GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 3 May 2013

TEORI RAHMAN (2) Siapa pemenang PRU13?







Saya telah menulis dalam siri (1) dahulu tentang siapakah PM selepas Najib. Terus-terang cakap, saya tak percaya kepada susunan PM mengikut TEORI RAHMAN (TR). Saya juga tak percaya akan adanya TR pusingan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

LAPORAN UMceded
Berikut ialah keputusan kajiselidik oleh Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) yang mengatakan Najib tertinggal empat angka di belakang DSAI.

"Saya tidak setuju dengan punggutan umum itu. Kami memiliki badan penilaian sendiri dan dari situ terlihat kita berada di depan," kata Najib sewaktu bertemu penyokongnya di Rawang.

KEDUDUKAN 43 - 39
Menurut UMceded, 43% suara percaya bahwa Anwar lebih memenuhi syarat untuk menjabat jawatan sebagai perdana menteri. Najib pula hanya mendapat 39%  suara.

Walau bagaimana pun, beberapa pihak lain mempertikaikan kajiselidik itu. Kata mereka, ukuran sampel terlalu kecil iaitu hanya 1.407 respondens sahaja. Mereka berpendapat Pakatan Rakyat dapat memanipulasi hasil kajiselidik tersebut.

Dalam satu sumber lain, jika kaji selidik ini dijalankan sekitar KL, maka dapat dikatakan undi Melayu berpecah sama banyak. Undi penentu yang memenangkan Anwar besar kemungkinan datang dari orang bukan Melayu (samada Cina atau India).

Kemudiannya, 18% mengambil sikap berkecuali (atas pagar). Dato Seri Najib atau Anwar harus melihat mereka dari sudut yang lebih dekat. Masyarakat Bandar lebih terbuka & suka berdebat. Mereka mahu kehendak mereka difahami.  

KEUPAYAAN MENDAPAT 2/3 MAJORITI
Najib menjelaskan dirinya yakin Barisan Nasional akan menang dengan majority (2/3) kerusi parlimen jika tidak terdapat sabotaj dalaman.

"Saya juga harus mengingatkan bahwa masalah dalaman parti harus diselesaikan dahulu atau hal-hal lain yang dapat mengancam system kerja (kinerja)  kami. Jika kita bersatu dan berkerja keras, tidak ada alasan yang akan membuat kita mendapat hasil yang buruk," ujar Najib.

Apabila ditanyakan padanya tentang gera kerja Barisan Nasional di negeri-negeri dimenangi pembangkang,  Najib mengakui bahwa hal itu sangat memerlukan perjuangan.

"Kita tahu bahwa tidak mudah untuk mengubah pemerintahan negara, tetapi mesin politik kami sedang bersemangat dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mencapai tujuan kami," ucap Najib.

KAJI SELIDIK UUM
Berikut adalah kajiselidik dari Institut Kajian Politik UUM (Mapan) & Majlis Profesor Negara (MPN), didapati bahawa Najib mendahului Anwar dengan mendapat 58%. Anwar pula mendapat 42%.

Jika kutipan pendapat ini dilakukan sekitar Kedah & Perlis, maka ini menunjukkan majority orang Melayu di kawasan kampong & Bandar kecil mula menyokong BN.

Kajiselidik ini dijalankan sekitar 28 – 30/4/2013, beberapa hari selepas kajiselidik UMceded yang kami sebutkan di atas.

PERHITUNGAN FALAK
Kalau anda membuka Kitab Madinatul Asrar, anda akan menjumpai perhitungan falak untuk membandingkan kedudukan 2 orang yang bertelagah. Saya sendiri mempunyai kitab ini. Tetapi secara terus terang cakap, saya kurang percaya kepadanya.

Saya telah menjumpai kaedah perhitungan falak (menggunakan kitab Madinatul Asrar) ini dalam blog Bradokapak. Menurut hitungan yang dia buat, Anwar dapat baki 5 & Najib dapat baki 2. Maka Anwar dapat mengalahkan Najib dengan (5-2) = 3 mata.

