GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday, 19 May 2013

ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI? (1) Mengupas tarikh kelahirannya.



ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI? (1) Mengupas tarikh kelahirannya.

Muhamad yang saya maksudkan ini dilahirkan pada 25-3-1978. Beliau orang biasa, dari kampong biasa dan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Ayah & ibunya telah meninggal dunia. Ayahnya dahulu seorang pegawai kerajaan. Ibunya pula seorang surirumah sepenuh masa.

Muhamad ini enam beradek. Seorang daripadanya telah meninggal. Dia anak yang kelima. Pada saya, dia hanya manusia biasa. Tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kakek buyut (moyang)nya dari sebelah ibunya berasal dari Arab Yaman. Entah dia ahlul bait atau tidak, saya pun tak pasti. Dia pun tak mengabarkannya.

DIA HANYA MANUSIA BIASA
Dia pun tak mempunyai apa-apa gelaran di depan namanya. Tak ada sebutan habib, syeikh, sayyid atau lainnya. Namanya bermula dengan Muhamad. Itu sahaja.

Kenapa saya menganggap dia bakal Imam Mahdi? Semuanya berdasarkan kepada 2 mimpinya yang hebat. Saya tak mahu mengulangi balik. Silakan anda membaca post saya yang terdahulu, YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMu dan DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.

Ini hanya pandangan batin saya. Saya sama sekali tak memaksa anda. Kalau anda nak percaya, silakan percaya. Kalau anda tak nak percaya, terpulanglah.

Saya cuma membuat anggapan awal. Boleh jadi dia atau boleh juga orang lain. Saya cuma berani mengatakan dan yakin seyakin-yakinnya bahawa dia itu Al-Mahdi bila dia dibaaih di Mekah nanti. Sebelum itu, saya hanya berani membuat anggapan awal sahaja.

SELAMA INTERAKSI KAMI
Selama interaksi kami, memang banyak persamaan sifat-sifat fizikal yang saya temui padanya. Tetapi saya akan nyatakan kemudian, dalam siri-siri akan datang. Insyaallah.

Tetapi dia selalu menolak. Dia tak mahu menerima penyematan nama Al-Mahdi padanya kerana khuatir tak dapat memikul amanah dan tanggungjawab dari Allah SWT. Tugasan akhir zaman itu sangat berat dan rumit. Hanya pertolongan Allah yang dapat melicinkan segalanya.

Berikut ini katanya, “Jangan menyematkan gelaran (maksudnya Al-Mahdi) disisi Alloh kepada diri sendiri atau kepada orang lain , karena jikalau tidak benar adanya akan seperti ingin menjatuhkan gunung yang sangat tinggi diatas kepala sendiri atau orang lain”.

Saya faham maksud kata-katanya. Dia tidak mahu gelaran ini dipikulkan kepadanya. Atau dia merasa tidak layak dengan tugas yang sangat besar ini. Wallahu ahlam.

BANYAK PERSAMAAN FIZIKAL
Saya menulis ini kerana saya melihat ada banyak persamaan fizikal padanya sepanjang saya menelaah hadis-hadis Nabi SAW, juga sepanjang saya mendiktesi Lembaran Laut Mati  (siri 1,2,3 &4) dan Manuskrip Tembaga (Nas Hebrew/Ibrani & Nas Aramiah).

Anda boleh menolak pandangan saya. Terpulanglah kepada anda. Tetapi jika anda rasa ada sesuatu yang ingin anda ketahui lebih lanjut, silakan bersama kami.
BERAPA UMURNYA SEKARANG?
Mari kita tinggalkan sekejap kisah pribadi dia dan langsung kepada tarikh lahirnya. Kalau mengikut perbezaan umurnya dari tarikh hari ini (25-3-2013), maka ia sekarang berusia sekitar 35 Tahun Masehi.

Kalau demikian, berapa pula umurnya mengikut tahun hijrah?

