GUGUR INDAH


Get Flower Effect

Tuesday 18 June 2013

ISRAEL RAYA (1) Perancangan jahat Yahudi yang tersembunyi.



Saya akan menulis beberapa siri tentang Israel Raya. Insyaallah. Kenapa saya perlu menulisnya? Ada 5 sebab berikut yang perlu anda ketahui.

[1] Mereka (bangsa Yahudi) mempercayai bahawa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan. Dalam persidangan Yahudi Sedunia di Switzerland pada tahun 1824, sejumlah protocol telah dirangka untuk kemenangan bangsa Yahudi, termasuk menubuhkan Negara Yahudi di Asia Barat.

[2] Selepas Perang Dunia Pertama (WW1), sebahagian Yahudi mula berpindah ke Israel. Perpindahan pertama berlaku pada tahun 1938. Sepuluh tahun kemudian, Negara Israel pun mula terbentok.   



[3] Sejajar dengan itu, mereka pun memulakan impian untuk membina Israel Raya. Ia adalah sebuah gagasan Negara Israel sejak zaman Perdana Menteri Israel yang pertama lagi, Golden Meir. Mereka mempunyai cita-cita besar menakluk seluruh Asia Barat demi menyediakan tapak Negara Israel Raya untuk kedatangan Dajjal Al-Masih Akhir Zaman. 

[4] Ia meliputi Negara Israel, Syria, Jordan, Lebanon, Turki & Arab Saudi (bahkan termasuk Mekah & Madinah itu sendiri). Dan sebab itulah, belitan Yahudi itu semakin kemas dan kemas. Sekarang belitannya sudah termasuk peringkat akhir setelah membaham Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya, Tunisia, Algeria & sebagainya.  Cengkamannya terhadap Syria belum berakhir. Dan sekarang ia mula mencengkam Turki.

[5] Mereka mengumpan para pemimpin Arab dengan tali perdamaian & Muhibbah, sedangkan hujung jarinya bergerak ke mana sahaja mencetuskan api revolusi.

SEJARAH KEKALAHAN BANGSA ARAB
Sejarah kekalahan bangsa Arab dalam perang tahun 1967, yang mengakibatkan tercabulnya tanah Palestin, termasuk Al-Aqsha, (tempat yang dimuliakan oleh umat Islam) hanyalah memberikan gambaran betapa pengecutnya bangsa Arab, ketika berhadapan dengan Israel.

Tetapi, kekalahan bangsa Arab dalam perang melawan Israel, tak lain hanyalah menunjukan kebangkrutan para rejim di negara-negara Arab, yang terus mengalami kemorosotan moral.

PERTEMPURAN DI KARAMAH
Hanya beberapa bulan, sesudah berlangsungnya perang, pasukan tentera Jordan, dan sekelompok pejuang (fedayeen) bertempur dengan pasukan Israel di Karamah (di wilayah Jerusalem Timur) dan menyebabkan banyaknya korban dari kalangan Arab, dan hanya 80 tentara Israel yang terbunuh.

Tetapi itu satu kebaikan dari sekian banyak kebaikan yang patut dikekalkan. Alangkah baiknya kalau Hamas, PLO (melalui Briged Al-Qassam), Hizbullah, Jamaah Ansar As-Sunna, para pejuang Chechen & mujahidin seluruh Afghanistan dapat berkumpul dalam satu kumpulan untuk menyerang Israel. Sepatutnya Israel mesti diajar seperti itu untuk menyedarkan mereka.

Tetapi sayang, usaha seperti itu seperti payah terjadi. Dunia Islam akhir zaman sudah bertukar kepada zaman perundingan politik & perdamaian. Jihad dan peperangan bersenjata sudah kabur terhadap Israel.

KENYATAAN SEMAKIN RUMIT
Tadi saya membaca akhbar Berita Harian, Sabtu (15/6/2013) pada ruangan Global, ada lagi satu kenyataan panas dari ulamak-ulamak Asia Barat. Mereka menyeru supaya dilancarkan jihad kepada Syria.

Antara ulamak sunnah yang terlibat ialah Abdulaziz As-Syeikh dari Arab Saudi, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dari Mesir & beberapa pihak lain dari Mesir. Nampaknya, mereka terang-terangan menentang Parti Hizbullah dari Lebanon & campurtangan Iran dalam konflik Syria.

