GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 6 April 2013

KONFLIK SYRIA (2) Mengenal As-Sufyani dalam konteks politik Syria akan datang




Saat kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar sudah sangat dekat. Anda boleh perhatikan kepada konflik Syria.

Kalau konflik itu menuju kepada kemunculan pemenangnya, maka dialah As-Sufyani.

Pertentangan antara As-Sufyani dan Imam Mahdi Al-Muntazar bergantung kepada keikhlasan hati. Kedua-duanya mengaku sebagai ahlul-bait tetapi salah seorang daripadanya adalah pendusta.

MUFTI AGUNG SYRIA
Mufti Agung Syria, Ahmad Badreddine Hassoun mengatakan, sudah merupakan kewajiban bagi muslim untuk mendukung Presiden Syria, Basyar al-Assad.

Apakah maksud kata-kata beliau? Apakah kerana beliau rapat dengan Basyar Al-Assad? Atau kerana beliau melihat mudarat konflik Syria ini lebih besar daripada mudarat Al-Assad itu sendiri?

Konflik Syria ini akan memunculkan manusia yang bernama As-Sufyani. Dan As-Sufyani itu adalah penentang kepada manusia suci akhir zaman, Al-Mahdi Al-Muntazar.
 
Television Al Arabiya melaporkan, Selasa (12/3),  Mufti Agung Syria dalam siaran televisionnya, menyatakan setiap muslim, baik yang tinggal di Syria atau di luarnya harus mendukung rejim Assad.

Hassoun mendesak seluruh warga Arab dan muslim berjuang melawan apa yang dia sebut sebagai musuh Syria.

Kita pun menjadi keliru. Pihak manakah yang benar dalam konflik ini? Basyar Al-Assad atau kumpulan penentangnya?

SYEIKH SAID RAMADHAN AL-BUTI
Mufti ini yang diketahui dekat dengan Assad juga memperingatkan tentang kemungkinan berlakunya serangan bunuh diri di Amerika Syarikat dan Eropah jika masyarakat antarabangsa melancarkan serangan ke atas Syria.

Kata-kata Mufti ini sangat dibenci oleh rakyat Syria sendiri. Buktinya, ulamak tersohor dunia dari Syria (Syeikh Said Ramadhan Al-Buti) dibunuh dan kematiannya disoraki. Difahamkan bahawa Syeikh Al-Buti pernah mengeluarkan kenyataan serupa (menyokong rejim Basyar Al-Assad).

Mufti ini pun mungkin akan menerima nasib serupa. Bahkan seorang imam masjid di tempat di mana Syeikh Al-Buti dibunuh juga telah menerima nasib ngeri.

Dia telah disembelih dibunuh, dipancung & dicincang tubuhnya. Pemberontak Syria telah benar-benar percaya bahawa Assad itu patut dibunuh. Dan penyokong-penyokongnya juga patut dibunuh.

ADAKAH IA SEBUAH LAKONAN?
Ada orang berkata, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti dipaksa oleh Assad supaya mengeluarkan kenyataan menyokongnya. Wallahu ahlam. Tetapi saya berpendapat kalau begitu keadaannya, kenapa beliau dibunuh?.

Saya mempunyai pendapat yang sama dengan pendapat berikutnya  bahawa mereka (para ulamak) itu memilih mudarat yang sedikit daripada mudarat yang banyak. Memang Basyar Al-Assad itu jahat, tetapi As-Sufyani itu lagi jahat.

MARI KITA KENALI AS-SUFYANI ITU?
Bersabda Nabi SAW, “Sebelum (munculnya) al-Mahdi, As-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baida, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

KITA STOP SEBENTAR
Hadis di atas akan disambung selepas ini. Mari kita tengok beberapa perkara yang boleh kita bincangkan.

[1] Siapa itu As-Sufyani dan Kalb?
Kami cenderung mengatakan As-Sufyani itu adalah pemerintah baru Syria yang menguasai akan Syria, Jordan & sebahagian utara Tanah Arab.


Dia berasal dari keturunan Khalid bin Muawiyah. Peringkat awalnya dia mengaku sebagai ahlul bait. Tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar akan membuka tembelangnya.

Kalb itu adalah Amerika Syarikat & sekutu-sekutu Dajjal yang menyokongnya. Dalam konteks konflik Syria sekarang ini, kelompok pembangkang Syrialah yang akan memunculkan As-Sufyani.