PEMBETULAN NAMA (MOHD NAJIB)
Saya Cuma nak buat pembetulan nama sahaja. Nama Najib harus dieja MOHD NAJIB. Dengan itu, dia mendapat baki 4 sesudah dibahagikan dengan 9. Dalam keadaan ini pun, Najib masih kalah kepada Anwar dengan (5 – 4) = 1 mata.   

Demikian menurut perhitungan falak dari kitab Madinatul Asrar. Tetapi saya kurang mempercayainya. Alasan saya mudah sahaja. Najib dan Anwar pernah bersaing dalam PRU12. Anwar tetap kalah. Najib juga yang menang.

MIMPI SAYA
Saya akan meringkaskannya supaya anda mudah faham. Saya bermimpi seorang wali Allah (dia tinggal di kampong terpecil) telah meninggal dunia. Mayatnya diziarahi orang tak putus-putus.

Dari kitab tafsir Ibnu Sirin, ia bermaksud kerosakan ilmu dan syariat. Dengan itu saya berpendapat bahawa Negara kita (Malaysia) akan mengalami suasana yang saya sebutkan di atas.

So, siapakah yang bakal menang yang berkait rapat dengan mimpi saya di atas? Kalau Najib menang, keadaan beragama akan jadi seperti biasa. Tetapi kalau Anwar menang, masalah pluralisme, LGBT, penggunaan kalimah Allah dalam bible dan sebagainya akan menjadi sesuatu yang baru dalam Negara kita.   Apa pandangan anda?

SEMOGA MIMPI SAYA SALAH
Saya cukup takut kesucian agama Islam di Malaysia menjadi terancam. Saya tak kisah tentang DS Najib, Anwar, TG Haji Hadi, TG Nik Aziz dan sebagainya. Mereka boleh datang dan pergi seperti lumrah manusia sebelum ini. Yang hidup pasti mati. Yang mati sunyi sepi.

Yang saya takut ialah kerosakan ilmu dan syariat. Maksud kedua-duanya menjurus kepada AGAMA. Siapakah yang dapat menyelamatkan agama Islam di Malaysia?

SAYA BUKAN ORANG POLITIK
Saya bukan orang politik. Keluarga saya pun bukan orang politik. Sejak kecil, saya dilatih menjadi “orang surau”. Saya tak pandai putarbelit, kang-li-kong, mabuk pujian dan mabuk harta,  Saya juga tak pandai berniaga, samada kecil-kecilan atau berskala besar.   

Saya hanya mencintai kebenaran dari Allah SWT. Sebab itu, saya selalu menyuruh diri saya dan diri orang lain agar menjauhkan diri daripada Yahudi dan agen-agen Dajjal.

MEREKA MUSUH ALLAH
Yahudi boleh menyamar dan menyusup dalam pelbagai bentok kehidupan. Mereka boleh meracun pemikiran umat Islam melalui hiburan, sukan, agama, perniagaan, politik dan sebagainya.

Ramai orang merasa takjub dengan gelaran “Syeikh Malaya” pada Anwar Ibrahim seolah-olah dia manusia suci. Parti PAS (kononnya Parti Islam) terjerat sama dengan gelaran itu.

Tetapi DAP mengambil pendekatan simbiotik. Dia lebih berhati-hati. Dia menumpang Anwar dengan menganggap dia (Anwar) bakal menang dalam PRU13.

UJAR ANWAR SETERUSNYA
Dalam salah-satu ceramahnya, dia (Anwar) juga mengingatkan rakyat  Malaysia supaya berhati-hati  dengan kecurangan Barisan Nasional dalam PRU13.

"Kita harus mendapatkan  lebih banyak sokongan  dan mengajak seluruh rakyat untuk menyalurkan suara supaya kecurangan tidak mempengaruhi hasil pilihanraya”.

