GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 15 May 2013

PASCA PRU13 (2) Geo-politik Anwar Ibrahim dan kelainannya dari Al-Mahdi Akhir Zaman.




Saya telah menulis siri pertama pasca pilihanraya Malaysia dengan tajuk PASCA PRU13 (1) Rahsia Kemenangan BN & kekalahan PR dengan menta’khirkannya tentang Kerajaan Perpaduan. Saya tahu ramai orang tak setuju.

Samada anda setuju atau tidak, elok anda baca blog saya dengan fikiran terbuka. Bagi saya, politik Malaysia hanya sebahagian kecil dari tanda-tanda akhir zaman. Tetapi saya terpaksa juga menulisnya, kerana ia ada kaitan dengan Al-Mahdi Akhir Zaman.

Sejak saya kecil, saya selalu menyimpan cita-cita di dalam hati untuk berjuang bersama Al-Mahdi demi menegakkan Daulah Islamiyah. Saya selalu berdoa dalam hati dan berharap Tuhan akan menghantar saya ke Mekah apabila sampai waktunya.

Saya tak pernah berdaftar dengan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) kerana yakin sepenuhnya dengan kekuasan Tuhan. Bunyinya mungkin lucu. Tetapi bagi saya, bila tuhan berkehendak, ia tidak lucu sama sekali.  Lucu itu hanya permainan fikiran.

Terus-terang cakap, saya tidak pernah merendahkan kehendak saya setiap kali berdoa kepada Tuhan. Itu hanya sebahagian dari doa saya, di mana sebahagian besar lainnya telah Tuhan makbulkan. Sebab itu, saya yakin bahawa saya tidak salah dalam mempercayai kemakbulan doa saya. Sesungguhnya Tuhan itu wujud dan bersifat Al-Mujib (Maha Mengabulkan Doa).

BISMILLAH. Mari kita mulakan.

Saya sangat hairan melihat ketekalan pemimpin-pemimpin PAS yang berterusan menyokong Anwar. Dan 10X lebih hairan melihat mereka mendakap DAP dalam Pakatan Rakyat. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, Datok Sidek Baba lebih saya percayai daripada Anwar itu sendiri.

 

Kalau dia (Datok Sidek Baba) meninggalkan Anwar atas alasan pluralisme, hubungan dengan Yahudi & kredibiliti diri, maka saya sangat percaya kepadanya. Hujjah saya mudah sahaja. Datok Sidek Baba mengenali Anwar lebih daripada saya, bahkan mungkin lebih daripada TG Nik Aziz itu sendiri.

Dan dalam perkara agama yang berada di depan mata saya sekali pun, saya yakin saya tidak menjadi kafir dengan mengatakan Datok Sidek Baba lebih alim daripada TG Nik Aziz atau TG Haji Hadi atau sebaliknya.  

Dengan itu, percayalah kepada saya, bahawa TG Nik Aziz atau TG Haji Hadi atau lain-lain pemimpin PAS bukanlah bukti pengesahan bahawa Anwar itu manusia baik dan suci.

Saya juga yakin dan percaya bahawa saya tidak menjadi fasik dengan  mengatakan bahawa Sahibus Samahah Dato Harussani Zakaria, Mufti Perak berada di jalan yang benar bila dia menyeru kepada penyatuan UMNO & PAS. Seruan itu tidak salah. Bahkan satu seruan yang sangat dianjurkan oleh agama kita.



Saya juga yakin bahawa saya tidak menjadi kafir dengan mengatakan Dato Haarussani Zakaria itu lebih alim dan warak daripada TG Nik Aziz atau TG Haji Hadi atau sebaliknya.

Dengan itu, saya ulangi balik penegasan saya bahawa pemimpin-pemimpin PAS di atas bukanlah penanda aras (benchmark) kepada kesucian diri Anwar Ibrahim.

Adalah tidak munasabah untuk kita katakan bahawa bila PAS sedia berkawan dengan Anwar, maka Anwar itu manusia baik dan suci. Atau bila PAS sudi berkawan dengan DAP, maka DAP itu Cina baik dan setiakawan.