Anda boleh merujuk post saya sebelum ini. KONFLIK SYRIA  (SIRI 1) Di mana Imam Mahdi di dalamnya? , Amerika Syarikat, Britain & Perachis adalah pendokong kuat kepada pembangkang Syria masakini. Maka dengan itu, Isreal juga berada di situ. 

[2] Kenapa As-Sufyani & Kalb menyerang Iraq? Sebab Iraq itu sebuah negera Syiah yang sefahaman pulak dengan Iran. Iran dan Syria itu bersahabat baik. Kemusnahan Syria perlu disusuli dengan kemusnahan Iraq. Bila kedua-duanya musnah, percaturan politik Asia Barat akan lebih menyebelahi kuasa Barat, menurut pendapat mereka.

MARI KITA DENGARKAN LAGI MUFTI ITU
Tak hanya itu, Hassoun juga menyerang ulama di Teluk yang menyatakan sokongan kepada rakyat Syria yang meminta Assad berundur.

Ulamak-ulamak Teluk itu, sebahagian besarnya pro pemerintah masing-masing. Bila diperhalusi, kebanyakan mereka pula ternyata menyatakan sokongan  menurut citarasa pemerintah mereka pula. Hasilnya, ramai pro Amerika Syarikat & sekutu-sekutunya.
 
Nyanyian perang di Syria adalah sesuatu yang sangat mengelirukan. Mana satu yang benar? Basyar Al-Assad atau penentangnya?

PENDAPAT SAHABATKU
Saya pernah menanyakan pendapat sahabatku (Wan Samsuri) beberapa tahun yang lepas. Beliau seorang yang alim, warak & hafaz Al-Quran. Dia tamat belajar dari Mesir dan sekarang menjadi mudir di sebuah sekolah Arab di Kelantan.

Katanya, di antara askar-askar yang ada di negara Arab, askar-askar Syrialah yang paling alim & soleh. Maka kerana itu, konflik Syria itu mewujudkan beberapa persoalan seperti berikut.
[1] Kenapa Arab Springs di Syria berlaku cukup lama? Dalam bahasa yang mudah, kenapa Basyar Al-Assad belum jatuh lagi?

[2] Jumlah korban setakat ini (dalam masa 2 tahun) ialah 70,000 nyawa. Bermakna dalam setahun, kehilangan 35,000 nyawa. Dan dalam sebulan, mencapai 3,000 nyawa. Ini menunjukkan peperangan yang berlaku tidak realistik. Maksudnya, ramai orang awam menjadi korban. Kita tidak pasti samada tentera atau pemberontak yang menjadi pembunuh tegar orang awam.

[3] Mari kita perhalusi situasi no (2) di atas. Kumpulan pemberontak terdiri daripada pelbagai puak & golongan. Masing-masing dengan niat & dendam yang berbeza. Paling mengejutkan, mereka sanggup membunuh ulama & imam mereka sendiri. Bahkan lebih tolol daripada itu, mereka sanggup bersorak-sorak kerananya,

[4] Kalau mereka sanggup membunuh ulama mereka & imam mereka, apakah mereka tidak sanggup membunuh jiran mereka, kenalan mereka, sahabat handai mereka yang tidak sebulu & sefaham dengan mereka?

[5] Dari segi kewarakan & amalan agama, askar-askar Basyar Al-Assad ternyata lebih berkualiti daripada pembangkang. Mereka  lebih soleh & alim. Sebab itu, pertahanan Basyar masih lagi kuat. Pembangkang belum mampu menjatuhkannya.

INI HANYA PENDAPAT SAYA.

Cerita di Syria ini akan berlanjutan dengan pelbagai kisah misteri. Sekarang mari kita teruskan dengan kisah Imam Mahdi dari hadis sebelum ini.

SAMBUNGAN HADIS
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya (maksudnya Al-Mahdi)?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”

Anda boleh mendapatkan kisah kisah lanjutannya dari post-post kami sebelum ini.  RAHSIA LEMBARAN (1,2.3.4) & RAHSIA LEMBARAN TEMBAGA.

