Anda telah
membaca 2 entri saya sebelum ini, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1 & 2).
Sebelum saya melanjutkan dengan entri terbaru saya, IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT
(SIRI 3), saya mahu anda mendapat kesimpulan ketat daripada kedua-dua entri
saya di atas.
Ya Hafiiz, lindungilah kami dengan perlindunganMU. Ya Kariim, muliakanlah kami dengan kemuliaanMU. Wahai Tuhan Kami, berkatilah blog ini & semua pembacanya. Sayangilah kami sebagai para pencintaMU. Ampunilah segala dosa kami & kasihanilah kepada kami. Sampaikanlah kami kepadaMU, Ya Allah.(3X). (dari Samaniyah Naqsabandiyah Group).
Friday, 28 September 2012
IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 2)
Benarkah Mereka Itu Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim?
Saya terdiam sebentar takkala membaca kenyataan di atas. Adakah benar Nasser Mohamed itu Imam Mahdi (IM) dan Abdul Aziz Muhammad Nashir itu Pemuda Bani Tamin (PBT)?.
Kedua-duanya dari sebuah negara di Asia Tenggara. Kedua-duanya berbangsa Melayu dan dari rumpun Melayu.. Dan
saya telah menolak kewujudan IM dari bangsa Melayu dan rumpun Melayu. Seperti
telah saya jelaskan dalam IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1), IM itu pernah
tinggal di Iraq
dam pernah dikhianati oleh Saddam Hussin.
Thursday, 27 September 2012
IMAM MAHDI SEMAKIN DEKAT (SIRI 1)
Sudah lama saya tak menulis
pasal Imam Mahdi (IM). Maaflah. Saya sibok sangat-sangat. Sibok giler, kata
orang sekarang.
Dalam diam, saya merenung &
berfikir. Dalam diam juga, saya mencari makrifat tentang siapa dan di mana
sebenarnya IM.
Friday, 21 September 2012
MENAKJUBKAN TETAPI MUNGKIN JUGA MENGERIKAN
Pemandangan di bawah setengahnya kelihatan indah & menarik, akan tetapi mungkin juga mengerikan.
Selain migrasi kupu-kupu Monarch yang indah & cantik, pemandangan-pemandangan lain, walau pun cantik tetapi mengerikan & menakutkan.
Thursday, 20 September 2012
MANUSIA-MANUSIA BIADAP TERHADAP RASULULLAH SAW
Kebiadapan yang paling besar ialah menghina agama. Umat Islam dilarang menghina agama lain, apatah lagi agama Islam yang mereka anuti.
Menghina
agama adalah perbuatan tolol yang datang dari jiwa yang kacau & ilmu yang
celaru. Ia datang dari rumusan hidup yang penuh
huru-hara.
Sunday, 16 September 2012
SAINTIS MENEMUI TEROMPET MALAIKAT ISRAFIL?
Dengan sebuah peralatan canggih, para saintis telah membuat kesimpulan yang mencengangkan mengenai alam semesta. Benarkah mereka telah menemukan terompet (sangkakala) Malaikat Israfil?
Penemuan itu telah dijumpai beberapa tahun lalu dalam sebuah pemerhatian (observation) yang dipimpin oleh Profesor Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman. Pada masa itu, mereka hendak mencari tahu, seperti apa sebenarnya bentuk alam semesta ini.
Maka digunakanlah sebuah alatan canggih, milik Badan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA)
Di hujung bahagian belakang ‘terompet’ alam semesta ini, dinyatakan bahawa ia tak mampu diamati atau diperhatikan (unobservable). Di bahagian depan, ada bumi dan seluruh sistem tata surya (sistem solar) yang mampu diamati atau dikesan.
Hal ini dikatakan ada hubungannya dengan sebuah hadits seperti yang terdapat di dalam kitab Tanbihul Ghofilin.
Jilid pertama kitab itu menyebutkan hadits dari Abu Hurairah, yang menyatakan sangkakala Malaikat Isrofil berbentuk tanduk dan diperbuat daripada cahaya. Ukuran bulatannya seluas langit dan bumi yang dapat dipahami meliputi atau mencakup seluruh wilayah alam semesta.
