keadaan sbnr. Hr ni dah aman.. polis dah berjaya control. You all kena tau kat turki bkn ada org turki je. Especially kat central anatolia dan marmara region. Org Armenia yg memusuhi Turks sejak zaman dlu adalah majoriti yg memprotes. But still, only minoriti of total population. Tanya la org turks kat malaysia, semua agree dgn tindakan Erdogan."

    ReplyDelete
  4. sambungan...

    9- Aku harap korang semua jelas punca kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah : "Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." Ulasan Zed Almansyud pula : "dalam kejadiaan ini, penyokong CHP antara yg banyak terlibat..Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan."

    10- Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu : "Den tak tahu sapo yg start melakukan provokasi, tapi grup yg berdemo kek Turki mmg manusio yg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorg suko membakar dan momocahkan bangunan org lain. FRU Turki mmg bg Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mrk bertindak liar & ganas utk mempertahankan diri sendiri serta org awam yg tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bhw siasatan akan dijalankan utk menyiasat FRU yg bertindak ganas kpd para pendemostrans."

    11- Menurut Akhbar No1 Turki, ZAMAN : "Video mengenai keganasan pihak polis memukul sebahagian penunjuk perasaan dan mencederakan mereka menggunakan gas pemedih mata dan meriam air mendapat kritikkan keras dari kerajaan asing dan kumpulan hak asasi seperti 'Amnesty International'.Ahli Parliment EU Hannes Swoboda pada hari sabtu menggesa Erdogan untuk "menyumbang kepada keamanan sosial dan tidak pada konflik dengan projek-projek yang bermotifkan polis dan keganasan polis", Timbalan Perdana Menteri Bülent Arınç bersetuju dengan kenyataan belia. Beliau memberitahu pihak media, "Saya melihat manfaat dalam memberitahu orang ramai mengenai projek... bukannya menyembur gas lada pada mereka. "Penggunaan gas di kawasan Besiktas, Istanbul dan di kawasan-kawasan lain seperti di Ankara dan İzmir membuat penasihat Erdogan,İbrahim Kalin mengeluarkan kenyataan pada Al-Jazeera yang disiarkan pada lewat petang Sabtu. Kalin menyatakan bahawa polis telah diarahkan untuk tidak menggunakan gas pemedih mata".

    12- "Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim, saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa.
    "the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010..Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini.." - Zed Almansyud.

    Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring, ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan maklumat kepada aku. Runsing juga 2 3 hari memikirkan isu di Turki ini. Semoga kekusutan dan persoalan yang timbul telah dijawab. Wallahuallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for sharing.... selalu tertanya2 siapakah endorgan yg dah meleraikan negaranya daripada hutang dgn bank negara..... sgt2 suka dgn pemimpin ini...

      Delete
  5. Terima kasih di atas perkongsian maklumat dari tuan. Kami berbangga mendapat maklumat berguna itu.

    Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa kumpulan sekular Turki, anak2 muda turki, golongan tentera, (dan juga Yahudi & agen-agen Dajjal) tidak berminat dengan cubaan menghidupkan semula KGEMILANGAN BANI OTTMANIYYAH.

    Sebab itu, kami percaya bahawa konflik Turki ini juga ada kaitan dengan remmapping (pemetaan semula) Asia Barat oleh Yahudi untuk menwujudkan ISRAEL RAYA.

    Harap maaf. Nampaknya kita ada kesamaan. Cuma dalam perkara-perkara tertentu, ada sedikit perbezaan. Wallahu ahlam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kat abah, sbb sanggup berkongsi byk maklumat yg berguna...

      Delete
  6. berguna sangat info niey,,terima kasih,,salute

    ReplyDelete
  7. Sudah saatnya Turki bangkit dan berjaya kembali dengan Islamnya.Yang saya heran,kenapa di Turki masih ada Pangkalan militer Amerika? Apa tidak lebih baik Pangkalan itu ditutup saja? AgarAmerika tidak bisa ikut campur lagi di daerah tersebut?Apapun itu,saya tetap berharap bagi kebangkitan Turki yg Islamis....................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohammad abduh...sila baca perenggan ke7 yg diterangkan anonymous... Untuk mengubah terus secara drastik memang Susah...cara mengubah manusia mestilah ada teknik dan perancangan...seperti nabi Muhammad saw juga berdakwah secara rahsia sebelum secara terangan...apa pn tq for info...

      Delete
    2. Mohammad abduh...sila baca perenggan ke7 yg diterangkan anonymous... Untuk mengubah terus secara drastik memang Susah...cara mengubah manusia mestilah ada teknik dan perancangan...seperti nabi Muhammad saw juga berdakwah secara rahsia sebelum secara terangan...apa pn tq for info...

      Delete
  8. Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...!!! Semoga di Malaysia muncul pemimpin seperti Erdogan.

    ReplyDelete
  9. Yg sebenarnya bukan Islam sedang takut dengan kebangkitan Islam dan sedang merancang pelbagai usaha untuk menghancurkan Islam.

    ReplyDelete