GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 1 June 2013

KONFLIK SYRIA (5) Belitan Fitnah Semakin Kusut.



Dulu, saya dah menulis tentang Konflik Syria ini sebanyak 4 siri. Sekarang saya nak sambung balik dengan siri (5). Macam-macam kisah yang berlaku sekarang ini. Bertambah haru-biru & menyerabutkan.

Ada seorang pembaca blog saya komen pada saya. Katanya, tak penat ke menghebah sana dan sini (tentang Imam Mahdi & perkara akhir zaman)?.

Saya nak jawab begini. Kalau penulisan saya ini mendapat pahala dari Tuhan, saya akan teruskan. Tetapi kalau tak ada faedah, rugi masa, letih tangan, lebih baik saya stop di sini, tanam ubi kayu lagi baik.

Membicarakan tentang perkara akhir zaman (bagi saya) adalah juga tuntutan agama. Buktinya terletak kepada kepercayaan kepada Hari Akhirat dalam Rukun Iman.

Sebelum datang hari Akhirat, kita mesti menempuh dahulu Hari Kiamat. Sebelum datang Hari Kiamat, kita mesti mengenal dahulu tanda-tandanya. Ada tanda kecil, pertengahan dan besar.

Dipendekkan cerita, tanda-tanda kecil dan sederhana Hari Kiamat dah berlambak di depan mata kita. Sekarang kita ini di akhir zaman & sedang berhadapan dengan 10 tanda akhir Hari Kiamat.



Tanda yang pertama ialah kemunculan Imam Mahdi Al-Muntazar. Sebelum kemunculannya, ia didahului oleh fitnah besar di Asia Barat. Apa maksudnya? Iaitu konflik Syria yang tak berhenti-henti sehingga sekarang.    
Untuk mendapat lebih kefahaman tentang konflik Syria itu, elok anda baca post-post saya sebelum ini, KONFLIK SYRIA (Siri 1,2,3 & 4). Saya kaitkan juga dengan sosok Imam Mahdi & kehadirannya yang berkaitan dengan konflik tersebut.

KEKUSUTAN (1)
Barisan pemberontak Syria itu terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk majoritinya Sunni dan sebagainya. Paling mengejutkan, mereka mendapat bantuan militer dari US, Britain, Peranchis dan Turki. Kalau tak percaya, sila baca post-post saya yang terdahulu. Dengan kata lain, Israel juga berada di sebelah mereka.

KEKUSUTAN (2)
Hizbullah (Parti Allah) yang pro-Syiah telah menyokong Basyar Al-Assad dalam penentangannya terhadap pemberontak-pemberontak Sunni. Bahkan, Syeikh Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah berjanji akan mempertahankan rejim Basyar sehingga menang.



KEKUSUTAN (3)
Tadi saya membaca akhbar Metro Ahad (2-6-2013), m/s 60 pada ruangan Global yang menceritakan bahawa Syeikh Yusuf Qaradawi dipetik sebagai berkata (seperti berikut), YUSUF QARADAWI GESA SUNNI BANGKIT PERANGI BASHAR. Bukan setakat itu, bahkan beliau mengelar Parti Hizbullah itu sebagai Parti Syaitan.



Beliau juga membandingkan dirinya sebagai lebih bodoh dari ulamak-ulamak Arab Saudi semasa dia memuji Syeikh Hassan Nasrallah di depan mereka suatu ketika dahulu.

KEKUSUTAN (4)
Umat Islam di seluruh dunia terbahagi 2 kelompok. Kelompok (A) pro Bashar Al-Assad manakala kelompok (B) pro pemberontak Syria. Masing-masing ada golongan ulamak yang menyokong mereka. Maka kerana itu, keadaan fitnah menjadi semakin sukar.

PENDAPAT PRIBADI SAYA
Saya menulis semua ini kerana Allah Taala. Bukan kerana ada apa-apa kepentingan dari pihak A atau B. Tetapi dalam menanyai saya, siapa yang saya sokong, maka ini jawapan saya.  

INI JAWAPAN SAYA (1)
Syria pada peringkat awalnya adalah stabil sebelum revolusi (Arab Spring) menghentam sebahagian besar wilayah Arab sebab protes pada kekuatan rejim pemerintah.