Dikatakan bahawa malaikat Israfil sudah bersiap-siap untuk meniupnya. Sekarang ini pada peringkat meletakkan bibirnya di ujung sangkakala dan akan meniupnya sewaktu mendapat perintah dari Tuhan.
Bila saat itu tiba, maka ketika itulah, seperti dikatakan, hari kiamat telah tiba. Jika alam semesta ini sebuah sangkakala, bayangkan sebesar manakah peniupnya? Bayangkan pulak sehebat manakah pencipta alam semesta ini? Wallahualam..
( Sumber: http://www.inilah.com/read/detail/1779363/ilmuwan-temukan-terompet-malaikat-israfil )
Saturday, 15 September 2012
JAM TERBESAR DI DUNIA ADA DI MEKAH
Mari saksikan kehebatan ini

Kerajaan Arab
Saudi telah mengoperasikan sebuah jam gigantic bermuka empat terbesar di dunia di Kota
Suci Islam Mekah. Jam ini memiliki tinggi enam kali ganda daripada Big Ben Inggris.
Friday, 14 September 2012
INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR
Terima kasih kerana membaca blog saya yang lepas, MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH.Sekarang saya menyambung dengan entri yang masih sama. INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR.
Kita mulakan entri ini dengan situasi pertama.
SITUASI PERTAMA
Cuba anda pejam mata anda sekitar 3
minit. Apa yang anda Nampak?
Anda hanya nampak kegelapan
sahaja. Kegelapan tanpa cahaya. Semua gelap. Kanan gelap, kiri gelap, hadapan
gelap, belakang gelap, atas gelap, bawah pun gelap.
Thursday, 13 September 2012
20 PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN
20 Fakta Unik Antara Lelaki dan Perempuan
1.
Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam pada saat malam dari pada laki-laki.
Mereka perlu jumlah tidur yang lebih lama. Ini
menunjukkan lelaki lebih berupaya berjaga malam dari segi fizikal dan
mentalnya.
Cuba perhatikan kerjaya polis, askar, jaga, bomba dan
sebagainya. Tuhan memberikan mereka (kaum lelaki) keupayaan berjaga malam demi untuk
keselamatan kita semua. Syukur alhamdulilah.
MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH
Pagi ini saya bangun seawal 5.30 pagi. Tetapi perut saya sebu, yang menyebabkan saya tak selesa.
Saya rasa “tak selesa” itu sejak
petang semalam. Semenjak balik dari Tanah Merah, di tempat kenduri Najib, anak
Poksu Kob Sub Depo Machang. Semasa memandu pulang, saya rasa macam tak boleh
bernyawa. Rasa “sekak” dalam dada.
Labels:
KEMATIAN
Wednesday, 5 September 2012
ERTI MIMPI PELIK ITU
Minggu lepas, saya telah
memasukkan sebuah entri tentang mimpi di sini. Terima kasih kerana sudi membaca
MIMPI PELIK yang saya sajikan. Rupa-rupanya, ramai orang yang tertarik untuk mengetahui tentang mimpi.
Monday, 3 September 2012
MIMPI PELIK
Pada pagi Isnin (Hari Raya
Kedua), 22.8.2012, saya telah mengalami sebuah mimpi yang agak pelik. Saya
tidak pernah bermimpi sepelik ini. Masa itu sekitar 4.00 pagi, sebab bila saya
tersedar, jam menghampiri ke pukul 5.00 pagi.
Saya ini payah untuk bermimpi.
Kalau ada pun, jarang-jarang sekali je. 10 tahun lepas, saya pernah bermimpi
melihat seorang hamba Allah berayun dalam buaian yang diperbuat daripada
cahaya.
Seronok betul dia berayun dalam
buaian yang putih bersinar itu. Saya cuba mengendap-gendap siapakah dia.
Tetapi mata saya silau. Buaian itu sungguh bercahaya, bersinar-banar. Kalah
mata saya.
Tali buaian itu pun bercahaya
kuat. Putih bersinar mengalahkan mata saya.
