GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday, 30 March 2013

KONFLIK SYRIA (1) Di mana Imam Mahdi di dalamnya?



PEMBANGKANG SYRIA BUKA KEDUTAAN DI QATAR.

Kelompok para pembangkang Syria yang diakui Liga Arab sebagai perwakilan sah Syria, telah membuka pejabat kedutaan pertama mereka di Ibu Kota Doha, Qatar, kelmarin, Khmais, 28/3/13 

Televison Al Arabiya melaporkan, bahawa pada Khamis (28/3), Presiden Kelompok Pembangkang Syria, Ahmad  Moaz Al-Khatib dan Menteri Luar Negeri Qatar Khalidal Al-Atiyah, menggunting reben perasmian di pintu masuk kedutaan.

Timbul soalan untuk perhatian bersama. Liga Arab mengiktiraf mereka atas arahan siapa?

Apa kewajaran menerima mereka sebagai wakil sah kerajaan Syria yang masih ada?

Lagu kebangsaan kedua-dua negara kemudian berkumandang ketika perwakilan kedua pihak berdiri di bawah bendera kelompok pembangkang Syria berwarna merah, hijau, putih, dan balon hitam.

Kedutaan Syria sendiri selama ini  ditutup sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara memanas pada November 2011. Semuanya berpunca dari perang saudara sehingga mengorbankan lebih dari 70 ribu nyawa.

Pembukaan pejabat kedutaan itu terjadi sehari setelah Liga Arab menerima dan mengakui Kelompok Pembangkang Syria untuk hadir dalam pertemuan itu di Doha.

Dalam pidatonya di pertemuan Liga Arab, Khatib mengatakan kelompok para pembangkang pimpinannya ingin mendapat kursi pengakuan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada Rabu lalu, Rusia yang selama ini menjadi sekutu kuat rejim Syria menyebut bahawa, keputusan Liga Arab itu sebagai illegal (tidak sah) dan tak dapat dimaafkan.

Selain Inggris dan Prancis, Liga Arab juga bersetuju memberi bekalan senjata kepada tentera pemberontak Syria.

BERITA INI LEBIH MENGEJUTKAN

Bukan setakat Liga Arab memberi bantuan senjata kepada pemberontak Syria, bahkan Amerika Syarikat sendiri adalah dalang utama di sebalik program perbekalan itu. Lebih teruk daripada itu, mereka ikut melatih para pembenrontak itu sendiri. Mana buktinya? Meh kita ikuti.

Kini telah wujud khabar-khabar angin bahawa Amerika Serikat kini tengah melatih pejuang Syria di Jordan untuk melawan rejim Presiden Basyar al-Assad.

Television  Al Arabiya melaporkan, bahawa pada Selasa (26/3), latihan ketenteraan (militer) itu telah berlangsung selama beberapa bulan di suatu tempat tidak diketahui.

Para pejuang yang dilatih itu kebanyakannya anggota suku Arab gurun Badui beraliran Sunni. Mereka merupakan bekas anggota tentera  Syria sebelum ini.

Pasukan yang dilatih itu bukanlah anggota pemberontak Tentera Pembebasan Syria (FSA). Demikian kata Amerika Syarikat. Bolehkah percaya?

Amerika bercakap demikian kononnya dia dan negara-negara Barat khuatir FSA akan menjadi semakin besar dan anggota mereka mempunyai hubungan dengan Al Qaida.

Tetapi dakwaan di atas sebenarnya tidak boleh dipercayai. Sebabnya percakapan sesama mereka bercanggah di antara satu sama lain. Mari kita dengarkan.

Intelijen Amerika hingga kini (mendakwa) masih melakukan operasi latihan ketenteraan namun pihak berkuasa Washington menegaskan Amerika selama ini hanya memberi bantuan non militer. Kata-kata di atas sudah merupakan satu percanggahan. Mana satu yang betul?

Inggris dan Perancis juga turut memberi bantuan namun belum jelas apakah kedua negara itu juga memberi bantuan militer.

Bagi saya, Amerika, Ingeris & Peranchis adalah sekutu-sekutu Dajjal yang jahat & mempunyai percakapan yang berbelit-belit. Langsung tidak boleh dipercayai.

Pejabat di Washington itu menyampaikan laporannya dalam keadaan rahasia. Kenapa begitu? Sebab  mereka tidak diberi keizinan bercakap kepada media mengenai program latihan itu.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest  mengatakan bahawa Amerika memang memberi bantuan non militer kepada pasukan pemberontak Syria untuk melawan rejim Assad. Apakah bantuan non militer itu?

