GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Sunday 8 July 2012

KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI KEDUA)

 

Saya semakin seronok menulis pasal Imam Mahdi kerana ia mendorong saya semakin kuat mengkaji.

Memang kita semua tidak tahu SIAPA IMAM MAHDI, tetapi ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis dan sebahagian ucapan sahabat membolehkan kita mengkaji sedikit demi sedikit siapakah beliau itu.

Sebelum membaca post ini, elok anda baca terlebih dahulu post saya yang terdahulu, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI PERTAMA).
.  
Kali ini, mari kita tengok post terbaru saya, KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI KEDUA).

Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Kami pernah berada di samping Ali r.a,  lalu ada seorang bertanya beliau tentang Al Mahdi. Maka Sayyidina Ali r.a. berkata, “Jauh.” Kemudian dia melipat jarinya 7 dan berkata, “dia akan keluar di akhir zaman ketika mana seorang yang berkata, “Allah! Allah!” dibunuh. Allah menghimpunkan satu golongan yang bertompokan seperti awan. Allah memesrakan di antara hati mereka. Mereka tidak takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun. Dia masuk menemui mereka seramai bilangan ahli Badr. Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka dan orang-orang kemudian tidak mendapat kedudukan mereka. Bilangan mereka juga seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.” (Mustadrak Al-Haakim j.4 ms. 554)

Kalau anda baca dengan berhati-hati ucapan Syaidina Ali di atas, anda akan mendapati beberapa kesimpulan berikut.

PERKARA [1] Imam Mahdi akan keluar di saat orang yang berzikir”Allah, Allah” dibunuh.

PENJELASANNYA
Orang yang banyak berzikir demikian biasanya golongan Asoib atau tarikat yang sentiasa mendekatkan diri mereka kepada tuhan.

Saya mendapat khabar bahawa Imam Mahdi itu pengikut tarikat Tijaniah. Maksudnya, pada masa itu, perkembangan tarikat Tijaniah sangat memuncak dan sangat ditakuti oleh pemerintah setempat.

Sifat dan sikap golongan asoib atau tarikat itu mudah dikenali. Mereka mencari keredhaan Allah dan sanggup mati keranaNya.

Kerana itu mereka sangat berani dan lantang bersuara. Mereka tidak takut kepada sesiapa tetapi hanya takut kepada Allah semata-mata.

Saya ulangi semula ucapan Syaidina Ali yang saya sebutkan pada post yang terdahulu.

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)

Al-Mahdi bukan lari kerana takut dan gentar, tetapi lari untuk mengatur strategi baru untuk kelangsungan seterusnya.

PERKARA [2] Allah menghimpunkan satu golongan yang bertompokan seperti awan.

PENJELASANNYA
Maksud awan di sini ialah putih bersih. Maksudnya hati yang putih bersih. Golongan yang sentiasa menjaga kebersihan hatinya ialah golongan asoib atau tarikat. Mereka tidak tamak, iri-hati, benci-membenci dan dengki-mendengki.

Hati mereka penuh dengan sifat-sifat mahmudah. Mereka menolak segala sifat-sifat mazmumah.

Setiap ahli asoib atau tarikat, dari tarikat mana sekali pun atau cabang mana sekali pun, tetap menghormati dan meyayangi satu sama lain. Tujuan mereka hanya satu iaitu mencapai keredhaan Ilahi, Tuhan yang mereka sayangi. 

Pengikut tarikat Tijaniah adalah cabang dari Tarikat Idrisiyah, manakala Idrisiyah itu pula cabang dari Tarikat Syaziliah. Kebanyakan tarikat pada akhir zaman ini adalah cabang dari tarikat yang pelbagai.

Saya sendiri pengikut Tarikat Samaniyah Naqsabanbiyah, cabang dari 2 tarikat utama iaitu Samaniyah & Naqsabandiyah.

Pada ahkir zaman nanti, semua golongan asoib dan tarikat akan bersatu-padu di bawah pimpinan Imam Mahdi  untuk mencapai Daulah Islamiyah yang dicita-citakan itu.
   
PERKARA [3] : Allah memesrakan di antara hati mereka.

PENJELASANNYA
Kedudukan penganut tarikat antara satu dengan yang lainnya ibarat saudara yang berjalan pada laluan yang sama. Allah menjadikan hati mereka saling bertaut.

