GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Friday 14 September 2012

INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR









Terima kasih kerana membaca blog saya yang lepas, MATI, KUBURAN & ALAM BARZAH.Sekarang saya menyambung dengan entri yang masih sama. INILAH CERITA KEGELAPAN ALAM KUBUR.

Kita mulakan entri ini dengan situasi pertama.
 
SITUASI PERTAMA
Cuba anda pejam mata anda sekitar 3 minit. Apa yang anda Nampak?

Anda hanya nampak kegelapan sahaja. Kegelapan tanpa cahaya. Semua gelap. Kanan gelap, kiri gelap, hadapan gelap, belakang gelap, atas gelap, bawah pun gelap.

Inilah kegelapan tanpa cahaya. Anda mungkin tidak takut, tetapi anda tentu sukar bergerak tanpa cahaya yang menyuluh anda.

SITUASI KEDUA
Cuba anda masuk ke dalam bilik yang gelap gelita. Kemudian pejam mata anda sekali lagi.  Apa yang anda  nampak? Anda tentu akan Nampak kegelapan yang lebih gelap daripada situasi pertama tadi.

Ini kita panggil kegelapan yang gelap gelita. Gelap pekat tanpa cahaya sedikit pun. Anda tidak mungkin takut menghadapi situasi ini di rumah anda.

Bagaimana kalau anda menghadapi pengalaman ngeri ini di pendalaman hutan, gaung yang dalam, lubang yang seram, terowong yang kelam dan sebagainya?

SITUASI KETIGA
Bayangkan anda masuk ke dalam hutan seorang diri. Makin lama semakin jauh ke dalam pendalaman hutan.

Akhirnya anda tersesat. Jam di tangan anda sudah pukul 5.00 pm. Suasana dalam hutan beransur-ansur gelap. Kawasan sekitar anda? Pun gelap. Bahkan beransur-ansur gelap.

Langit di atas kepala anda juga semakin gelap. Awan yang gelap pekat membungkus seluruh dada langit. Akibatnya, hutan di tempat anda sesat itu hitam kelam. Hitam pekat. Hitam zulmat.

Anda tentu akan menangis. Bahkan mungkin menjerit ketakutan. Bahkan mungkin anda melaung sehingga bergegar segala rumput dan pokok di hutan. Tetapi semuanya kosong belaka. Anda berada dalam KEGELAPAN.

Ibu dan ayah anda tiada di samping anda. Adek-beradek anda juga tiada bersama anda. Kaum kerabat anda juga tidak tahu ke mana perginya. Kawan-kawan anda juga entah ke mana. Yang ada di sisi anda hanyalah KEGELAPAN. Walau di atas kepala anda ada  bulan bersnar, tetapi sekelilingnya gelap gelita penuh KEGELAPAN.

Anda tentu akan menangis. Sehebat mana pun anda, anda pasti akan menangis. Anda sekarang berada dalam KEGELAPAN YANG SANGAT MENAKUTKAN.

SITUASI KEEMPAT
Dalam keadaan anda meraba-raba kesesatan dalam hutan yang gelap itu, tiba-tiba anda terjatuh ke gaung yang dalam. Tubuh anda melayah jatuh seperti ditolak sesuatu.

Di gaung yang dalam ini, anda terdengar pelbagai suara yang belum pernah anda dengar. Ada suara seakan-akan orang menangis. Kemudian pulak terdengar suara seperti orang mengilai. Tiba-tiba anda terasa ada suara mengekek ketawa di sebelah kiri anda.

Anda takut setakut-takutnya. Anda menangis lagi. Anda meraung dan menjerit sampai hampir putus urat leher anda. Tanpa anda sedari, anda telah terkencing dan terberak untuk yang kesekian kalinya.

Anda cuba mengesot dan bergerak untuk lari dari situ. Tetapi kaki kiri anda sudah patah semasa melayah turun tadi. Anda menangis & merintih sehiba-hibanya.

