GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Saturday 7 July 2012

KEMUNCULAN IMAM MAHDI (SIRI PERTAMA)

















Imam Mahdi sebenarnya sudah ada di kalangan kita. Kata setengah mereka yang arif, dia sudah ada, Cuma  masa kemunculannya belum tiba.

So, di mana dia sekarang ini? Di Mekah? Madinah? Kaherah? Kuala Lumpur? Jakarta? Atau di mana?

Sesetengah pengkaji, termasuk juga sesetengah blogger meramalkan Dajjal akan keluar pada tahun 2020. Saya juga mengatakan Dajjal, insyaallah akan keluar pada sekitar tahun tersebut.

Saya bukan bercakap merapu. Saya ada hujjah. Sandaran saya ialah tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Imran bin Nasir dari Trinidad, berdasarkan hadis Nabi S.A.W.

Saya sependapat dengan Blog Addmath Cikgu Zain yang menulis panjang lebar tentang perkara ini. Sila klik blog beliau di sebelah kiri post ini. Kemudian bacalah post beliau yang menarik. IMAM MAHDI, TASIK GALILEE & DAJJAL.    

Berdasarkan kata ulamak, bahawa Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh dari kemunculan Imam Mahdi, maka tahun di mana Imam Mahdi dijangkakan keluar ialah pada tahun (2020 – 7)  iaitu sekitar tahun 2014.

Setengah pihak boleh menerima penjelasan ini. Sesetengahnya pula sangat marah. Depa menghentam pihak-pihak berkenaan sebagai mendahului ketentuan tuhan.

“Ente tahu macam mana Imam Mahdi akan keluar 2014. Ente rasa ente hebat sangat ke?” Demikian dia marah kepada pihak yang meramalkan Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2014.

Saya rasa, kita tak payahlah marah-marah sangat. Itu tanda emosi yang panas. Tenang-tenang aje la. Setiap orang ada pendapat sendiri. Saya sendiri pun tak memaksa. Kalau bersetuju dengan pendapat saya, ikutlah. Kalau tak setuju, pun tak apa. Tak ada masalah.

Mari kita ikuti sebuah hadis berikut.

Telah bersabda Rasulullah, “Akan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah. Maka keluarlah seorang laki-laki dari penduduk Madinah dan ia lari ke Mekah. Lalu datanglah kepadanya orang-orang yang berasal dari penduduk Mekah, dan mereka membawa laki-laki tersebut dengan paksa kemudian membai’atnya antara sudut Ka’bah dengan maqam Ibrahim.”

Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah. Riwayat Ibn Abi Syaibah dan Thabrani dalam Al Ausath.

Pada kalimat: “…akan terjadi suatu perselisihan ketika matinya seorang khalifah…” menerangkan bahwa waktu kemunculan Al Mahdi adalah pada masa awal kematian seorang khalifah dengan timbulnya perselisihan dan peperangan untuk merebut kekuasaan. Maka orang-orang pun membai’at Al Mahdi pada waktu itu.

PENJELASAN SETAKAT YANG DIKETAHUI.
Menurut khabar yang saya dengar dari sesetengah ustaz dan ulamak, perselisihan itu berlaku di Haramain (Arab Saudi). Maksudnya, apabila rajanya meninggal, maka perebutan tahkta berlaku.

Ini hanya  berlaku jika PUTERA MAHKOTAnya tiada.

Dengan bahasa mudahnya, kisah ini akan berlaku di Arab Saudi. Dalam masa 2 tahun ini, sudah 2 orang Putera Mahkota Arab Saudi meninggal dunia.

Apakah perkara ini akan berterusan? Wallahu ahlam.

Anda boleh baca post saya dalam blog ini berkaitan kebimbangan saya terhadap perkara ini. Sila baca post yang bertajuk BERITA GEMBIRA BUAT PENCINTA IMAM MAHDI bagi mengetahui kupasannya.

Sekarang mari kita tengok hadis berikutnya.

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah s.a.w. berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya.  Langsung kami bertanya, baginda menjelaskan “Kami adalah ahli keluarga yang Allah s.w.t. pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur,  bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang pemuda dari keluargaku. Ia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka (penduduk dunia) memenuhinya dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan mereka,  maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.” (Sunan Ibnu Majah ms 299)

Dalam hadis di atas, ada 3 ayat yang saya garishitamkan.  Ketiga-tiga ayat di atas sangat penting untuk dianalisa.

PERKARA [1] : menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur,  bersama mereka bendera-bendera hitam.


PENJELASANNYA.
Ahli Bait, keturunan Rasulullah S.A.W akan menghadapi pelbagai musibah pada akhir zaman. Mereka akan menghadapi pelbagai ujian, pengusiran dan penghalauan. Kisah ini sebenarnya mengulangi kisah lama di zaman Rasulullah.

Kalau dulu Rasulullah pernah diboikot sehingga ke pergunungan, diusir & dihalau, diejek & dihina, maka perkara yang sama akan berlaku kepada golongan ahli bait pada akhir zaman ini.

