GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 21 May 2013

MISTERI MASA & HARI KELAHIRANNYA (2) Adakah Muhamad ini Al-Mahdi Akhir Zaman?



MISTERI MASA & HARI KELAHIRANNYA (2) Adakah Muhamad ini Al-Mahdi Akhir Zaman?   

Sebelum saya memulakan siri (2) ini, sukacita saya katakan kepada anda bahawa misteri Imam Mahdi ini adalah misteri yang paling rumit. Terus-terang cakap, saya tidak tahu siapakah sosok sebenar Al-Mahdi yang bakal muncul itu.

“Muhamad” yang saya ketengahkan ini adalah anggapan awal dari firasat batin saya,  sejalan dengan penemuan sifat-sifat fizikal yang saya temui padanya. Semoga saya salah mengartikan, mudah-mudahan persoalan ini tidak terkena kepada saya.

Semoga Tuhan mengampuni saya di dalam perjalanan saya mencari Imam Mahdi. Saya telah mencari sejak berpuluh-puluh tahun lampau. Sekarang umur saya sudah 52 tahun dan rambut saya sudah beruban. 

Muhamad telah memberitahu kepada saya bahawa dia tidak mahu ditempelkan gelaran Al-Mahdi. Saya ualangi balik kata-katanya dalam post yang lepas.

“Jangan menyematkan gelaran (maksudnya Al-Mahdi) disisi Alloh kepada diri sendiri atau kepada orang lain , karena jikalau tidak benar adanya akan seperti ingin menjatuhkan gunung yang sangat tinggi diatas kepala sendiri atau orang lain”.

Kata-kata itu seakan mengena kepada diri saya sendiri. Tetapi saya ingin memberitahunya satu perkara yang mungkin dia tidak tahu.

Al-Mahdi akan dimunculkan Tuhan pada saat ramai manusia melupakannya. Jadi maksudnya, pencinta-pencinta Imam Mahdi itu sebenarnya tidak ramai. Mungkin sekitar 5% sahaja. Nun di luar sana, terdapat 95% umat manusia tidak tahu apa-apa pun tentang Al-Mahdi.

Sebab itu, kisah Al-Mahdi itu mesti selalu dipanaskan. Biar orang tahu dan sedar. Siapa Al-Mahdi itu? Apa ciri-cirinya? Berasal dari mana? Keturunan siapa? Dan sebagainya.

Paling penting, apa tugasnya di akhir zaman?

Akhlak Al-Mahdi itu lebih kurang seperti datuknya juga, Muhamad  SAW. Suka merendah diri (tawadhuk) & gemar menutupi diri (menjadi “low profile” person). Tetapi Tuhan Maha Kaya, semakin manusia itu merendah diri, maka semakin tinggi darjatnya diangkat Tuhan.   

BEBERAPA SIFAT FIZIKAL
Saya nak mulakan post hari ini dengan beberapa sifat fizikal padanya. Semua sifat-sifat itu terkandung di dalam hadis atau di dalam nas-nas yang dinukil oleh ulamak-ulamak terdahulu. Kemudian saya akan memberi bukti dari mulutnya sendiri. Silakan anda baca seterusnya.

RAMBUT MERAH & TANDA PADA PAHA.
Semasa saya menulis post terdahulu, MANUSKRIP TEMBAGA (29B) Rujukan Kepada Nas Aramiah, ada disebutkan tentang perkara tersebut. Silakan anda membaca. Di bawah ini saya copypastekan untuk anda.

“Bentok lelaki pada masa hadapan itu diberitakan  mempunyai rambut yang berwarna merah dan satu tanda pada pahanya ….”. 

Sebulan selepas itu, saya berkenalan dengan Muhamad. Saya tak segan bertanya kepadanya. Ini jawapannya.

Ujarnya, “waktu kecil memang (rambut saya) merah, kira2 waktu mimpi itu (sekitar umur 13T), sekarang tidak, malah ada uban, kalau paha tidak ada tanda penting, cuma sampai sekarang memang saya dibilang jalan kyk habis sunat. Hehehe”

Ujarnya lagi menceritakan tentang rambutnya yang merah, kami keturunan Arab memang berambut merah.