Tetapi lucunya, mereka bersetuju dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar tambahan peralatan senjata dan makanan kepada para pemberontak Syria. Mari kita lihat beberapa masalah yang saya katakan lucu sebentar tadi.

[1] Atas alasan apa ulamak-ulamak Sunnah menentang kerjasama antara Bashar, Parti Hizbullah & Iran? Kalau mereka berhujjah bahawa Bashar itu kejam dan zalim, maka Amerika & Israel juga kejam dan zalim.

[2] Kenapa mereka bersetuju dengan tindakan AS menghantar bantuan senjata dan makanan kepada pemberontak Syria, sedangkan Amerika itu diketahui sebagai agen Dajjal & penyokong kuat kepada Yahudi? Sepatutnya AS itu tidak boleh dipercayai 100%.

[3] Kalau mereka beranggapan bahawa Syria itu berfahaman Syiah, sama seperti Iran & Hizbullah, maka bahaya mereka itu tidaklah sama atau melebihi dari bahaya yang datang dari AS & Yahudi. Bahaya Syiah adalah seperti bara api yang tersembunyi, sedangkan bahaya Yahudi & AS adalah seperti bisa beracun yang datang dari mulut seekor ular yang sedang membelit. Camkanlah elok-elok. 

Mari dengarkan sebuah kata-kata dari kitab Imam Mahdi di Ambang Pintu, m/s 222.

“Al-Mahdi juga mengirim utusan ke kerajaan kerajaan Imarat Arab, Qatar, Kuwait & Amman. Suatu utusan dikirim pula kepada orang-orang berbendera hitam (maksudnya Iran)”.

Saya mahu anda faham bahawa kesemua Negara-negara di atas tidak akan mengadakan perlawanan dengan Al-Mahdi. Dalam kata lain, mereka membaiah sepenuhnya Al-Mahdi. Yang jelas lagi terang bersuluh, Yahudi & agen-agen Dajjallah  yang menentang al-Mahdi.

PERTANYAAN SAYA
Maka perlu apa lagi kita bersahabat dengan Yahudi & agen-agen Dajjal itu? Kemudian perlu apa lagi kita menentang saudara kita (Syria, Hizbullah & Iran) sendiri walau pun berbeza fahaman. Adalah menjadi tanggungjawab ulamak-ulamak Sunnah untuk membetulkan kesalahfahaman Syiah tentang apa sahaja, termasuk tentang perkara Imam Mahdi itu sendiri.
  
PERASAAN TRAUMA YANG BERLEBIHAN
Kekalahan bangsa Arab melawan Israel dalam perang tahun 1967, mengakibatkan perasaan trauma yang berlebihan dalam kalangan para pemimpin Arab, dan mereka akhirnya memilih jalan politik. Mereka tidak lagi ingin bertempur dengan Israel.

Inilah yang menyebabkan keadaan sekarang menjadi bertambah parah. Bukan setakat pemimpin-pemimpin Arab yang takut kepada AS & Israel, bahkan para ulamak juga mulai takut kepada mereka. Contohnya sudah jelas seperti di atas. Mulut sebahagian ulamak terkenal sudah terkunci & dikunci. Mereka tidak berani menyatakan bantahan & protes.

Saya memuji keberanian Syeikh Said Ramadhan Al-Buti yang berani menyatakan kebenaran walau pun dia akhirnya mati dalam letupan bunuh diri. Itulah ulamak sejati yang melihat Yahudi-Israel & AS sebagai musuh sejati kepada Islam.

Kita jangan jadi seperti para pemimpin Arab suatu ketika dahulu. Kerana takutnya mereka kepada Israel & AS, mereka kemudian melucuti & membubarkan gerakan para pejuang yang berjuang membebaskan Palestin dari jajahan Israel.

Benarlah bahawa keadaan sekarang menjadi parah. Saya akan cuba memberikan anda beberapa scenario dalam jangka waktu 40 tahun terdekat ini untuk melihat perubahan demi perubahan.