Mantan Presiden Mesir Husni Mubarak tumbang. Mantan Presiden Libya Muammar Qaddafi juga tumbang. Begitu juga sebahagian negara lain. Sekarang ini adalah giliran Presiden Syria,  Basyar al-Assad pulak.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, mengapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi?

INI JAWAPAN SAYA (2)
Banyak orang percaya rakyat Syria mengangkat senjata dan memberontak sebab mereka tak lagi berupaya mengeluarkan pendapatnya dengan aman. Maka pemerintah Syria lalu mengawal mereka dengan peluru, dan mortar, sehingga menyebabkan ramai penunjuk perasaan terkorban dalam peristiwa March 2009.

Sebelumnya hanya berdemonstrasi, tetapi akhirnya mereka melancarkan perang terhadap Assad, seperti dilaporkan The New York Times (8/4/2009).
Mengapa penentangan ini tidak berlaku di Arab Saudi? Rakyat Saudi juga terkongkong dan tidak bebas bersuara? Sepatutnya konflik ini juga berlaku di Arab Saudi kerana keadaan politiknya sama seperti Syria.

INI JAWAPAN SAYA (3)
Kerana konflik sebelum ini adalah percaturan politik Yahudi dan agen-agen Dajjal. Mereka memporak-perandakan sesebuah negara (mari kita mulakan dengan Afghanistan, Iraq, Algeria, Mesir, Libya & sekarang Syria) dengan 2 maksud sahaja.

Pertama, mereka ingin merosakan kestabilan politik Negara Islam. Bila huru-hara berlaku, pembunuhan akan merata. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi Akhir Zaman akan terbunuh sama.

Kedua, mereka menyerang Negara tersebut untuk menguasainya. Bahkan dalam hati mereka, semoga Imam Mahdi yang mereka cari itu adalah manusia lapar yang berebut-rebut makan seperti anjing.

Saat mereka melempar makanan dari helicopter (seperti di Afghanistan), lalu mereka melempar bom kepada sekumpulan lelaki, wanita dan anak-anak kecil yang berebut-rebut padanya.

Semuanya permainan Yahudi & Agen-agen Dajjal.

INI JAWAPAN SAYA (4)
Konflik Syria yang seharusnya terjadi hanya antara rakyat dengan pemerintah tiba-tiba meluas. Sudah merebak menjadi perang besar. Dugaan Assad bahawa  pihak asing memberi bantuan kewangan kepada pemberontak hingga mereka menjadi sangat kuat, banyak, dan besar memang benar.

Paling mungkin ialah senjata. Dari mana tentara pembebasan Syria mendapatkan keperluan senjata mereka  jika tidak ada “golongan berkepentingan” memberikannya pada mereka.

KECURIGAAN ASSAD YANG KUAT
Kecurigaan Assad semakin kuat pada negara barat. Amerika Syarikat dan Britain dituding sebagai dua buah negara yang berupaya melakukan urusan jual-beli senjata itu.

Negara lain seperti Iran, Rusia dan China masih setia mendukung Assad. Kedua kubu masing-masing memperingatkan agar tidak mencampuri urusan politik Syria.

Walau bagaimana pun, Amerika Syarikat diketahui giat melatih para pemberontak dan pasukan intelijennya (CIA) juga giat mengirimkan pasokan senjata, seperti dilaporkan stesen television Al Arabiya (25/3/2013).

KENAPA TIDAK BERLAKU DI ARAB SAUDI?
Kenapa Arab Spring ini tidak berlaku di Arab Saudi? Pada saya, Arab Saudi itu sendiri pro-barat. Yahudi & Agen-agen Dajjal tidak merasai apa-apa tekanan dari struktur politik Arab Saudi. Bahkan mereka merasa tidak perlu untuk mencari Imam Mahdi di situ.

SERANGAN KE ATAS SYRIA?
Anda mungkin bertanya kepada saya. Kenapa Konflik Syria ini berlaku? Kenapa Yahudi & agen-agen Dajjal ini melakukan kemusnahan di sini? Jawapan saya terletak pada hadis Nabi yang berikut.

Bersabda Rasulullah SAW : “sekiranya penduduk Syam sudah tiada, maka tiada lagi kebaikan di atas muka bumi ini”.

