GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Thursday 28 February 2013

MANUSKRIP TEMBAGA (29A) RUJUKAN KEPADA NAS IBRANI (HEBREW).Cerita Tentang 3 Manusia



SIAPAKAH 3 MANUSIA ITU? Ikuti Cerita Tentang Dajjal Perosak, Imam Mahdi Al-Muntazar & Nabi Isa a.s

Manuskrip tembaga (maksudnya saki-baki Lembaran Qamaran sebelum ini, tetapi ditulis di atas tembaga) mempunyai keunikannya yang sangat hebat iaitu sentiasa berada.di tangan penguasa-penguasa Arab. Ianya dipelihara di Muzium Amman, Jordan dan tidak diletakkan di Muzium Al-Qudus yang berada di bawah kuasa Israel sejak 1967

Tuhan menyelamatkan lembaran-lembaran ini daripada jatuh ke tangan musuh durjana. Samada Lembaran 1,2,3,4 atau Manuskrip Tembaga (kerana ia ditulis di atas tembaga) ini mengandugi rahsia-rahsia besar akhir zaman.

Manuskrip ini ditulis pada kurun pertama masehi dan menceritakan tentang sosok 3 lelaki akhir zaman. Ia membahaskan tentang nisbah cahaya dan kegelapan.

Manuskrip Tembaga ini dijumpai sebanyak 2 nas. Nas pertama ditulis dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Nas Kedua pula ditulis dalam bahasa Aramiah.

Mari kita tengok nas pertama dahulu : NAS IBRANI (HEBREW). Dia menceritakan tentang 3 lelaki seperti berikut..

LELAKI PERTAMA  dikatakan terdiri daripada unsur-unsur kejahatan (di mana dalam keperibadiannya terdapat 8 bahagian kegelapan dan 1 bahagian nur), maka seungguhnya kepalanya besar, dua pipinya temban (gemuk) dan giginya tidak sama panjang. Jarinya montok. Kedua belah pahanya besar lagi berbulu. Ruas jari kakinya pula pendek dan montok. Rohnya terdiri daripada 8 bahagian di menara kegelapan dan 1 bahagian di menara nur (cahaya). Maka adalah dia itu DAJJAL.

LELAKI KEDUA  ialah seorang insan yang baik. Keperibadiannya meliputi 6 bahagian daripada cahaya dan 3 bahagian daripada kegelapan. Jari kedua kakinya panjang dan dia dari menara kedua. Rohnya terdiri daripada 6 bahagian di menara cahaya dan 3 bahagian di lubang kegelapan. Ini adalah hari kelahirannya di mana dia dilahirkan di kaki lembu. Dia akan menjadi seorang hakim (pemimpin) dan lembu tersebut adalah haiwan yang ditunjukkan kepadanya. Maka adalah dia itu AL-MAHDI..

LELAKI KETIGA ialah yang paling banyak kebikannya. Ini adalah kerana keperibadiannya terdiri daripada 8 bahagian daripada cahaya dan 1 bahagian daripada kegelapan. Dua matanya hitam bersinar, suaranya lembut dan giginya tersusun cantik. Dia bukan pendek dan juga panjang. Maksudnya tubuhnya sederhana. Maka adalah dia itu NABI ISA A.S.

Kita berhenti sebentar di sini. Nanti kita akan berjumpa pada post MANUSKRIP TEMBAGA (29B) RUJUKAN KEPADA NAS ARAMIAH.Mengenal Pribadi Al-Mahdi.  

Kalau anda merujuk kepada sifat LELAKI KEDUA DI ATAS, anda akan mendapati dia mempunyai 6 bahagian cahaya. Maksudnya dia mempunyai lapisan nafsu pada peringkat yang keenam. Mari kita susun seperti berikut. Nafsu (1) Amarah, (2) Lawamah, (3) Mulhamah, (4) Mutmainnah, (5) Mardhiah, (6) Radhiah & (7) Insan Kamil.

Maknanya, Al-Mahdi itu adalah seorang wali Allah yang berada pada sifat radhiah (redha). Jiwanya, hatinya, perasaannya sentiasa redha kepada Allah. Hatinya bersih & sentiasa bersangka baik kepada Tuhan. Dia redha kepada segala perkara yang ditentukan Tuhan kepadanya.

DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU
Ini adalah bahasa simbolik kepada kehidupannya di masa kecil & kehidupan ahli keluarga yang membelanya. Saya berpendapat orang tuanya pengembala binatang ternakan di sekitar Kurjah, Madinah, tempat dia dilahirkan. Kemudian mungkin ibubapanya tinggal di sebuah negara lain dan terlibat dengan penternakan lembu..

Kemudian apabila dia dizahirkan di Harrah, Mekah, maka mungkin dia itu sebelumnya seorang ahli pengembala lembu pada masa itu. Wallahu Ahlam. Hanya Tuhan yang tahu.

Saya berani mengatakan, Al-Mahdi hanyalah lelaki biasa yang tidak dikenal sesiapa. Dia bukan ahli politik tersohor, bukan juga orator (penceramah) yang berapi-api. Dia tidak mempunyai nama hebat dalam masyarakat. Dia insan biasa yang mungkin kerjanya tidak dihormati sesiapa.

Dia mungkin juga lelaki yang pernah berjuang di Afganistan, Iraq dan sebagainya untuk menghalau keluar penjajah dari bumi Islam. Pangkatnya mugkin biasa tetapi dia mempunyai jiwa yang kuat untuk menegakkan Daulah Islamiyah. Semuanya serba-mungkin. Hanya Tuhan yang tahu segala perjalanan hidupnya. 

KESUKARAN MENGENALNYA
Memang kami sangat sukar mengesannya. Dan sangat sukar pula mengenalinya  Kisah ini adalah sesuatu yang sangat rahsia. Mari kita tengok sekali lagi Lembaran Ketiga (sebagaimana diminta oleh sahabat saya, ALKALI). Dia ingin menghayatinya & mendapat erti yang sebenar daripadanya.

Dan jangan terkejut kalau Saddam Hussein & Bangsa Kurdish mempunyai sejarah yang rapat dengan Imam Mahdi. Anda baca dan anda akan faham. Teruskan.

PESANAN IKHLAS SAYA
Saya ingin berpesan secara ikhlas kepada anda. Tolong baca post ini sampai habis. Kemudian dengar ulasan kami tentang METEOR yang jatuh di Rusia baru-baru ini.

Berikut kami turunkan rahsia Lembaran Ketiga yang telah kami cerakinkan untuk melihat maksudnya yang sebenar.

LEMBARAN KETIGA PENUH RAHSIA
Pada hari tiap-tiap tuan, Al-Mahdi (maksudnya, Imam Mahdi Al-Muntazar) berjaya pada peperangan yang dibelenggu padanya orang kafir. (orang kafir kalah teruk di tangan Al-Mahdi)

Menjadi baik yang besar dan hina yang kecil (telah menang orang yang sepatutnya menang, begitu juga sebaliknya).

Dan kehinaan pada setiap peyembelihan Yahudi dan setiap aib hampir masa (kekalahan pihak Yahudi dan kerana itu, mereka menerima malu yang besar)

Dan masa berfikir sudah sampai pada kehancuran dan bahawa orang-orang Islam mesti memuliakan orang yang pemurah (maksudnya, tipu daya orang Yahudi sudah habis, penghormatan & kemuliaan sebenarnya adalah kepada Al-Mahdi)..

(1) Perang dunia, telah hampir pasukan tentera di Majdal (nama tempat di bekas-bekas peninggalan kuno Mesir, dahulu tempat kawalan terbentang dengan jarak sekitar 2000km, dari selatan benting Awaris yang didirikan oleh Haksus, timur delta, asas penamaan Awaris dalam bahasa Mesir kuno, yakni bandar yang lebih keluar dari sempadan-sempadan dan diberi nama dalam bahasa Yunani sebagai Aparis, kemudian ditukar kepada pengucapan Arab sebagai  Awaris atau Hawaris. Dan dari situ muncul bahasa dusun, Badwi sebagai Hawarah.)…mungkin membawa maksud tentera Mesir menolong Al-Mahdi mengalahkan Yahudi.