KIRAAN BIJAK PANDAI ISLAM
Menurut kiraan ahli bijak pandai Islam, setiap 31 tahun umur Masehi, maka ia bersamaan dengan 32 tahun Hijrah. Oleh yang demikian, kalau anda membuat silang darab, 35 tahun Masehi itu akan sama dengan 36.13 tahun Hijrah..

Katakanlah Muhamad ini dimunculkan tuhan pada umurnya 40 tahun (atau boleh ditulis sebagai 39.99), maka kita dapati perbezaan umurnya dari sekarang ialah (39.99 – 36.13) = 3.86 tahun Hijrah.

Bagaimana dengan jarak umurnya dalam tahun Masehi? Mari kita buat silang darab. Jika 31 tahun Masehi = 32 tahun Hijrah, maka 3.86 tahun Hijrah akan menjadi (3.86 X 31)/32 = 3.73 tahun Masehi.

Bermakna dia akan muncul sehingga 3.73 tahun mulai sekarang. Apakah maksud sekarang itu? Iaitu kalau benar Muhamad itu bakal menjadi Imam Mahdi, maka dia akan keluar 3.73 tahun mulai dari tarikh 25-3-2013.

3.73 tahun bermaksud 1361 hari=113 bulan. 

MARI MEMBUAT PENATARAN
Kalau kita boleh buat penataran, itu bermakna 1 tahun berikutnya jatuh kepada 25-3-2014, 2 tahun berikutnya kepada 25-3-2015, 3 tahun berikutnya pada 25-3-2016.  0.73 tahun berikut bermakna penambahan 7 bulan lagi. Bermakna ia akan dimunculkan paling maksima sekitar bulan 10 pada tahun 2016

Mari kita semak hadis Nabi berkenaan umur pada saat kemunculannya.

Bersabda Rasulullah SAW : “ Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagai bintang yang gemerlapan, pipi kanannya bertahi lalat hitam, seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun, dan akan menundukkan Bandar-bandar kemaksiatan” (Hadis 45, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 53)

Dalam satu hadis lain disebut, baginda bersabda, “kedua paha Mahdi melebar dan saling berjauhan” (Hadis 59, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 67)

Kemudian, ada juga hadis tentang kegagapannya, baginda brsabda, “Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kanannya” (Hadis 54, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 62)

Kemudian mari kita lihat pula atsar para sahabat yang mengupas tentang umurnya.

“Al-Mahdi diutus manakala beliau berumur antara 30 – 40 tahun. Kulit Al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang). Pipi Al-Mahdi ada tahi lalatnya” (Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 79 & 80)  

Jika kita memahami maksud hadis Nabi di atas dan kata para sahabat yang menukil selepasnya,, jelas bahawa umur Al-Mahdi berada di antara 30 -40 tahun saat dia muncul di Mekah. Boleh jadi 36, 37, 38, 39 atau 40. Wallahu ahlam.

KALAM ABU HURAIRAH
Kemudian mari kita lihat kata-kata (kalam) Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia. Rujukannya ada pada post saya yang terdahulu, KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Kata beliau, Al-Mahdi akan keluar sekitar tahun 1420H atau 1430H.

Saya pun telah membuat perincian tentang julat kemunculannya. Dengan mengambil purata antara 1420 dan 1430, maka saya mendapati puratanya=1425.

Dengan itu, saya menganggap bahawa julatnya berkurang atau bertambah sebanyak 5 tahun sahaja. Maksud saya, Al-Mahdi akan keluar di antara tempoh 1415H dan 1435H sahaja.

Kita sekarang sudah berada pada tahun 1434H, bermakna Cuma ada baki 1 tahun sahaja lagi untuk sampai kepada tahun 1435H. Maksudnya, penantian kita akan sampai kepada kemunculan Al-Mahdi kepada saat musim haji 1435H.

MUSIM HAJI
Maksudnya, penantian kita hanya berkisar dalam tempoh (lebih kurang) 2 tahun daripada sekarang sahaja. Musim-musim haji yang saya maksudkan itu ialah pada tahun 1434H dan 1435H.

