Ini ada sebuah pertanyaan dari
seorang hamba Allah. Namanya Carly BIP. Dengan menganggap bahawa pertanyaan itu
sangat jujur, maka kamipun akan menjawab secara jujur.
Mari kita dengar pertanyaan itu.
“Alangkah baiknya jika kami
mengetahui apa yang dilakukan Muhammad sekarang ini? yang kata abah bakal calon
IM, paling tidak bagaimana reaksi beliau melihat keadaan konflik timur tengah yang
semakin memperihatinkan, Sehebat hebat IM tidak akan sanggup mnghadapi dunia
sendirian tanpa para pendukung dan mujahid yang siap dan setia, paling tidak
dari sekarang beliau telah mempersiapkan semuanya, karna kata abah bahawa
waktunya sudah semakin dekat, semoga dibai'ah ataupun tidak dibai'ahnya
Muhammad ini, tetap dia bisa menjadi orang yang membawa nusantara ke arah
kedamaian walaupun dia bukan IM yg sebenarnya....Amin, insyaallah”
Saya telah menghubungi
Muhamad. Dan dia meminta jawapannya tidak disiarkan. Jadi saya akan memberi
beberapa kesimpulan dari jawapannya.
[1] Keadaan dunia
sekarang ini sangat panas. Fitnah akan bertambah dahsyat & mencengkam.
[2] Pemimpin
Negara-negara yang terlibat atau kumpulan-kumpulan yang terlibat, tidak ada
seorangpun yang memikirkan tentang kemunculan Imam Mahdi. Bahkan tidak ada
dalam kepala mereka untuk memikirkan tentang keadaannya.
Saya tersenyum sahaja mendengar
jawapan beliau yang demikian. Kerana dahulu (sebelum saya mengenali beliau)
saya sudah menyebut dalam blog saya ini bahawa Al-Mahdi akan dilupakan orang
pada saat kemunculannya.
Kemudian muncul soalan kedua dari
Carly BIP.
“Maaf, apakah menurut abah, PBT telah
muncul? kira2 ada sedikit kaitan dan hubungan sama Muhammad calon IM? Maaf”
Saya akan menjawab soalan ini
secara langsung. Ada beberapa kemungkinan dari yang pernah saya sebut sebelum
ini.
[1] Ia mungkin datang dari
Indonesia, sesuai dengan Pemilu Presiden 2014. Kalau benar PBT itu sama
orangnya dengan Satrio Peninggit, maka sangat bertuah Negara Indonesia itu
sebagai tapak untuk kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman.
[2] Ia mungkin berlaku di Mesir.
Kerana Husni Mubarak akan berkuasa semula & penentangan Ikhwanul Muslimin
terhadapnya menjadi bertambah sengit.
Bahkan ada satu teori
(atau tanggapan umum) bahawa Osama bin Mohamad Mursi akan dijulang oleh rakyat
Mesir menjadi Presiden Mesir yang sah menggantikan ayahnya. Wallahu ahlam.
[3] Mungkin juga
berlaku di Qatar, sesuai dengan pertabalan Putera Bani Tamin (PBT) sebagai
pemerintah yang baru. Tetapi kami telah membahasnya dan menganggap sebagai
tidak munasabah.
[4] Mungkin dia muncul
di Afghanistan dari puak/kelompok Taliban. Tetapi kami merasakan agak janggal
untuk menerimanya disebabkan kehadirannya (existence) sudah lama melebihi 10
tahun.
[5] Atau mungkin juga keluar dari kumpulan
Bani Pashtun di Afganistan (kononnya dari keturunan Bani Ishaq). Teori ini
sedang berlegar dan kami sedang mengkajinya dan melihat kemunasabahannya dari
keterangan hadis dan kata-kata ulamak.
[6] Mungkin juga ia
merupakan kelompok tentera tersusun dari Jamaah Ansar As-Sunna (JAS) di Iraq
yang giat menentang AS & agen-agen Dajjal yang lain tanpa henti.
Kemudian mungkin juga
berlaku di tempat-tempat lain, yang di luar pengkajian kami. Wallahu ahlam.
Tetapi yang pastinya,
Negara yang ditubuhkan PBT ini adalah 18 bulan (1.5 tahun) sebelum diserahkan
kepada Al-Mahdi. Kalau PBT belum muncul, maka kemunculan Al-Mahdi tentunya jauh
lagi.
Semejak saya menulis blog ini
mulai tahun lepas (2012), saya terjumpa pelbagai perkara yang akhirnya sampai
kepada satu titik. Titik itu dipanggil Perang Amargeddon (Perang Akhir zaman).
Perang itu belum berlaku lagi,
tetapi tanda-tandanya sudah ada & sudah berkembang mekar. Tetapi saya
tiba-tiba jadi sangat malas menulis mengenainya. Saya jadi hairan, kenapa saya
tiba-tiba malas?