Apabila mereka bertemu di suatu tempat walau pun belum berkenalan, hati mereka mendakap mesra seolah-olah mereka saudara karib yang sudah lama tidak bertemu.

Ini tentunya melawan sikap masyarakat pada akhir zaman, iaitu saling ludah meludahi.  

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi tidak akan muncul selagi sebahagian kamu tidak meludah ke muka sebahagian yang lain.” (Ibid j.6 ms.33)

Perkataan “ludah meludahi” menunjukkan kebencian, kata-mengata, kedengkian & kejahatan hati umat Islam pada akhir zaman.

Ia berlaku kepada sesiapa sahaja. Ahli politik, ahli ekonomi, cendiakawan, ustaz, para ulamak, para peniaga, penoreh getah, amah dan sebagainya.   

“Ludah-meludahi” tidak berlaku kepada para ahli asoib atau tarikat.

Jika mereka disakiti, mereka BERSABAR

Jika mereka ingin menyakiti, mereka juga BERSABAR.

Kalau berlaku juga “ludah meludahi” itu, itu bukan mereka, tetapi itu adalah orang yang meminati mereka, tetapi mengaku sebagai MEREKA.

Mereka mengaku, saya orang tarikat ini dan ini, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa-apa pun tentang tarikat.

PERKARA [4] : Mereka tidak takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun.

PENJELASANNYA
Mereka hanya takut kepada Allah. Bila mereka bercakap atau melakukan sesuatu, hanya keredhaan Allah yang mereka cari.

Mereka juga tidak gembira berada bersama orang ramai. Kerja mereka hanya berzikir dan bermunajat kepada Tuhan.

Mereka bukan pemboros masa di kedai-kedai kopi, warung atau kopitiam. Tempat mereka ialah di masjid, surau atau tempat bersuluk di rumah mereka. Mereka dikenali kerana zikir dan ibadat mereka yang banyak.

PERKARA [5] : Dia masuk menemui mereka seramai bilangan ahli Badr.

PENJELASANNYA
Bila sampai waktunya, Imam Mahdi akan menemui mereka seramai 313 orang (sebanyak bilangan Ahli Badar).

Siapakah mereka itu?

Saya berpendapat, mereka merupakan tokoh-tokoh penting golongan asoib atau tarikat yang bertebaran seuruh dunia.

Setakat ini, terdapat 34 tarikat yang muktabar dan diakui sah oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah. Daripadanya, keluar cabang-cabang lain yang pelbagai jenis. Semuanya diterima. Wallahu ahlam.

PERKARA [6] : Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka dan orang-orang kemudian tidak mendapat kedudukan mereka.

PENJELASANNYA
Peningkatan martabat mereka adalah kerana zikir dan amal ibadat mereka. Mereka akan menjaga zikir mereka dan sentiasa meningkatkan kualiti dan kuatitinya.

Disebutkan bahawa, [1] mereka banyak berzikir kepada Allah, sehingga kepala mereka kelihatan seperti burung belatuk, [2] mereka banyak berselawat kepada Rasulullah, sekurang-kurangnya 1000X, [3] sentiasa bersolat sunat, dikhabarkan sehingga 500 rakaat sehari semalam, [4] sentiasa bertahajjud waktu malam, [5] sentiasa berpuasa sunat di sinang hari, [6] gemar memakai sorban, [7] melazimi sunnah nabi pada sepanjang waktu.

Orang-orang dahulu tidak dapat mendahului mereka, apatah lagi orang-orang kemudian yang terkenal sangat mencintai dunia.
    
PERKARA [7] : Bilangan mereka juga seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.”  

PENJELASANNYA;
Ya, jumlah mereka seramai 313 orang yang terkenal sabar dan sanggup mendengar arahan Thalut ketika melawan tentera Jalut di zaman Nabi Daud.

Imam Mahdi memerlukan pasukan yang mesti sabar dan sanggup memdengar arahannya. Dikhabarkan bahawa Imam Mahdi mempunyai sikap yang sangat tegas kepada petugasnya atau askarnya, tetapi sangat lembut dan penyayang kepada rakyat biasa.