Kalau Muhammad itu muncul pada musim Haji tahun ini (1434H), umurnya sekitar 36.13 tahun Hijrah. Kalau tahun depan (1435H),  maka umurnya akan menjadi 37.16 tahun Hijrah.

Saya tak menjangka dia keluar pada musim haji 1436H dan seterusnya. Ada 2 sebab. [1] Agak janggal kalau dipadankan dengan kata-kata Abu Hurairah bahawa Al-Mahdi akan keluar sekitar 1420H atau 1430H. [2] Konflik Syria sudah berlangsung agak lama (sekitar 2 tahun) dan lebih janggal untuk mengatakan ia bakal berterusan selama 2 tahun lagi.  

BEBERAPA SIFAT FIZIKAL LAIN
Seperti yang saya sebutkan dari hadis di atas, memang benar Muhamad yang saya temui ini mempunyai kecacatan paha & kegagapan bersuara. Ada lagi beberapa persamaan lain. Tetapi saya akan menulisnya kemudian.

Cerita itu sangat panjang. Dan ini adalah beberapa rahsia Allah yang saya temui pada waktu tua saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kebenaranNya kepada saya dan kita semua. Yang benar itu hanya Allah.

MACHANG, 20-5-2013

29 comments:

  1. Assalam.

    Beliau yang Tuan maksudkan berasal dari usanatara atau negara arab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ....dari nusantara atau.....

      Delete
    2. Beliau berasal dari nusantara. Tetapi dari keturunan Arab sebelah ibunya.

      Delete
  2. Hulubalang Diraja16 June 2013 at 23:52

    Salam Abah,

    Kalau tak keberatan, boleh kah kami mengetahui nama bapa saudara Muhamad? Maaf sekiranya soalan saya agak keterlaluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hulubalang Diraja18 June 2013 at 06:15

      Maksud saya nama bapa Muhamad...

      Delete
    2. Kenpa sampai begitu pertanayaan itu? Bukankah Al-Mahdi itu namanya Muhamad bin Abdullah? Atau ada apa2 yang misteri ke? He2

      Delete
    3. Hulubalang Diraja18 June 2013 at 23:45

      Salam Abah,

      Bukan nama Imam Mahdi tp maksud saya nama bapa Muhamad yg Abah ceritakan tu. Muhamad bin???

      Delete
    4. soalan itu wo kelihatan pendek, ttp jawapannya sangat panjang. Secara ringkasnya, namanya MUHAMAD BIN ABDULLAH.Apakah ada apa2 perkara yang ganjil dengan nama itu? He2.

      Delete
    5. Hulubalang Diraja19 June 2013 at 01:19

      Allahu Akhbar...

      Delete
  3. Antara kaca dgn "Intan Asli" jauh bedanya..
    Antara zulian dgn "Emas 10" tiada nilainya..

    ReplyDelete
  4. Sabda Paduka Nabi SAW Al-Mahdi itu dari Anak-Ku.
    Dari genetic Nasab sulbi Nabi lahir Mahdi kaji dulu.
    Siapakah dia sebener2 Anak Nabi tiada siapa yg tahu.
    Telah lebeh 1400 tahun sejarah Anak Nabi dipalsu.
    Beda Al-Hassan dgn Al-Hussein pun maseh ngak tahu.
    Anak Kandong Nabi dgn cucu Dunia Islam maseh keliru.
    Cari dulu Bocah Angon nanti kalian akan banyak tahu.
    Dipagi raya Bocah Angon sempat hahaha... ketawa dulu.
    Itu ragam Bocah Angon sambil cakap suka ketawa dulu...