Yahudi memahami maksud hadis ini sama seperti kita. Tetapi mereka mempunyai perancangan jahat untuk meranapkan kita.  Tujuan mereka bukan lagi 2, tetapi sudah menjadi 3 seperti berikut.

TIGA TUJUAN YANG JAHAT
Pertama ialah merosakkan kestabilan Syria (telah berjaya). Kedua ialah membunuh Imam Mahdi (tidak berjaya) dan ketiganya, menghapuskan sinar Islam di akhir zaman (tidak mungkin berjaya).


Di MANAKAH IMAM MAHDI?
Dulu, saya mengira Imam Mahdi lahir di Kurjah (Madinah) tetapi selepas membuat kajian dan pembacaan dari banyak sumber, saya mendapati Kurjah itu tempat kemunculannya semasa di Madinah.

Kemudian, pada masa tentera As-Sufyani (Imam Mahdi palsu) cuba mengejar beliau di Mekah, waktu itu beliau berada di Harrah (Mekah).

DI MANA & SIAPAKAH DIA SEBENARNYA?
Saya benar-benar tidak tahu siapa sosok Imam Mahdi yang sebenar. 100% tidak tahu. Tetapi saya selalu berdoa, semenjak 20 tahun lampau kepada Tuhan supaya dipertemukan dengannya.

Alhamdulillah, semuanya kuasa DIA.

DIA telah mengerakkan saya kepadanya. Dan DIA juga telah mengerakkannya (maksudnya Al-Mahdi) itu kepada saya. Kalau benar dia itu sosok Imam Mahdi, bertuahlah Nusantara ini.

JAWAPAN MUKTAMAD SAYA. 
Al-Mahdi Akhir Zaman akan ditentang oleh As-Sufyani (pemerintah Syria). Tak pasti siapa As-Sufyani, mungkin dia itu Basyar Al-Assad atau pemerintah baru Syria. Tetapi yang pastinya, Al-Mahdi juga ditentang oleh Yahudi & Agen-agen Dajjal.

Saya tetap benci kepada Yahudi di manapun dia berada dan siapa yang dia sokong. Di mana Imam Mahdi berada, di situlah saya meletak sokongan saya. Semoga Allah tetap membantu kita semua menegakkan Daulah Islamiyah. 


DI RUMAH. 2-6-2013. 12.43 PM

16 comments:

  1. Salamun 'alayk.

    Dikatakan Sufyani itu Suriah dan Jazirah tetapi saya rasa Sufyani itu cuma Suriah manakala Jazirah ialah bapa saudaranya, kalb. Amat malang kepada siapa yg tidak melihat harta rampasan perang antara kalb dan mahdi. Selagi Mahdi belum zahir secara nyata, kita hanya mampu menduga saja. Semua bersangka-sangka sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Memang betul kata tuan. Saya setuju 100%. Selagi Al mahdi belum muncul, tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa dia al Mahdi.

      Saya pun hanya berani menduga sahaja (tanggapan awal). Itu pun kalau ada persamaan fizikal padanya yang terkandung dalam hadis dan kata2 ulamak.

      Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya.

      Delete
    2. Alhamdulillahi... Bagusla begitu, padanya (al mahdi) ada tanda tanda zahir dan batin yang jelas. Beruntungla siapa yang dibukakan Allah untung melihat tanda tanda itu dan seterusnya mengikuti baginda. Semoga Allah menjawab semua doa abah tanpa kecuali. Salam atas abah.

      Delete
    3. Salam juga untukmu anakku.

      Mudah2an tuhan sentiasa membawa kita semua kepadaNya & mengizinkan kita berada dekat dengan hamba pilihanNya.

      Yang benar itu hanya Allah.

      Delete
  2. turky juga uda mulai bergolak mungkin ada hubungannya dengan suriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah akan memberi respons setakat mampu.

      Delete
  3. Dalam penelitian sy...Iman Mahdi dr Al Sunnak Wal Jammaah...Dunia sudah nampak kesesatan syiah (agama yg mgaku islam tetapi diterap amalan yahudi dn majusi)..Beruntung la golongan islam yg datang dari Nabi Kita S.A.W...