BANTAHAN BARISAN NASIONAL
Barisan Nasional (BN) membantah maksud kecurangan yang disebut oleh Anwar itu. Selama beberapa bulan terakhir ini, BN  terus berusaha meraih sokongan dengan memberikan bantuan wang tunai (BRIM) bagi keluarga miskin dan menawarkan tambahan pendapatan.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak berulang kali mengatakan bahawa BN akan memenangi pilihanraya ini dan mendapatkan semula sokongan besar (2/3)  kursi parlimen yang gagal  mereka capai pada pilihanraya 2008.

Sekitar 13,3 juta rakyat Malaysia akan keluar mengundi  pada plihanraya 5-5-2013 ini yang dianggap paling ketat dan mencabar. Sebanyak 222 kursi parlimen dipertandingkan.

KEADAAN SEMAKIN PANAS.
Barisan Nasisonal dan Pakatan Rakyat masing-masing mendakwa akan memenangi pilihanrya ini. Saya senyum sahaja dalam hati. No komen..

Saya tahu memang pilihanraya tahun ini cukup tegang. Kalah-memang hanya berseliseh pada tahap 1% sahaja. Demikian juga pendapat yang saya dengar dari beberapa sumber yang lain.

Kekacauan politik banyak berlaku pada peringkat rakyat bawahan, terutama bangsa Melayu. Tidak pula terjadi pada peringkat atasan dan pertengahan. Tidak juga terjadi kepada bangsa-bangsa asing. Anda faham maksud saya?

INI JAWAPANNYA
Berpada-padalah dalam berpolitik. Sayangilah agamamu. Bangsa Cina tetap sokong parti mereka. Bangsa India tetap sokong parti mereka. Begitu juga bangsa-bangsa lain di Negara kita.

Bangsa Melayu ada 3 pilihan. Kalau anda menyokong Najib & BN, keadaan anda tidak berubah. Anda dapat masuk dan keluar dari persekitaran anda seperti hari ini. Diri anda selamat. Ugama anda pun, insyaallah selamat.    

Kalau anda menyokong Anwar & PKR, diri anda selamat tetapi agama anda belum tentu selamat. Anda akan terjebak dengan pluralisme, LGBT, penyalahgunaan kalimah Allah dan sebagainya.

Kalau anda memilih PAS, anda akan mendapati dia sebagai kawan yang lurus bendul. Dia mudah diperalatkan orang. Berjalan bersamanya di malam gelap memang berbaloi, tetapi mudah disergap penjahat & binatang buas. Ugama anda insyaallah selamat tetapi diri anda belum tentu selamat.


LAKUKANLAH SOLAT ISTIKHARAH
Saya bukan orang politik. Dan saya pun sudah membersihkan diri saya dari politik. Kalau saya berhajat untuk mengundi besok hari, malam ini insyaallah saya akan lakukan solat istikharah. Saya akan meminta petunjuk Tuhan untuk menentukan pilihan terakhir.

Selamat beristikharah.  Selamat mengundi.  Pilihan di tangan anda. Tentukan undi anda pada 5-5-2013 nanti.   

DI RUMAH. SABTU 4-5-2013

3 comments:

  1. salam...pilihanraya sudah berlalu... betul kot anwar menang... walaupun dalam pilihanraya secara rasminya kalah tetapi anwar masih belum mahu bersara dan malam ini akan menggerakkan rakyat seluruh negara... bersedialah untuk waktu terburuk...

    ReplyDelete
  2. ini semua salah umno...
    wrong bird job...

    ReplyDelete
  3. This year 2013 is the Year Of The Karmic Snake.
    The Snake is facing his opposite rivalry the Boar.
    As predicted the Snake descendants will bring luck.
    But the Boar descendants will be exhausted...
    ...As Above So Below - Chinese Astrology...

    ReplyDelete