    ReplyDelete
  5. DATA TARIKH LAHIR MUHAMMAD (BOCAH ANGON):

    Date Of Birth : 25/3/1978
    Birth Code No : 7-8 (Neptune-Saturn)
    Day Of Birth : Saturday (Day No.8-Saturn)
    Time Of Birth : Unknown
    Western Zodiac : Aries - Ram the Warrior
    Indian Zodiac : Pisces - Fisher the Illusioner
    Chinese Star : 1978 Year Of The Horse

    From his Birth Code No. 7-8 (Neptune-Saturn):
    Yap.. Muhammad bisa menjadi seorang Wali...
    Sikapnya tidak pentingkan diri sendiri,
    Rela berkorban utamakan dulu utk orang lain,
    Mudah2an mimpi2nya itu bisa menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  6. Ampon Bung, analisa diatas bisa dibaca, tapi
    ngak usah total percaya. Namanya analisa, koq
    gue banyak silap. Gue hanya Nujum Pak Belalang,
    banyak kuat temberang.. Salam & permissi...

    ReplyDelete
  7. Wallahualam....semuanya dalam pengetahuan Allah...siapa manusia yang menjadi almahdi tidak penting...yang penting sekarang apa persediaan kita menyambut kedatangan khalifah pilihan Allah itu....adakah kita cukup persediaan berjuang bersamanya....xperlu lah kita heboh2 mencari sosok nya...sb tak dicari tetap jugak dia muncul sb itu jnji Allah dan Rasul...apa yg perlu kita lakukan tingkatkan amal kita n buat persediaan menghadapi akhir zaman....

    ReplyDelete
  8. Salam abah, percaya sgt tidak, nak kata tidak percaya pun tidak, hanya Allah yg tahu, tapi jika benar semuanya sampaikan salam saya kepadanya, katakan padanya doakan saya semoga Allah mengampuni saya yg sangat berdosa ini dan jadikanlah saya termasuk orang2 yang akan berjuang bersamanya...

    ReplyDelete
  9. AlMahdi akan muncul pada tahun 2041, insyaAllah. Tuan tunggu, saya tunggu, kita semua menunggu. Semua bersiapsiagalah untuk berjihad antara tahun 2040 hingga ke tahun 2070. Tahun tersangat2 genting adalah tahun 2050, kerana Dajjal sudah keluar. Wallahhua'alam

    ReplyDelete
  10. 2074 Masehi dia akan keluar berjihad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2074 Nabi Isa Ibnu Mariam AS sudahpun memerintah menggantikan Imam Mahdi yang wafat setelah selama 24 tahun berjuang untuk Islam. Imam Mahdi adalah penghibur-hati serta penghilang kesedihan NabiSAW.

      Delete
  11. macam2 cerita tentang al mahdi. almahdi bukan ke bermaksud yang membawa petunjuk dari allah untuk disebarkan kepada manusia bahawa allah adalah sebenar2nya tuhan yang menciptakan alam ini dan islam adalah agama yang diredhainya. Petunjuk itu berupa bukti yang nyata yang dapat meyakinkan semua manusia bahawa allah memang sebenarnya tuhan dan islam adalah agama yang benar2 diredhai. apa guna imam mahadi itu namanya muhammad, ada tahi lalat,peha yg besar, dibaiah di kaabah, ada tanda dibelakang ,keturunan nabi muhammad dan berbagai andaian lagi. Yang pentingkan petunjuk dari allah yang diturunkan kepadanya sebagai bukti allah dan islam itu benar sehingga seluruh manusia masuk islam ataupun rakyat kuasa besar masuk islam akhirnya jd negara islam. mana petunjuknya???....mana petunjuknya????...mana petunjuknya????? ..
    Inilah petunjuknya, yang di turunkan kepada saya oleh Allah untuk disebarkan kepada manusia iaitu tentang kehebatan nama allah. kenapa nama tuhan itu allah,sudah tentu ada kebesarannya. nama allah itu terpelihara dan ada karomahnya,jika sesukahati mentafsirkannya akan dapat celaka dari allah. sebenarnya nama allah berasal dari bahasa isyarat iaitu sejak terciptanya alam ini sudah ada namanya. oleh kerana manusia tidak tahu maksud bahasa isyarat itu lalu ditukarkan menjadi huruf untuk mengeluarkan sebutan. bahasa isyarat itu adalah ALIFF bermaksud tuhan yang satu dan LAMLAMHA sebenar yang diambil dari bahasa isyarat berbentuk gelombang yang bermaksud hukum newton atau hukum graviti atau hukum gelombang. hukum newton adalah hukum sains yang sangat familiar yang digunakan untuk menciptakan apa2 sahaja . sebab itu allah tidak turunkan nabi lagi tetapi mencabar manusia supaya kaji alam ini. sekarang telah terbukti secara sains alam yang telah dicipta atau yang akan diciptakan menggunakan hukum newton atau yang sebenarnya LAMLAMHA.
    ALIFF bermaksud tuhan yang satu dan LAMLAMHA bermaksud alam ini atau hukum newton. malah didalam gelombang LAMLAMHA ini juga boleh membuktikan asal kejadian alam ghaib. LAMLAMHA berbentuk gelombang itu sebenarnya 7 petala bumi dan 7 petala langit (alam ghaib) yang diambil dari rakaat dan mesuk waktu sembahyang yang diberikan kepada nabi muhammad diatas langit semasa isra' mikraj.