(2) dan tempat pembantaian Maggedo (sebuah kota di bawah Tel, 20 mil di tenggara Haifa, kota tersebut diberi nama demikian sejak zaman Firaun sebagai nisbah kepada Tel yang berbentuk bujur telur, mempunyai keistimewaan sebagai laluan strategik, memisahkan gunung Karmel, ia menghala ke arah laut dari barisan gunung utama di wilayah Palestin)…bermaksud perang (1) di atas berlaku di tempat lain, sedangkan Maggedon itu suatu tempat lain untuk peperangan yang lebih besar, iaitu peperangan Amargeddon.  

(3) dan perang Akremal (ialah Al-Karrnel, tetapi sesudah tulisan Al-Qibti dengan huruf ini atau mungkin ianya diucapkan demikian, dan gunung Karmel berdekatan dengan gunung Maggedo),

dan (4) perang Al-Jalil dan (5) perang Kahkbad (ialah perkataan aramiyah dan bukan Qibti, yakni peperangan lelaki besar atau lelaki yang akhlaknya tidak mempunyai tandingan, sebagai kiasan kepada Al-Mahdi.

Dan (6) perang Akhrad (yang betul ialah perang akhrad atau mungkin salah sebut, peperangan ini ialah peperangan Saddam menyerang mereka (suku Kurdi) dan boleh jadi satu peperangan akan berlaku antara mereka atau bagi mereka),…Kalau dinisbahkan kepada Saddam, mungkin Saddam telah mengkhianati Al-Mahdi menurut kalam Abu Hurairah. Tetapi selepas kematian Saddam, Wallahu ahlam. Mungkin berlaku peperangan lain yang bersangkutan. Apa-apa pun, bangsa kurdi ada peranannya dalam kehidupan Al-Mahdi.

dan (7) perang Syam (iaitu peperangan Gholan) atau fitnah Hammah…perang ini sedang berlaku menandakan akan munculnya Imam Mahdi Akhir Zaman..

Kisah peperangan di atas kisah peperangan di antara Imam Mahdi dan orang-orang Yahudi. Dan ada juga kisah-kisah peperangan lain yang perlu anda ketahui.

Saya tandakannya peperangan (1), (2), (3), (4) & (5) sebagai peperangan menentang Yahudi.  dan seterusnya  peperangan (6) yang menunjukkan campurtangan Saddam di dalam konflik ini. Peperangan (7) pulak merujuk kepada konflik Syam ketika ini. 

MANUSIA BONGKAK DAN SOMBONG
Musuh-musuh Imam Mahdi adalah manusia bongkak yang sombong dan degil. Manakala pasukan Imam Mahdi adalah golongan yang tawadhuk dan penuh kehambaan kepada Tuhan.

Adakah anda faham maksud tawadhuk? Dan adakah anda faham maksud bersifat hamba kepada Tuhan? Mari kita dengarkan ulasan seorang wali Allah mengenainya.

Aku sering mendengar guruku Saiyidi Ali Al-Khawas mengatakan bahawasanya: "tidak sah bagi seseorang hamba yang melangkah ke atas jalan kami, melainkan dia melihat dirinya paling rendah daripada serendah-rendah lapisan terendah muka bumi ini, yang mana tiada di bawahnya sesuatu yang lebih rendah lagi daripada dirinya..."

Maka dapat diketahui bahawasanya, setiap yang merealisasikan perjanjian ini, dengan melihat dirinya lebih rendah martabatnya berbanding orang lain, maka seluruh kewujudan ini akan menjadi pembantu kepadanya (dalam menuju Allah s.w.t.).

Anda tahu kenapa? Kerana setiap kewujudan seperti martabat seorang sheikh kepadanya, yang sentiasa memberi pengajaran dan bantuan dalam perjalanannya menuju Allah s.w.t., maka tidak terhitung banyaknya para guru dan pembimbingnya dalam menuju Allah s.w.t. (kerana dapat belajar daripada setiap makhluk yang wujud untuk sampai kepada Allah s.w.t.).

INILAH MISALAN YANG TEPAT
Sesungguhnya krsital berlian tidak dapat dipotong kecuali oleh pisau yang lebih keras daripadanya. Dan ujiannya ialah kilang ilahiah (ketuhanan) yang membuat jiwa-jiwa tersebut  lebih keras daripada berlian dan lebih tajam daripada ketajaman pedang (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 36).

