GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 29 July 2012

KEHEBATAN PUASA RAMADHAN & 6 HARI SYAWAL



Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)


Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Secara matematiknya, 30 hari berpuasa di dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan berpuasa 300 hari atau 10 bulan dalam setahun. Ini bermakna 1 hari berpuasa di bulan Ramadhan = 10 hari berpuasa dalam setahun.

Dengan mencukupi 6 hari berpuasa sunat di bulan Syawal, maka ia menjadi 60 hari dalam setahun. Ini menjadikan jumlah besarnya 360 hari atau setahun penuh.

Alangkah besarnya nikmat dan pahala berpuasa dalam Islam.

Selain pahala puasa yang sangat besar, sehingga dikatakan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada kasturi pada sisi tuhan, ternyata puasa itu juga mempunyai khasiat yang sangat besar kepada kesihatan manusia.

Untuk mendapat info yang lengkap tentang perkara ini, elok anda ke WEBLOG CIKGU ZAIN (http//www.czain.blogspot.com) dan dapatkan entri terbaru beliau di sana, KEHEBATAN MANFAAT PUASA KEPADA MAANUSIA.

Atau anda terus ke blog beliau dalam BLOG LIST di sebelah kiri entri ini.

Sekarang mari kita tengok manfaat puasa kepada kesihatan secara sepintas lalu.

KEBAIKAN BERPUASA KEPADA KESIHATAN
Puasa adalah cara terbaik untuk proses pembuangan sel-sel atau hormon yang rosak dan membangun kembali badan dengan sel-sel baru. Dan ini sangat berlawanan sekali dengan apa yang difahami oleh kebanyakan manusia,  “bahwa puasa menyebabkan orang menjadi lemah dan lesu”. Puasa yang baik bagi tubuh manusia itu syaratnya adalah dengan melakukannya selama satu bulan berturut-turut dalam setahun, dan boleh ditambahkan 3 hari setiap bulan. PPPPPPPPPPPP
PENDAPATPPPPPPPPPPPPPPPPHHHHPPGGGGPPENGALAMAN ROHANI-
PENDAPAT TOM BRANCH (COLUMBIA PRESS)
Sebenarnya, ada sebilangan orang bukan Islam yang tertarik dengan ritual amalan puasa ini. Salah seorang daripada mereka ialah Tom Branch, seorang wartawan dari Columbia Press.

“Aku menganggap bahwa puasa adalah pengalaman rohani yang sangat luar biasa, lebih besar daripada pengalaman biologi badan semata-mata. Pada masa dahulu, aku berpuasa dengan tujuan mengurangi berat badan yang berlebihan. Akan tetapi, ternyata aku mendapati bahwa puasa tersebut sangat bermanfaat sekali bagi kejernihan fikiran. Puasa sangat membantu pandangan mata sehingga pandangan menjadi jelas sekali. Demikian juga sangat membantu dalam menganalisis ide-ide baru atau pun persepsi. Belum berlalu beberapa hari aku melakukan puasa, namun aku telah mendapat pengaruh kejiwaan yang demikian besar !

Cuba anda lihat, berapa kelebihan yang diperolehi oleh Tom Branch ini. Satu pengakuan yang sangat baik untuk puasa.

[1] Pengalaman rohani yang sangat luar biasa. Berpuasa memerlukan 14 jam berlapar & dahaga. Manusia yang boleh melakukannya ternyata sangat hebat.

[2] Mengurangi berat badan. Berpuasalah untuk membuang lemak anda. Anda akan jadi lebih kurus dan menawan.

[3] Mencapai kejernihan fikiran. Berpuasa mempersempit laluan syaitan di dalam saluran darah. Gerakan impuls dalam system saraf menjadi sedikit lambat.

[4] Membantu pandangan mata sehingga menjadi jelas. Salah satu sebab kerosakan mata ialah berlebihan kolestrol pada salur darah mata. Berpuasa mengurangkan kolestrol dan menolong mata menjadi lebih sihat.

[5] Membantu menganalisis ide-ide baru atau persepsi baru. Kejernihan fikiran yang terhasil dari sifat “kurang makan” atau berpuasa akan menolong otak berfikir secara sihat dan rasional.

[6] Mendapat pengaruh kejiwaan yang nyaman. Maksudnya, jiwa yang rileks, tenang, sejuk dan mudah didekati.  

BERPUASA SEHINGGA SEKARANG
“Aku telah berpuasa beberapa kali hingga sekarang. Dan aku biasanya memilih waktu antara 1 sampai 6 hari. Pada awalnya, tujuan aku berpuasa adalah untuk menghilangkan kesan negatif dari makanan yang aku makan. Selanjutnya aku berpuasa untuk membersihkan jiwaku dari hal-hal yang aku alami sepanjang hidupku, khususnya setelah memperhatikan dunia dalam beberapa bulan terakhir, aku melihat banyak kezaliman dan kejahatan di dalam hidup manusia. Aku banyak berfikir dan merasa bertanggung-jawab terhadap keadaan mereka, maka akhirnya aku berpuasa untuk menghilangkan fikiran-fikiran itu.”

