GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 26 April 2013

KONFLIK SYRIA (4) Sebuah fitnah besar.



.Apakah sebenarnya yang berlaku di Syria? Adakah Basyar Al-Assad berada di pihak yang benar? Atau dia itu bakal As-Sufyani yang akan menentang Imam Mahdi akhir zaman?

Saya telah bertanya seorang hamba Allah yang soleh. Apa pendapat dia tentang  konflik Syria masakini? Jawabnya mudah sahaja…sebuah fitnah besar.

PERMULAAN SEBUAH FITNAH BESAR
Kalau anda melihat Syria sekarang, anda akan melihat keadaannya seperti kota hantu yang sunyi-sepi. Semuanya penuh huru-hara & pembunuhan.


Ini adalah PERMULAAN. Selepas ini Asia Barat keseluruhannya akan menjadi seperti Syria. Anda akan dapat melihat Syria, Jordan, Arab Saudi,  Palestin, Iraq, Yaman, Iran dan sebagainya akan penuh huru-hara & pembunuhan.

BELITAN PERTAMA
Ini adalah belitan pertama (maksudnya ular besar sedang melakukan tugasnya). Syria sedang dibelit ular fitnah yang dahsyat. Dan ia akan berjangkit kepada 2 kota Haramain, Mekah dan Madinah. Dan kemudian akan berjangkit ke tempat-tempat lain seperti saya sebutkan di atas.  
Dan anda jangan terkejut kalau selepas ini dua kumpulan orang Islam berperang seolah-olah kumpulan merekalah yang benar.

Pada peringkat awal, As-Sufyani (pemerintah baru Syria) menjadi pemerintah sah yang diiktiraf oleh Al-Mahdi. Kemudian dia melakukan sesuatu yang menyeleweng dan ditegur keras oleh Al-Mahdi. Maka bermulalah pertentangan.

BERMULALAH PERTENTANGAN
As-Sufyani mendakwa dialah ahlul bait. Imam Mahdi juga mendakwa yang sama. Kalau kita berada di tengah-tengah mereka, suara siapakah yang akan kita dengar. Dan perintah siapa pula yang akan kita ikut?

Sekarang perang saudara berlaku di Syria. Kita pun jadi keliru untuk mengatakan pihak mana yang benar. Setengah pihak berpendapat, 95% ulamak Syria menyokong pembangkang. Hanya 5% menyokong Basyar Al-Assad. Benarkah itu?

Bila nanti terjadi pertentangan antara Imam Mahdi & As-Sufyani, kekeliruan kita akan jadi bertambah besar. Kedua-duanya mendakwa ahlul bait. Mustahil kedua-duanya penipu. Dan mustahil pula kedua-duanya benar.

ASAS PENILAIAN SAYA
Dalam menilai siapa yang benar atau salah, kunci penilaiannya terletak kepada redha Yahudi dan Nasara. Anda mesti tahu, Yahudi dan Nasara sangat benci kepada Islam. Kebencian mereka meliputi segala perkara sehingga kita patut berhati-hati dalam semua hal.

Saya telah menulis dalam post-post saya sebelum ini, KONFLIK SYRIA (siri 1,2 & 3) bahawa pembankang Syria ditunjangi oleh Yahudi & agen-agen Dajjal seperti USA, Britain & Peranchis. 

Silakan anda membaca. Kemudian kosongkan kepala anda untuk menyerap pertimbangan yang sesuai dari hujjah-hujjah saya. Anda jangan fanatik, kerana sifat fanatik akan menjadikan anda bodoh.

DAKWAAN TIDAK JELAS
Pembenci-pembenci Basyar Al-Assad telah mendakwa bahawa gambaran konflik Syria tidak jelas kepada dunia.  Mereka mendakwa media-media barat telah menyokong Basyar dan menutup kezalimannya.

Mereka tidak mahu manusia seluruh dunia tahu apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka  memutarbelitkan fakta.

Saya melihat penjelasan mereka sangat tidak masuk akal. Ada 3 sebab. [1] Syria itu anti barat. Mustahil ada kerjasama & penyatuan. [2] Sekarang ini dunia tanpa sempadan (borderless nation). Mustahil berita dapat dilindungi & disekat. [3] Jangan mudah percaya kepada sebarang berita yang sampai kepada telinga anda. Kerana ibu segala berita ialah Yahudi laknatullah.  