Jiwa yang tawaduk adalah jiwa Kristal berlian yang telah menjalani ujian ilahiah seperti yang kami sebut. Dia memandang semua orang di sekelilingnya mempunyai keistimewaan masing-masing sebagai anugerah dari Tuhan.    

BANGSA KURDI & CAMPURTANGAN SADDAM
Kalau anda membaca sekali lagi lembaran di atas (terutama pada peperangan (6), anda akan mendapati bangsa kurdi (Kurdish) mempunyai jiwa yang kuat, berani & pantang mengalah. Apa yang saya sebut selama ini adalah benar. Mereka termasuk satu golongan yang sangat mencintai agama & berusaha mempertahankannya sedaya upaya mereka. Lebih penting daripada itu, mereka sanggup menghadapi sesiapa sahaja musuh Allah & musuh mereka.

Itulah ujian Ilahiah yang menyakinkan saya bahawa mereka itu ada kaitannya dengan kehidupan Imam Mahdi Al-Muntazar. Samada anda mahu percaya atau tidak, itu urusan anda. Saya tak mahu menganggu anda.

PENJELASAN TERHADAP MEREKA
Mereka tidak membangga diri atau mengangkat diri mengatasi orang lain. Mereka hanya mengharap keredhaan Tuhan semata-mata. Hal ini kerana, tiada yang berlaku dalam kewujudan ini, melainkan ada keistimewaannya yang Allah s.w.t. letakkan di dalamnya. Maka, orang yang sudah sampai ke maqam ini (merasakan diri paling hina), akan sentiasa melihat keistimewaan dalam setiap kewujudan.

Bangsa Kurdish selalu melazimkan diri mereka sebagai hamba Allah yang tawaduk. Mereka tidak suka menghina & mencemuh. Dan mereka juga tidak suka dihina & dicemuh.

Sebab itu, jangan suka menghina & mencemuh. Orang-orang seperti  itu tidak layak duduk dalam barisan Al-Mahdi. Jiwa mereka kotor dan berkarat. Hati mereka tidak suci dan penuh maksiat.

MEREKA MENGAMBIL KEBAIKAN TERSEBUT
Kemudiannya, dia mengambil kebaikan (keistimewaan makhluk Allah yang lain) tersebut sebagai pengajaran untuk diamalkan dalam dirinya, walaupun teman-temannya tidak bersifat dengan sedemikian, kerana kedegilan mereka terhadap keistimewaan yang Allah s.w.t. telah letakkan pada kehidupan mereka.

Sebab itu, anda mesti tahu, pembantu-pembantu Imam Mahdi itu adalah para waliyullah yang bersih, jernih & murah hatinya. Mereka menganggap diri mereka sebaga hamba Allah yang hina. Mereka hanya mengharap keampunan Allah dan keredhaanNya semata-mata.

Allah, Tuhan yang membuat sejarah, pencipta manusia dan yang menjadikan keadaan. Dan Dialah yang memilih waktu yang akan digunakan oleh para pahlawanNya dan gelanggang yang mana di atasnya mereka akan bergusti (Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 36).

Sungguh tepat kata-kata itu. Peperangan Akhir Zaman adalah peperangan antara golongan yang tawadhuk dengan mereka yang sombong dan degil. Dan yang tawadhuk itulah akan mencapai kemenangan sebagai kekasih Allah yang disayangi.

KESIMPULAN YANG BENAR
Maksud jelasnya begini, setiap orang yang tawadhuk itu dapat mengambil pelajaran dari setiap makhluk Allah. Mereka dapat melihat kekurangan diri mereka dan menempelkan keistimewaan-keistimewaan orang lain terhadap mereka.

Dengan kata lain, mereka dapat memperbaiki diri, meningkatkan reputasi & menjadi hamba Allah yang semakin baik kepada Tuhan. Mereka menjauhi sifat iblis yang menganggap dirinya serba lengkap, serba sempurna & serba canggih.

KEMUDIAN SELINGKAR KISAH TENTANG METEOR
Seminggu yang lepas, sebuah “benda langit” telah jatuh di Kota Chelyabinsk, di Pegunungan Ural, sekitar 1500 kilometer sebelah timur Ibu Kota Moskow, Rusia. Banyak orang meyakini benda asing ini meteor.