Rusia telah mengirim kapal
pengintai ke Mediteranian Timur setelah Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menyerang
Syria. Kapal pengintai tersebut meninggalkan pangkalan angkatan laut Rusia di
Ukraine, pelabuhan laut hitam dari Sevastopol pada Ahad, 1/9/2013 yang lalu.
Kapal itu akan mengumpulkan
informasi di wilayah konflik. Hal itu dilaporkan surat kabar Rusia, Interfax
pada Isnin 2/9/2013 dengan mengutip sumber-sumber tentera yang tidak disebutkan namanya.
Kementerian Pertahanan Russia menolak
memberi komentar secara langsung. Namun, Interfax mengatakan kapal SSV-201
Priazovye akan beroperasi secara terpisah dari unit angkatan laut Rusia yang
sudah ditempatkan di Mediteranian.
Maka timbullah beberapa soalan
untuk kita jawab.
[1] Kalau benarlah AS menyerang
Syria, maka adakah benar Russia akan menyerang Arab Saudi seperti heboh
sekarang ini?
[2] Jika Russia tidak menyerang
Arab Saudi seperti yang diramalkan banyak pihak, maka adakah benar Arab Saudi
tidak akan mengusik pengkalan tentera Russia di Damsyik untuk menjamin
keselamatannya?
[3] Atau adakah Russia
terpengaruh dengan beberapa janji manis Arab Saudi untuk memberinya beberapa
kawasan telaga minyak untuknya?
Mari kita bercakap mengenai
perkara masa depan bahawa Imam Mahdi akan menyebelahi AS dalam peperangannya
dengan Russia. Anda tentu hairan bagaimana kami boleh mengatakan perkara ini
lebih awal.
Anda faham maksud saya? Kalau
anda tidak faham, mari saya berikan anda beberapa kata akhir zaman dari seorang
guru kerohanian yang saya hormati.
KATA [1] “Sebagai penganut Islam,
kita percaya bahawa penyelamat itu (maksudnya Al-Mahdi) akan datang lebih awal
daripada Nabi Isa a.s. Namanya ialah Muhammad Al- Mahdi”.
KATA [2] "Dia akan datang,
tetapi kemunculannya adalah selepas perang besar (Perang Amargeddon). Ia adalah
satu peperangan di antara kuasa-kuasa besar”.
Al-Mahdi akan muncul (akan
datang) selepas peperangan Amargeddon antara kuasa-kuasa besar dunia. Maka anda
tentu tertanya-tanya, pihak manakah yang disokong Al-Mahdi & kenapa dia
berbuat demikian?
Dia akan menyokong AS
dan menentang Russia dan kumpulannya. Ada 3 sebab di sebalik misteri ini.
Sebelum kami memberi
analisanya satu persatu, elok anda bertanya kepada diri anda sendiri soalan
berikut.
KENAPA PERANG INI
BERLAKU DI ASIA BARAT?
KENAPA BLOK TIMUR DAN
BARAT BERPERANG DI TENGAH PERMUKAAN BUMI?
Kita berhenti di sini
dahulu. Ada waktunya nanti, insyaallah kita akan berjumpa kembali.
prokalamasi berdirinya NEGARA ISLAM INDONESIA
ReplyDeleteSEKARMADJI MARIDJAN KARTOESOWIRJO
salam utk semua... tentu abah masih ingat tentang sedikit ulasan saya dulu.. perjlnan kita masih pjg.. tahap imam besar kita baru tahap permulaan.. kita semua akan terus menyaksikan negara islam berperang...
ReplyDeletemasih ingatkan kita hujan meteor yg menerangi langit tanah melayu... itulah bumi bertuah pilihan Allah utk kita..
kemungkinan besar sesiapa yg masih hidup atau berumur pjg 20 tahun kedepan.. atau mungkin kurang dr itu..atau mungkin lebih... dpt menyaksi atau berjuang bersama..???
anak anak kecil atau remaja... didiklah mereka kuatkan iman mereka.. supaya mereka tdk terpedaya dan tdk mengikut tuhan dajjal bermata satu.. begitu juga kita yg dewasa.. 20 tahun mungkin pjg mungkin singkat waktunya bagi kita....
org meteor
setuju friend...
Deletebukan sahaja imam besar kita semua dilatih dlm alam mimpi... sahabat seperjuangan yg setia disamping imam besar.. mungkin juga pbt.. roh mereka dilatih bersama dialam mimpi.. hanya mungkin mereka tdk mengenali satu sama lain.. kerana belum waktu.. baru permulaan..
