GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 18 April 2013

KONFLIK SYRIA (3) Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani?



KONFLIK SYRIA (3)Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani?

Saya minta maaf kepada para pembaca semua kerana jalan fikiran saya mungkin tak sama dengan anda. Saya tidak suka menjadi ikut–ikutan yang tidak kuat asasnya.

Nama Basyar Al-Assad (atau nama Al-Assad) itu tidak disebut atau disinggung dalam mana-mana hadis. Bahkan para sahabat atau tabiin juga tidak menyentuhnya dalam kata-kata mereka.

Tetapi nama As-Sufyani disebut secara jelas. Siapakah AS-SUFYANI ITU? Dia manusia jahat akhir zaman yang menentang Imam Mahdi Al-Muntazar.





Bila dia berjaya disembelih oleh Imam Mahdi, maka keluarlah wajah sebenar yang berada di sebalik wajah As-Sufyani itu. Itulah Yahudi, di mana kita pasti berperang dengan mereka.

Yahudi dan agen-agen Dajjal telah berjaya melumatkan Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya untuk mencari Imam Mahdi. Tetapi sayang, mereka gagal mencari dan membunuhnya.

Sekarang mereka berada dalam peringkat melumatkan Syria. Pada saya, mereka berpegang kepada satu hadis Nabi SAW : Jika binasa penduduk Syam, maka tiada lagi kebaikan di atas muka bumi ini.

NAMANYA TIBA-TIBA POPULAR
Secara tiba–tiba, nama Basyar Al-Assad menjadi cukup popular dalam percaturan politik dunia masakini. Kalau anda membaca sejarahnya atau keluarganya, memang benar dia dan ayahnya agak keras dan zalim kepada rakyatnya.

Cengkaman kuasa hegemoni beliau ke atas rakyat Syria menyebabkan sebilangan rakyatnya hidup terseksa dan tidak bebas. Itu memang benar. Tetapi di sebaliknya, rakyat Syria hidup tenang tanpa gangguan. Ekonomi berjalan lancar. Politik juga tidak banyak kekecohan.  

Cuba beritahu saya sebuah negara yang langsung tidak punya pembangkang? Pembangkang ada di mana sahaja. Pembangkang inilah yang menjadi tali beracun untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Sebab itulah saya cenderung mengatakan ARAB SPRING itu satu permainan politik Yahudi yang cukup licin dan halus. Mereka membantu pergerakan pembangkang atas nama ingin menghapuskan pemerintah yang zalim, diktator, kronisme, politik sempit, pengangguran dan sebagainya.

Mereka (Yahudi & agen-agen Dajjal) sebenarnya mengkucar-kacirkan sesebuah Negara atas 2 sebab [1] untuk meranapkannya & [2] melestarikan cita-cita tersembunyi mereka untuk membunuh Al-Mahdi atau memaksanya mendedahkan dirinya kepada Yahudi untuk dibunuh. 

MADU DI BALAS TUBA
Mari kita telusuri kisah pembunuhan Muammar Ghadafi yang ngeri. Sebelum pemberontakan rakyat berlaku, banyak kebaikan yang dibuat Muammar Ghadafi untuk rakyatnya. Saya mahu mnyebut 3 perkara sahaja. [1] Bil elektrik percuma untuk rakyat. [2] Elaun percuma untuk pemuda-pemuda & [3] elaun sarahidup untuk para graduan sebelum mereka mendapat pekerjaan,
 
 
Sekarang apa jadi? Kebodohan rakyat Libya telah menimpa diri mereka sendiri. Mereka termakan  hasutan Yahudi (melalui peperangan minda) untuk menjatuhkan pemimpin yang sayang dan membela mereka.  Sayang, nasi telah menjadi bubur.

SIAPA ITU BASYAR AL-ASSAD
Mari kita kenali siapakah itu Basyar Al-Assad? Nama penuh beliau ialah Basyar Hafez Al- Assad, Lahir pada 19 September 1965 di Damsyik. Beliau merupakan anak kepada Hafez Al-Assad, Presiden  Syria sebelum ini.  

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Al–Hurriya, sebuah sekolah yang ditubuhkan kolonial Perancis ketika zaman penjajahan Syria. Beliau berasal dari suku kaum Alawi yang juga merupakan penganut fahaman syiah di Syria.

Kemudian, Bashar Al-assad berjaya memasuki Universiti Damsyik sebagai seorang pelajar perubatan. Selepas ditauliahkan sebagai seorang doktor, beliau memulakan karier di hospital Tishrin, sebuah hospital tentera di Damsyik. Selepas empat tahun berkhidmat, bidang kepakaran ophthalmology telah menarik minat beliau. Justeru itu, beliau telah berhijrah ke United Kingdom dan mendapat latihan kepakaran di Western Eye Hospital, sebahagian daripada jaringan Saint Mary Hospital.

APAKAH BASYAR AL-ASSAD ITU AS-SUFYANI?
Kita berhenti di sini dahulu. Saya ingin mengajak anda kepada kisah akhir zaman yang serba misteri ini. Adakah Basyar Al-Assad itu As-Sufyani yang disebutkan Nabi SAW?