ANDA MENYOKONG SIAPA?
Kalau nanti terjadi pertentangan hebat antara As-Sufyani & Imam Mahdi, anda akan menyokong siapa? anda tentu menjawab bahawa KAMI menyokong imam kami, Al-Mahdi Al-Muntazar.

Benarkah begitu? Apakah semudah itu? Secara pribadi, saya kurang yakin. Anda akan melihat peperangan antara mereka disokong oleh kelompok ulamak masing-masing. Masing-masing mempertahankan hujjahnya, sedangkan sesiapa yang menentang Al-Mahdi itu, maka dia kufur dan akan diheret ke neraka.

ANDA FAHAM MAKSUD SAYA?
Kalau anda tidak faham, maka ini jawapannya. Bahawa Al-Mahdi itu akan dibaaih oleh para wali dari Syam & Mesir, juga oleh para wali Abdal dari Iraq, juga oleh golongan Asoib (kerohanian) dari Timur.

Mereka itu (berjumlah 313 orang) bukanlah para ulamak yang menonjolkan diri untuk dikenali. Mereka manusia tersembunyi yang mengajak manusia lain hanya kepada Allah SWT.

DI MANA PARA ULAMAK ZAHIR?     
Kenapa Tuhan menghantar para wali & asoibnya untuk menyokong & membaaih Al-Mahdi? Jawapannya ada pada konflik Syria masa sekarang.  Dikhabarkan 95% ulamak Syria dan terdapat beberapa ulamak lain secara terang-terangan menyokong Pakatan Pembangkang Syria. 

Apakah mereka (ulamak-ulamak) itu tidak tahu tentang kemunculan As-Sufyani dari kemenangan Pakatan Pembankang itu? Dan apakah mereka juga tidak tahu pertentangannya dengan Al-Mahdi?  Saya tidak tahu kenapa mereka "tidak tahu" atau "buat-buat tidak tahu". 

Sebab itu, cahaya Allah sangat penting untuk menentukan haluan sebenar. 


Saya teringat kepada kata-kata Syeikh Jaafar As-Sadiq : “Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar pada saat orang ramai melupakannya” Anda faham maksudnya? Kalau orang ramai melupakan Al-Mahdi, maka mereka juga tentu melupakan As-Sufyani.

MAKSUDNYA. Mereka tidak kisah tentang Pakatan Pembankang Syria. Mereka tidak kisah tentang pemerintah baru selepas itu. Mereka tidak kisah tentang As-Sufyani itu baik atau jahat.

Saya juga teringat kepada satu kata-kata hikmah : “ Al-Mahdi akan muncul pada saat manusia tidak lagi mendapat hidayah”. Anda faham maksudnya? Hidayah tidak lagi mengisi hati manusia, kerana hatinya telah dikotorkan oleh lumut dunia, pangkat & darjat. alangkah peritnya untuk mengatakan demikian.


TENTU ANDA FAHAM SEKARANG
Al-Mahdi Al-Muntazar akan disokong, dibaaih, dibantu & didokong oleh ahlullah (orang-orang Allah) yang hidup berpandukan cahaya Allah. Anda mesti menerima hakikat tersebut supaya hidup anda tidak tersesat.

SEJARAH LAMPAU
Konflik berdarah (pada zaman Haffez Al-Assad) berlaku di Hama pada tahun 1982, berlaku selama 27 hari dan mengorbankan hampir 46000  penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik.

Rakyat mula bangkit kembali terhadap kezaliman yang berlaku sejak 2 tahun yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

Cuba anda perhatikan, sesudah 31 tahun baru “kebangkitan semula” ini berlaku. Maksudnya jelas. Ada kelompok tertentu di Syria yang memanaskan cerita lama.

Tangan siapa yang memulakan api? Tentu sekali pembangkang yang benci kepada Basyar dan keluarganya.

Siapakah pula yang menimbun kayu apinya? Tentu sekali Yahudi & agen-agen Dajjal.

PUNCA KONFLIK KONONNYA?
Kononnya ada sekumpulan kanak-kanak, seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.

Slogan ini sama seperti yang telah dilaungkan di Negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

Saya merasa curiga dengan cerita di atas. Bahkan tidak ada sebuah filem pun di atas muka bmi ini memaparkan pembukaan cerita seperti itu. Sangat janggal dan lemah. Cuba anda berfikir dengan menambah sedikit kewarasan lagi pada fikiran anda. .