“Mak, tolonglah aku. Kakiku sakit”

“Abah, kasihanilah aku. Angkatlah aku keluar”

Anda menangis, meraung & menjerit. Tetapi ibu dan ayah anda tak datang menolong anda. Mereka berada jauh dari anda.

SITUASI KELIMA.
Dalam keadaan kaki kiri anda sudah patah, anda masih lagi cuba berusaha untuk mencari jalan keluar.

Anda mengengsot ke sebelah kiri anda, tiba-tiba anda tersentuh suatu objek yang berlumut. Dalam kegelapan malam, anda meraba-raba sehinggalah anda tahu ia adalah sebuah batu yang besar.

Anda mengengsot ke sebelah kanan anda, anda tersentuh suatu objek yang kasar. Dalam kegelapan malam, anda meraba-raba sehinggalah anda tahu ia adalah sebuah pokok yang besar   

Anda cuba mengengsot ke hadapan anda. Sedikit demi sedikit, sehinggalah anda tersentuh sesuatu.

Anda raba sedikit demi sedikit. Anda tersentuh suatu objek yang lembik macam badan ular, licin macam mengkarung, mengelikan macam cicak hutan. Apa dia? Anda tak tahu & tak dapat menjawab dengan pasti. Yang pastinya, anda sangat takut & terkejut.

Akibat ketakutan yang amat sangat, anda terlompat ke belakang. Anda lari & lari dari ketakutan yang amat menakutkan itu. Suara anda hampir putus oleh ketakutan menggila di dalam tubuh anda.

DUMMM….

SITUASI KEENAM.
Anda terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 3.5 meter (lebih kurang 10 kaki). Sekarang kecederaan anda bertambah berat. Kalau sebelum ini, kaki kiri anda patah, sekarang kaki kanan pula patah. Anda lumpuh 90%.

   
Anda pandang kiri, anda Nampak kegelapan. Anda pandang kanan, atas, bawah, hadapan & belakang, anda Nampak semuanya dalam bentok kegelapan sahaja. You are totally in a perfect darkness.

Anda panggil ibu, dia tak menjawab.

Anda panggil bapa, dia tak menjawab

Anda panggil Abang Long, Abang Ngah, Kak Long & Kak Ngah, semua depa tak menjawab.

Anda panggil Jali, Hafiz, Rosman, Rahmat & rakan-rakan anda yang lain, semua mereka membisu tak menjawab.

Anda menangis semahu-mahunya. Hanya kosong & sepi.

Anda menjerit sehabis suara anda. Semuanya kosong & sepi.

Anda melaung sekuat suara anda. Kosong, sepi, sunyi tanpa jawapan.

Yang ada hanya KEGELAPAN TOTAL. Kalau pun anda terdengar suara, ada beberapa biji kerikil terjatuh ke dalam lubang anda akibat dikuis harimau.

Atau beberapa helai daun yang melayah turun ke dalam lubang & mengena pipi anda. Sekali lagi anda menjerit dan melaung ketakutan.
   
SITUASI KETUJUH
Seminggu selepas anda membaca artikel saya ini, tiba-tiba  anda direnggut KEMATIAN. Maka bermulalah laluan anda ke alam barzah yang gelap gelita.

Ia lebih gelap dari situasi 1,2,3,4,5 & 6 di atas. Sanggupkah anda menghadapinya?

SETELAH 3 LANGKAH orang terakhir meninggalkan anda di liang lahad kubur, maka datanglah 2 makhluk tuhan, Mungkar & Nakir.

Dalam keadaan gelap gelita yang menakutkan itu, anda terdengar suara menyoal anda, Suara seperti petir atau halilintar. Sanggupkah anda menghadapinya?

Kemudian jika anda gagal menjawab soalan yang diajukan, maka pukulan cemeti akan hinggap ke tubuh anda. Diriwayatkan pukulan itu akan meneggelamkan anda sedalam 70 hasta. Sanggupkah anda menghadapinya?

Kalau anda tidak sanggup, bertaubatlah kepada tuhan dengan taubat nasuha. Astaghfirullahal-azim.  


Diterbitkan pada 13.9.2012   6.26 pm.
 



No comments:

Post a Comment