GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 20 April 2013

YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMU.



YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMU .  

Saya sebenarnya merasa malu untuk mencoret cerita ini. Malu kerana saya ini sebenarnya hamba Allah yang hina. Saya ini banyak kekurangan dan banyak dosa

kEIKHLASAN merupakan amalan yang sangat tersembunyi. Malaikat tidak tahu tetapi Tuhan Maha Mengetahui segala yang terkandung di dalam hati. Saya teringat kisah Malik bin Dinar tentang niatnya.

Katanya, dia pernah pergi ke masjid di tempatnya dengan harapan orang melantiknya sebagai pengerusi masjid atau AJKnya. Tetapi niatnya tidak kesampaian. Suatu masa, dia pergi ke masjid tersebut dengan niatnya betul-betul kerana Allah SWT. Malam itu juga, ada mesyuarat masjid. Ditakdirkan tuhan, dia diangkat menjadi pengerusi. Sesuatu yang di luar jangkaannya.


Hal yang berbeza berlaku kepada saya. Saya segan mengangkat diri saya. Ada 3 sebab, [1] Ilmu tidak setinggi mana, [2] amalan saya pun tidak sebanyak mana & [3] akhlak saya pun teruk, tidak sebaik mana. Tetapi orang-orang kampung masih menyerahkan tugas-tugas keagamaan kepada saya. Mereka percaya kepada saya.

Kerana itu, saya menjadi sangat malu kepada diri sendiri. Saya sebenarnya tak layak. Ada lagi orang lain yang lebih layak. Kalau pun saya melakukan sesuatu, saya membuatnya kerana Allah SWT semata-mata. Hanya kerana  Allah SWT. jua.

Majlis semalam adalah majlis tahlil ke 100 hari untuk arwah isteri Poksu Roni. Kedua-duanya sudah meninggal, tetapi arwah isterinya mendahuluinya.

Selepas solat Maghrib, saya berdoa kepada Tuhan supaya menghantar waliNya untuk menjadi syeikh tahlil mengantikan saya. Saya mengaku di depan tuhan bahawa saya ini tak layak, banyak dosa & kekurangan.

Selepas Isyak, saya berdoa lagi. Dalam perjalanan menuju ke rumah arwah, saya berdoa lagi. “ Ya Allah Ya Tuhanku, kau hantarkanlah kekasihMu, waliMu untuk mengantikanku sebagai syeikh tahlil”.

Sampai sahaja ke rumah arwah, saya duduk di suatu sudut dengan harapan Tuhan tidak mentakdirkan tugas itu kepada saya. Tetapi tugas itu tetap kembali juga kepada saya. “Ya Allah Ya Rabbi, Engkaulah Tuhanku”.
Saya menangis dalam hati. Malu rasanya kepada tuhan yang memberi amanah dan tanggungjawab ini  kepada saya. Saya ini banyak dosa. Saya ini banyak salah dan silap. Saya ini manusia hina.

Selesai tugas, saya segera balik ke rumah. Saya ceritakan kepada isteri saya satu persatu rahsia hati saya sebentar tadi . Jawapannya  mudah sahaja. Terimalah kemulian yang DIA berikan. Saya menangis lagi. Ya Allah Ya Rabbi, Engkaulah tuhanku.  

Hari ini saya mendapat satu lagi berita gembira. Saya menerima sebuah mesej dalam kotak mesej fb saya. Hamba Allah ini memanggil saya abah sedangkan saya langsung tak mengenalinya. Katanya, dialah yang bernama XXXXXX XXXXXX (selepas ini dipanggil MS) dari Indonesia yang saya cari-cari selama ini.

MS menggunakan nama samaran MSW. Ada rahsia besar kenapa saya ingin bertemu dengannya. Semuanya berdasarkan mimpinya bertemu Rasulullah SAW. Mari dengarkan kisah mimpinya.

MIMPI PERTAMA
Assalamu’alaikum, maaf pernah tahu tafsir mimpi bertemu rosululloh sedang duduk di kursi raja dan saya memeluk beliau.?
 
MIMPI KEDUA 
 saya mimpi memakai jubah dan surban biru milik bapak dari Syekh Abdul Qadir ra, dan saya dipanggil ke masjid beliau katanya, setelah sampai ternyata masjid nya bapak dari syeh Abdul Qadir ra,tersebut mirip masjid nabawi.(masih di mimpi),
 
Demikianlah 2 mimpi MS yang saya ingat sampai sekarang. Dan sebab itulah, saya berdoa kepada tuhan supaya mempertemukan saya dengan hamba Allah yang bernama XXXXXXX XXXXXX  ini. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan.

MS menulis kepada saya sebentar tadi meminta cerita tentang mimpinya tidak diperbesar-besarkan. Saya tahu beliau tidak mahu riya. Tetapi dalam melontarkan perasaan gembira, saya rasa semua muslimin & muslimat patut tahu kebesaran Allah Taala.

Saya berjanji akan menyembunyikan identiti dirinya sebagaimana saya menyembunyikan identiti diri saya. Wahai anakku, percayalah kepada abah. Abah akan selalu menyembunyikanmu.

MS ini dilahirkan pada tarikh 20-3- 1978. Umurnya sekarang 35T menurut tahun Masehi. Kalau tahun hijrah, mungkin 37 atau 38T. Dalam beberapa tahun akan datang, umurnya menjangkau 40T. Apakah istimewanya manusia MS ini.

Saya tidak mengetahui keistimewaannya sebab saya sendiri tidak pernah bertemu dengannya. Tetapi 2 mimpinya itu mengambarkan sesuatu yang kita belum jumpa..

Akhir perbualan kami, dia mengirim salam kepada keluarga saya. Dan saya juga mengirim salam kepada keluarganya. Sebuah perkenalan yang indah dan mesra.

DI RUMAH. SABTU 20-4-2013.  

6 comments:

  1. Alhamdulillah.....
    saya bersyukur Bapak berhasil berkomunikasi dengan saudara kita MS. saya termasuk pembaca yang ingin sekali mengetahui ihwal saudara MS, mungkin Bapak bisa berbagi cerita, tentunya atas persetujuan saudara MS.

    --mel--

    ReplyDelete
  2. SAYA AKAN MEMINTA IZINNYA. KALAU DIA BERSETUJU, INSYAALLAH SAYA AKAN CERITAKAN KEPADA PEMBACA SEMUA. BERDOALAH. SEMOGA TERBUKA PINTU HATINYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA MINTA MAAF KEPADA SEMUA. MS TIDAK MAHU URUSAN INI DIPANJANGKAN. MAAF SANGAT2

      Delete
  3. Mohon maaf....
    Disebabkan saya tidak bisa berkomunikasi dengan Saudara MS, dapatkah Bapak menyampaikan pertanyaan dari saya ini.

    Seringkah MS bermimpi bertemu Rasulullah SAW? Jika iya, pernahkah MS berjalan bersama Rasulullah melalui sebuah lorong (goa) dan kemudian melihat Rasulullah membaiat orang atau beberapa orang yang terjumpa dalam perjalanan itu. Mungkin Rasulullah SAW juga memberikan sehelai bandana putih bertulis lafaz tahlil kepada orang yang ditemui itu.

    Terima kasih atas kebaikan Bapak.

    --mel--

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALLAH AKAN SAYA SAMPAIKAN KEPADANYA.

      Delete
  4. Assalam... Abah bolehkah saya minta fhto wajah dr Sdr Muhammad yg Abah kisah kan,
    Boleh kirim ke email saya
    Widari.ratna@yahoo.co.id

    ReplyDelete