PADA HEMAT SAYA
Pada hemat saya, Anwar itu hanyalah dahan pokok yang rapuh. Ia berpijak kepada sokongan USA, dan USA itu pula berpijak kepada sokongan Yahudi. Kedua-dua USA & Yahudi akan roboh menyembah bumi bila sampai waktunya. Ke manakah Anwar akan pergi bersembunyi? Dan ke mana pula PAS akan mengapai dahan baru untuk menyelamatkan diri?

Dan pada hemat saya juga, PAS sebelum ini adalah seperti orang kelemasan yang sedia berpaut kepada apa sahaja. Mereka teruja (excited) untuk ke Puterajaya dengan menumpang tuah Anwar. Saya melihat kisah ini seperti Al-Arqam. Abuya mengapai impian untuk menjadi PM berdasarkan data palsu tentang jumlah pengikutnya. PAS pula mempunyai cita-cita sama dengan harapan Anwar dapat membantunya.

Sungguh lucu perumpamaan di atas. PAS berpaut pada tangan kiri Anwar. DAP pula pada tangan kanannya. Kemudian Anwar pula berpijak kepada USA, sedangkan USA itu seluruhnya berpijak kepada Yahudi. Adakah PAS akan selamat dengan jalan ini?

Kenapa tidak begini? PAS berpegang teguh dengan tali Allah. PKR memaut tangan kananya untuk mendapat rahmat dan berkat. DAP pula memaut tangan kirinya untuk mendapat taufik dan hidayah.

Kenapa tidak begini? Anwar bercakap satu nada satu suara dengan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi untuk menjayakan cita-cita Islam. Kemudian Lim Kit Siang dan Karpal Singh membantu pula dari belakang. Kenapa semua itu tidak terjadi? Susah sangat ke apa yang saya sebut itu?

Janganlah anda mencela saya kerana saya tidak menyebelahi TG Nik Aziz. Saya juga orang Kelantan. Saya juga sangat rapat dengan pimpinan PAS. Tetapi dalam menyatakan kebenaran, saya harus jujur. Kerana kejujuran itu akan membawa kepada ketenangan jiwa & keberanian berbicara.

KERAJAAN PERPADUAN
Seperti saya sebut sebelum ini, ramai orang menyeru kepada “Kerajaan Perpaduan”. Termasuk di dalamnya, Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden PAS), Sahibus Samaah Datok Harussani Zakaria (Mufti Perak), Mohamad Hafiz Mohamad Nordin (bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang)  dan sebagainya. Tetapi sayang, ramai pimpinan PAS menolaknya.

TG Haji Hadi menolaknya dengan menyatakan UMNO sekarang ibarat orang kelemasan. TG Nik Aziz pula mengatakan bahawa dia akan meludahi muka orang yang menyebut pasal penyatuan UMNO-PAS. Ahmad Fadhli Saari (Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan) pula meminta UMNO keluar terlebih dari  BN sebelum menyertai PAS. Manakala Haji Fadzli Hassan (DUN Temangan) menolak terus ajakan perpaduan itu dengan alasan UMNO tidak ikhlas.  

Saya rasa tidak perlu mengulas panjang tentang kebencian PAS terhadap UMNO. Ayat-ayat di atas merupakan jawapan kebencian yang dapat dibaca oleh semua orang. Demikianlah hebatnya Anwar. Dia dapat meracun sesiapa sahaja. Melayu, Cina, India, Serani hatta Orang Putih. Dia dapat meracun anak muda, orang dewasa, tua bangka, lelaki-perempuan, hatta pondan & bapuk sekali pun. 

DIA PEMIDATO HANDAL
Saya tahu Anwar itu memang seorang pemidato handal. Bahkan yang kedua terhandal di Asia sesudah Sukarno di Indonesia. Dia pandai menarik simpati sesiapa sahaja. Bahkan orang sanggup berhujan kerananya. Tetapi percayalah kepada saya. Anwar mempunyai kelemahan tersendiri. Apa dia? Silakan membaca seterusnya.      