28 comments:

  1. Tulisan yg sangat baik. Apakah saudara2 Sunni lain mampu menerimanya dengan lapang dada? mungkin tidak.

    ReplyDelete
  2. SAYA MENULIS KERANA ALLAH. SEMOGA ALLAH MEMBUKA MATA HATI MEREKA UNTUK MENERIMA KEBENARAN

    ReplyDelete
  3. Dari segi kewarakan & amalan agama, askar-askar Basyar Al-Assad ternyata lebih berkualiti daripada pembangkang. Mereka lebih soleh & alim. Sebab itu, pertahanan Basyar masih lagi kuat. Pembangkang belum mampu menjatuhkannya.>> ye ke askar syiria tu warak soleh dan alaim dgn mmbnuh bdk2 org prempuan rgol mcm tu ke kata warak dgn mnymbh gambar bashar assad dgn bkti2 video pmbunhan kjam askar syiria dgn bntuna syiah iran lbnan dn sekutunya yg lain msti la perthanan diorg kuat,.... sya x berstuju dgn awk yg nmpk pro syiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan diri anda dahulu sebelum memperbetulkan orang lain. minta maaf jika terasa

      Delete
    2. Pelik sikit tentera basyar syiah alawite dikatakan warak dan alim

      Delete
    3. Lebih soleh???? Apakah mengebom kanak2, merogol muslimah yg ditahan di penjara adalah amalan soleh menurut admin???

      Nampak sangat admin belum mengenal perwatakan golongan syiah batiniah yg lebih kafir dari yahudi dan nasara menurut pendapat sebahagian ulamak.

      Jangan hanya bersandar kpd dakwaan rakan admin tu (entah benar,rekaan atau jual nama)realiti kita boleh tengok sekarang mereka lah yg paling keji.

      padahal mereka menghampiri kekufuran kerana mendewa2kan basyar. Dengarlah kata2 menteri2 assad dan juga penyokong2nya.

      Delete
  4. ada cerita yg mengatakan sekiranya pihak yang berlawanan dengan kerajaan basyar dpt memerintah mereka akan menaikkan sebuah patung besar iaitu patung Yazid bin Muawiyah dgn tangannya memegang kepala Saidina Hussein.saya tidak mempercayainya tp sekiranya betul saya tak dapat gambarkan manusia2 yg menyokong pihak yang berlawanan dgn kerajaan basyar..

    ReplyDelete
  5. Al Hbsy, kalau anda dengar berita anti basyar memanglah askar Syria tu semuanya jahat2 belaka. jadi, tolonglah cerdik sikit. bagi saya senang saja, AMerika, Peranchis, Britain dan negara2 barat bermati2an menolong untuk menjatuhkan kerajaan syria. Ngara2 dajjal dan negara salafi seperti saudi dan Qatar yang senyap ttg palestin tiba berlumba2 menjatuhkan negara Syria, dan kita pulak bersorak2 gembira dan memaki hamun kerajaan Syria? Bukankah macam ada yang tak kena saja? Fikirkanlah!!

    ReplyDelete
  6. MARILAH KITA BERTENANG DAN BERSABAR. Jangan kita gaduh2. Saya bukan pro sapa2, saya juga bukan anti sapa2. Saya menulis kerana Allah. Maafkan saya.

    Elok anda semua baca dengan tenang & cool. Sejukkan emosi masing2. Kalau anda setuju, TQ. Kalau anda tak sependapat, maafkan saya.

    Terima kasih kepada yang menyokong saya. Terima kasih juga kepada yang menentang saya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayatNya kepada anda.

    ReplyDelete
  7. Pendusta kepada Ayat2 Allah bakal mendapat laknat di dunia dan AKHIRAT....minta saudara penulis bertaubat....dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

    Peringatan Pertama dari MUJAHIDEEN!

    ReplyDelete
  8. Tidak ada salahnya penulis memberitahu buah fikiran beliau wahai Mujahideen Sedunia. Kalau anda rasa tulisan beliau salah, carilah kesahihan maklumat berdasarkan Kitab2 Hadis. Beliau hanya mengajak supaya minda kita bebas dari pengaruh media. Anda fikir siapakah yang mencipta media? ZIONIST. Daripada medialah propaganda mudah disebarkan. Fokus utama penulis adalah FITNAH DAJJAL yang berleluasa.

    Anda bayangkan kenapa Rasulullah sebelum wafat menyebut "Umati.. umati.. umati.." ?

    Kerana umat Muhammad selepas kewafatan Baginda bakal lalui kesukaran dan umat Muhammad juga bakal menghadapi tugas getir untuk menghindari Fitnah besar ini dan melihat kiamat yang bakal berlaku di hadapan kepala mata..