    ReplyDelete
  4. ia betul kata tuan...memang Al-Mahdi dari ASWJ

    ReplyDelete
  5. saya bukan kate kat abah la saya kata kat Tentara Daulah Islam Melayu, dah byk blog dia hebah pasal laman web dia, saya nak tanye ngan dia, tapi bkan ngan abah hehe, abah jangan amik ati ye nnti kena jual hehe.

    -sekadar membetulkan salah faham

    ReplyDelete
  6. Dalam bab syria ni, pada pandangan saya la abah, israel ngan amerika perancis dan british sokong pemberontak dengan bagi senjata kat dia orang sebab mereka nak percepatkan penghapusan umat islam ahlul sunnah wa jamaah dengan nak gelapkan mata dunia.

    contoh mudah,

    kalo saya tak ada pistol kemudian ada orang yang guna senapang datang nak bunuh saya, mestila saya lari dulu maka susah la si pembunuh yang berniat jahat tuh nak bunuh saya.

    tapi kalo saya ade pistol kemudian orang yg ada senapang tuh datang lagi, saya akan jadi yakin untuk berlawan dengan dia walaupun senjata saya tak sehebat dia..ada dua keputusan yang boleh saya dapat,
    1)saya menang walaupun kapasiti peluru saya sikit tapi saya berjaya tembak tepat ke kepala pembunuh.
    2)saya mati sebab pistol saya lemah tembak punya tembak tapi dia tak mati(peluru pistol kecik kena tapi x mati) tambah pulak lawan dengan senapang memang mati le jawabnya.
    si pembunuh memang tak nak kasi saya hidup punya.

    sebab tu saya rasa basyar ni tetap akan berkuasa.
    yang jadi mangsa kat syria sekarang ni adalah penduduk yang tak bersalah yang keluar mulut buaya masuk mulut harimau.


    ni pendapat ja berkemungkinan besar salah jangan berpegang dgnnya

    ReplyDelete
  7. Walaikumussalam. Betul juga pendapat tuan itu. Abah pun fikir lebih kurang macam tu. Depa beri senjata supaya kita berbunuh2an. Kemudia ada niat 1 lagi, depa nak Iman Mahdi (kalau memang ada di Syria)mati dalam perang saudara tu.

    Tentang Basyar pendek umur atau panjang umur, tak pasti lagi tu. Ttp abah rasa dia itu bukan As-Sufyani yang akan menentang Imam Mahdi akhir zaman. Tentera Basyar tak sekuat dahulu. Dia pun dok bersembunyi entah di mana. Maaf lah. Ini pandangan abah je.

    ReplyDelete
  8. Imam mahdi adalah seorang melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara ikhlas, abah tak tahu siapa IM itu. Tetapi ada seorang hamba allah yang sifat2 fizikalnya sama seperti IM. Memang dia dari NUsantara....berumur 35T, sudah berakhwin & ada 2 orang anak. Untuk lebih detail, sila baca ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI?

      Delete
  9. Benerkah Imam Mahdi adalah orang Melayu..??
    Jawabannya mungkin Melayu dan mungkin Jawa..
    Ada dibilang Bani Jawi yg hilang itu dimana..??
    Kalo dikhabarkan salasilah Nasab keturunannya,
    Nanti hahaha... Bocah Angon nak tergelak ketawa.

    ReplyDelete
  10. JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL/JITU 2D3D4DSGP/HK DIJAMIN 100% JEBOL hub. KI SUKRO DI 085287001752

    ReplyDelete
  11. Kajian yang benar dan benar-benar mencari kebenaran walaupun belum sampai ke hujungnya. Tetapi bagi orang yang dah kasyaf yang telah terbuka hijab matanya ke alam ghaib. Imam Mahadi sudah dikenalinya, bukan dari Malayu dia keturunan arab, ahli bait dididik di alam ghaib, penuh keramah, dah lama wujud di alam ghaib tetapi belum masa zahirnya. Jelaslah dan benarlah seperti hadis 12 imam ahli bait nabi. Itu kenyataan, di alam ghaib para nabi dan para wali berumur seusia 33 tahun sahaja samapai hari kiamat. Dajjal ghaib, Nabi Isa ghaib, semua akan keluar mengikut jadual Allah

    ReplyDelete