Kalau anda tidak suka kepada saya kerana sikap anti saya kepada Anwar, terpulanglah kepada anda. Saya tidak mempunyai apa-apa keuntungan pun dalam membenci Anwar atau menyokong Najib. Saya lebih percaya untuk mengatakan bahawa Anwar itu mempunyai nafsu serakah yang tamak haloba.

Mengikut ilmu tasauf, peringkat nafsu semacam itu adalah nafsu amarah lawanmah. Nafsu yang rendah dan kotor. Nafsu yang tamak dan mabuk dengan segala kemuliaan dunia. Nafsu yang terjerat dengan pangkat dan darjat.

Nafsu semacam ini mudah dibeli oleh sesiapa sahaja (termasuk Yahudi & agen-agen Dajjal) untuk melampiaskan nafsu mereka. Saya dengan yakin ingin memberitahu anda sesuatu. Dia bukanlah Pak Syeikh (Syeikh Malaya) yang akan mentadbir bumi ini sebagai Syuaib bin Saleh atau Pemuda Bani Tamin (PBT). Dia tidak layak menjadi pendamping kepada Imam Mahdi Al-Muntazar.

AL-MAHDI BUKAN MANUSIA TAMAK
Imam Mahdi Akhir Zaman bukanlah manusia tamak haloba seperti Anwar. Bahkan dia tidak mempunyai cita-cita pun untuk menjadi pemimpin besar seperti Anwar. Dia sangat percaya kepada takdir Allah Taala. Sampai waktu, Tuhan pasti mengangkatnya memimpin manusia.

Bahkan kalau anda dapat mengetahui sosok bakal Imam Mahdi itu, tentu anda sangat kagum dengan kemuliaan dirinya. Dia sibuk menolong rakyat miskin di sekelilingnya tanpa mengharap upah dan pangkat. Dia menolong kerana Allah semata-mata.

Anda sebenarnya telah terkena bala (maksud saya, bala politik). Hati anda telah terhijab daripada mengenali Anwar sebenarnya. Saya nak sebut satu perkara. Anwar sampai sekarang tidak berani bersumpah di atas mana-mana masjid (atau tempat ceramah) bahawa dia TIDAK PERNAH TERLIBAT dalam sebarang aktiviti liwat. Anda faham maksud saya?

Cara bersumpah dalam masjid atau semasa ceramah, mudah sahaja. Hanya kata, DEMI ALLAH, SAYA TIDAK PERNAH TERLIBAT DALAM LIWAT. Kenapa dia tak berani bersumpah? Kalau ada sesiapa pernah mendengar Anwar bersumpah begitu, sila beritahu saya. Saya rela membayar anda sejumlah duit dengan syarat anda bersumpah di depan saya, DEMI ALLAH, SAYA PERNAH LIHAT DIA BERSUMPAH BEGITU DI DEPAN SAYA.


TERKENA BALA?
Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia terkena bala sekarang ini. Pintu hati mereka telah dimenterai (dicop) Tuhan sehingga mereka tidak dapat mengenali Anwar sepatutnya. Mereka terhijab pintu hati daripada mendapat kebenaran hakiki. Saya pun hairan, kenapa mereka boleh terpengaruh begitu simpatik kepadanya?

Yang masih setia kepada Anwar hanya beberapa kerat sahaja sekarang ini. Hanya Datin Seri Azizah, Nurul Izzah, Tian Chua, Shamsul Iskandar di Melaka dan beberapa orang yang lain. Para sahabat dan rakan-rakannya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sudah cabut lari sejak dahulu. Tinggal sahaja orang-orang PAS & DAP yang berkerumun padanya.

Kenapa PAS begitu berminat terhadap Anwar, seolah-olah dia itu Syeikh Malaya yang akan memerintah Tanah Semenajung ini sebagai Pemuda Bani Tamin (PBT)? Aduhai. Saya hanya tergelak dalam hati. Sungguh lucu apa yang terjadi ini. 