Anda jangan terkejut . Dan anda tak payah terkejut. Memang suatu masa nanti,  golongan ahli bait akan menerima nasib malang dan perlakuan buruk manusia-manusia bodoh dan hina. Darjat mereka direndah-rendahkan seolah-olah mereka keturunan orang biasa.

Sekarang ini, umat Islam umumnya sangat menghormati golongan habib atau habaib yang berasal dari Rasulullah. Tetapi akan wujud satu masa berlaku sebaliknya.

Bilakah masa itu?

Saya berpendapat bahawa akan berlaku penjajahan serius negara-negara kuat (kebanyakannya negara non-muslim) ke atas negara-negara lemah (lazimnya, negara-negara Islam) suatu masa nanti.

Apakah akan berlaku penjajahan itu?  Elok anda buka semula Blog Addmath Cikgu Zain. Baca semula post 5 PERKARA PENTING  YANG DITUNGGU-TUNGGU.

Bila berlaku penjajahan  itu, samada penjajahan fizikal atau penjajahan boneka, maka kerajaan yang  terjajah itu akan menjadi lemah seperti kambing yang diterkam serigala.

Anda lihat sahaja Iraq dan Afghanistan. Kedua-duanya tidak bermaya. Pemerintahnya tidak lebih sebagai boneka semata-mata.

Tidak mustahil Arab Saudi akan dijajah seperti itu sehingga semua kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan negara tersebut akan berada di bawah telunjuk Dajjal dan agen-agennya.
   
Tidak mustahil suatu masa nanti, pengaruh penjajah keatas pihak pemenrintah akan mendorong tindakbalas yang kuat dari pihak Ahli Bait.

Bila sebahagian mereka bercakap atau bersuara menyatakan kebenaran atau melahirkan rasa tidak puas hati, maka mereka dicap sebagai penentang atau penderhaka.

Penghormatan ke atas mereka (ahli bait) akan berkurang sedikit demi sedikit. Kewibawaan mereka dikhianati, kehormatan mereka dicabuli dan suara mereka disanggahi.

Bila ini berlaku, tidak mustahil mereka akan diusir atau dihalau. Ke mana mereka akan pergi? Saya tak dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Anda pun begitu.

Tetapi anda tentu setuju dengan saya kalau saya mengatakan bahawa mereka akan berlindung kepada sebuah kerajaan yang mencintai golongan Ahli Bait.

Dengan kata lain, kerajaan demikian adalah kerajaan yang pro Ahli Sunnah Wal Jamaah.    

Manakah kerajaan yang seperti itu? Sudah tentu Syria dan Mesir.

Untuk memahami apa yang bakal berlaku, elok anda baca ucapan Syaidina Ali di bawah.

Daripada Ali r.a. katanya, “Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 28. Daripada Ali r.a katanya, “Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)

Piihan Imam Mahdi ialah Syria dan Mesir kerana kedua-dua negara tersebut adalah kelompok Ahli Sunnah Wal Jemaah. Iran pula sebuah negara syiah yang jauh pertentangannya dengan Ahli Sunnah.


PERKARA [2] : Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang.

PENJELASANNYA
Mereka yang dimaksudkan itu ialah Pihak Timur. Setengah pihak mengatakan mereka sebagai golongan Asoib (golongan kerohanian yang sentiasa bertaqarrub) kepada Tuhan.

Setengah yang lain pula berpendapat mereka sebagai golongan yang ingin menegakkan negera Islam melalui perjuangan politik.

Setengah yang lain pula berpendapat mereka sebagai golongan Taliban yang kuat mengamalkan sunnah Rasul dalam kehidupan mereka.   

Saya sendiri pun tidak tahu siapakah Pihak Timur itu. Tetapi pandangan saya lebih kurang seperti ini.

MEREKA adalah satu golongan yang bercita-cita melihat kebangkitan semula Daulah Islamiyah. Mereka menunggu kedatangan Imam Mahdi demi untuk merealisasikan Daulah Islamiyah yang disebutkan itu.

Bagi saya, pihak Timur itu bukan golongan politik atau mereka yang cenderung kepada politik. Mereka lebih bersifat asoib (kerohanian) yang sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan. 

Sesetengah pihak mengatakan bahawa mereka itu golongan Taliban yang sentiasa berjuang menegakkan kebenaran. Saya tak berani memberi pendapat saya, sebab saya sendiri pun tak berapa kenal mereka itu. .


So, siapa Pihak Timur itu?.. Entahlah. Saya pun tak tahu.

PERKARA [3] :  Maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji

MENGENGSOT itu maksudnya merangkak. Maksudnya, kita terpaksa mendaki bukit atau gunung yang tinggi untuk mendapatkan Pihak Timur itu.

Dengan kata lain, pihak Timur ini adalah pihak yang sangat berpengalaman dengan kawasan pergunungan yang sulit dan sukar.

