GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 13 July 2012

KALAU TAKUT, JANGAN BACA ARTIKEL INI.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Tolong baca semula hadis di atas. Baca elok-elok. Malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari

1 HARI = 24 JAM
1 JAM = 60 MINIT

Maka, 60 MINIT x 24 JAM = 1440 MINIT

Oleh itu, 1440 MINIT / 70x malaikat maut memerhati kita,  maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat  jawapannya, 21 minit..

MAKSUDNYA, MALAIKAT MAUT PERHATIKAN KITA SETIAP 21 MINIT.

Apa kata anda, semasa Izrail (malaikat maut) itu datang, anda sedang…

[1] Berdua-duaan dengan pasangan anda di sebuah taman bunga, sedang berpegangan tangan, sentuh itu, sentuh ini, sedangkan anda belum diijabkabulkan.

[2] Berkeras suara kepada ibu anda. Anda kata macam-macam padanya. Ibu gila, orang tua nak mampus, benci wei, serabut wei, orang tua bengong dan sebagainya.

[3] Anda merempit dengan motorsikal anda dengan kelajuan 100 km /jam. Bapa anda dah larang, tetapi anda buat pekak badak sahaja. Bahkan anda kata pulak dalam hati kat dia..bapak aku ni kolot, jumud, ketinggalan zaman, darat, gong dan sebagainya.

[4] Berak di tandas sambil ambil pil kuda. Anda khayal semacam dalam tandas sambil senyum termeweh macam berok pencen. Masa itu, najis belum dibasuh. Tak malukah anda mati dengan tahi bertempek-tempek kat punggung?

[5] Susup sasap lari dari Cikgu Disiplin. Anda sembunyi sana, sembunyi sini. Tiba-tiba kaki anda tergelincir kat tangga, anda terjunam. Kepala jatuh dahulu, patuh riuk bahagian tengkok.

[6] Upload gambar artis yang terbuka aurat dalam facebook.  Tiba-tiba anda sesak nafas. Izrail pun datang mencabut nyawa. Anda dah buat dosa kerana memasukkan gambar artis terbuka aurat. Dosa ini pula berlarutan sampai ke kubur selagi gambar tersebut tak dipadam.

[7] Tengok gambar lucah dalam internet sampai luput solat Asar. Izrail pun datang memanggil.  Matilah anda dalam maksiat kepada Allah.

Apa pula kata anda jika Izrail sedang datang itu, dia tengok anda  dok buat benda KEJI, KOTOR, HINA seperti di bawah,...Lihat foto kat bawah. APA MACAM ?

Sihir itu syirik. Dosa besar


Minum arak, juga dosa besar
Khayal & rosak mental akibat hidu gam.
Ditangkap maksiat dalam hotel
Ditangkap khalwat juga.
Terjatuh bangunana sesudah berkhalwat
Nasib seorang Mat Rempit
Bagaimana selepas bunuh mak, anda pula mati???

Anda merompak, kemudian polis menembak anda.
Maka matilah anda dalam maksiat kepada ALLAH

Hang nak mati dalam keadaan berbuat maksiat ke?. Tak sempat mengucap, tak sempat bertaubat. 

Izrail tu datang ikut jadual (time table) dia. So, hang kena hati-hati la. Jangan loklak. 

Ya..malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari :
1 HARI = 24 JAM
1 JAM = 60 MINIT

Maka, 60 MINIT x 24 JAM = 1440 MINIT

Oleh itu, 1440 MINIT / 70x malaikat maut memerhati kita,  maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat  jawapannya, 21 minit..

SETIAP 21 MINIT MALAIKAT MAUT AKAN PERHATIKAN KITA...

Ingatan Ikhlas Untuk Anda
"Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya)."(Surah Al-Hijr ayat 5

2 comments:

  1. TAKUTNYA KALAU MATI TAK SEMPAT MENGUCAP.

    ReplyDelete
  2. subhannallah,,sngt takut ..
    harap ajal dtng dlm keadaan baik ...

    ReplyDelete