Rumah Putih menyebut bahawa rejim Assad selama ini mengerahkan tentara untuk membunuh rakyatnya sendiri.

"Karena itulah kami terus menjalankan program ini untuk mengakhiri semuanya." kata Earnest.

PENDAPAT SAYA

Kata-kata di atas sama seperti yang diucapkan Amerika Syatikat bila dia menyerang Iraq (Saddam Hussein) dahulu. Mereka bermulut manis tetapi mempunyai rancangan jahat terhadapnya.

Mereka tidak dapat membunuh Imam Mahdi di Iraq. Mereka juga tentu gagal membunuh Imam Mahdi di Syria. Sangat pasti.

CIA & AMERIKA SYARIKAT DALANG UTAMA
Badan Intelijen Amerika Syarikat (CIA) telah membantu negara-negara Arab dan Turki untuk meningkatkan bantuan ketenteraan (militer) bagi tentera pemberontak Syria dalam beberapa bulan terakhir.

Surat kabar The New York Times baru-baru ini telah menerbitkan laporan yang menyebut Badan Intelijen Amerika (CIA) mengirimkan senjata kepada pemberontak Syria.

Akhbar itu telah mengutip data penerbangan, sejumlah wawancara dengan beberapa pejabat yang dirahsiakan, dan beberapa kenyataan pemimpin pasukan pemberontak, terdapat maklumat (informasi) yang menyebutkan ada lebih dari 160 penerbangan kargo militer melalui Jordan, Arab Saudi, dan Qatar yang mendarat di bandar udara Esenboga dekat Ibu Kota Ankara, Turki.

Tak hanya itu, akhbar harian itu juga menyebut ada sejumlah pembelian besar-besaran peralatan militer dari Croatia.

BUKTI LANJUT CIA TERLIBAT


Maklumat lebih lanjut dari akhbar The New York Times.


Pejabat intelijen Amerika Syarikat (CIA)  telah  membuat  pemilihan (seleksi) terhadap kelompok pemberontak yang patut diberi bantuan.  Difahamkan juga, Turki ikut serta dalam pengawasan program bantuan ini.
 
"Jumlah paling minimun dari penyaluran bantuan itu ialah sekitar 3.500 ton peralatan militer," kata penganalisis ketenteraan dari Institut Pemerhatian  Perdamaian Antarabangsa Stockholm, Hugh Griffiths, seperti dilaporkan The New York Times.

Semua bentuk bantuan ketenteraan itu, kata dia, sudah diprogramkan dengan nisbah dan kuantiti yang sebaik-baiknya.

PENDAPAT SAYA
Sejauh ini kita telah melihat bahawa pemberontak Syria adalah alat kepada Yahudi & sekutu-sekutu Dajjal untuk menghuru-harakan Syria.

Mereka mahu Basyar Al-Assad jatuh dan digantikan dengan pemerintah yang baru. Siapakah As-Sufyani dalam konteks ini?

SIAPAKAH AS-SUFYANI YANG KEJAM ITU? 
Kematian Syeikh Said Ramadhan Al-Buti menunjukkan banyak perkara kepada kita.

Dia seorang ulamak Syria yang termashyur seluruh dunia. Tetapi agak lucu, bila dia mati syahid dalam letupan bom diri, ada sebilangan rakyat Syria yang bersorak-sorak gembira kerananya.
Sungguh tolol dan bodoh. Saya berpendapat pembunuhnya sangat tolol dan bodoh. Dan para pembencinya juga sangat tolol dan bodoh.

Kalau benar Syeikh itu menyokong rejim Basyar yang kejam, maka tentu sokongan itu untuk lari dari pemerintahan As-Sufyani (akan datang) yang lagi jahat dan kejam.   

Syeikh tentunya mempunyai hujjahnya sendiri untuk menyokong rejim Basyar (sekiranya benar) kerana di depannya, terdapat manusia jabbariin (gagah perkasa) yang jahat & penentang kepada Imam Mahdi Al-Muntazar Akhir Zaman.  

ANAK KECIL YANG TERTIPU 
Kalau anda kata kelompok pemberontak Syria itu berada pada landasan yang betul, tentu mereka tidak membunuh Syeikh Said Ramadhan Al-Buti.

Dan tentu juga mereka tidak bersorak-sorai gembira dengan kematiannya.

Mari kita dengarkan sebuah kisah lain tentang pemberontak Syria ini.