Mari kita lihat lagi kesan yang Tom Branch dapat.

[7] Berpuasa untuk mengurangkan bahan toksin di dalam tubuh. Pengeluaran urin & najis dari tubuh manusia yang disetai oleh pengambilan makanan lainnya menolong mengurangkan kandungan toksin.

[8] Menghilangkan keserabutan jiwa & kekalutan fikiran akibat kerosakan masyarakat masakini. Selanjutnya puasa mendorong seseorang bersikap simpati dan empati terhadap nasib buruk & penderitaan orang-orang yang di sekelilingnya.    
MANFAAT-
MANFAAT PUASA KEPADA SPIRITUAL MANUSIA
“Setiap kali aku berpuasa, perasaan tertarik pada makanan benar-benar hilang, dan aku merasakan badanku sangat rileks dan nyaman. Dan aku merasakan diriku jauh dari fantasi-fantasi, emosi-emosi negatif seperti dengki, cemburu, suka mengumpat, juga hilang perasaan takut, perasaan tidak enak, dan bosan. Semua perasaan-perasaan ini hilang dengan sendirinya ketika aku berpuasa. Dan sungguh aku merasakan pengalaman yang begitu mengesankan bersama dengan banyak manusia ketika berpuasa. Dan mungkin juga puasa yang dilakukan selama 1 bulan oleh kaum muslimin (sebagaimana aku melihat mereka di Turki, Suriah, dan Quds) adalah penyebab yang menjadikan jiwa-jiwa mereka begitu mengesankan yang tidak pernah aku temukan di belahan dunia manapun.”

Selanjutnya, mari kita tengok penemuan-penemuan yang terus dijumpai oleh Tom Branch. Banyak info berguna yang boleh kita kongsi dari pengalaman beliau itu.

[9] Mengurangkan nafsu makan yang membuak-buak. Sikap ini adalah langkah terbaik untuk mengosongkan perut dan terhindar daripada mendapat penyakit-penyakit bahaya.

[10] Puasa juga dapat menghilangkan sifat-sifat mazmumah (keji, kotor, tercela) & mengisi pula sifat-sifat mahmudah (baik, elok, sopan) ke dalam diri seseorang sebagaimana yang dicapai oleh Tom Branch.

[11] Merasakan keindahan berpuasa pada saat iftar (majlis berbuka puasa) secara beramai-ramai. Alangkah indahnya santap bersama-sama setelah seharian berlapar dan dahaga.

[12] Puasa menjadikan jiwa seseorang kuat dan kekuatan itu pula terpancar pada wajahnya. Kekuatan berlapar dan beribadat di sebalik rasa lapar adalah tunjang keimanan
yang sangat kuat

PUASA ADALAH DOKTOR PERCUMA
Sesungguhnya puasa, tanpa berlebih-lebihan makan pada waktu berbuka puasa, adalah “doktor” yang paling murah. Sebab puasa mampu menurunkan berat badan secara signifikan, dengan catatan bahawa ketika berbuka puasa harus memakan makanan yang seimbang dan tidak terus mengambil makanan berat ketika berbuka. Rasullulah ketika memulai ifthar dari puasa adalah dengan memakan beberapa biji kurma dan bukan yang lain, atau seteguk air putih lalu shalat. Inilah petunjuk.
-
Dan ini sebaik-baik petunjuk bagi orang yang berpuasa dari makanan dan minuman untuk waktu yang lama. Maka, gula yang ada di dalam kurma akan menyebabkan orang  merasa segar & kenyang ketika memakan kurma. Ini kerana khurma sangat mudah dicerna dan dikirim ke dalam darah, dan pada saat yang sama ia membekalkan  tenaga atau kekuatan kepada badan.
-
Adapun jika kita terus makan daging, sayur dan roti, setelah lapar karena puasa, maka tubuh memerlukan waktu yang agak lama untuk mencerna dan menyerap sari makanan dan baru kemudian kita merasa kenyang. Dan pada saat seperti ini, maka orang ketika awal-awal berbuka akan tetap merasa lapar. Dan akhirnya, orang yang berpuasa itu kurang memperoleh manfaat langsung dari puasanya, yaitu memperoleh kesehatan, afiat dan tenaga. Bahkan ia akan tetap menghimpun lemak dan kegemukan di dalam tubuhnya.

Sesudah anda mengetahui betapa hebatnya khasiat puasa itu kepada manusia, maka sekarang mari kita dengarkan sebuah cerita yang berlaku di zaman Rasulullah.
Ia sebuah cerita tauladan yang ada kaitannya dengan puasa Ramadhan yang sedang kita bicarakan ini.

KISAH DI ZAMAN RASULULLAH 
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Pada masa itu, baginda sedang mengajarkan ilmu agama kepada para sahabatnya.

Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

[1] Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'.

[2] Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan

[3] Syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun.

Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu.

Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam & semakin kurang berpuasa.

Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. 

Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

No comments:

Post a Comment