[1] Orang-orang Palestin menentang pencerobohan Israel di Negara mereka melalui penentangan bersenjata. Beberapa gerakan Islam di Negara jiran membantu mereka dengan cara yang sama.

[2] AS (sebagai agen Dajjal) menekan pemimpin-pemimpin Arab dengan pelbagai intimidasi dan putarbelit, termasuk mengikat mereka dengan perjanjian. Contohnya, perjanjian Camp David terhadap Anwar Sadat.

[3] Membubarkan gerakan pejuang & menekan pemimpin-pemimpin Arab supaya melakukan yang sama. Yang menentang dianggap sebagai pengganas, termasuk PLO, Al-Qasam, Hamas, Hizbullah dan sebagainya.

[4] Yang bersetuju dan tidak menentang AS & Yahudi dianggap sebagai baik dan setiakawan. Merekalah yang dikatakan berada dalam paksi kebaikan.

[5] Sebahagian besar ulamak mengambil sikap yang sama seperti umara (pemerintah) mereka. Dan ini jugalah yang membawa makna bahawa kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman akan ditentang oleh majoriti ulamak pada masa itu.

ANDA TAHU KENAPA?
Kerana ulamak-ulamak itu mengikut kata umara mereka. Dan umara-umara itu pulak mengikut telunjuk Yahudi & AS. Maka menanglah Yahudi dalam percaturan mereka untuk merobohkan pejuang-pejuang Islam. Sesiapa yang cuba menentang Yahudi & agen-agen Dajjal akan diberi nama (label) baru sebagai pengganas (terroris). Peluang menubuhkan Israel Raya menjadi semakin mudah.

Anda tengok sahaja bagaimana pejuang-pejuang Islam dihimpit dan ditekan oleh pemerintah mereka sendiri. Musuh mereka bukan lagi Israel, tetapi kerajaan yang menaungi mereka. Kerajaan itu pula adalah kerajaan yang sangat trauma & fobia kepada kekuatan Yahudi Israel.

MARI MENGENAL AS-SUFYANI
Terus-terang cakap, saya sangat benci kepada Yahudi & AS. Mereka bangsa perosak & pemusnah kepada Islam. Dan saya percaya bahawa Al-Mahdi pun sangat benci kepada mereka.

Mari kita dengar satu petikan kata-kata dari Kitab Imam Mahdi Di Ambang Pintu, m/s 221.

[1] “Al-Mahdi mengirim utusan kepada lelaki As-Sufyani yang memerintah Iraq dan majority Jazirah Arab. ….

[2] Manakala Amirul Mukminin Ali r.a berkata, “ As-Sufyani adalah dari keturunan Khalid bin Yazid bin Abu Sufyan, seorang lelaki yang kepalanya besar, dengan wajah kesan-kesan penyakit cacar, di matanya tanda putih”.

[3] Dalam satu riwayat lain, “Pada salah satu matanya, ada tanda kemalasan”.

[4] Dikatakan bahawa dia akan memasuki Damsyik, imarat-imarat di Teluk dan Semenanjung Arab sebelum Al-Mahdi sedikit.

ADAKAH BASYAR ITU AS-SUFYANI?
Menurut pendapat saya, Basyar itu bukan As-Sufyani. Itu keyakinan saya kerana saya tidak melihat adanya tanda-tanda (2) & (3) padanya. Kalau anda tidak percaya, sila bandingkan sendiri.

Tambahan pula, kekuatan Basyar sudah mulai lemah & tidak mempunyai kekuatan mencukupi untuk memenuhi syarat (1) & (4). Orang yang paling layak untuk menjadi As-Sufyani adalah raja boneka yang disokong oleh AS & Yahudi (sepertimana Nur Al-Maliki di Iraq). Saya berpendapat, orang tersebut adalah pemimpin yang akan muncul dari Barisan Pemberontak Syria selepas ini. Wallahu ahlam.

PEPERANGAN YANG MERUBAH SEMANGAT
Cerita yang saya paparkan di atas adalah satu kemungkinan yang disertai dengan bukti-bukti kukuh. Saya bukan cakap kosong. Anda boleh fikir sendiri. Tolong jangan emosi.