    Al Mahdi itu adalah saya dan saya akan keluar secara rasmi selepas siap tesis saya sebelum 2016 atau awal 2016. saya sedang berperang dengan dajal. tahukah anda siapa itu dajal? dajal adalah dadah yang menyesatkan atau yang menyebabkan penagih menyembahnya. penagih itu kategori anak yatim miskin yang wajib di tolong. orang kristian sedang berusaha dimahkamah untuk menggunakan KALIMAH ALLAH. jika mereka tahu KALIMAH ALLAH yang sebenarnya sudah tentu mereka masuk islam. maka tidak perlu nabi isa turun lagi. dalam alquran surah yasin allah menegaskan tidak akan menurunkan rasul lagi selepas nabi muhammad.

    ReplyDelete
  12. halim, apa kerja imam mahdi mengikut al Quran? surah mana, ayat mana menerangkan perkara ini? haha. Apa maksud Alif LAm Mim.

    ReplyDelete
  13. wow..ada org sudah ngaku mau jadik al mahdi..jadi al mandi atau al nasik mandy boleh lah halim..apa la korang ni,dok kecoh pasal imam mahdi,syariat dh tunai ke belum?kalu belum kental syariatnya, jgn cakap la pasal hakikat, makrifat.dan jgn cakap la pasal imam mahdi, mata hati masih buta,masih tertutup,yang terang tidak nampak terang..mcmana nk memandang?

    ReplyDelete
  14. pak habib al koumas18 January 2016 at 06:09

    Allah sahaja yang maha mengetahui dan akan menzahirkan al mahdi bila sampai waktunya.al mahdi akan keluar bersama cahaya yang akan menerangi seluruh alam ini.Allah akan mengurniakan kuasa kepada al mahadi melebihi segala seluruh mahkluk di langit dan di bumi.wallahu alam.

    ReplyDelete
  15. Yg sesat dajjal kecil apa dajjal besar all?..xiixix

    ReplyDelete
  16. Ape la nak tilik2 nombor,tak baik..kalau dh ketetapan akan berlaku tak payah susah2 nk tilik2,dia akan datang tepat pada waktu..bila tak datang kamu mintak cepat2kan..mcm2 tafsir dan andaian..bila dah datang kamu pula akan menolak nya...

    ReplyDelete
  17. Ape la nak tilik2 nombor,tak baik..kalau dh ketetapan akan berlaku tak payah susah2 nk tilik2,dia akan datang tepat pada waktu..bila tak datang kamu mintak cepat2kan..mcm2 tafsir dan andaian..bila dah datang kamu pula akan menolak nya...

    ReplyDelete