“kampung XXXXX itu kampung arab bah. kayak orang2 arab yaman”.

Mari kita lihat hadis Nabi yang menceritakan tentang paha Al-Mahdi itu. Baginda SAW bersabda, “kedua paha Mahdi melebar dan saling berjauhan” (Hadis 59, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 67)

KEGAGAPAN BELIAU
Tentang kegagapan ini, ada hadis Nabi SAW yang berbunyi,  “Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kanannya” (Hadis 54, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 62)

Mari kita dengarkan kata-kata Muhamad.. Ia keluar dari mulutnya sendiri. Saya copypastekan untuk anda.

Ujarnya “waktu masih kecil ,ya karena saya gagap itu saya malu kalau diejek, saat saya berjalan kaki sejauh kira2 7km berangkat mengaji pada suatu malam, saya berdoa untuk dijadikan wali”.

Kemudian dia menceritakan tentang dirinya pada waktu sekarang (pada umur 35T) ini, “bagaimana sih orang gagap baca al qur'an. terbayangkah oleh abah? Hehehe”

TAHI LALAT DI PIPI KANANNYA.
Dia telah mengirim gambarnya pada saya. Dan saya memang melihat dengan mata saya sendiri bahawa dia memang mempunyai tahi lalat di pipi kanannya. 

BERDAHI LUAS
Dari gambarnya, rambutnya masih tebal. Bentok rambutnya  bukan lurus atau kerinting, tetapi seakan-akan ikal mayang. Dahinya agak besar. Kalau di Kelantan, dipanggil dahi luas yang menandakan akalnya cerdik.

KULIT SAWO MATANG
Ayahnya orang Nusantara. Ibunya juga. Cuma bezanya, ibunya itu dari keturunan Arab Yaman dari sebelah kakek buyutnya. Kulitnya (seperti yang saya lihat) memang coklat atau sawo matang.

MENGIKUT KALENDAR HIJRAH
Sekarang mari kita lihat tarikh lahirnya menurut tahun Hijrah. Bila saya menggunakan mesin penukar tarikh (date converter) dari Masehi kepada Hijrah atau sebaliknya, saya dapati tarikh Muhamad dilahirkan (25-3-1978) adalah bersamaan dengan 15 Rabiul Akhir 1398H.

Rabiul Akhir dipanggil juga Rabiul Thani (Musim Bunga yang kedua). Macam ada satu gandingan antara 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (Hari Keputeraan Rasul SAW) dan 15 Rabiul Akhir 1398H (Hari kelahiran Muhamad) yang sedang dibincangkan ini.

Bulan Rabiul Awal dipanggil musim bunga yang pertama, manakala bulan Rabiul Akhir pula dipanggil musim bunga yang kedua. Yang pertama diikuti oleh yang kedua. Atau yang kedua mengikuti yang pertama.

HARI SABTU
Hari kelahirannya pula jatoh pada hari Sabtu. Demikianlah data yang saya perolehi dari mesin penukar tarikh.

MASA KELAHIRAN
Masa kelahirannya pula ialah menjelang dinihari sebelum Subuh. Ibu saya pun pernah memberitahu saya bahawa hari saya dilahirkan juga pada hari Sabtu dan masanya juga menjelang Subuh.

Menurut setengah kitab tua, orang yang dilahirkan pada waktu tersebut biasanya kuat berdoa (bertaqqarub) kepada Tuhan. Saya no komen. Betul kot.

JAWAPAN ISTERI SAYA
Jawapan isteri saya kepada orang-orang yang sering bertanyakan perihal pribadi saya mudah sahaja. “Saya kenal dia waktu mudanya kuat berzikir. Dia ada banyak buah tasbih”. Demikian jawapan isteri saya.

Kemudian inilah kisah tentang kelahiran Muhamad yang kita bincangkan itu. Berikut ialah kata-kata Muhamad tentang saat kelahirannya.