Mari kita ikuti sebuah hadis lain yang berkaitan.

Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah s.w.t. akan melayakkannya hanya dalam satu malam.” (Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Haakim.

Imam Mahdi itu adalah insan istimewa yang diislahkan (dilayakkan) Tuhan hanya dalam satu malam sahaja untuk menjadi pemimpin umat Islam pada akhir zaman.

MAKSUDNYA
[1] Sebelum itu, ilmu agamanya sudah banyak dan meluas. Dia seorang yang rajin belajar mencari ilmu.

[2] Sebelum itu, amalnya sudah cukup banyak dengan segala zikir, selawat, puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

[3] Sebelum itu, dia pengikut sebuah tarikat (dikhabarkan Tarikat Tijaniah) di mana dia  menggunakan landasan tarikat ini untuk membuang segala sifat-sifat mazmumahnya dan mengisinya dengan segala sifat-sifat mahmudah.

[4] Sebelum itu, dia selalu memikirkan masalah umat dan bercita-cita besar untuk membawa umat Islam ke pangkal jalan.
    
[5] Sebelum itu, dia sangat benci melihat kejahatan Dajjal dan agen-agennya dan bertekad untuk menghapuskannya.

AKAN TETAPI, dia tidak pernah berniat untuk menjadi pemimpin umat Islam akhir zaman, tetapi Tuhan memilihnya untuk kita.

OLEH ITU, awasilah mereka yang mendabik dada mengaku sebagai imam mahdi. Anda tidak layak sebenarnya..
Sekian adanya. Yang benar itu dari Allah. Yang buruk dan hina itu dari kelemahan diri saya sendiri.

3 comments:

  1. Berbagei jenis tareqat bernama ada serata dunia,
    Samaniah Naksabandiah Kholidiah dll ada dimana2,
    Jika Imam Mahdi pengamal Tijaniah tareqat bernama,
    Itu maknanya dia Imam Mahdi Al-Muntazar namanya...

    Ada satu "tareqat tidak bernama" diberi gelaran,
    Tareqat "Hidup" menghidupkan ajaib menakjubkan,
    Hingga kapan ketemu pada dua persimpangan jalan,
    Disitu ada satu jalan lurus terang membimbingkan...

    Mahdi Al-Muqaddimu ngak mengamal tareqat bernama,
    Dia hanya amalkan Kitab Muqaddam pusaka Nendanya,
    Itulah ilmu amalan Mahdi Muqaddimu peringkat awalan,
    Dilengkapi ilmu pertapaan sendiri terajui Akhir Zaman...

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Tareqat Samaniah dibangsa amalan pakaian Imam Ali,
    DiGombak pak guru Lebai Maidin udah ngak ada lagi,
    Kalo Ratib Saman bergema disurau ada yg cabut lari,
    Bageikan guruh halilintar bingit memecahkan bumi...

    Dizaman Nabi diajar ilmu perang dinamakan Kahar Ali,
    Pahlawan Islam terbilang jolokan Singa Allah pada Ali,
    Pusaka Imam Ali diwarisi Imam Bonjol zaman revolusi,
    Usir Belanda Jepang dari Indonesia bumi ibu pertiwi..

    Pahlawan Melayu turut mewarisi ilmu perang Imam Ali,
    Pahlawan Pahang Mat Kilau amal Samaniah Tareqat Ali,
    Dibilang ada Ilmu Jirim sandaran ghaib sukar difahami,
    Matinya ada 2 kubor sukar dimengerti jadi misteri..

    Walo pahlawan Islam perbagei aliran berbeda amalan,
    Diambang Akhir Zaman mari beserta satukan kekuatan,
    Berjihad bersama tentera Mahdi Khalifah Akhir Zaman,
    Pulehkan maruah Islam sekian lama ditelan Fitnah Zaman..

    Kapan terdengar berita gemparan ditanah suci Mekah,
    Kaum nan sedikit mengalahkan kaum yg banyak rebah,
    Kapan datang kemenangan berbondong2 manusia keMekah,
    Ngak lagi sosah2 merangkak atas salji cari Mahdi berbaiah...

    "Finally the realm of the AhlulBait
    will be known to the whole world..."

    Allahu'alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudaraku atas ingatanmu kepada Ratib Saman.

      Delete