Pada akhir zaman, pada saat kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazar, sebuah meteor akan kelihatan di Yaman sebagai tanda kemunculannya. Perstiwa di atas mungkin tanda awal kepada peristiwa yang lebih besar.

Sila baca IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (23). 5 Peristiwa Dalam 20 Bulan terdekat. Sila Baca Tanpa Syarat.

ADA YANG MERAGUKAN
Ada yang meragukan objek di atas sebagai meteor. Contohnya, seperti anggota parlimen Rusia dari Partai Liberal, Vladimir Zhirinovsky. Beliau mengatakan jatuhnya meteor tersebut merupakan suatu konspirasi Amerika Syarikat. "Benda itu bukan meteor, itu hanya lakonan AS yang sedang menguji senjata barunya," kata dia kelmarin.

Meteor atau konspirasi?. Berikut ada lima fakta mengenai benda langit itu. Ini dia ulasannya.

PALING BESAR DALAM 100 TAHUN.
Badan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menyatakan bahawa meteor yang jatuh di Kota Chelyabinsk, Rusia baru-baru ini merupakan meteor terbesar yang menghentam Bumi selama seabad terakhir (100 tahun kebelakangan).

Meteor besar dilaporkan pernah menghentam Bumi pada 30 Jun 1908 di daerah Tunguska, Siberia dan mengakibatkan sekitar 80 juta pohon tumbang sama rata dengan permukaan tanah.

"Kejatuhan meteor itu jarang terjadi dan dianggap peristiwa paling  bersejarah," kata Pengarah Planetarium NASA, Jim Green.

PALING BERAT SETAKAT INI
Badan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) juga memperkirakan jisim yang dimiliki meteor itu mencapai tujuh ribu ton dan mempunyai ledakan sekuat 20 bom atom.

Namun,  menurut Akademi Ilmu Pengetahuan Rusia, meteor yang jatuh di wilayah Chelyabinsk, Pegunungan Ural, Rusia, itu hanya mempunyai jisim sepuluh ton sahaja. Mana satu yang betul?

MEMAKAN SERIBU KORBAN
Jatuhnya meteor di Kota Chelyabinsk, di Pegunungan Ural, sekitar 1500 kilometer sebelah timur Ibu Kota Moskow, Rusia, itu telah menyebabkan sekitar 1000 orang terluka. Demikian pernyataan dari Kementerian Keadaan Darurat Rusia.

Korban kebanyakan luka akibat pecahan kaca jendela bangunan. Sebanyak 43 korban telah dikejarkan ke rumah sakit.

Hentaman meteor itu juga merosakkan sekitar 3000 bangunan, termasuk melubangi sejumlah dinding besi sebuah perusahan di Chelyabinsk.

"Cahaya di langit semacam itu tak pernah terjadi di dalam kehidupan biasa. Itu hanya terjadi ketika kiamat," kata Vlada Palagina, guru di sebuah sekolah di Chelyabinsk.

Presiden Vladimir Putin telah memerintahkan Menteri Keadaan Darurat menyediakan segala pertolongan dan keperluan kepada  mangsa korban.

SEBUAH LEDAKAN BESAR
Menurut Scienceblogs.com, sebuah blog sains milik National Geographic, ketika sebuah meteor mendatangi bumi, meteor tersebut akan bergerak sangat cepat karena daya tarikan graviti bumi yang begitu besar. Hal ini akan menyebabkan sang meteor tersebut mampu bergerak dari 11 km/s sehingga 72 km/s menuju ke bumi.

Namun, sebagai pelindung terluar bumi, atmosfera akan mencoba melawan gaya tersebut dan memperlambat laju meteor sambil membakar habis material pembentuk meteor tersebut. Itulah mengapa meteor jatuh selalu terlihat mengeluarkan cahaya mengkilat, seperti yang terakam dalam kejadian di Rusia baru-baru ini.

Sayangnya, jika material pembentuk meteor tersebut terlalu banyak tersusun oleh ais maupun CO2 kering, suhunya akan meningkat secara drastik dan berkemungkinan mendidih. Suhu inilah yang menyebabkan molekul di dalam meteor tersebut “tertekan” dan berusaha untuk keluar. Keadaan inilah yang mungkin menyebabkan ledakan yang sangat kuat.