Sekadar gambar ilustrasi sahaja. |
Saya tertanya-tanya, siapakah dia?
KISAHNYA. Mimpi saya itu
menunjukkan saya berada di satu tempat yang lapang. Saya mengosok-gosok mata. Luasnya
tempat ni. Tetapi di mana?
Tiba-tiba saya melihat ada benda
yang bergerak ke hadapan dan ke belakang. Rupa-rupanya sebuah buaian yang
terdiri daripada cahaya. Talinya pun bercahaya. Ada seorang hamba Allah yang berayun padanya.
Siapakah gerangan dia? Di manakah
pula saya berada ini?
Semakin lama semakin dekat saya
padanya. Saya cuba
memerhati siapakah hamba Allah yang bertuah itu?
Tetapi sinar dari buaian itu
sangat kuat. Sinar dari wajahnya juga sangat kuat. Mata saya kalah kepada
kekuatan sinar itu.
Akhirnya, terpampanlah wajahnya
yang bercahaya itu pada saya. Saya kenal dia.
Saya kemudian tersedar.
Subhanallah. Alangkah tingginya darjatnya pada sisi Tuhan.
Hamba Allah yang saya maksudkan
itu ialah TG Tok Kenali yang saya sayangi. Kalau secara biasa, anda akan dapati
dia berkulit gelap. Wajahnya pun gelap. Tetapi Tuhan memberikannya sebuah
darjat yang mulia di dalam shurga.
Di sana dia bergembira, bermain buaian yang cantik
dan lawa. Subhanallah.
TG Tok Kenali. |
Mahir bahasa Arab |
Kawasan bekas pondok Tok Kenali |
Sebahagian besar mereka juga
memegang pelbagai jawatan penting dalam pentadbiran agama. Ada yang jadi mufti, kadi, ulamak, ustaz dan
sebagainya.
Ada lagi beberapa mimpi lain yang saya alami
selepas itu. Nanti saya akan ceritakan selepas ini. Insyaallah. Sekarang, saya
nak bagi petua mudah untuk dapat mimpi yang benar. Pada saya, saya mengamalkan
2 perkara ni jew.
[1] Jangan suka bercakap bohong.
Sedikit pun jangan bohong. Bercakap benarlah, walau pun pahit.
[2] Amalkanlah sesuatu ilmu itu
sehingga cukup 40 hari. Kalau dapat dawan (istiqamah), lagi baik. Saya suka
mengamalkan Ya Aliim (Yang Maha Mengetahui) 100X setiap selepas solat. Amalan ini
pun menolong anda mendapat mimpi yang benar.
Amalan-amalan lain pun tak apa.
Biar cukup 40 hari sahaja.
Ini baru mukaddimah sahaja. Saya
belum lagi cerita pasal mimpi pelik saya yang terbaru ni. Maaflah, mukaddimah
saya panjang sikit. Mimpi saya pada Isnin, 22.8.2012 adalah seperti berikut.
KISAHNYA : Saya tiba-tiba berada
di dalam sebuah istana yang tidak saya kenali. Istana yang sederhana besar.
Istana siapa ini? Mana rajanya? Di mana pula permaisurinya? Di dalamnya,
terlihat ramai orang. Tetapi tak ada seorang pun yang saya kenal. Mana rajanya?
Mana permaisurinya?
Ilustrasi - gambat Muzium Istana di Melaka |
Dalam mimpi itu, saya bergerak ke
sana ke mari
dalam istana memberi arahan kepada yang hadir. Tetapi saya bukan raja, bukan
pula menterinya, bukan pula pembesarnya.
Istana yang besar |
Bila saya membuka kitab Tafsir
Mimpi Ibnu Sirin, tafsirnya mengatakan bahawa orang yang bermimpi itu akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang ramai. Saya terpegun. Bagaimana dan di mana?
Beberapa hari selepas itu,
barulah rahsia mimpi itu terbongkar.
NAK TAHU? Tunggulah sambungannya selepas ini. Tunggu entri saya yang berjudul RAHSIA MIMPI PELIK INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)