Pada usianya yang baru tujuh tahun, Ahmad adalah salah seorang tentera termuda di tengah keganasan konflik Syria.

Televison Al Arabiya melaporkan, Jumaat (29/3/2013), seorang jurufoto bernama Sebastiano Tomada Piccolomini, 26 tahun, mengambil gambar Ahmad sedang menyandang senapang automatic  AK47 dan memakai baju merah.

Kepulan asap rokok mengepul di mulutnya. Di jari kirinya terselip sebatang rokok.

Ahmad adalah anak salah seorang pemberontak Tentera Pembebasan Syria (FSA). Dia membantu menjaga barikade untuk melindungi pemberontak dari para penembak tepat (snipper) di garis depan wilayah Salahadeen.

"Ketika anda sedang berada di garis depan di medan perang, sangat mudah untuk berbaur dengan orang di sekitar anda," kata jurufoto keturunan Itali, kelahiran New York itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk Perlindungan Anak (UNICEF), penglibatan anak-anak di bawah usia 18 tahun dalam perang adalah ilegal.(salah)

DI MANA IMAM MAHDI? 

Imam Mahdi saat ini adalah manusia biasa. Dia belum sampai kepada saat kemunculannya untuk dibaaih pada musim haji.

Kalau anda undur semula (gostan) ke belakang, anda tentu mendengar satu kenyataan umum dari Amerika Syarikat. Mereka (AS) sangat takut kepada Al-Qaida.

Saya tidak memberitahu anda bahawa Imam Mahdi & PBT berada di dalam kelompok Al-Qaida, tetapi saya ingin memberitahu anda bahawa mereka berdua mungkin berada di SINI.

DI MANA? Di dalam zon peperangan melawan Yahudi dan agen-agen Dajjal. Anda ingin tahu sebabnya? Kerana dokumen diri mereka tidak dikuasai oleh musuh-musuh mereka.  Mereka bebas menguasai diri mereka.

DI RUMAH. 30-3-2013, 7.08 PM

9 comments:

  1. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://khilafahislam.eu.cr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak penat ke hebah sana hebah sini

      Delete
    2. Menghebah dan membaca sama penatnya. Semoga usaha yang kuat diberi pahala berlipatganda oleh Tuhan. Semoga tuan ikhlas membaca artikel2 saya.

      Delete
    3. Nak tanya, Khalifah Islam Akhir Zaman neh,
      satu kapal kah dgn Panji Hitam Nusantara..??

      Delete
  2. Izinkan abah menjawab secara ikhlas. Khalifah Islam itu akan berlaku secara menyeluruh. maksudnya seluruh dunia akan ditadbir secara islam. ketuanya Imam Mahdi & dibantu oleh para wazir2nya.

    Kami tak enal Panji hitam Nusantara. Dan kami tak kenal ahli2nya. Baangkali mereka ada cita2 sendiri untuk menguasai dunia. wallahu ahlam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Abah.

    Saya hargai segala usaha yang abah cuba lakukan untuk membuka mata hati umat islam masa kini untuk melihat konflik di Syria dengan lebih teliti. Memang belitan fitnah yang berlaku di mesir dan syria memerlukan pengamatan yang lebih halus daripada sekadar mendengar dari satu sumber sahaja.

    Seperti abah dan teman2, saya juga amat mendambakan ketibaan Al Mahdi.

    Semoga Allah memilih saya sebagai seorang yang bersama2 baginda dalam perjuangannya nanti.

    Wallahu A'lam

    Farid Arifin

    ReplyDelete
    Replies
    1. iNSYAALLAH. KALAU KAMU SAYANG KEPADA ISLAM DAN BERCITA2 UNTUK BERSAMANYA, INSYAALLAH TUHAN AKAN MENGHIMPUNKAN KAMU BERSAMANYA

      Delete
  4. Abah ini sepertinya mashab syiah. Di syuriah sekarang ada tiga kelompok pejuang. Yang pertama berafiliasi ke AS dn sekutu dimana mereka memperjuangkan negara demokrasi, kelompok ke dua Al Qaida yang memperjuangkan Khilafah konservatif bergabung dengannya JAN, kelompok ketiga Liwa Isla yang memperjuangkan Negara Khilafah yg modern. Jadi tidak semua pejuang atau oposisi Basyar kerjasama dengan AS. Jadi analisa diatas sangat tidak bermutu dan sangat subyektif. Belim mampu mencerna kejadian yg sebenarnya. Jangan sampai Umat Islam kacau cara memandang perang yg terkadi di syuriah sekarang.

    ReplyDelete