[1] Kanak-kanak itu (di mana pun kanak-kanak itu) terdidik dengan sifat jujur & mudah mengaku kesalahan. Mustahil mereka begitu sukar untuk mengaku perbuatan mereka.

[2] Kalau pun ada sebahagian payah berlaku jujur, mustahil pula 50% lagi gagal membocorkan rahsia.Kanak-kanak realtifnya mudah mengaku salah.Demikian kajian pakar psikologi.

[3] Kalau pelaku itu sudah dikenalpasti melalui pembocoran rahsia, kenapa kanak-kanak itu perlu diseksa begitu kejam?Sangat mustahil kanak-kanak itu melakukannya tanpa campurtangan orang dewasa yang cuba berputarbelit.

[4] Apakah perlunya wanita-wanita itu dihantar sebagai tukarganti? saya hanya melihat ayat ini sebagai rekaan untuk menampakkan kejahatan askar sahaja.

[5] Paling akhirnya, apakah perlunya perkahwinan bagi manusia yang JAHAT & KEJAM? 

Sejukkanlah hati anda. Berfikirlah secara masak. Kalau anda seorang yang emosi, ilmu anda sendiri pun tidak mampu menjinakkan anda. Semoga bermanfaat.


LABOK. JUMAAT. 26-4-2013

13 comments:

  1. Salam... Boleh saya tahu kenapa tuan cakap sufyani pada asalnya d bawah al Mahdi dan kemudian menentangnya? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut pendapat sebahagian ulamak, As-Sufyani itu asalnya pemerintah bagi Syria. Kemunculannya lebih sedikit atau kurang sedikit darp al-mahdi. Dia mengakui kepimpinan al-mahdi. Kemudian terjadi satu peristiwa di mana dia melakukan kesalahan dalam pemrintahannya. Al-Mahdi menegurnya bahkan memecatnya. Di situlah dia marah dan melancarkan peperangan terhadap al-mahdi. Wallahu ahlam.

      Delete
    2. begitu... yang saya faham sebelum ini as Sufyani berkuasa terlebih dahulu, kemudian ketika dia berkuasa dia dapat mengesan al Mahdi kemudian mahu menghapuskan Sang Imam. Tetapi bukankah ketika itu al Mahdi belum dilantik/ dibai'ah lagi? Jadi bagaimana al Mahdi boleh menegur kemudian memecatnya sedangkan as Sufyani bukanlah dilantik oleh al Mahdi. setelah peristiwa itu barulah heboh seluruh dunia tentera sufyani dikalahkan/ ditenggelamkan di baida' dan selepasnya barulah datang para abdal, asoib wali-wali seluruh dunia untuk membai'ah al Mahdi di sisi kaabah yang mulia. Tolong betulkan jika silap, saya cuma cakap apa yang saya faham sekarang. Terima kasih abah.

      Delete
    3. PERTAMA-TAMANYA, AL MAHDI DI ISLAH, KEMUDIAN DI BAAIH, KEMUDIAN PEMIMPIN2 NEGARA ISLAM MENGHANTAR PENGAKUAN TUNDUK KEPADA AL-MAHDI, KEMUDIAN AL-MAHDI MENGHANTAR SURAT KEPADA KERJAAN BUKAN ISLAM (MACAM NABI SAW BUAT DAHULU)

      AS-SUFYANI ITU TERMASUK KEPALA NEGARA ISLAM SYRIA. DIA PUN PERINGKAT AWAL TUNDUK KEPADA AL-MAHDI. TETAPI DIA MENYELEWENG DALAM PEMERINTAHANNYA (TAK IKUT KAEDAH ISLAM), AL MAHDI TEGUR DAN MEMECATNYA. MAKA WUJUDLAH PERTENTANGAN, WALLAHU AHLAM.

