GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday, 4 September 2013

PERANG AMARGEDDON (1) Saatnya Sudah Dekat.



Ini ada sebuah pertanyaan dari seorang hamba Allah. Namanya Carly BIP. Dengan menganggap bahawa pertanyaan itu sangat jujur, maka kamipun akan menjawab secara jujur.

Mari kita dengar pertanyaan itu.

“Alangkah baiknya jika kami mengetahui apa yang dilakukan Muhammad sekarang ini? yang kata abah bakal calon IM, paling tidak bagaimana reaksi beliau melihat keadaan konflik timur tengah yang semakin memperihatinkan, Sehebat hebat IM tidak akan sanggup mnghadapi dunia sendirian tanpa para pendukung dan mujahid yang siap dan setia, paling tidak dari sekarang beliau telah mempersiapkan semuanya, karna kata abah bahawa waktunya sudah semakin dekat, semoga dibai'ah ataupun tidak dibai'ahnya Muhammad ini, tetap dia bisa menjadi orang yang membawa nusantara ke arah kedamaian walaupun dia bukan IM yg sebenarnya....Amin, insyaallah”

Saya telah menghubungi Muhamad. Dan dia meminta jawapannya tidak disiarkan. Jadi saya akan memberi beberapa kesimpulan dari jawapannya.

[1] Keadaan dunia sekarang ini sangat panas. Fitnah akan bertambah dahsyat & mencengkam.

[2] Pemimpin Negara-negara yang terlibat atau kumpulan-kumpulan yang terlibat, tidak ada seorangpun yang memikirkan tentang kemunculan Imam Mahdi. Bahkan tidak ada dalam kepala mereka untuk memikirkan tentang keadaannya. 

Saya tersenyum sahaja mendengar jawapan beliau yang demikian. Kerana dahulu (sebelum saya mengenali beliau) saya sudah menyebut dalam blog saya ini bahawa Al-Mahdi akan dilupakan orang pada saat kemunculannya.

Kemudian muncul soalan kedua dari Carly BIP.

“Maaf, apakah menurut abah, PBT telah muncul? kira2 ada sedikit kaitan dan hubungan sama Muhammad calon IM? Maaf”

Saya akan menjawab soalan ini secara langsung. Ada beberapa kemungkinan dari yang pernah saya sebut sebelum ini.

[1] Ia mungkin datang dari Indonesia, sesuai dengan Pemilu Presiden 2014. Kalau benar PBT itu sama orangnya dengan Satrio Peninggit, maka sangat bertuah Negara Indonesia itu sebagai tapak untuk kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman.

[2] Ia mungkin berlaku di Mesir. Kerana Husni Mubarak akan berkuasa semula & penentangan Ikhwanul Muslimin terhadapnya menjadi bertambah sengit.

Bahkan ada satu teori (atau tanggapan umum) bahawa Osama bin Mohamad Mursi akan dijulang oleh rakyat Mesir menjadi Presiden Mesir yang sah menggantikan ayahnya. Wallahu ahlam.

[3] Mungkin juga berlaku di Qatar, sesuai dengan pertabalan Putera Bani Tamin (PBT) sebagai pemerintah yang baru. Tetapi kami telah membahasnya dan menganggap sebagai tidak munasabah.

[4] Mungkin dia muncul di Afghanistan dari puak/kelompok Taliban. Tetapi kami merasakan agak janggal untuk menerimanya disebabkan kehadirannya (existence) sudah lama melebihi 10 tahun.

 [5] Atau mungkin juga keluar dari kumpulan Bani Pashtun di Afganistan (kononnya dari keturunan Bani Ishaq). Teori ini sedang berlegar dan kami sedang mengkajinya dan melihat kemunasabahannya dari keterangan hadis dan kata-kata ulamak.

[6] Mungkin juga ia merupakan kelompok tentera tersusun dari Jamaah Ansar As-Sunna (JAS) di Iraq yang giat menentang AS & agen-agen Dajjal yang lain tanpa henti.

Kemudian mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain, yang di luar pengkajian kami. Wallahu ahlam.

Tetapi yang pastinya, Negara yang ditubuhkan PBT ini adalah 18 bulan (1.5 tahun) sebelum diserahkan kepada Al-Mahdi. Kalau PBT belum muncul, maka kemunculan Al-Mahdi tentunya jauh lagi.

Semejak saya menulis blog ini mulai tahun lepas (2012), saya terjumpa pelbagai perkara yang akhirnya sampai kepada satu titik. Titik itu dipanggil Perang Amargeddon (Perang Akhir zaman).

Perang itu belum berlaku lagi, tetapi tanda-tandanya sudah ada & sudah berkembang mekar. Tetapi saya tiba-tiba jadi sangat malas menulis mengenainya. Saya jadi hairan, kenapa saya tiba-tiba malas?

Rusia telah mengirim kapal pengintai ke Mediteranian Timur setelah Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menyerang Syria. Kapal pengintai tersebut meninggalkan pangkalan angkatan laut Rusia di Ukraine, pelabuhan laut hitam dari Sevastopol pada Ahad, 1/9/2013 yang lalu. 

Kapal itu akan mengumpulkan informasi di wilayah konflik. Hal itu dilaporkan surat kabar Rusia, Interfax pada Isnin 2/9/2013 dengan mengutip sumber-sumber tentera  yang tidak disebutkan namanya. 

Kementerian Pertahanan Russia menolak memberi komentar secara langsung. Namun, Interfax mengatakan kapal SSV-201 Priazovye akan beroperasi secara terpisah dari unit angkatan laut Rusia yang sudah ditempatkan di Mediteranian.

Maka timbullah beberapa soalan untuk kita jawab.

[1] Kalau benarlah AS menyerang Syria, maka adakah benar Russia akan menyerang Arab Saudi seperti heboh sekarang ini?

[2] Jika Russia tidak menyerang Arab Saudi seperti yang diramalkan banyak pihak, maka adakah benar Arab Saudi tidak akan mengusik pengkalan tentera Russia di Damsyik untuk menjamin keselamatannya?

[3] Atau adakah Russia terpengaruh dengan beberapa janji manis Arab Saudi untuk memberinya beberapa kawasan telaga minyak untuknya?

Mari kita bercakap mengenai perkara masa depan bahawa Imam Mahdi akan menyebelahi AS dalam peperangannya dengan Russia. Anda tentu hairan bagaimana kami boleh mengatakan perkara ini lebih awal.

Anda faham maksud saya? Kalau anda tidak faham, mari saya berikan anda beberapa kata akhir zaman dari seorang guru kerohanian yang saya hormati.  

KATA [1] “Sebagai penganut Islam, kita percaya bahawa penyelamat itu (maksudnya Al-Mahdi) akan datang lebih awal daripada Nabi Isa a.s. Namanya ialah Muhammad Al- Mahdi”.

KATA [2] "Dia akan datang, tetapi kemunculannya adalah selepas perang besar (Perang Amargeddon). Ia adalah satu peperangan di antara kuasa-kuasa besar”.

Al-Mahdi akan muncul (akan datang) selepas peperangan Amargeddon antara kuasa-kuasa besar dunia. Maka anda tentu tertanya-tanya, pihak manakah yang disokong Al-Mahdi & kenapa dia berbuat demikian?

Dia akan menyokong AS dan menentang Russia dan kumpulannya. Ada 3 sebab di sebalik misteri ini.

Sebelum kami memberi analisanya satu persatu, elok anda bertanya kepada diri anda sendiri soalan berikut.

KENAPA PERANG INI BERLAKU DI ASIA BARAT?

KENAPA BLOK TIMUR DAN BARAT BERPERANG DI TENGAH PERMUKAAN BUMI?

Kita berhenti di sini dahulu. Ada waktunya nanti, insyaallah kita akan berjumpa kembali.

19 comments:

  1. prokalamasi berdirinya NEGARA ISLAM INDONESIA
    SEKARMADJI MARIDJAN KARTOESOWIRJO

    ReplyDelete
  2. salam utk semua... tentu abah masih ingat tentang sedikit ulasan saya dulu.. perjlnan kita masih pjg.. tahap imam besar kita baru tahap permulaan.. kita semua akan terus menyaksikan negara islam berperang...

    masih ingatkan kita hujan meteor yg menerangi langit tanah melayu... itulah bumi bertuah pilihan Allah utk kita..

    kemungkinan besar sesiapa yg masih hidup atau berumur pjg 20 tahun kedepan.. atau mungkin kurang dr itu..atau mungkin lebih... dpt menyaksi atau berjuang bersama..???

    anak anak kecil atau remaja... didiklah mereka kuatkan iman mereka.. supaya mereka tdk terpedaya dan tdk mengikut tuhan dajjal bermata satu.. begitu juga kita yg dewasa.. 20 tahun mungkin pjg mungkin singkat waktunya bagi kita....

    org meteor

    ReplyDelete
  3. bukan sahaja imam besar kita semua dilatih dlm alam mimpi... sahabat seperjuangan yg setia disamping imam besar.. mungkin juga pbt.. roh mereka dilatih bersama dialam mimpi.. hanya mungkin mereka tdk mengenali satu sama lain.. kerana belum waktu.. baru permulaan..

    yg berlatih mungkin dtg dr negara yg sama atau mungkin dr negara berlainan.. mungkin ada diantara anda yg pernah bermimpi diberi latihan di bukit digunung bersama yg lain.. ada yg dilatih berperang mengguna pedang.. mimpi yg dialami benar benar seperti berada di alam nyata... atau anak anda yg bermimpi dgn satu kelompok lain..

    ini dr org yg berilmu kasyaf.. berilmu tinggi tapi bukan saya.. saya hanya mengetahui... benar adanya rambut merah itu.. hanya sedikit atau mungkin terlalu sedikit.. cahaya merah memancar terang bila terkena cahaya matahari.. merah keperangan perangan....

    org meteor

    harap maaf jika ada yg tak menyukai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi cuma satu part kecil sahaja. banyak lagi cara lain memperoleh ilmu

      Delete
  4. update:

    2-3 hari lepas, selepas Israel melancarkan dua Peluru Berpandu Balistik di laut mediterranian, Russia respond dengan menghantar dua "marine-carrying amphibious assault ships"

    semalam russia dah hantar kapal Moskva, kapal Cruiser kebanggaan Russia yang menjadi Falgship Armada Laut Hitam Russia ke Timur Mediterranian. Lagi 10 hari dari semalam sampai lah ke timur mediterranian... bersama yang menyusul ialah kapal Destroyer dan Frigate Russia.

    Senate Amerika dah lulus military intervention ke atas Syria. Kongress Amerika? Pandai Barrack Hussein Obama main silap mata. Carrier Nimitz dikekalkan di mediterranian bersama banyak lagi kapal-kapal Destroyer dan kapal selam, tidak termasuk Carrier lain.

    ReplyDelete
  5. ia ke Imam Mahdi menyokong US? Kata dia muncul selepas perang besar, jadi waktu perang besar mana ada lagi imam yang boleh berpihak kepada US atau Russia. Jika waktu perang besar dia dah campur tangan, kedua entiti us dan russia pasti hancur...

    ReplyDelete
  6. soalan anda sangat bagus. Saya akan menjawab soalan tersebut dalam artikel akan datang. insyaallah

    ReplyDelete
  7. menurut hadis..pihak islam akan berperang dengan rom melawan musuh dari belakang..persoalannya adakah rom menurut hadis itu ialah amerika dan barat sekarang..jika rujuk rom yg dimaksudkan dalam al-quran ialah russia sekarang..harap ambil perhatian!!

    waallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penah dengar juga. Legasi rom yang dimaksudkan itu dikatakan russia. Adakah ceritanya ialah pemerintahan rom timur berpindah ke russia pada zaman dahulu? Jika benar begitu Imam Mahdi dan/atau kaum muslimin berpakat dgn russia menentang barat?

      Delete
    2. Tuan, adakah Rum yang disebut dalam al Quran itu ialah Rom Timur iaitu kerajaan Byzantin ketika ayat tentang kekalahan Rum diturunkan? Byzantin bertahan begitu lama sehinggalah Muhammad ke II al Fateh merobek kubu pertahanan ibukota pusat pemerintahan Byzantin iaitu Konstantinopel lalu mereka beransur ansur pindah ke Russia?

      Delete
  8. insya allah, kemungkinan besar pbt sudah berada di suriah.

    penunggu imam mahdi

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggota mujahidin suriah sebagian berasal dari negeri timur, dimana mungkin pbt ada didalamnya. semoga pbt dapat menyiapkan daulah islam di suriah dan kekhalifahan suriah ini akan menggemparkan timur dan barat, kemudian kepemimpinannya akan diserahkan kepada imam mahdi. amin.
      NB. syariah islam sudah diterapkan di sebagian wilayah yang dikuasai mujahidin.

      Delete
  9. Mereka yang bertanggung jawab kepada urusan jemaah dakwah dan tabligh di seluruh dunia yang berpusat di masjid Basti Nizamuddin di India adalah berketurunan daripada Saidina Abu Bakar AsSiddiq.

    Apabila Nabi Muhammad memulakan usaha dakwah siapa yang pertama membantunya?

    Insyallah,dua keturunan yang mulia akan bersatu semula dengan izinNya untuk mengemilangkan islam kembali

    ReplyDelete
  10. RUM=RUSIA MODEREN

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.....
    Ya,mmg benar kata2 org meteor trsebut ttg alam mimpi tu..dn ada sebahagian yg lain...mndaptnya dgn cara lain ats kehendk Allah...mmg takkan msuk akal...
    Hnya org2 yg dipilih dn trpilih saja akn mngalaminya...Roh roh org pilihan Allah dilatih brsama dialam mimpi dn jg alam zahir utk mncul brjuang brsama dgn Imam Mahadi di akhr zamn....inshaAlah tnh jawi adlh tanh bertuah.Aamiin..

    ReplyDelete
  12. ASSALAM. Maksud yang saya faham. Imam Mahdi akan muncul setelah berlangsungnya perang amargeddon. Ketika itulah, beliau akan menyokong negara yang patut disokong. Wallahu ahlam.

    ReplyDelete
  13. Semoga Islam Berjaya....again...dan kita2 jadi pemain/pembela...bukan penonton apalagi musuh Imam Mahdi/mujahidd.../ISLAM....semoga kita terhindar dari Neraka...amin,.....

    ReplyDelete