Untuk menjawabnya, mari kita kembali kepada hadis sebelum ini. Bersabda Nabi SAW, “Sebelum (munculnya) al-Mahdi, As-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur….akhir hadis

3 PERKARA PENTING
Dalam hadis di atas, terdapat 3 perkara yang perlu diberi perhatian. [1] 360 tentera berkuda, [2] ditolong oleh 30,000 tentera & [3] serangan ke atas Iraq

360 tentera berkuda dalam konteks peperangan moden bermaksud 360 kereta kebal. Mampukah Basyar Al-Assad (kalau beliau dianggap sebagai As-Sufyani)mengadakan sejumlah ini dalam keadaan beliau lemah dan tak bermaya?

30,000 tentera pimpinan bapa saudaranya (Kalb) bermaksud 3000 batalian tentera. Apakah Basyar Al-Assad masih mempunyai kekuatan sebesar ini?

Paling melucukan, dapatkah Basyar Al-Assad menyerang Iraq pada masa sekarang sedangkan dia sendiri diburu dan terpaksa bersembunyi?

Sungguh lucu mereka yang beranggapan Basyar Al-Assad itu sebagai As-Sufyani. Maafkan saya. Pandangan anda tidak dapat disesuaikan dengan hadis di atas. Anda telah tersasar.

Saya cenderung mengatakan pemenang dari konflik Syria inilah As-Sufyani. Dia disokong oleh Amerika Syarikat & Yahudi. Samada anda bersetuju dengan saya atau pun tidak, terpulanglah. Saya tidak memaksa.

DI MANA SOSOK IMAM MAHDI
Di manakah sosok Imam Mahdi Al-Muntazar pada masa sekarang? Bagaimana pula pendiriannya? Tidak mungkin Tuhan melantik pemimpin akhir zaman (maksudnya Al-Mahdi) dari kelompok mereka yang membunuh para ulama dan imam mereka (contohnya, Syeikh Said Ramadhan Al-Buti).  Sangat tidak mungkin.

Tidak mungkin juga Tuhan melantik Al-Mahdi dari kelompok yang menyokong Basyar Al-Assad yang zalim itu. Di manakah dia dalam perkara yang saya bangkitkan ini?    

Semua orang tidak tahu. Anda tidak tahu. Saya juga tidak tahu. Tetapi kita boleh menjawabnya menurut hukum fiqah. Jika diberi 2 pilihan yang sama-sama negatif, maka benda yang mempunyai mudarat sedikit itulah yang mesti dipilih.

Walau kita tidak mengenal sosok Imam Mahdi, tetapi kita cukup kenal akan keikhlasannya. Beliau keturunan Rasulullah SAW yang bersih hatinya.

DI RUMAH  KHAMIS  18-4-2013

3 comments:

  1. Salam... saya juga beranggapan pemenang konflik Syria ialah as Sufyani. ulama-ulama disibukkan dengan krisis syiah-sunnah dan orang awam dimomokkan dengan kekejaman Assad oleh media barat. Maka musuh yang sebenar ketawa terbahak-bahak melihat kita orang Islam.

    Mereka Yahudi dan sekutu macam la power sangat. Jika mereka berjumpa Al Mahdi sekarang, maka dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya, mereka pasti akan dikalahkan olehnya. Armada ke-7 US yang sediaada berada di rantau Pasifik akan kelihatan seperti kacang sahaja.

    Tetapi rancangan itu tetap rancangan maka kita tunggu sahaja masanya tiba.

    jangan mengatakan sesuatu yang kita hanya sangka. Jika Allah Mahu melantik orang yang paling banyak berdosa di dunia ini menjadi Khalifah, off course dia akan diislahkan, maka kita nak kata apa?

    jika kita tidak tahu, tak bermakna orang lain juga tidak tahu, jika orang lain tahu tak bermakna mereka akan menceritakannya... yang rahsia tetap rahsia. Allah mengajar sesiapa sahaja dari kalangan hamba Nya tanpa had, tanpa batas. Ikut Suka DIA lah...

    ReplyDelete
  2. bbp argumen anda sejalan dengan saya. TK. Ttp 2 akhir itu tak sejalan dengan saya. Memang kuasa tuhan untuk melantik sesiapa sahaja. Ttp kalau kita mempelajari kisah-kisah para nabi dan rasul, mereka dipilih atas sebab2 tertentu. Ada sebab tuhan melantik mereka. TK. Kemudian ttg pengenalan IM, saya suka ulangi bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu sebelum pengislahannya. IM pun tidak tahu bahawa di bakal jadi IM. Itulah yang saya belajar dari guru-guru saya. Maaf kalau ilmu saya tidak mencapai tahap kemahuan anda. TK

    ReplyDelete
  3. Sejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
    Kepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

    Untuk lebih mendalam sila rujuk:

    http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
    http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
    http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
    http://pendokongalyamani.blogspot.com/p/siapakah-al-yamani.html - B Melayu
    http://yamani.org/archives/200 - B Melayu

    ReplyDelete