Pakatan Pembangkang Malaysia semakin kuat setelah menambah perolehan kursi di parlimen dalam PRU13 berbanding PRU12 (2008).  Suara Pakatan Rakyat (pembangkang) naik dari 82 kursi menjadi 89 kursi. Sementara suara Barisan Nasional (kerajaan) turun dari 140 kursi menjadi 133 kursi parlimen.


KUASA PEMBANGKANG
Kekuatan pembangkang di Malaysia bukan menunjukkan kekuatan Anwar sebenarnya, tetapi lebih kepada kuasa orang Cina dalam perebutan politik. Anwar itu hanya sebuah alat (mesin) politik yang disokong oleh Yahudi. Adakah anda faham maksud saya?

Seperti yang saya sebut sebelum ini (rujuk TEORI RAHMAN, Siri 1), Singapura itu jiran terdekat kita yang sentiasa memantau kita dengan segala cara yang dia ada. Anda pun tahu, parti pemerintah Singapura itu dari People Action Party (PAP). Anda pun tahu kaitannya dengan Democratic Action Party (DAP) yang semakin sombong sekarang.

Anwar disukai oleh DAP kerana kalau dia bakal menjadi PM Malaysia, Cina Malaysia akan jadi lebih berkuasa. Bahkan tidak mustahil, Malaysia akan menjadi sebuah republik. Bahkan tidak mustahil, PM Malaysia akan dipegang oleh DAP dan Presidennya (seperti YDP Agong) akan diberi kepada bangsa Melayu seperti di Singapura.

Siapakah yang dapat menyelamatkan Malaysia daripada menjadi mangsa republik seperti itu? Saya berani mengatakan, hanya Al-Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman dapat menolong kita. Nak diharapkan kepada PAS, minta maaflah. Saya tak nampak peluang itu.

Bukan saya nak menyindir sesiapa. Saya kenal TG Nik Abdul Aziz itu kerana saya juga orang Kelantan. Bahkan saya pernah ke masjidnya. Bahkan saya pernah naik ke atas rumahnya.  Bahkan lebih dekat daripada itu, saya pernah memicit betisnya dan pahanya saat dia keletihan selepas bertugas pada suatu petang selepas solat Asar.

SAYA TAK SETUJU
Tetapi ada satu perkara yang sampai sekarang saya tak bersetuju dengannya. Ini prinsip kehidupan saya yang saya yakin betul dan tak salah sama-sekali. Bagi saya, UMNO dan PAS mesti bersatu membentok “Kerajaan Perpaduan”. Tetapi sampai sekarang, saya tak faham kenapa TG menolak cadangan tersebut. Dan sahingga sekarang juga, hati saya bengkak dengan penolakan tersebut.

Sahibus Samaah Dato Harusani Zakaria, Mufti Perak telah melakukan satu tindakan yang wajar bila dia menyeru kepada idea penubuhan Kerajaan Perpaduan itu. Begitu juga dengan Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi kedua-duanya diboikot dan dicela ahli-ahli parti. Masya Allah, sungguh terkejut saya.

Pakatan Rakyat (PR) telah kehilangan Negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008.  Tetapi, PR  mempertahankan kekuasaannya di Selangor, Penang, dan Kelantan. Di ketiga-tiga negeri itu PR menang (2/3) majority.

Memang saya sangat gembira melihat BN kembali menguasai Negeri Kedah. Ada 3 sebab. [1] UMNO lebih ikhlas membantu mereka (rakyat Kedah) dan tahu pula cara yang lebih praktikal untuk terus membantu mereka, [2] mereka (rakyat Kedah) dapat menyelamatkan diri & tanah mereka daripada diceroboh oleh DAP (seperti yang berlaku di Gua Musang, Kelantan) dan di Perak & [3] Hidup bersama UMNO (yang dianggap zalim oleh pembangkang) adalah 10X ganda lebih baik daripada PAS yang bersengkokol dengan PKR dan DAP.     

Anda tentu muak mendengar kata-kata saya yang menyebelahi UMNO. Mari kita berehat sekejap dan mendengar cerita saya di bawah ini.