Kekalahan tentera Arab dalam perang melawan Israel dalam perang tahun 1967, menjadi titik tolak yang merubah semangat perjuangan para pemimpin Arab untuk memilih jalan damai dan diplomasi. Maka sekarang kita tengok sesuatu yang pelik & ganjil telah berlaku.

Mereka menjadi rapat & akrab dengan Yahudi  & AS. Saat mereka (Yahudi & agen-agen Dajjal) menghantar bantuan tentera dan makanan kepada para pemberontak melawan pemerintah Islam (maksudnya Basyar), maka ramai orang Islam menjadi terpengaruh sama. Atas dasar apakah mereka boleh terpengaruh?  

Jawapan saya mudah sahaja. Sebaik mana pun Yahudi & agen-agen Dajjal itu, mereka tetap tidak boleh dipercayai.

JADIKAN PLO SEBAGAI TAULADAN
Dahulu, Barisan Pembebasan Palestin (PLO) terkenal berani & tahan lasak. Tetapi tipudaya Yahudi & AS telah  mengubah wajahnya dari gerakan militer (perjuangan bersenjata) kepada cara diplomasi dan politik. Perubahan ini tak lain tak bukan adalah lanjutan dari sikap dan pandangan para pemimpin Arab yang sudah tidak ingin lagi berperang melawan Israel. Semuanya gara-gara tipu daya & putar belit Yahudi & agen-agen Dajjal itu.

Akibat perubahan itu, mereka tidak lagi menghadapi musuh Palestin iaitu Israel semata-mata. Tetapi mereka juga menghadapi musuh-musuh sesama mereka di Asia Barat. Yahudi & AS telah  berjaya melaga-lagakan mereka sehingga timbul blok & puak yang berbeza dalam Negara Islam.

EPISODE YANG SEDIKIT MENGGEMBIRAKAN
Hanya ada sedikit episode yang menggembirakan dalam sejarah di tahun 1973, yang dikenal dengan Perang Oktober Bulan Ramadhan, di mana pasukan Mesir dan Syria berhasil mengalahkan Israel di Semenanjung Sinai.

Tetapi Amerika yang jahat itu melakukan dukungan militer, (melalui darat dan udara) kepada Israel. Bahkan armada pasukan Nato juga telah dikerahkan untuk menyelamatkan Israel.

Dan, sesudah itu Presiden Mesir Anwar Sadat, telah diikat tangannya dengan perjanjian Camp David dan hanya mendapatkan tanah Sinai. Tetapi, Gaza, Tebing Barat, dan Jerusalem Timur, serta Dataran Tinggi Golan tetap dijajah Israel, sampai hari ini.

Anda mesti ingat cerita di atas dan menghafal setiap ayatnya. Yahudi & agen-agen Dajjal itu jahat dengan bukti atau tanpa bukti. Kalau ada ulamak-ulamak Islam yang masih menyokong mereka atau menyebelahi mereka atau duduk satu kumpulan dengan mereka, maka saya meminta maaf sepenuhnya daripada anda. Saya tidak bersetuju dengan anda, by hook or by crook.

ADA CERITA LAIN DI SEBALIKNYA
Di sebalik kekalahan bangsa Arab dalam perang tahun 1967, ada satu cerita lain sebelumnya. Israel kononnya telah melakukan kempen kepada kalangan Arab, dan untuk tersebut, Israel telah  menggunakan para imigran Yahudi yang fasih berbahasa Arab.

Mereka melakukan kempen berkenaan di seluruh masyarakat Arab. Tentu, yang menjadi sasaran mereka adalah para pemimpin Arab. Mereka memberikan gambaran kepada para pemimpin Arab, bahwa orang-orang Yahudi itu sangat baik & budiman. Inilah awal penjajahan yang dijalankan oleh Israel dikalangan para pemimpin Arab.

Sebahagian kalangan pemimpin Arab merasa optimis akan memasuki era baru, khususnya dalam membangun hubungan dengan Yahudi. Para propaganda Yahudi itu mengatakan kepada para pemimpin Arab, kami sangat mencintai bangsa Arab dan seterusnya, seterusnya & seterusnya.

