GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 22 April 2013

RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (3) Siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dalam konflik Sultan Jamalul Kiram III?



RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (3) Siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dalam konflik Sultan Jamalul Kiram III?

Anda tentu tertanya-tanya siapakah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II? Apa kaitannya dengan Sultan Jamalul Kiram III?

Saya nak jawab mudah sahaja. Seorang daripada mereka adalah raja yang berdaulat (yang ada negara & rakyat) manakala seorang lagi adalah raja yang tertolak.

Sebelum saya menjawabnya, saya hendak minta maaf sebanyak-banyaknya kepada pembaca semua. Identiti MS (yang bermimpi bertemu Nabi SAW) itu terpaksa saya rahsiakan atas permintaannya.

Tentang kisah mimpinya, anda boleh baca post saya YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur KepadaMU. Tetapi tentang dirinya, maaf saya terpaksa sembunyikan. Saya sudah berjanji demikian.

Sekarang mari kita sambung cerita di atas. Raja yang berdaualat adalah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Raja yang tertolak (terbuang) adalah Sultan Jamalul Kiram III. Kalau anda hendak tahu lebih lanjut, sila baca RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 2) Operasi rahsia di tengah lautan.

Bilkah Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II  dilantik? Kerajaan manakah pimpinannya?

SULTAN BANTILAN – SSDI
Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, adalah sultan bagi Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI). Beliau ditabalkan pada tarikh 29-10-2012 (walau pun sebenarnya diangkat menjadi raja pada 19-3-2009). Majlis pertabalan itu diadakan tiga hari berturut-turut.

Mari kita tengok upacara pertabalannya.  Pada malam pertama, acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif.

Pada hari kedua, perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo.

Pada hari ketiga, diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya (menteri) dalam Rumah Bichara.

Malaysia adalah antara para tetamu luar turut hadir meraikannya, selain  tetamu dari Arab Saudi.

KEHADIRAN PARA HABAIB
Kumpulan tetamu dari Indonesia  diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini. 
 
Walau bagaimana pun, beliau tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Difahamkan rombongan Mufti Besar dari Indonesia itu dijadualkan hadir kemudian atau pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405. 

 
Kehadiran tetamu ini adalah diharapkan untuk menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya dan menyempurnakan lagi sistem Kesultanan Sulu Darul Islam.

Kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi juga berjaya memeriahkan lagi majlis Diraja SSDI selama tiga hari itu. 
Yang turut memeriahkan majlis ialah wakil dari Malaysia diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'. 

Sempena majlis Diraja ini, NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo. 

RAJA BERDAULAT, RAJA TERBUANG
Demikianlah kedudukan Sultan Sulu yang berdaulat, yang mempunyai Negara dan rakyatnya. Sultan Jamalul Kiram III adalah raja terbuang (tinggal di kawasan setinggan di Manila City). Pengakuannya sebagai Sultan Sulu adalah tidak sah.

Memang benar, dia dahulu (1974 – 1981) adalah Sultan Sulu, tetapi rakyat Tausuq menolaknya kerana sejarah hitam keluarga Kiram yang menjadi talibarut Amerika Syarikat & Yahudi.

Kalau timbul pertanyaan, siapa di belakang Jamalul Kiram III? Jawapan mudahnya ialah Amerika Syarikat & Yahudi.

SEBUAH CERITA LAMA
Kemudian, ada juga sumber yang mengaitkan Joseph Pairin Kitingan, bekas Menteri Sabah 1985-1994 dalam kisah Jamalul Kiram III ini. Walau pun itu cerita lama, tetapi patut juga kita ketahui.
Rententan politik beliau adalah seperti berikut. Beliau pernah menyertai BERJAYA, kemudian menubuhkan PBS kerana tidak berpuas hati dengan polisi BERJAYA. Namun selepas kekalahan PBS beliau menyertai UMNO semasa PRU12, 2008. 
Bagi saya, individu seperti ini sangat licik dan tidak boleh dipercayai. Beliau dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan kontrovesi apabila ingin menjadikan negeri Sabah sebagai negeri Kristian. Saya tidak pasti kenapa beliau berpandangan sedemikian.

Kemudian, mari kita ikuti sebuah kisah perjumpaan antara Jeffrey Kitingan (adek kepada Joseph Pairin Kitingan) dengan wakil Sultan Jamalul Kiram III beberapa tahun yang lepas. Perjumpaan apakah ini wahai Jeffrey Kitingan?

MOTIF PERTEMUAN INI?
Pertemuan yang berlaku itu adalah antara Sultan Madzullail T Kiram (wakil Sultan Jamalul Kiram III) dan Jeffrey Kitingan. Jeffrey yang merupakan lulusan Universiti Harvard kini aktif dalam parti Star yang baru ditubuhkan.

Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana disyaki merancang mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Pernah menjadi Naib Presiden PKR tetapi meletak jawatan pada 28 oktober 2009. Persoalannya, apakah maksud pertemuan di atas?

Sultan Madzullail T Kiram atau keluarga Sultan Kiram merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan Lahad Datu oleh tentera-tentera sulu. Pertemuan di atas serta pertemuan-pertemuan sulit lain mengundang seribu spekulasi. Lebih-lebih lagi, pertemuan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Nur Misuari, bekas Gebenor Mindanao, Filipina.

KELUARGA KIRAM DIPERALATKAN
Apa yang dapat ditafsir, ada pihak ketiga yang cuba mempergunakan Sultan keturunan Kiram untuk mendapatkan Sabah. Pairin Kitingan pernah mencuba. Anwar Ibrahim pernah mencuba. Dan itulah yang berlaku dalam peristiwa pencerobohan Lahad Datu. Kenapa mereka begitu berani? Jawapannya ada di bawah.

Jika berlaku peperangan sekalipun, itu bukan perkara yang baru di dunia. Kita melihat, Sri Lanka berperang kerana ingin keluar dari India. Tibet juga ingin bebas dari China dan telahpun berlaku pertumpahan darah. Timur Leste sudahpun keluar daripada Indonesia. Begitu juga isu perebutan wilayah Kashmir antara Pakistan dan India. 

Kita berhenti di sini untuk siri (3) ini. Anda sudah pun mendapat beberapa info yang sangat penting dalam kisah Lahad Datu ini. Akan tetapi, ada satu lagi RAHSIA yang lebih penting.

PENDAPAT YANG SAYA DENGAR
Ada sesetengah pihak mengabarkan, SSDI itu adalah sebuah kerajaan tempat berdirinya Pemuda Bani Tamin (PBT) akhir zaman. Kalau ia bermula pada 29-10-2012, maka tempoh 1.5 tahun yang diisyaratkan itu akan berakhir pada 29-4-2014. Adakah ini benar?

Saya tidak tahu. Kita kena tunggu dan lihat. Wait and see. Mungkin benar. Mungkin juga hanya sebuah retorik. Apakah ada kaitan antara SSDI dengan Panji-panji hitam yang akan keluar di Kufah, Irak? Terasa lucu untuk mengaitkannya. Apa pendapat anda? 

DI RUMAH. JUMAAT, 18-4-2013.

1 comment:

  1. Panji-panji Hitam Irak sdh keluar..didahului oleh panji-panji hitam taliban di khurasan...yang mana yang kita dukung....tentu panji-panji hitam pembela IM..kapan...?..mudah2an sebentar lagi...AMIN>>>???semoga Islam Berjaya lagi..

    ReplyDelete