Dikatakan bahawa pada zaman Imam Mahdi nanti, Pihak Timur itu berjuang dari atas pergunungan. Dataran pergunungan itu pula bersambung sepanjang kawasan Khurasan, yang meliputi Afhganistan, Pakistan, Burma, Thailand, Malaysia & Indonesia.

Ramai orang beranggapan Pihak Timur itu sebagai golongan Taliban yang terkenal warak dan sangat menjaga sunnah rasul. Mereka juga sangat mahir berperang sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas.

Pada saya, Pihak Timur itu terdiri daripada umat Islam pelbagai bangsa yang bergabung membentok satu pasukan. Dikatakan bahawa, Imam Mahdi yang dicari-cari oleh Dajjal dan sekutu-sekutunya berada bersama pihak Timur ini.

Kalau pun berlaku perubahan pada nama & organisasi kumpulan berkenaan,  tetapi sifat-sifat dan ciri-ciri seperti merekalah yang layak dipanggil Pihak Timur.

Sekian adanya. Terima kasih.

7 comments:

  1. Dinegara manakah beradanya itu Imam Mahdi..??
    Hingga kini keberadaannya menjadi satu misteri.
    Dinegara mana beradanya Kitab Muqaddam Nabi,
    Dinegara itulah akan bangkitnya Imam Mahdi Asli...

    Kitab Muqaddam Nabi dulu berada ditangan 7 Wali.
    Dimana adanya 7 Wali disitu adanya Imam Mahdi Asli.
    Imam Mahdi Al-Muntazar dah berkubur ngak ada lagi,
    Oleh itu MAHDI AL-MUQADDIMU itulah mahu dicari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMAM MAHDI AMLMUNTAZAR BERMAKSUD IMAM MAHDI YANG DITUNGGU2. KENAPA NGAK ADA LAGI? ANDA MENGELIRUKAN KEADAAN.

      Delete
  2. IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR : Memang benar makna "Imam Mahdi Al-Muntazar" itu bermaksod "Imam Mahdi Yg DiTunggu2". Oleh karna terlalu ramei pewaris2 Ahlulbait berebut2 jawatan tersebut, sedangkan peribadi halatuju mereka tidak mencerminkan keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW. Maka nama tersebut sudah corrupted, sudah ngak lagi direstui oleh Supreme Council Alam Kewalian. Maka jadilah nama Mahdi Al-Muntazar itu sebagei sebutan umum sahaja. Kalo nak sebut digunapakei tidak pula bersalahan...

    IMAM MAHDI AL-MUQADDIMU : Nama Mahdi Al-Muqaddimu itu ngak ada dlm Hadis, cuma ada pada pengetahuan Nabi Muhammad SAW, Sayyedina Hussein AS, Imam Mahdi Sejati, dll diAlam Kewalian. Nama tersebut berkaitan dgn pemilik Kitab Muqaddam Nabi. Ianya Kitab Pusaka Nabi yg original tertulis diatas sekeping "Kulit Unta", yg jadi rebutan diAlam Wali. Kalo susah sangat nak sebut, lupakan saja nama tersebut. Maka nama tersebut bisa gantikan ia dgn nama IMAM MAHDI AL-AMIN, karna makna AL-AMIN itu lebeh menyeluruh. Sekian...

    Allahu'alam Wasalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kira perkataan anda semakin berbelit2. IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR adalah nama jolokan yang termasyhur sejak dahulu. Anda kata para ahlul bait berebut2 nak jawatan tu? Lucunya. Mereka bukan berperangai demikian. Kalauu ada kisah demikian, tentu orang tersebut adalah berpura2 mendakwa dirinya ahlul bait.

      Delete
  3. Yang bakal mengantikan pemerintahan sebenar2 Islam Malaysia dan Dunia dan di gelar DYMM Amerulmukmineen alias Imam Mahdi akhir zaman nasab keturunan terus kepada Rasulullah dan segala raja2 didunia akan diseru supaya berada dibawah pemerintahannya serupa dengan Rasulullah dimasa kegermilangan Islam sebab dia adalah raja bagi segala raja…. Itulah kesudahannya Allah mulai dengan Adam as kemudian Musa as kemudian Isa as dan ditammatkan dengan Junjungan Rasulullah saw dan diakhiri dengan perkabaran gembira melalui Imam Mahdi supaya manusia2 pada sekian kali mengakui kebenaran Islam adalah agama sebenarnya melainkan manusia2 yang masih ingkar/ego menjadi manusia2 rugi di dunia dan di akhirat sebelum datangnya hari kiamat. demikianlah kesudahannya Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. salam abah minta izin blog abah ni link ke blog saya...qiraatitatih.blogspot.com terimakasih

    ReplyDelete
  5. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di samping Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah s.a.w. berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya. Langsung kami bertanya, baginda menjelaskan “Kami adalah ahli keluarga yang Allah s.w.t. pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur, bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang Satria Piningit pemuda dari keluargaku.Satria Piningit memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka memenuhi dunia dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan Satria Piningit, maka hendaklah ia datang kepada Satria Piningit itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.” (Sunan Ibnu Majah ms 299)
    Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

    ReplyDelete