ReplyDeleteyg berlatih mungkin dtg dr negara yg sama atau mungkin dr negara berlainan.. mungkin ada diantara anda yg pernah bermimpi diberi latihan di bukit digunung bersama yg lain.. ada yg dilatih berperang mengguna pedang.. mimpi yg dialami benar benar seperti berada di alam nyata... atau anak anda yg bermimpi dgn satu kelompok lain..
ini dr org yg berilmu kasyaf.. berilmu tinggi tapi bukan saya.. saya hanya mengetahui... benar adanya rambut merah itu.. hanya sedikit atau mungkin terlalu sedikit.. cahaya merah memancar terang bila terkena cahaya matahari.. merah keperangan perangan....
org meteor
harap maaf jika ada yg tak menyukai..
mimpi cuma satu part kecil sahaja. banyak lagi cara lain memperoleh ilmu
Deletebingo
Deleteupdate:
ReplyDelete2-3 hari lepas, selepas Israel melancarkan dua Peluru Berpandu Balistik di laut mediterranian, Russia respond dengan menghantar dua "marine-carrying amphibious assault ships"
semalam russia dah hantar kapal Moskva, kapal Cruiser kebanggaan Russia yang menjadi Falgship Armada Laut Hitam Russia ke Timur Mediterranian. Lagi 10 hari dari semalam sampai lah ke timur mediterranian... bersama yang menyusul ialah kapal Destroyer dan Frigate Russia.
Senate Amerika dah lulus military intervention ke atas Syria. Kongress Amerika? Pandai Barrack Hussein Obama main silap mata. Carrier Nimitz dikekalkan di mediterranian bersama banyak lagi kapal-kapal Destroyer dan kapal selam, tidak termasuk Carrier lain.
ia ke Imam Mahdi menyokong US? Kata dia muncul selepas perang besar, jadi waktu perang besar mana ada lagi imam yang boleh berpihak kepada US atau Russia. Jika waktu perang besar dia dah campur tangan, kedua entiti us dan russia pasti hancur...
ReplyDeletesoalan anda sangat bagus. Saya akan menjawab soalan tersebut dalam artikel akan datang. insyaallah
ReplyDeletemenurut hadis..pihak islam akan berperang dengan rom melawan musuh dari belakang..persoalannya adakah rom menurut hadis itu ialah amerika dan barat sekarang..jika rujuk rom yg dimaksudkan dalam al-quran ialah russia sekarang..harap ambil perhatian!!
ReplyDeletewaallahualam
Penah dengar juga. Legasi rom yang dimaksudkan itu dikatakan russia. Adakah ceritanya ialah pemerintahan rom timur berpindah ke russia pada zaman dahulu? Jika benar begitu Imam Mahdi dan/atau kaum muslimin berpakat dgn russia menentang barat?
DeleteTuan, adakah Rum yang disebut dalam al Quran itu ialah Rom Timur iaitu kerajaan Byzantin ketika ayat tentang kekalahan Rum diturunkan? Byzantin bertahan begitu lama sehinggalah Muhammad ke II al Fateh merobek kubu pertahanan ibukota pusat pemerintahan Byzantin iaitu Konstantinopel lalu mereka beransur ansur pindah ke Russia?
Deleteinsya allah, kemungkinan besar pbt sudah berada di suriah.
ReplyDeletepenunggu imam mahdi
anggota mujahidin suriah sebagian berasal dari negeri timur, dimana mungkin pbt ada didalamnya. semoga pbt dapat menyiapkan daulah islam di suriah dan kekhalifahan suriah ini akan menggemparkan timur dan barat, kemudian kepemimpinannya akan diserahkan kepada imam mahdi. amin.
DeleteNB. syariah islam sudah diterapkan di sebagian wilayah yang dikuasai mujahidin.
Mereka yang bertanggung jawab kepada urusan jemaah dakwah dan tabligh di seluruh dunia yang berpusat di masjid Basti Nizamuddin di India adalah berketurunan daripada Saidina Abu Bakar AsSiddiq.
ReplyDeleteApabila Nabi Muhammad memulakan usaha dakwah siapa yang pertama membantunya?
Insyallah,dua keturunan yang mulia akan bersatu semula dengan izinNya untuk mengemilangkan islam kembali
RUM=RUSIA MODEREN
ReplyDeleteAssalamualaikum.....
ReplyDeleteYa,mmg benar kata2 org meteor trsebut ttg alam mimpi tu..dn ada sebahagian yg lain...mndaptnya dgn cara lain ats kehendk Allah...mmg takkan msuk akal...
Hnya org2 yg dipilih dn trpilih saja akn mngalaminya...Roh roh org pilihan Allah dilatih brsama dialam mimpi dn jg alam zahir utk mncul brjuang brsama dgn Imam Mahadi di akhr zamn....inshaAlah tnh jawi adlh tanh bertuah.Aamiin..
ASSALAM. Maksud yang saya faham. Imam Mahdi akan muncul setelah berlangsungnya perang amargeddon. Ketika itulah, beliau akan menyokong negara yang patut disokong. Wallahu ahlam.
ReplyDeleteSemoga Islam Berjaya....again...dan kita2 jadi pemain/pembela...bukan penonton apalagi musuh Imam Mahdi/mujahidd.../ISLAM....semoga kita terhindar dari Neraka...amin,.....
ReplyDeleteislam agamaku
ReplyDeletekali ke dua best tu
ReplyDelete