GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 7 March 2013

TABUT NABI MUSA (SIRI 1) Israel sedang gila mencarinya.



TABUT NABI MUSA (SIRI 1) Israel sedang gila mencarinya.

Sebelum saya meneruskan kisahnya, elok terlebih dahulu kita menatap sebuah berita tentang kesungguhan Israel mencari tabut tersebut. Mereka sangat percaya bahawa jika mereka menjumpainya, tabut itu akan memberi ketenangan, kedamaian & kemenangan kepada mereka

TEL AVIV 2011 : Pasukan arkeologi Israel telah menemui dua buah patung berbentuk haiwan pada saat menggali di sebuah lokasi pembangunan jalan tol di sebelah utara Kota Juruselem. Mereka mengagak bahawa dua artifak itu berumur sembilan ribu (9000) tahun. Penemuan itu disanjung oleh beberapa pakar dan mereka berpendapat usia dua patung itu lebih tua dari Nabi Musa.

 
Surat khabar The Daily Mail melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui tarikh sebenar pasukan arkeologi purbakala itu menemukan dua artifak itu. Mereka meyakini patung-patung dengan panjang 15 cm itu dibuat dari batu kapur dan dolomite dan digunapakai sebagai azimat oleh  para pemburu pada zaman batu.

Menurut pernyataan pemimpin pasukan arkeologi, Hamud Khalaily, kegiatan berburu menjadi mata pencarian utama masyarakat pada zaman itu. "Mungkin benda-benda itu digunakan dalam upacara masa purba sebelum para pemburu pergi berburu," kata Khalily.

Khalily memperkirakan dua benda itu berusia 9.000 sampai 9.500 tahun sebelum Masehi. Menurut para ahli arkeolog, masa itu termasuk zaman Neolitik Pra-Tembikar B. Dia menambahkan masa itu adalah salah satu babak paling mengagumkan dalam sejarah. Selain itu, menurut dia, banyak perubahan terjadi pada masa itu dan mengubah corak kehidupan masyarakat ribuan tahun setelah itu.

"Pada masa itu masyarakat memiliki tradisi hidup nomad, yakni berdasarkan kegiatan berburu dan mengumpulkan makanan, lambat laun berubah menjadi komuniti bertani dan bercocok tanam," ujar Khalily.

Penemuan di atas berlaku pada tahun 2011. Mereka sebenarnya bukan mencari patung haiwan itu, tetapi mencari tabut Nabi Musa yang kononnya tertanam di situ.

Bagaimana kami mengetahuinya? Sebab mereka menganggap tabut itu milik mereka. Dan mereka juga percaya bahawa Nabi Sulaiman a.s telah menanamnya di bawah Masjid Qubah As-Sakhrah (Dome of the Rock). Kisah selanjutnya berbelit-belit. Tetapi kami yakin anda mudah memahaminya.

SIAPAKAH BAKAL MENGELUARKANNYA?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.

APAKAH MAKSUD TABUT NABI MUSA?
Nabi Musa telah membuat tempat/wadah yang digunakan untuk menyimpan sepuluh perintah Allah yang disampaikan kepadanya di Gunung Sinai ,yaitu apa yang kita sebut sebagai Tabut Perjanjian. Tabut itu dibuat sangat spesifik, dalam bentok peti kayu dengan panjang 1,2 meter, lebar 61 cm, dan tinggi 61 cm.



Ia terbuat daripada kayu keras akasia. Bahagian luar dan dalamnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut tabut itu, terdapat  4 cincin emas, dimana kayu pengusung yang juga disepuh dengan emas dapat dimasukkan untuk membawa Tabut tersebut.

Penutupnya juga diperbuat daripada emas murni. Kemudian Patung Mailakat bersayap emas (kerubim) juga diletakkan di ujung-ujung atasnya dan saling berhadapan. Tentang patung emas itu, saya rasa itu hanya penambahan yang dibuat oleh mereka yang mendakwa memilikinya. Bahkan gambar tabut di atas itu pun hanya iilustrasi (gambar) sahaja. Tabut sebenar tidak diketahui bentok dan warnanya. Wallahu ahlam..

APAKAH KANDUNGANNYA?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa,  sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Teh

10 wasiat itu telah kami siarkan. Anda boleh mengetahuinya dengan membaca post awal kami sebelum ini. 10 WASIAT ALLAH KEPADA NABI MUSA. 


KEISTIMEWAAN LAIN
Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

KEBIADAPAN ISRAEL TERHADAP TABUT
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.

Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.

Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta.

Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu. DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin).

Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku. Orang-orang Filistin mendapat bala dari Tuhan kerana menyentuh & mempersendakan tabut tersebut.

Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan. Seterusnya mereka mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Tuhan telah menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka. Siapa? Anda baca keterangan kami pada bahagian KISAH SEBENARNYA  pada bahagian bawah.    

BANYAK TEMPAT YANG DIPERSELISIHKAN
Meski pun terdapat 10 tempat yang kononnya dipercayai tersimpannya tabut Nabi Musa a.s, tetapi orang Yahudi rata-rata mempercayai bahawa ia terletak di bawah Masjid Qubbah As-Sakrah. Maka kerana itu, mereka sibok membuat terowong & berusaha mendapatkannya.

Mereka hanya berusaha mencari tabut Nabi Musa di lokasi tersebut walau pun sebenarnya terdapat 9 lagi lokasi lain. Kenapa mereka  mengabaikan yang lain dan hanya memberi focus kepada Masjid Qubbah As-Shakrah?

Saya yakin kepada satu teori, bahawa menurut mereka (yahudi) bahawa 9 tempat lain itu adalah nul (sifar). Itu hanya putarbelit mereka dengan mewarwarkan tempat-tempat tersebut sebagai lokasi tersimpannya tabut Nabi Musa. 

Kalaulah 9 tempat lain itu benar-benar mengandugi tabut Nabi Musa, sudah tentu mereka bersegera pergi ke sana dan berusaha mendapatkannya. Lihatlah contohnya, bila mereka beranggapan Imam Mahdi ada di Afganistan, maka mereka segera menyerang Negara tersebut menggunakan agen-agen Dajjal. Begitu juga dalam kes penyerangan ke atas Iraq dan sebagainya.  

10 TEMPAT YANG DIMAKSUDKAN
Terdapat 10 tempat yang setakat ini dikunjungi para pengkaji atau arkeologi untuk mencarinya. Suka saya jelaskan atas dasar keyakinan saya, bahawa tabut Nabi Musa tidak berada di 10 tempat tersebut, termasuk di Masjid Qubbah As-Shakrah.  

Saya cukup percaya bahawa tabut Nabi Musa tidak berada dibawah Masjid Qubbah As-Sahkrah.  Ia telah disembunyikan atau dipindahkan Tuhan ke tempat lain.  Walau sekuat mana pun yahudi cuba mencarinya, jawapan akhirnya = mereka gagal. Noktah.

MARI SAYA BERITAHU ANDA
Saya akan memberitahu anda 10 lokasi yang dimaksudkan, tetapi akhirnya saya akan focus kepada Masjid Qubbah As-Shakrah sahaja. Kenapa saya perlu membincangkannya? Sebab di sinilah, Nabi Sulaiman mula-mula menempatkannya. Cuma selepas itu, ia hilang dan ghaib entah ke mana.

Saya tidak mahu membazir masa saya dengan membincangkan 9 lokasi lain.

Tempat-tempat itu ialah [1] Dome of the Rock (Masjid Qubbah As-Shakrah) di Palestin, [2] Gereja Our Lasd Mary Of  Zion di Axum Ethopia, [3] Zimbawee, [4] Gunung Nebo/Nabu di Tebing Sungai Jordan, [5] Mesir, [6] Cave Of  The Columm di Qumran, [7] Laguedoc di Peranchis, [8] England, [9] Ireland & [10] Nusantara.   

MARI KITA MULAKAN
Saya juga sebenarnya tidak mahu membawa anda ke sini, iaitu ke bawah Masjid Qubbah As-Sahkrah. Tabut Nabi Musa sudah tidak lagi berada di situ. Yahudi telah diperbodohkan oleh kebodohannya. Mereka mencari sesuatu yang tidak ada di situ.

Tempat ini juga dipanggil DOME OF THE ROCK (Masjid Qubbah as-Sakhrah) yang terletak berhampiran dengan Masjidil Aqsa. Dipercayai Haikal Sulaiman yang asal dibina di situ. Di situlah baginda dikatakan meletakkan tabut tersebut.

Umum mengetahui wujudnya terowong-terowong lama di bawah Dome of the Rock. Yahudi telah merancang  mencari tabut di situ sejak sekian lama. Bahkan rancangan mereka itu berkekalan sampai sekarang.

MEREKA PASTI TIDAK MENEMUINYA.  
Mereka mencari tabut itu untuk tujuan peperangan akhir zaman. Mereka percaya, sesiapa yang memiliki tabut akan mendapat kemenangan dalam peperangan. Tetapi mereka lupa, lawan mereka akhir zaman adalah umat Islam. Pelindung kepada umat Islam adalah tuhan Rabbul Jalil.

Dahulu mereka menentang orang-orang Filistin yang kufur kepada Tuhan. Tetapi sekarang sudah terbalik. Orang-orang Filistin itu adalah hamba-hamba Allah yang akan mendapat pertolonganNya.
 