ASTEROID 2012 DA14
Meteor yang jatuh di Rusia baru-baru ini DIYAKINI SEBAHAGIAN DARI ASTEROID 2012 DA 14 YANG AKAN MENDEKATI BUMI TAHUN INI. 

Sebabnya, meteor itu menghentam bumi hanya beberapa jam sebelum asteroid bernama 2012 DA14 seluas setengah pada bola melintasi Bumi di ketinggian 27 ribu kilometer. Itu merupakan rekod jarak terdekat sebuah asteroid besar melintasi Bumi.

INI YANG MESTI ANDA TAHU.
Kalau anda membaca kembali huruf bergaris besar di atas, anda akan terjumpa perkataan ASTEROID 2012 DA 14 YANG AKAN MENDEKATI BUMI TAHUN INI. Ini kenyataan dari para saintis yang mengkajinya.

Kemudian sesuaikannya dengan apa yang saya sebutkan sebelum ini, bahawa sebelum kemunculan Al-Mahdi, akan keluar bintang berekor (asteroid?) di Yaman. Masa akan berlakunya dalam 20 bulan terdekat ini, samada tahun ini atau tahun depan. Wallahu ahlam.

DI RUMAH. JUMAAT 1-3-2013 8.08 AM

5 comments:

  1. Assalamualaikum. T.kasih syeikh atas pencerahan yang diberikan.

    Tulisan Tembaga ini beri perspektif baru tentang khabar akhir zaman. Bagi yang sedang meneliti pelbagai sumber bak melurut benang2 yang tersimpul, keterbukaan minda diperlukan.

    Ana ada naluri atau hajat sekiranya syeikh linkkan dengan kisah tabut nabi musa. Ana kecenderungan bila tabut nabi musa ini di"teropong" ie tempat, kandungannya...ada input yang lebih mendekatkan dgn klu imam mahadi ini.

    Sedilit pengalman sendiri, dalam menganalisa zumber2 kisah mahadi dan akhir zaman...tiba2 kitab tafsir alquran menunjukan ayat 248 dan tv1 siar rencana melaka dan nama bukit katil berseta gambarnya terpampang. Mcm ada kaitan tentera nasrani eropah ie belanda, portugis dan inggeeis dtg ke melaka. Hingga kini dari rakan2 singapura pun ada yg bercerita kerajaan singapura.sering mwnghantar inteligence mrk ke gunung ledang hingga ke bukit di.bi bulit katil. Detail.tak diperolehi tp warga melayu singapura.ada kata yang kerajan singapura lebih tahu byk perkara dr penduduk melayu tempatan. Wallahualam.

    Alkali

    ReplyDelete
  2. cerita tabut nabi Musa & bukit Katil di Melaka itu akan saya perpanjangkan. Misterinya perlu dibongkar segera untuk faedah umat islam semua. TK sahabatku alkali

    ReplyDelete
  3. Ana rasa bukan belanda, portugis dan inggeris shj yg mencari "sesuatu" yg amat bernilai di tanah malayu ini... Jepun juga telah mencuba...kini syiah juga sudah menghidu dan menghampiri target lokasi "sesuatu" itu..... Ada perkara yg ana tidak boleh coretkan di sini... Ana yg jahil ini juga cuba merungkai sejak mendapat klu lebih 7 tahun yg lepas... Walau dapat jejak sikit demi sedikit... melalui terjumpanya satu persatu klu tentang "sesuatu" di bukit katil ini. Ada rangkaian juga dgn gunung ledang... Wallahualam

    alkali

    ReplyDelete
  4. SAUDARA ALKALI, CERITA TABUT NABI MUSA TELAH SAYA PUBLISH. SEKARANG SIRI 1, MUNGKIN ADA BBRP SIRI LAGI. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT

    ReplyDelete
  5. Bismillahi ......

    Salaamun 'Alaykum .......

    Menurut saya .... Al Mahdi Al Muntazhor .....

    dengan idzin Allah SWT akan muncul dalam hitungan jari

    dalam bilangan tahun .....

    ReplyDelete