GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 12 January 2013

MENGENALI MANUSIA PALING TAWADHUK ABAD INI (21)..Imam Mahdi Al-Muntazar



Kita berjumpa kembali dengan kisah Imam Mahdi Al-Muntazar. Kali ini saya membawakan sifatnya yang paling disenangi oleh seluruh manusia & mahkluk-makhluk lain di sekelilingnya

Beliau itu sangat tawadhuk. Apa erti tawadhuk? Tawadhuk itu bermaksud merasakan diri paling hina. Tak ada apa-apa harganya padanya.

Sebelum saya meneruskannya, saya nak memberitahu anda satu berita gembira. Info ini saya dapati dari akhbar Sinar Harian, 12.1.2013, ms 17. Meh kita ikuti.

TAJUKNYA : SALJI LANDA RANTAU ARAB. Beirut : Ribut terburuk dalam tempoh sedekad (100 tahun) telah menyebabkan Israel dan Jordan serta beberapa kawasan Lubnan dilitupi salji. Cuaca sejuk dan banjir sejak Ahad lalu telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa di rantau itu sehingga kelamrin (Jumaat, 11.1.2013) dan turut menjejaskan ratusan ribu pelarian Syria di sempadan.
Baitul Maqdis telah diseliputi salji tebal..tanda bahawa IM sudah dekat.

Apakah perkara di atas ada kaitan dengan keterangan para sahabat Nabi yang sebahagiannya berbunyi seperti berikut,….”Bencana tersebut (berlaku di Syam) di antaranya berupa hujan lebat yang kemudian menenggelamkan umat manusia, sehingga seandainya mereka berhadapan dengan segerombolan musang saja, nescaya mereka kalah. Setelah itu Allah memunculkan Al-Mahdi yang berada di tengah-tengah pasukan yang minimanya 12,000 orang atau maksimanya 15,000 orang (Inilah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 71)?

Banjir yang berlaku itu mungkin merupakan tanda (atau sebuah permulaan kepada banjir besar)  tentang dekatnya saat-saat kemunculan Imam Mahdi. Memang dia sudah ada & sudah dekat waktunya untuk bersama kita.

Saya harap anda dapat berfikir sendiri atau mencari jawapan sendiri dari persoalan yang saya timbulkan. Sekarang mari kita teruskan kepada persoalan tawadhuk. Imam Al-Arif biLlah Sheikh Abdul Wahab As-Sya'rani r.a pernah mentakrifkan tawadhuk itu seperti berikut.

"Kami telah berjanji kepada para masyaikh (guru-guru) kami: untuk melihat diri kami paling hina dalam kalangan muslimin, walaupun kepada mereka yang paling fasiq dalam kalangan muslimin tersebut, maka hendaklah kita merasakan diri kita lebih fasiq daripada mereka”.

Bagi pengikut tasauf, dari apa aliran sekali pun, sangat memahami erti tawadhuk yang dinyatakan di atas.

Sesiapa yang tidak meyakini konsep ini, dari kalangan ahli dakwa (yang mendakwa dirinya baik daripada orang lain), maka periksalah dirinya sendiri, dari sudut kefasikan sepanjng umurnya.

Kemudian cuba membandingkan dirinya dengan sifat kefasikan yang terzahir daripada orang-orang muslimin yang lain, nescaya dia akan dapati sifat kefasikan dirinya lebih banyak berbanding sifat muslimin yang lainnya. Akan tetapi Tuhan menutupi aibnya kerana Allah s.w.t. Maha Menutupi Keaiban.

Allah menyembunyikan kekasihNya, Imam Mahdi Al-Muntazar daripada kita. Saya tidak tahu. Anda juga tidak tahu. Dan kita semua tidak tahu. Tetapi pastinya jiwanya sangat agung. Anda boleh mengenalnya dari situ.

Mari kita dengarkan penerangan Syeikh al-Baqir, keturunan Rasulullah S.A.W berhubung tanda “jiwa yang agung”. Katanya, ada 5 syarat. [1] Jika dizalimi, jangan pula menzalimi, [2] jika dikhianati, jangan pula mengkhianati, [3] jika dianggap pembohong, jangan marah, [4] jika dipuji, jangan gembira & [5] jika dicela, kawallah dirimu.
Jangan suka melakukan kezaliman
Syarat-syarat itu pula berkait rapat dengan jiwa yang agung, suci & mulia. Imam Mahdi & para wali lainnya mempunyai jiwa bersih seperti dinayatakan. Kita? Orang semacam kita sangat kotor untuk berada di situ disebabkan sikap kita sendiri yang suka memburu keburukan orang.

Allah s.w.t. tidak pernah menzahirkan sifat-sifat kekurangan para hambaNya yang lain kepada kamu melainkan sedikit sahaja, kerana selebihnya Allah s.w.t. menyembunyikannya daripada kamu. Maka kerana itu, janganlah kamu suka mencari kesalahan & kelemahan mereka.

Adapun yang disembunyikan olehNya, maka tiada manusia layak menghukumnya dan tiada siapa yang layak melemparkan tuduhan kefasikan terhadap orang-orang yang disembunyikan kefasikannya daripada kita.

Di situlah kelebihan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dia tidak merendahkan manusia lain di hadapanya. Dia juga tidak suka menghina mereka. Bahkan dia melayan mereka dengan akhlak yang lembut & mulia.
Gambar hiasan..IM kuat beramal ibadat
Bahkan dikatakan akhlak Al-Mahdi itu sangat hebat seperti berikut. Dia adalah orang yang sangat banyak amal ibadahnya, sangat banyak sosialnya (maksudnya bertawadhuk) dan sangat berbelas kasihan kepada orang fakir miskin. (Inilah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 98)

Sekarang mari kita melihat kepada diri kita sendiri. Kefasikan diri kita sudah jelas kelihatan pada diri kita sendiri, walaupun Allah SWT. menyembunyikannya daripada orang lain.  Maka dengan demikian, tahulah kita bahawa kita adalah yang paling fasiq kerana melihat kefasikan kita termasuklah yang tersembunyi, lebih banyak daripada orang lain.

Fahamilah dan ketahuilah bahawasanya, inilah perjanjian induk yang menjadi ibu bagi terealisasinya perjanjian-perjanjian yang lainnya.

LIHATLAH KEBURUKAN DIRI SENDIRI, JANGAN SUKA MELIHAT KEBURUKAN ORANG LAIN.

LIHATLAH KEBAIKAN ORANG LAIN TERHADAP KITA, JANGAN MELIHAT KEBAIKAN KITA SEMATA-MATA.

Sesiapa yang tidak melaksanakan perjanjian ini, nescaya tidak mampu untuk melaksanakan perjanjian-perjanjian ketaatan yang lainnya, kerana sesiapa yang sentiasa melihat keburukan makhluk, nescaya akan memandang hina kepadanya dan merendah-rendahkan hak-hak mereka, serta tidak dapat mengambil manfaat dan pelajaran daripada mereka, berbeza dengan mereka yang melihat kebaikan makhluk sahaja.

Mari kita dengarkan lagi kata-kata Syeikh Al-Baqir. “Tanda orang alim itu, paling minimanya 2 perkara. [1] Tidak dengki kepada orang yang di atasnya, [2] tidak menghina akan orang di bawahnya”.

Imam Mahdi menghimpunkan semua sifat-sifat mulia padanya. Dia sentiasa bersifat tawadhuk dengan menganggap orang-orang lain di sekeliingnya lebih mulia & lebih baik daripadanya. Bahkan pada saat dia akan di baaiah di Kota Mekah nanti, dia cuba melarikan diri kerana merasa dirinya tidak layak.

Ini sejajar dengan konsep tawadhuk yang kita semua fahami. Barangsiapa sombong (takabbur), maka Tuhan membenamkannya ke dasar bumi (menjadi hina). Barangsiapa tawadhuk (merendah diri), maka Tuhan akan mengangkat darjatnya.  

Imam Mahdi juga mempunyai kealiman yang tinggi, yang secara asasnya terbangun 2 sifat mulia. [1] Dia sangat mengasihi para ulamak, samada para gurunya atau ulamak-ulamak lain yang mengajari kebaikan. [2] Dia tidak suka menghina orang lain, samada para miskin, buruh-buruh geladangan, orang-orang berpenyakit dan sebagainya.   

Syariat hanya menyuruh kita melihat kebaikan-kebaikan yang wujud sahaja. Jika pandangan kita terlihat akan keburukan seseorang, maka hendaklah kita menyuruh makhluk tersebut bertaubat kepada Allah s.w.t.

Kemudian hendaklah kita mencegahnya daripada kesalahan tersebut, dan dalam masa yang sama, tetap menyaksikan terhadap diri kita, bahawa kita lebih rendah martabatnya berbanding hamba tersebut.

Ramai orang membuka matanya terhadap kesalahan orang lain sahaja. Kamu ini pendosa, minum arak, zina dan sebagainya. Kamu ini layak masuk neraka. Kamu ini jahat & pelesit. Tetapi tidak pula  ia menghukum dirnya sendiri.  Orang semacam ini adalah Dajjal. Dia memandang sebelah mata & menutup sebelah yang lain,
                        
Sesungguhnya, syariat hanya menyuruh kita mencegah orang-orang yang melakukan kemungkaran daripada melakukan kemungkaran tersebut sahaja. Adapun memandang hina kepada mereka dan merendah-rendahkan mereka, maka Allah s.w.t. melarang kita daripada melakukan hal yang sedemikian.

Diriwayatkan daripada Imam At-Tirmizi dan Ibn Hibban, bahawasanya, Rasulullah s.a.w. telahpun bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memandang hina seseorang muslim, maka ke atasnyalah, laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan menerima sebarang amalan daripadanya", iaitu samada amalan wajib mahupun sunat.

Sesungguhnya, orang-orang yang fasiq dan zalim, tetap seorang muslim tanpa syak lagi kerana diapun mengucapkan dua kalimah syahadah, maka fahamilah.
Tuhan sangat membenci orang sombong (takabur)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sepotong hadis yang lain: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebutir zarrahpun daripada sifat kibr (rasa diri lebih baik daripada orang lain)".  Para sahabat r.a. bertanya: "Apakah kibr itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Al-Kibr (takabbur) itu, yang menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia", maka fahamilah.

Ketahuilah bahawasanya, tiada satu pintu pun bagi kita, untuk memandang rendah kepada manusia yang lain, melainkan satu jalan sahaja, iaitu dengan kemaksiatan yang telah pun mereka lakukan.

Oleh yang demikian, sesiapa yang melihat yang kebaikan manusia yang wujud, tanpa memandang akan keburukan manusia, bererti dia telahpun menutup pintu memandang rendah kepada sesama manusia.

Ini sangat berbeza dengan seseorang yang sentiasa memandang akan keburukan manusia, maka dia telahpun membuka pintu untuk merendah-rendahkan manusia yang lain, sehingga membutakannya daripada melihat kebaikan manusia lain. Maka, dengan demikian (merendah-rendahkan manusia lain), dia akan musnah bersama-sama orang-orang yang musnah.

Manusia tidak terlepas daripada dua unsur iaitu kebaikan dan keburukan melainkan para nabi dan para malaikat., tetapi orang yang kamil (sempurna) ialah orang yang sentiasa memerhatikan kelemahan dirinya sehingga hampir tidak terlihat lagi akan aurat orang yang lain, daripada kalangan makhluk Allah s.w.t..

Oleh yang demikian, amat kurang pengingkaran daripada orang-orang yang mengenal Allah s.w.t. (Al-Arifin) kerana sentiasa melihat akan kebaikan manusia, dan sentiasa membuat kemungkinan dan sangkaan baik kepada manusia dengan sebaik-baik kemungkinan dan sangkaan, sehingga sesiapa yang tidak mengenal akan hal mereka, akan menyangka bahawa mereka berdiam daripada kemungkaran  dengan konsep taslim kepada Allah s.w.t. padahal tidak sedemikian.

Ketahuilah bahawasanya, sekurang-kurangnya, carilah  kebaikan yang dapat kamu lihat wahai saudaraku, terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun kamu tidak melakukan kemaksiatan yang dilakukan oleh ahli maksiat tersebut.

Ini kerana kamu berkemungkinan juga boleh  melakukan maksiat tersebut, dalam hukum takluk kekuasaan Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam melakukan apa sahaja. (Jadi, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. sentiasa yang telahpun menjaga kita, alhamdulillah).

Aku mendengar daripada saudara lelakiku, Afdholuddin r.h.l. pernah berkata: "Aku malu sangat dengan jiranku." Maka aku bertanya kepadanya: "Mengapa sedemikian?"

Lalu dia menjawab: "Hal ini kerana, dialah yang tenggelam dalam lautan zina, liwat, minum arak, dan pelbagai maksiat yang lain, siang dan malam, sehingga aku merasakan bahawasanya, dia (jiran tersebut) sebenarnya sedang memikul kotoran dosa kemaksiatan daripada keadaaanku yang pada hakikatnya berdosa, dan dia memikul kotoran yang asalnya daripadaku.

Sesungguhnya, dia termasuk dalam lingkungan rumah-rumahku juga, dan apa sahaja yang memisahkan antara dindingnya dengan dindingku (untuk menyebabkan dia tidak terkesan dengan kehinaan dan kekotoranku)?"


DI RUMAH. SABTU. 12.1.2012   9.33 PM

No comments:

Post a Comment