SEJARAH SEBENARNYA
Sekitar 586 SM, Bukhtanassar (Nebuchadnezzar's) memusnahkan Haikal Sulaiman dan merampas segala harta benda di situ. Inilah peperangan besar yang meranapkan Bani Israel waktu itu.

SEBAB APA? KERANA SIFAT DEGIL MEREKA MENGENGKARI & MEMPERSENDAKAN NABI SAMUEL PADA MASA ITU.

Sama ada Raja Bukhtanassar menemui tabut ataupun tabut disorokkan terlebih dahulu oleh Bani Israil, tidaklah dapat dipastikan. Tetapi itulah 2 perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perhitungan kita.

Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil.

Jika mereka berbuat demikian, sudah tentulah bala Tuhan akan turun ke atas mereka sebagaimana yang terjadi kepada penduduk Palestin sewaktu mereka merampas tabut daripada Bani Israil.

Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut.

Ringkasnya, tabut mungkin berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil. Itulah pilihan yang ada setakat ini. Maka, di manakah tabut itu berada sekarang?

Sehingga ini, kita ada 2 kemungkinan berikut lagi.
[1] Bani Israel melarikan tabut itu & menyoroknya di tempat lain. Walau bagaimana pun, saya membantah pendapat ini. Mustahil mereka yang sombong & degil dengan ajaran nabi mereka diberi peluang menyelamatkan tabut berharga itu. Kesalahan mereka adalah yang kedua sesudah peperangan dengan Filistin sebelum itu.  

[2] Tuhan mengambil tabut itu daripada mereka (Bani Israel) kerana keengkaran mereka mematuhi perentah nabi mereka. Di manakah tabut itu disimpan oleh Allah, maka itu menjadi perkara yang sangat rahsia.

SIAPAKAH NANTI YANG AKAN MENGELUARKANNYA?
Saya lebih cenderung mengatakan kemungkinan kedua itu berlaku. Tuhan mengambilnya daripada mereka & tidak akan mengembalikan kepada mereka semula. Siapakah yang akan menjumpai & mengeluarkannya kembali dari perut bumi? 

Tidak lain tidak bukan, pemimpin akhir zaman kita, Imam Mahdi Al-Muntazar. Di mana? Saya sendiri tidak tahu.  Sosok Imam Mahdi sekarang ini pun tidak tahu. Baginda akan tahu bila Tuhan menunjukki tempatnya nanti.

Tabut Nabi Musa itu akan dijadikan bahan berhujjah di antara Imam Mahdi & Yahudi, serta menjadi bukti bahawa bagindalah sebenar-benarnya IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.

Pada siri (2) akan datang, kami akan memasukkan kata-kata para sahabat, tabiin & ulamak serta kupasan mereka terhadapnya. Anda tunggu & lihat.  Sekian, Wassalam.


RUMAH. Waktu pagi. 8-3-2013. 6.24 am

12 comments:

  1. Mukjizat peti Tabut Nabi Musa AS,
    kini berada ditangan Imam Mahdi AS.....

    ReplyDelete
  2. LAGENDA TOMBAK MUSA KEKUATAN BANI YAHUDI...

    Selaen Peti Tabut Musa jadi carian rebutan Bani Yahudi,
    Ada satu lagi senjata pusaka Musa juga mereka mencari.
    Itulah senjata Tombak Musa asal milik Firaun dibawa pergi.
    Terjatoh tenggelam diLaut Merah tatakala selamatkan diri.
    Setelah ribuan tahun timbol semula Ahlulbait Nabi pula miliki.
    Dizamannya jadi rebutan pahlawan2 pemiliknya sileh berganti.
    Akhirnya jatuh ketangan Imam Mahdi tapi powernya dimati...
    Tamad sudah Mukjizat Tombak Musa ditangan Imam Mahdi....

    ReplyDelete
  3. Menurut Saya disimpan di Gunung Padang ..Cianjur ..Indonesia...sekarang mau di teliti oleh Amerika CS....

    ReplyDelete
  4. Nabi Isa a.s pun membunuh Dajjal dengan menggunakan Tombak.

    ReplyDelete
  5. Di Kota Ludd berhampiran Tel Aviv.

    ReplyDelete
  6. Di Kota Ludd berhampiran Tel Aviv.

    ReplyDelete
  7. Nabi Isa a.s pun membunuh Dajjal dengan menggunakan Tombak.

    ReplyDelete
  8. Alhamduliliah sudah ditemukan kotak tabut musa di indonesia oleh seorang pemuda bodoh

    ReplyDelete
  9. http://reretaipan88.blogspot.com/2018/06/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-15.html

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete