GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 20 July 2012

KATA-KATA YANG SANGAT INDAH TERHADAP ISRAK MIKRAJ



Berkenaan Israk dan Mikraj ini, saya terjumpa satu kata-kata yang sangat menarik. Bagi saya, ia cukup indah.

Kata-kata itu saya petik dari facebook adek saya, Zool Amali yang tinggal di Bukit Subang, Kuala Lumpur. Terpegun sebentar saya mendengar kata-kata itu. Satu kata-kata yang sangat indah.

Memang hajat saya nak menulis pasal peristiwa Israk Mikraj. Dan saya bercadang nak mengupasnya dari sudut saintifik.

 Berikut ialah kata-kata yang saya maksudkan.

JANGANLAH KAMU, NAIK KAPALTERBANG PUN DAH SOMBONG. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK KE LANGIT PUN, MASIH TAWADHUK. 

JANGANLAH KAMU, NAIK KERETA MEWAH SEPERTI LAMBORGIHNI ATAU PORCHE, DAH SOMBONG. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK BURAQ YANG LAJU MACAM KILAT PUN, MASIH TAWADHUK

JANGANLAH KAMU, ADA PANGKAT SIKIT, DAH MULA BERLAGAK. TENGOK RASULULLAH SAW, NAIK KE LANGIT JUMPA TUHAN PUN, TETAP COOL, TETAP TAWADHUK. TAK SOMBONG DIRI PUN.

Kalau ikut cara biasa, orang tentu muak mendengarnya.  Kisah yang sama dan diceritakan dalam bentok yang sama tentu menjadikan pendengar mendengar cerita yang sama setiap tahun.


Kata-kata di atas merupakan satu persembahan mesej yang kreatif. Perubahan sebegitulah yang pendengar mahukan. Mereka mahukan sesuatu yang lain.


INGATAN KEPADA ORANG KAYA
Sekaya manapun kita, tak payahlah kita berlagak sombong. Kalau setakat naik kapalterbang dah nak sombong, itu tanda tak ada akal. Dengan kata lain, bodoh sombong.

Tengok Rasulullah, naik ke langitpun, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.

Tolong ingat satu perkara, naik kapalterbang pun, mati juga. Kalau berlaku kemalangan, jarang ada yang selamat. Kalau selamat pun, peratusnya hanya sekitar 0.1%. Maksudnya, dalam 1000 orang korban, hanya ada  seorang yang selamat.


So, kepada yang sombong dapat ke sana ke mari dengan kapalterbang, berpada-padalah mengecap nikmat kehidupan ini.

Jangan dok sombong sangat. Ingatlah, kekayaan awak tu datang dari Tuhan. Sampai masa, awak pun mati.


INGATAN KEPADA KAKI MEWAH
Begitu juga kalau kaya melangit sehingga memiliki kereta yang mewah dan mahal, tak payahlah sombong.  Kereta itu akan jadi buruk juga. Satu sen pun tak laku kalau dah buruk.

Kalau accident, ia akan kemek juga. Macam tin biskut. Tak berharga 1 sen pun.

Tengok Rasulullah, naik buraq yang kecepatannya seperti halaju cahaya, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.

Semua barang mewah, termasuk kereta mewah, rumah mewah, perabut mewah, kabinet dapur mewah dan sebagainya hanya penanda aras (benchmark) atas muka bumi ini sahaja.

Kalau anda mati, semuanya ditinggalkan. Tak ada satu pun yang ikut anda masuk ke dalam kubur. Bahkan mungkin pula jadi bala kepada anda.

Soalan-soalan dalam kubur mungkin berbunyi seperti ini.

“Camne kau beli Bugoti Veyron kau dahulu? Kau beli guna duit halal ke? Masa itu, solat engkau cukup ke 5 waktu?

“Lamboghirni engkau tu beli tunai atau bank loan? Kalau tunai, tang mana  engkau cekup duit sebanyak tu? Kalau loan, engkau guna perbankan Islam ke?”

Tentu banyak lagi soalan-soalan lain yang bakal ditanyakan kepada kaki mewah ini. So, berhati-hatilah. Jangan over sangat membentok kehidupan mewah. Berpada-padalah.

Ikutlah cara Rasulullah, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.


INGATAN KEPADA ORANG BERPANGKAT
Kemudian kalau jadi orang berpangkat atau berdarjat, pandai-pandailah membentok sifat tawadhuk di dalamnya. Jangan over sangat.

Dari pengalaman saya, ramai saya tengok orang yang baru “naik pangkat” atau “berubah pangkat” atau “dinaikkan darjat”, mula berlagak yang bukan-bukan.

Kat kawan lama dah tak kenal, kat sahabat dah rasa janggal, kat saudara-mara dah berjauhan. Bercakap pun ada undang-undang, ada batasan, ada rasmi.

Alangkah buruknya akhlak orang berpangkat seperti itu. Sombong & berlagak.

Kalau dahulu, berkawan dengan orang biasa atau rakyat biasa. Boleh duduk semeja dengan penoreh, petani, buruh, kerani dan sebagainya, sekarang ini dah tak boleh. Depa kelas lain, aku kelas lain.

Sekarang, kelas aku ialah kelas orang-orang besar, yang ada pangkat, ada darjat, ada title, ada bintang. Bukan orang darat, orang kampong, orang hulu macam hang semua. Hu2.

Kalau berjumpa dengan orang-orang besar pun, tak payahlah sombong. Ingat, awak tu akan mati, orang besar itu pun akan mati. Kedua-dua akan jadi tanah.

Setengah orang tu, kalau sombong, merasa bumi ini dia yang punya. Berjalan macam angin, tak rapat ke bumi. Tersenggih-senggih, dada kembang 24 jam.

Tengok Rasulullah, jumpa Tuhan pun, tetap tawadhuk, tetap merendah diri.


IMPAK KEPADA KEPERCAYAAN BERAGAMA.
Pristiwa Israk Mikraj juga memberikan impak yang mendalam kepada orang-orang Mekah pada masa itu.

Yang beragama dan kuat imannya, maka bertambah kuat imannya terhadap tuhan.

Yang kafir dan kuat tentangannya, maka bertambah-tambah kekufuran mereka

Yang lemah imannya, sebahagiannya menjadi murtad & mengingkari peristiwa itu.

Kepada kita yang hidup di akhir zaman ini, percayalah bahawa Tuhan Maha Berkuasa melakukan apa sahaja. Hanya kekuatan iman yang dapat melindungi diri kita dari kebodohan dan kesesatan.

Untuk lebih memahami peristiwa Israk Mikraj ini, elok kita melihatnya dari sudut saintifik.


PENERANGAN DARI SUDUT SAINTIFIK.
Seorang pengkaji dari Pakistan, Uwais Rahman Khan telah memberi penerangan menarik tentang peristiwa tersebut dari sudut sains.

Kredit patut diberikan kepada beliau. Sebahagian sarjana Islam patut mengupas peristiwa ini dari sudut saintifik agar kebenarannya dapat dibuktikan secara ilmiah dan boleh diterima akal.

Kita tidak wajar melawan orang-orang kafir menggunakan wahyu dalam kes seperti ini. Mereka wajar mendapat penjelasan saintifik untuk mengalahkan kedangkalan fikiran mereka.

Kata Uwais Rahman Khan, saintis terkenal dunia, Albert Eisteen pernah mengkaji tentang peristiwa Israk Mikraj. Bahkan katanya, mungkin sebahagian teori yang diciptanya diambil dari peristiwa tersebut.

Albert Eisteen membangunkan Teori Kerelatifan Khas pada tahun 1905 dan 12 tahun selepas itu, mengeluarkan Teori Relativiti Umum pada tahun 1917. Kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W dapat diterangkan selengkapnya menggunakan kedua-dua teori di atas, kecuali….

TERDAPAT SATU PENGECUALIAN di mana Albert Eisteen tidak dapat menyesuaikan peristiwa Israk Mikraj dengan teorinya.

