GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 16 April 2013

RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (SIRI 2) Operasi rahsia di tengah lautan



 
RAHSIA PERISTIWA LAHAD DATU (2) Operasi rahsia di tengah lautan

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib,  kapal perang tersebut (maksudnya USS Guardian) telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Kenapa ia dimusnahkan? Semacam ada sesuatu yang disembunyikan dari pihak Filipina dan Malaysia.

Saya ulangi lagi, kenapa ia dimusnahkan? Sebelum saya memberi jawapannya, Dukacita saya maklumkan bahawa fb saya, Tok Wali Puteh tiba-tiba sahaja “out of function” dan gagal diakses.

Baru-baru ini saya telah menerima maklum dari pihak Yahoo & Geogle tentang beberapa orang peminat saya cuba menghubungi saya melalui fb tersebut. Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya akan usahakan cara lain. Nanti ada masa, dapat kita bertemu.  Insyaallah.

Sebenarnya, saya hanya insan biasa. Tak ada apa-apa keistimewaan pun. Malu rasanya memperkenalkan diri saya. Saya hanya insan kerdil yang banyak dosa kepada Tuhan.

Meh kita sambung semula cerita di atas. Dalam sejarah Amerika Syarikat, inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman (bukan di medan perang).

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang. Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Apakah operasi rahsia tersebut? Adakah mereka memunggah getah atau kelapa sawit? Atau barang-barang spare-part kereta? Atau pasir , tanah dan sebagainya?

Operasi tersebut berlaku sekitar 3 atau 4 minggu daripada tarikh pencerobohan Lahad Datu. Dengan itu, ada semacam kaitan antara operasi tersebut dengan peralatan senjata yang digunakan oleh penceroboh Sulu
 
 
Yang lebih menghairankan lagi (sebagaimana disebut oleh pihak keselamatan Filipina), kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir, sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Kalau saya boleh memberi pandangan di sini, nyata bahawa kapal USS Guardian itu belayar dari Jepun. Mereka memunggah peralatan perang dari sana untuk sekelompok tentera upahan.

Tak payahlah saya membuka mulut untuk menerangkan panjang lebar. Anda tentu sudah faham maksud saya

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
 


 Mari kita kenali Jamalul Kiram III ini  lebih dekat.  Beliau lahir pada 16 Julai 1938 di Maimbung, Sulu. Beliau mula memerintah dari tahun 1974 - 1981, dan kemudian menyambung semula dari 2012 sehinggalah sekarang.

Ke mana beliau menghilang (ghaib) daripada tahun 1982 – 2011? Persoalan ini perlu anda ketahui supaya anda nampak kaitannya dengan pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 11-2-2013 baru-baru ini.

Kiram adalah raja terbuang yang ditolak oleh rakyatnya sendiri. Ini kerana keturunan Kiram dikenal sebagai talibarut Amerika Syarikat dan Yahudi. Mari kita dengarkan ceritanya.

Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).

Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.

Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.

Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.

Dipendekkan cerita, Sultan Jamalul Kiram III berkuasa sekejap sahaja dan kemudian ditolak oleh rakyatnya. Kerajaan Sulu yang baru ialah  Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II.   

Apakah anda tidak merasa hairan melihat Jamalul Kiram III yang bersahabat dengan DSAI? Kedua-duanya pro Amerika Syarikat. Siapakah di belakang mereka kalau bukan Yahudi dengan segala taktik halusnya?

DI RUMAH. 16-4-2013. 7.55 PM.

2 comments:

  1. Depa dah mai.

    http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-22156283

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar khabar, depa nak datang ramai lagi. Baru 32 dikesan dan ditangkap.

      Delete