GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Monday 3 September 2012

MIMPI PELIK



Pada pagi Isnin (Hari Raya Kedua), 22.8.2012, saya telah mengalami sebuah mimpi yang agak pelik. Saya tidak pernah bermimpi sepelik ini. Masa itu sekitar 4.00 pagi, sebab bila saya tersedar, jam menghampiri ke pukul 5.00 pagi.

Saya ini payah untuk bermimpi. Kalau ada pun, jarang-jarang sekali je. 10 tahun lepas, saya pernah bermimpi melihat seorang hamba Allah berayun dalam buaian yang diperbuat daripada cahaya.

Seronok betul dia berayun dalam buaian yang putih bersinar itu. Saya cuba mengendap-gendap siapakah dia. Tetapi mata saya silau. Buaian itu sungguh bercahaya, bersinar-banar. Kalah mata saya.

Tali buaian itu pun bercahaya kuat. Putih bersinar mengalahkan mata saya.

Sekadar gambar ilustrasi sahaja.

Saya tertanya-tanya, siapakah dia?

KISAHNYA. Mimpi saya itu menunjukkan saya berada di satu tempat yang lapang. Saya mengosok-gosok mata. Luasnya tempat ni. Tetapi di mana?

Tiba-tiba saya melihat ada benda yang bergerak ke hadapan dan ke belakang. Rupa-rupanya sebuah buaian yang terdiri daripada cahaya. Talinya pun bercahaya. Ada seorang hamba Allah yang berayun padanya.

Siapakah gerangan dia? Di manakah pula saya berada ini?

Semakin lama semakin dekat saya padanya. Saya cuba memerhati siapakah hamba Allah yang bertuah itu?

Tetapi sinar dari buaian itu sangat kuat. Sinar dari wajahnya juga sangat kuat. Mata saya kalah kepada kekuatan sinar itu.

Akhirnya, terpampanlah wajahnya yang bercahaya itu pada saya. Saya kenal dia.

Saya kemudian tersedar. Subhanallah. Alangkah tingginya darjatnya pada sisi Tuhan.

Hamba Allah yang saya maksudkan itu ialah TG Tok Kenali yang saya sayangi. Kalau secara biasa, anda akan dapati dia berkulit gelap. Wajahnya pun gelap. Tetapi Tuhan memberikannya sebuah darjat yang mulia di dalam shurga.

Di sana dia bergembira, bermain buaian yang cantik dan lawa. Subhanallah.

TG Tok Kenali.
Mahir bahasa Arab
Kawasan bekas pondok Tok Kenali
TG Tok Kenali merupakan ulamak masyhur Negeri Kelantan pada awal 90an. Beliau meninggal pada tahun 1933, meninggalkan sejumlah anak-anak murid yang kemudian mendirikan pondok-pondok pengajian agama di serata Malaysia.

Sebahagian besar mereka juga memegang pelbagai jawatan penting dalam pentadbiran agama. Ada yang jadi mufti, kadi, ulamak, ustaz dan sebagainya.

Ada lagi beberapa mimpi lain yang saya alami selepas itu. Nanti saya akan ceritakan selepas ini. Insyaallah. Sekarang, saya nak bagi petua mudah untuk dapat mimpi yang benar. Pada saya, saya mengamalkan 2 perkara ni jew.

[1] Jangan suka bercakap bohong. Sedikit pun jangan bohong. Bercakap benarlah, walau pun pahit.

[2] Amalkanlah sesuatu ilmu itu sehingga cukup 40 hari. Kalau dapat dawan (istiqamah), lagi baik. Saya suka mengamalkan Ya Aliim (Yang Maha Mengetahui) 100X setiap selepas solat. Amalan ini pun menolong anda mendapat mimpi yang benar.

Amalan-amalan lain pun tak apa. Biar cukup 40 hari sahaja.

Ini baru mukaddimah sahaja. Saya belum lagi cerita pasal mimpi pelik saya yang terbaru ni. Maaflah, mukaddimah saya panjang sikit. Mimpi saya pada Isnin, 22.8.2012 adalah seperti berikut.

KISAHNYA : Saya tiba-tiba berada di dalam sebuah istana yang tidak saya kenali. Istana yang sederhana besar. Istana siapa ini? Mana rajanya? Di mana pula permaisurinya? Di dalamnya, terlihat ramai orang. Tetapi tak ada seorang pun yang saya kenal. Mana rajanya? Mana permaisurinya?

Ilustrasi - gambat Muzium Istana di Melaka
Dalam mimpi itu, saya bergerak ke sana ke mari dalam istana memberi arahan kepada yang hadir. Tetapi saya bukan raja, bukan pula menterinya, bukan pula pembesarnya. 
Istana yang besar
Terbangun sahaja, saya tidak pasti perasaan saya yang sebenarnya. Gembirakah? Atau saya tergamankah? Saya tak pernah melangkah masuk ke dalam mana-mana istana, berjumpa raja atau bercakap dengannya. Paling tak munasabah, saya tak pernah berlaku biadap dalam mana-mana istana pun di dunia ini.

Bila saya membuka kitab Tafsir Mimpi Ibnu Sirin, tafsirnya mengatakan bahawa orang yang bermimpi itu akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dari orang ramai.  Saya terpegun. Bagaimana dan di mana?

Beberapa hari selepas itu, barulah rahsia mimpi itu terbongkar.

NAK TAHU?  Tunggulah sambungannya selepas ini.   Tunggu entri saya yang berjudul RAHSIA MIMPI PELIK INI.   

No comments:

Post a Comment