    Wallahualam bissawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar yg sy thu..Rasulullah sebelum wafat menyebut "Umati.. umati.. umati.." ? Adalah hadis ciptaan syiah...

      Wallahualam..

      Delete
  9. Terima kasih kepada Mujahiden Sedunia kerana meminta saya bertaubat. Benar permintaan anda itu. Insyaallah saya akan terus bertaubat kepada Tuhan, kerana taubat yang benar itu akan menjadikan aaya lebih benar.

    Terima kasih juga kepada pangeran Akran kerana kejernihan fikiran anda. Saya sangat suka kepada orang seperti anda yang sangat cepat memahami sesuatu. Benar kata2 anda bahawa fokus saya bahawa ZIONIST.

    Jangan percaya kepada ZIONIST dan agen2 Dajjal. Semoga saudara kita, MUjahiden Sedunia terbuka jiwanya dalam memahmi putar belit musuh2 kita.

    Hidup perlukan semangat dan tenaga, tetapi lebih penting dari itu ialah kebijaksanaan kita mengenal musuh.

    Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Keluarga Basyar Al Assad bukan Islam..dia adalah dari kalangan keluarga Yahudi yang menghancurkan piagam Madinah suatu ketika dahulu..dana yang ada Basyar selalu dihulurkan kepada Hezbollah salah satu puak syiah tetapi sebenarnya mereka tidak Islam..kira2 45 juta setahun disalurkan oleh syria utk Hezbollah agar imej Hezbollah yang mengangkat imej pejuang Islam tetapi sebenarnya mereka bukan berjuang untuk Syiah! aduhai, ada juga yang tak mengkaji bab2 ni..sedih betul bila dapat sekeping ilmu tetapi mentafsirkannya seperti sebuah kebun yang luas penuh dengan jerangkap ...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Sebenar basyar asad adalah suyani dan bani kalb adalah bangsa parsi...kekejaman suyani yg digambarkan rasullah sama dengan basyar asad...sehingga kini mujahidin masih x berjaya mengalahkan basyar...suatu masa tentara khurasan akan membantu dan akan menyerang bani kalb dahulu parsi dari selatan iran...dan aka berjaya mengalahkan mereka...insya allaj selepas itu imam mahdi akan muncul di mekah...ketika mana tentara sufyani atau basyar datang mengejar dan akan ditelan bumi...selepas tu tentara khurosan bersama sama imam mahdi akan menyerang sufyani (basyar asad) di syria...

    ReplyDelete
  13. Abu Bakar Umar Ustman Ali diredhai Allah5 January 2014 at 05:03

    IRAN LAKNATULLAH MEMBEKALKAN SENJATA KEPADA KERAJAAN SYRIA. MEREKA BERPAKAT DGN YAHUDI DAN AMERIKA. PENENTANG BASYAR PULA MENDAPAT BEKALAN SENJATA DAN SOKONGAN DARIPADA HAMAS. AQIDAH SUNNI YG DIREDHAI ALLAH. ALLAHUAKBAR!!!!!

    ReplyDelete
  14. Pendapat saya, mengapa Basyar masih bertahan sebab AS Israel dan Rusia Iran kembali mempertahankan Basyar sebab mereka takut kalau Basyar digulingkan maka akan muncul Khilafah di Syam. Sekarang ini JAN ISIS dan Liwa Islam berupaya melawan As Sufyani dan Kalb Diatas. Tapi mengikuti berita beritak terkini dari Syiriah Insya Allah Oposisi akan memenangkan perang. Sdh sngt jelas bahwa Syiah itu adalah As Sufyani kita tinggal menunggu berita dari arab saudi jika terjadi kekacauan di Kerajaan ini maka sdh sngt dekat Imam Mahdi akan muncul di Mekkah. Insya Allah

    ReplyDelete
  15. Maksud penulis askar-askar basyar al-assad lebih alim dan warak mengikut pendapat sahabat penulis memang benar iaitu sebelun terjadinya kebangkitan rakyat di syria.. apabila berlakunya konflik hampir 80% tentera syria (sunni) bersama orang awam iaitu FSA ...yang tinggal ketika ini askar rejim basyar adalah syiah nusairiyah yang menghina para sahabat nabi..penuls perlu lebih berhati- hati dengan pandangan..jangan menghina cucu cicit khalid al walid yang berjuang menegakkan tauhid ketika ini...YA SHABAB ALLAHU AKBAR.