      Delete
    4. walaupun berbeza kefahaman tetapi menarik, pandangan yang asing bagi saya. yang sebetulnya Allah Yang Lebih Tahu. terima kasih

      Delete
  2. Smoga umat islam bisa brsatu d bawah kempemimpinan al mahdi , dan smoga umat islam sadar serta paham dengan hadits nabi saw, dan memihak pada imam mahdi yg asli

    ReplyDelete
  3. Saya sangat prihatin dngan kejadian d suriah, beribu ribu umat islam saling bantai yg sejujurnya mereka masih mengakui allah dan muhammad saw sebagai tuhan serta nabinya, sebaiknya kami selaku muslim membantu mereka dengan doa agar segera berdamai, isya allah mereka (rakyat yg tidak berdosa yang kena fitnah yahudi) baik dari pihak oposisi dan pihak pemerintah yang telah meningal mendapat syahit, karna sekali lagi mereka di adu domba yahudi serta agen agen mereka yang mengatas namakan islam, smoga allah swt segera mendatangkan hukuman bagi para pencipta kerusuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEMBALILAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA....JANGAN SESKALI PERCAYA KEPADA YAHUDI DAN AGEN2 DAJJAL.MEREKA PEROSAK KESATUAN UMAT ISLAM

      Delete
  4. Maaf...bukankah Basyar Assad tu seorang SYIAH yang sesat lagi menyesatkan sama seperti yang menguasai Mesir, Lebonan, Iraq, Afghanistan, Iran, Jordan dan lainnya.....Tentera Dajjal

    ReplyDelete
  5. ini blog syiah ke ni

    ReplyDelete
  6. syam luas... meliputi Lubnan, Jordan ,Palestin dan Syria. mana2 diantara tempat tu memungkinkan pentadbiran sufyani. tentang Basyar Al Assad anda ada 2 pilihan... memperakui beliau sebagai tuhan atau menentangnya. pernah pergi ke Syria ke.

    ReplyDelete
  7. Janganlah keliru dengan sokongan dan bantuan Amerika kepada pihak penentang Bassyar tu. NATO dah kalah di tangan mujahidin masa mula-mula konflik hari tu. Amerikapun tahu yang tentera dia tak seberani dan sekuat tentera mujahidin kerana mereka hidup di zaman serba mewah, ketagih dadah, porno dan betina. Lagi-lagi budaya 'fuck ass', mana nak kuat macam tentera mujahidin yang hidup serba kekurangan dan tahan lasak. Memandangkan dia negara mewah (hasil merampas hasil mahsul negara-negara lemah sejak zaman berzaman), lalu diapun offerlah bantuan senjata sebab nak tumpang nama bila pasukan penentang Bassar Assad menang nanti. Nampaklah Amerika ni baik, membantu yang lemah. Kembalilah maruah Amerika yang dah nak tenggelam sekarang ni. Mana tidaknya dari sudut ekonomi, dunia lebih guna barang-barang cina yang tolong ramai orang susah seluruh dunia mampu beli. Kereta Jepun membanjiri jalan-jalan raya, Brand gadget orang pakai Samsung. Lebih-lebih lagi Amerika nak banyak negara masuk pakatan perdagangan TPPP. Dia kena tunjuk suatu kebaikan, barulah orang setuju nak join. Dahlah matawang dia merosot sekarang ni, ramai rakyat menganggur. Kalau ikut satu hadis rasulullah yg aku tak ingat tepatlah, akhirnya nanti Amerika akan berperang pulak dengan tentera Islam sewaktu dia nak mengumumkan kemenangan melawan Bassyar adalah kederat pasukan dia semata-mata sedangkan tentera Islam yang berperang hingga titisan darah terakhir. Amerika sekadar bagi bantuan senjata. Tetapi mengikut hadis tu Tentera Islam akan menang. dan dalam pasukan tu adalah Al Mahdi. Lagipun Amerika nak intip kot kot boleh tahu siapakah Al Mahdi dalam tentera Islam tu. Macam kita main chess, target king, walaupun adakalanya terpaksa bagi umpan queen.

    ReplyDelete
  8. To readers. Bila membaca satu2 artikel, selidik dulu kesahihan nya. Jgn simply percaya disebabkan writers mngeluarkan hujah yg nampak seakan kebenaran yg nyata tp hanya kebatilan semata. I cn write my own article utk apa yg saya percaya dan masuk kan quran dn hadis sebagai rujukan. Sesenang satu dua tiga. Here not to point to anyone just a mild reminder to those yg suka membaca dan terus percaya. Mungkin ini salah satu cara fitnah tersebar lalu menutup pandangan kita untuk melihat penderitaan sebenar kaum muslim muslimin. Allahualam

    ReplyDelete