“saya mau cerita kalo cuma sama abah dan orang di sekitar abah, mulai dari kelahiran saya pada dini hari selepas gerhana bulan total di tahun 1978, sampai saya sekarang di banten, dan berikut pemahaman yang diberikan Alloh kepada saya. karena hanya wali Alloh yang akan bisa sedikit banyak mengerti, ,akan menjadi mudharat bagi orang yang tidak mengerti karena sedikit banyak mereka akan sempat mencibir, kasihan. tidak ada maksud untuk merendahkan, karena kita semua sebenarnya saudara. dan kalaupun ada pemahaman2 lagi yang saya terima, saya bersedia membicarakan dengan abah.”

GERHANA MATAHARI/BULAN DAN ALAMATNYA
Kemudian ujar Muhamad, dia dilahirkan pada waktu gerhana bulan penuh. Anda tentu sudah memahami dari coretan Muhamad di atas.

Dari sebuah kitab tua yang ada di dalam simpanan saya, maka tanda dari kelahiran sewaktu gerhana matahari atau bulan penuh adalah seperti berikut.

“Para pembesar susah, rakyat kecil sakit”. Saya tidak faham sangat maksudnya. Tetapi saya rasa saya tidak mau mempercayainya. Sebab dalam Islam, gerhana bulan atau matahari tidak membawa maksud apa-apa.

Tetapi kalau pun ada pengertian-pengertian lain yang sesuai, mungkin boleh diertikan sebagai huru-hara atau kacau-bilau. Boleh jadi juga maksudnya bahawa dunia ini berada dalam keadaan “tidak stabil”. Wallahu ahlam.

SIFAT PENDIAM MUHAMAD
Muhamad ini seorang pendiam. Itu yang saya tahu darinya. Dia hanya mesra kepada orang yang dia percayai. Saya jadi abahnya, tempat dia menumpahkan segala rasa & rahsianya.

Ujarnya, “jadi prinsip saya, saya sangat berusaha mengerem (merahsiakan) perkataan saya. karena yang benar hanya milik Alloh, dan hanya kehendak Alloh pasti terjadi. cukup berserah diri saya menjalani hidup”.

Tambahnya lagi, “Tolong abah tidak bercerita kepada yang belum menyerahkan diri kepada Alloh”.

MAAFKAN SAYA
Saya sudah berjanji kepada Muhamad bahawa saya akan merahsiakan dirinya sebagaimana saya merahsiakan diri saya. Saya akan sembunyikan dirinya sebagaimana saya menyembunyikan segala identity diri saya.

Cukuplah anda tahu semuanya dari saya. Kalau saya benar di sisi Allah bahawa dia itu sosok Imam Mahdi, maka anda tentu sangat gembira dengan khabar ini.

Mudah-mudahan kita dapat bersamanya, membantunya dan meninggikan cita-cita suci membina Daulah Islamiyah. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami.  

WAKTU SUBUH. 22-5-2013. 

16 comments:

  1. alhamdulillah...
    keterangan semakin jelas. jadi, saudara kita ada di jawa barat. jika dia menjadi seorang wali Allah, sebagaimana doanya, alhamdulillah, mungkin dia juga yang menjadi sebab rahmat dan perlindungan Allah turun ke bumi sunda di tengah banyaknya perbuatan zalim di sana.

    jika dia juga benar pemuda yang dimaksud dalam wangsit Siliwangi, nanti dia akan marah dan meninggalkan negeri kampung halamannya dan banyak orang akan mencarinya untuk meminta maaf.

    Apakah rumahnya di belakang sungai, apakah di depan rumahnya banyak pohon hanjuang, apakah pintu rumahnya setinggi batu? Apakah dia suka berzikir dan beristighfar di malam hari di tepi hutan di antara batu besar dan rumput2 tinggi, tidak jauh dari laut (atau sungai besar)? Zikirnya didengarkan oleh alam semesta sehingga bahkan batu dan rumput pun ikut beristighfar bersamanya. Itu yang saya ingin tahu. Bersediakah abah menanyakan pada dirinya?

    Maafkan jika saya mendesak abah, tetapi ini juga karena saya seorang pencari.