    ReplyDelete
  16. satu yang saya bingung, kenapa konflik syiah sunni di gelar setelah arab spring, kalo maw seimbang sejak dahulu syiah dan sunni hidup di suriah, kenapa baru sekarang perangnya, adayang memancing di air keruh

    ReplyDelete
  17. Jgn ragu2 lagi puak syiah adalah kafir. Menolak sahabat nabi, membantu amerika menjahanamkan iraq dan pejuang talibat, ibadat penuh kesesatan dan bid' ah, berpura2 membenci yahudi ttp 70 ribu yahudi di asfahan hidup mewah. Wahai puak syiah sesatlah kau sorang jgn cuba menyesatkan org lain. Kejahatan syiah sudah terbongkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada seorg pun puak syiah ni beramal dgn tariqat sufi, melaikan tariqat yg sesat ja. Zikirnya hussin 1000 x

      Delete
  18. Assad adalah bani Kalb. Di akui secara international. ga percaya??

    http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Assad_family

    ReplyDelete
  19. Buat adecandra, bila benar tudingan anda Assad adalah Bani Kalb, tolong uraikan dengan jelas disertai dengan refrensi yang valid...tolong...tolong...please

    ReplyDelete
  20. Penulis melakukan kebohongan yang nyata bila mengatakan askar assad alim dan wara padahal askar assad adala perogol dan.pemabuk.
    Kenyataan adalah assad disokong iran dan disokong pula olih amerika,israel.lihat iran juga telah turut.serta dalam tentera gabungan.amerika menyerang penentang assad.
    Syiah adalah ciptaan yahudi dan assad adalah syiah nusyriah.
    Hafez al assad sendiri telah.membunuh 40000 warga sunni syria dan disambung bassar al assad menzalimi sunni demi melemahkan penentangan terhadap.israel.
    Hizbusyetan(hasan nasrullah)juga menyertai tentera assad membunuh sunni syria.
    Penulis harus ingat syiah dimulai.olih abdullah saaba iaitu seorang yahudi yg masuk.islam.
    Syiah tidak.akan.masuk.kemasjid.nabawi melalui pintu syaidina umar alkhatab kerana hadis nabi menyatakan bahwa syaitan amat gerun.pada saidina umar dan tidak akan.lalu pada jalan yg dilalui umar.
    Sufyani itu adalah syiah.bani kalb itu munkin wahabi yang akan bergabong dgn.syiah memerangi almahdi.

    ReplyDelete
  21. Wahhabi dan syiah sama sama sesat

    ReplyDelete
  22. Kepada readers. Bila membaca sesuatu article, jangan terus membuta tuli percaya pd penulisan tersebut krna takut hanya fitnah dn propa semata.. Selidik dulu siapa yang menulis, apa yg ditulis, kenapa, bila, bias ke tak dn sebagainya. Bloggers cn write anythin dan masuk kan quran dan hadis sebagai rujukan; taadaa, apa yg ditulis betul. Salah! Seeloknya buat rujukan dgn banyak kn pembacaan dan buat lah penilaian sewajarnya dengan hati dn akal brpandukan ajaran Islam sebenar. Hati hati menjaga hati takut ada yg mati disebabkn kejahilan kita sahaja. Sdg kita berdebate siapa betul siapa salah, nasib2 sekaum seagama kita yg amat2 memerlukan bantuan ketika ini tak terbela. Allahualam

    ReplyDelete
  23. Jabir bin Abdullah Anshari ra berkata ketika ayat ‘khairul bariyyah’ turun, Nabi saww menghadap kepada Ali as dan berkata, “Hum anta, wa syi’atuka, taridu ‘alayya wa syi’atuka radhiina mardiyyiina, (maksud dari khairul bariyyah) adalah kamu (Ali) dan pengikutmu, di hari kiamat kamu dan syiahmu masuk bersama saya dalam keadaan Allah ridha kepadamu, dan kamu ridha kepada Allah.” Riwayat ini terdapat dalam kitab Syawahid at Tanzil, oleh Imam Al-Hakim An-Naisyaburi, pada jilid 2 hal. 360.
    maknanya, tak boleh pukul borong shia tu kafir. mungkin ada syiah zaman ni, masih serupa dgn syiah zaman nabi dulu lg. wallahu a'lam.

    ReplyDelete