Katanya, E = mc^2. Katanya lagi, mengikut rumus ini, setiap benda yang bergerak laju (maksudnya, Nabi Muhammad sebagai objek dalam Peristiwa Israk Mikraj) akan mengalami hakisan tubuhnya sepanjang pergerakan lajunya. 

Apa yang dia cuba beritahu kepada kita ialah Nabi Muhammad akan musnah kalau betul peristiwa ini berlaku.  

Tetapi Nabi Muhammad selamat zahir dan batinnya dalam perjalanan pergi dan balik. Inilah yang tidak dapat diterima oleh akal Albert Eisteen yang masyhur itu.

JAWAPAN KITA
Jawapan kita ialah semua teori sains, semua hukum sains atau apa sahaja berada di bawah kekuasaan Tuhan. Dalam surah Isra’, Tuhan memulakan firmanNya dengan kata-kata yang sangat indah, SUBHANALLAZI…, yang membawa erti  “Maha Suci Tuhan yang (telah memperjalankan hambaNya) ”

Secara ringkasnya, peristiwa Israk Mikraj itu berlaku dengan kekuasaan Tuhan. Kita boleh mencapai kefahaman itu dengan kekuatan iman.

Sebijak-bijak Albert Eisteen, dia gagal dan tewas  untuk memahami makna KEKUASAAN TUHAN. Dia lumpuh untuk memahami makna MAHA SUCI TUHAN.

Untuk memahami makna kekuasaan tuhan itu, mari kita perhatikan perbualan dua ekor semut di bawah. Mari kita namakan mereka SEMUT A & SEMUT B.

Bayangkan 2 ekor semut itu boleh bercakap.

Semut A : Kau percaya tak bahawa aku telah pergi ke Kuala Lumpur pagi tadi dan sekarang kembali kesini?.

Semut B : Tak munasabah langsung. Kau ni memang penipu besar.

Semut A : Pagi tadi, aku masuk kedalam beg tuan rumahku. Kemudian dia pergi ke Kuala Lumpur dengan kapalterbang untuk urusan mesyuarat yang penting. Kemudian, 5.00 pm tadi, dia balik. Aku pun balik sama. Memang aku pergi. Sumpah.

Semut B : Ya sekarang, aku percaya. 

Semut A telah selamat dari segala kerosakan, keburukan, kecederaan, kemusnahan dan sebagainya selama ia  berada di bawah perlindungan tuan rumah.

Begitulah juga Nabi Muhammad. Baginda selamat kerana berada di bawah perlindungan Allah Taala.

Sekian adanya. Terima kasih. 

2 comments:

  1. FIRMAN ALLAH TA'ALA MAKSODNYA : "Maha Suci Tuhan yang memperjalankan Hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjid yang amat jauh (Baitul Muqaddis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surat Al-Israq [Perjalanan Malam] - Ayat 1/111)...

    ReplyDelete
  2. ISRAQ & MIKRAJ... Israq dianggap perjalanan mendatar, manakala perjalanan Mikraj itu pula dianggap perjalanan menegak. Soalnya apakah tatakala itu Baginda Nabi SAW yg pergi hanya Ruhnya sahaja.? Ato apakah Paduka Nabi SAW pergi Ruh dgn Badan Jasad Ragawinya sekali..?? Maka terbitlah berbagei2 pendapat fasal pada menyatakan bab Israq dan Mikraj itu. Maka dinamakan "Teka-Teki Israq dan Mikraj"...

    Peristiwa Israq dan Mikrajnya Nabi SAW itu satu Mukjizat. Mukjizat adalah satu Miracle perkara ghaib yg mencarik adat demi utk menegakkan kebeneran Allah. Nalar akal Manusia ngak bisa mentafsirkannya. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Masa, ruang, waktu dan hukum2 graviti dan tabie ngak bisa masuk campor dlm Urusan Allah. Hanya iman yg tegoh yg bisa memberikan jawabannya.. Allahu'alam...

    ReplyDelete