MARI DENGAR CERITA SAYA
Pada masa saya muda dahulu dan selepas bergraduat dari U, saya memberanaikan diri menceburi politik. Saya memilih UMNO sebagai wadah politik saya. Jawatan saya bukan calang-calang. Saya Setiausaha Cawangan, Setiausaha Peti Undi, Ketua Pemuda Cawangan & AJK Pemuda Bahagian. Nama saya melantun naik & terkenal di tempat saya.

Tetapi terus terang cakap, juak-juak UMNO pada masa itu banyak putarbelitnya. Mereka banyak salahguna baja subsidi, rumah subsidi, lembu subsidi dan sebagainya. Hati saya sakit, bengkak & bernanah. UMNO menyakiti dan merosakkan kepercayaan saya kepadanya.

Lama selepas itu, saya masuk ke dalam PAS. Tetapi PAS masa itu berjuang untuk hukum hudud dan ingin menegakkan Daulah Islamaiyah. Allaharyam Dato Fadhil Noor benar-benar berjaya menaikkan imej parti. Pendekatannya lembut, sopan dan versatile. Dia pandai mencuit hati anak-anak muda seperti saya untuk berjuang demi agama.

PAS sekarang sudah tunggang-langgang. Hukum Hudud entah ke mana. Daulah Islamiyah pun dah ghaib (hilang) entah ke mana.  Tambah mengejutkan, PAS sekarang dah pandai berkawan dengan budak-budak yang “entah apa-apa”. PAS (semasa saya muda dahulu) dah berbeza dengan PAS zaman sekarang. Dah lintang-pukang.

Sekarang saya membersihkan diri saya sepenuhnya dari politik. Saya tak sokong mana-mana parti politik. Banyak tipu dayanya. Banyak pula putar belitnya. Lebih baik saya menumpukan kepada zikir tarekat saya. Menumpukan diri kepada Allah Taala. Hidup saya pun tenang. Saya pun tidak berkelahi dan berdendam kepada mana-mana manusia.


MESTI BIJAKSANA MEMILIH
Kalau anda mahu berpolitik, teruskan sahaja. Pilihlah parti politik yang memberi manfaat kepada umat Islam. Atau pilihlah parti politik yang tidak mendatangkan mudarat kepada umat Islam. Tetapi keadaan sekarang cukup bercelaru. Anda mungkin tersepit di antara dua keadaan.

PAS kata dia parti Islamik. Tetapi perbuatannya mempercayai Anwar & DAP jelas menyongsong arus. Mana boleh orang Islam mengambil seseorang yang fasik (percaya kepada pluralisme, baik dengan Yahudi & LGBT) sebagai PM? Mana boleh PAS berkawan dengan kafir harbi yang terang-terangan menolak hukum Hudud & penubuhan Negara Islam?

UMNO juga kata dia parti Islamik. Tetapi dia sampai sekarang belum berjuang untuk hukum hudud. Bagaimana cerita sebenarnya? Menurut cakap-cakap kedai kopi, UMNO bukan menolak hudud tetapi hanya menunggu masa yang sesuai. Bilakah masa yang sesuai itu?

Saya serahkan segalanya kepada Allah Taala. Semoga anda mendapat jalan yang betul untuk mencapai kebenaran.


DI RUMAH. 14-5-2013. 6.47 PM

3 comments:

  1. Assalamualaikum!

    Boleh beri bukti yang Anwar di bawah Yahudi?...Dah lama saya mencari dari mana sumber yang mengatakan Anwar dengan Yahudi/US.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zen, org macam kamu nak tunggu bukti didepan mata baru mahu percaya, hidup kamu mudah ditipu oleh orang yang kamu percaya. ada gambar video pun boleh kata tipu, apa lagi yg boleh kamu percaya? tunggu lihat sendiri?

      Delete
  2. Assalamualaikum Kalau boleh sertakan bukti tentang anwar ibrahim. Saya ingin menilainya sendiri.

    ReplyDelete