    --mel--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada banyak bercerita ttg wangsit silingwangi, tth pohon kayu di depan rumahnya dsb sehingga abah menjadi takut mendengarnya.

      Nanti abah suruh dia membaca sendiri komenmu dan kemudian abah dapatkan jawapan darinya. Insyaallah

      Delete
    2. Abah sudah memberitahu dia dan jawapannya (sebahagian besarnya) memang benar sebagaimana yang disebut. Abah akan menulis tentang bocah angon (anak gembala) itu dalam banyak siri supaya kisah Muhamad ini benar adanya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kebenarannya kepada kita semua.

      Delete
  2. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Dibilang orang berlebeh2an baiknya dinegeri sendiri. Kera dihutan disusukan, sedangkan anak sendiri dirumah dibiarkan mati kelaparan..

    ReplyDelete
  3. Saya rasa tanggapan anda agak janggal. Ini bukan masalah orang atau kera. Ini masalah rrg IM yang mesti diikut oleh setiap orang islam. Termasuk anda juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terlalu mendetail lokasinya nanti ramai orang yahudi & sekuler mencarinya

      Delete
  4. saya orang jawa, dan bersaksi orang jawa tidak bisa diandalkan untuk urusan seperti ini., mari orang jawa atau Sunda, perkecil visi-misi nggak usah mikiran urusan umat manusia Internasional, urusi urusan provinsinya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, anda terlalu berani saudara anonim sebagai orang jawa berkata demikian, jawa itu artinya faham, termasuk faham sopan santun. walisongo juga di jawa.

      Delete
    2. urusan agama milik seluruh umat islsm

      Delete
  5. Maafkan saya. Untuk saudara anon 18/7/13, ada baiknya saudara bersikap tenang dahulu. Perkara mahdi ini urusan umat Islam seluruhnya. Bukan urusan masyarakat jawa sahaja.

    Kalau nanti mahdi itu datang dari bangsa lain pun, anda mesti memaksa diri anda untuk menerimanya. Tidak boleh bertahan dengan jawa anda sahaja.

    Maafkan saya kerana menyatakan yang benar. Saya berbangga kerana Muhamad itu orang Jawa. Sekalipun kami berbeza bangsa, tetapi kami berbangga dapat berkenalan satu sama lain.

    Sekiranya anda tidak berminat dengan kami, maka kami mengucapkan selamat berjaya kepada anda. Selamat berjaya menjaga segala provinsi anda.

    Cuma saya minta tolong satu sahaja kepada anda. Sekiranya bangsa Jawa (Al-Mahdi) itu dipilih oleh Tuhan untuk urusan akhir zaman, berilah SEDIKIT KEBANGGAAN ANDA kepadanya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Maulidur Rasul hari Isnin 12 RabbiulAwal Tahun Gajah,
    Maulidur Mahdi hari Isnin 12 RabbiulAwal Tahun XXXXXX.
    Muhammad Pertama diutus Pembawa Rahmat seru sekian alam,
    Muhammad Kedua tugasnya Penyelamat Ummat diAkhir Zaman..

    ReplyDelete
  7. Both of them were of the same "Star Gate",
    As what were written in the "Cosmic Chess".
    Muhammad SAW bertapa diGua Hiraq selama 44 hari,
    Sudahkah sampei pada kalian berita Mahdi Asli?
    Dimana dan berapa lama Mahdi dialam pertapaan?
    Carilah Bocah Angon Asli nanti tahu itu jawaban.
    Dgn Pemuda Berjanggot berpindah keLembah Cawan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaiku, Abah bagamana khabarnya saat ini ? saya berharap bisa komunikasi dan menjalin silaturahmi dengan Abah dan Muhammad

    ReplyDelete
  9. Saya golput bah dari kecil sampai sekarang

    ReplyDelete
  10. Abah saya ingin berkomunikasi secara private, ini nomer wa saya 0878-2310-2717

    ReplyDelete
  11. Abah.. You are awesome!
    👍👍💞👍👍

    ReplyDelete