GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Wednesday 27 March 2013

SYEIKH SAID RAMADHAN AL-BUTI & DR UTHMAN AL-MUHAMADY



 


Kita telah kehilangan 2 orang ulamak besar. Pertama, ulama tersohor dunia. Dan keduanya, ulama tersohor Malaysia.

Kita telah dikejutkan dengan pemergian ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti pada 22 Mac lalu.

 Syeikh Al Buti telah mendapat syahid pada saat sedang menyampaikan ceramah di sebuah masjid. Inalillahi wa inna ilahi raji’un,

Al Allamah Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al Buti dibunuh dengan bom bunuh diri di masjid Al Iman di dalam daerah Al Mazra’ah Damasyik.

Kita tidak tahu maksud pembunuhan itu. Apakah pelaku bom bunuh diri itu seorang yang sangat jahil sehingga tidak mengenal syeikh yang sedang mengajar?

Atau dia sangat marah dan anti kepada fatwa yang diberi syeikh sehingga sanggup membunuhnya?

Beliau syahid pada saat sedang menyampaikan kuliahnya untuk para muridnya di Masjid Al Iman, demikian dilaporkan oleh akhbar Al Watan dan Mahaththah Al Akhbar Suria (22/3/2012).

Maklumat juga menyebutkan bahawa 14 orang murid Syeikh Al Buty yang  sedang menghadiri majlis itu terbunuh dan 40 yang lainnya menderita luka-luka.

Sebagaimana diketahui umum, Syeikh Said Ramadhan Al Buty adalah ulama Sunni bermadzhab Syafi’i yang menamatkan pengajiannya hingga ke tingkat doctor (Ph.d) di Universiti Al Azhar As Syarif Cairo, dalam jurusan Syari’ah Islamiyah.

Pada tahun 1965 Syeikh Ramadhan Al Buty menjadi pengajar kemudian menjadi dekan Fakulti Syari’ah di Universiti Damasyik dan menjadi Khatib Masjid Al Umawi.

Dan pada tahun 2012, beliau telah menjadi ketua Ikatan Ulama Bilad As Syam.

Semoga Allah membalas segala kebaikan beliau dan mengampuni segala kesalahan beliau.

Kalaulah saya dapat memberi pendapat saya yang ikhlas, sewajarnya kata-kata ulamak itu dijadikan panduan & pengajaran. Terimalah dan tegakkanlah dia sebagai pewaris para anbia.

Negara kita pula telah kehilangan seorang ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini pada 25/3/2013.

Beliau dipercayai meninggal disebabkan serangan jantung. Allahyarham sebelum ini dilaporkan pernah diserang strok.

Penerima anuagerah Tokoh Maal Hijrah 2005 ini pernah menjadi Fellow Kehormat IKIM dari 1995-2008. Beliau kini berkhidmat sebagai Fellow Amat Utama Akademik ISTAC-UIAM.

Tan Sri Prof. Dr Mohd. Kamal Hassan yang ditemui ketika menziarahi keluarga memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIAM.  Turut hadir di kediaman arwah ialah Dekan ISTAC, Prof. Dr Ismawi Hj Zen, Dekan IRKHS  UIAM Prof. Dato’ Dr Mahmud Zuhdi dan ramai lagi.

Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota BharuKelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943) adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]


Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

Saya difahamkan beliau adalah seorang yang sangat genius dan boleh menguasai pelbagai bahasa. Beliau boleh menguasai Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik.

Satu cerita lain tentangnya ialah beliau gemar menulis artikelnya menggunakan bahasa Jawi tua. Dan beliau melarang sebarang perubahan padanya. Inilah hebatnya beliau. Saya mengiktiraf beliau sebagai mempunyai keyakinan yang sangat tinggi di dalam hidupnya.

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Saya pernah bercadang untuk memondok (belajar pondok) di pondok Tal Tujuh miliknya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian. Kerana minat saya dan penghormatan saya yang besar terhadapnya, saya menganggap beliau sebagai salah seorang guru saya.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Semoga Allah membela dirinya dan memasukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang beriman.


No comments:

Post a Comment