KESIMPULAN MUDAH YANG MERBAHAYA
Kerana itu, para pemimpin Arab, mempunyai kesimpulan mudah akibat putarbelit itu, "Oh, mereka baik”. Kemudian rakyat Jordan pulak berkata, “mereka (Yahudi) itu sangat beradab dan menghormati", dan "Orang Yahudi itu adalah orang yang terdidik, mereka memiliki sikap yang mulia dan memiliki respek yang tinggi", serta "Pemerintah Israel itu menghargai kesetaraan kepada setiap orang".

Itulah fahaman yang dibangunkan oleh para misionaris Yahudi, yang telah menyusup ke pusat-pusat kekuasaan di seantero negara Arab. Tidak hairanlah kalau mereka lebih mencintai Yahudi, dibandingkan bangsa Palestin, yang sekarang menghadapi kesengsaraan demi kesengsaraan. Dan sehingga sekarang, mereka tetap tidak peduli.

Itulah maksud saya bahawa ramai orang (termasuk pemimpin, ulamak dan sebagainya) mudah terpengaruh dengan kebaikan AS & Yahudi. Mereka menganggap kedua-duanya sebagai setiakawan manakala saudara sendiri dianggap lebih buruk daripada anjing.

Maafkan saya. Saya bukan ahli agama & ulamak besar. Saya hanya insan biasa yang sentiasa mengharap cahayaNya. Kalau saya  benar, bantulah saya ke arah kebenaran & marilah bersama saya. Kalau saya silah, perbetulkanlah saya.  Terima kasih.


12 comments:

  1. salam,
    sy mmg xmenyokong basyar sbb melakukan kekejaman thdap ahli sunni di syria...bole tgk di youtube kekejaman yg dilakukan tentera syria...contohnya 1 keluarga dibunuh walaupon xbersnjata,rata2nya kanak2 n remaja..
    syiah mmg berbahaya...
    sy kurg yakin pd ptolongan US tu...sbbnya bole jd US memberi pertolongan pd puak penyokong basyar bukan penentang basyar...
    ape2 pon..allah SWT shje yg tau akn kebenarannya..

    ##sy ternanti2 kan citer ttg imam mahdi 2...hehehehehe....
    stiap hari sy akn klik blog ni nk tau citer ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum pd tuanpunya blog, blh x sya minta izin utk publish blog ini didalm fb utk kesedaram orang ramai.Terima kasih

    ReplyDelete
  3. wassalam. Silakan. Saya halalkan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih abah krna mngizinkannya..abah ada fb ker?

    ReplyDelete
  5. abah tanya aja sama muhammad.. dia kan calon IM.. kalau abah pikir syiah tu tak merbahaya taktau apa lagi saya nak cakap.. nampaknya belum lagi ada yang benar2 mengetahui tentang rahsia Allah.. IM akan kekal rahsia sehingga dibaiah..malah jika Muhammad itu IM maka sudah tentu abah tak terlintas pun si Muhammad itu calon IM.. itu hanya pendapat saya yang daif lagi hina ini..

    ReplyDelete
  6. Anon 6:46,

    IM Memang dirahsiakan tetapi ada yang Allah bukakan hijab dan boleh mengenalnya. Antaranya ialah Isa Ruhullah, si Lelaki Hijau Rajawali, sebahagian wali Allah, sebahagian arifbillah, sebahagian ulul albab dan sesiapa saja yg Allah kehendaki di kalangan org awam dan makhluk Allah. Amat memalukan apabila seseorg mengaku dialah al mahdi tetapi tidak dikenali pun oleh org yg boleh mengenalnya. Pada al mahdi ada tanda zahir dan batin yg jelas.

    Jika kamu benci syiah yg sekurang2nya mengucapkan juga kalimah syahadah dan mahu mengaku bahawa Allah itu Ahadun, maka kamu patut lebih benci pada musyrik dan kafir (us, euro, israel) kerana mereka besar diri tidak mahu tunduk langsung pada Allah bahkan tidak juga mahu mengucap dan mengakui bahawasanya Allah itu Ahadun. Pilih mahu sokong yang mana.

    ReplyDelete
  7. Anon 9:55

    Kamu juga boleh cari video online yang menunjukkak seorg tntera FSA membunuh, membelah dada dan memakan organ mangsanya. Juga pembunuhan mereka ke atas kanak2. Kesimpulannya, kalau nak kata kejam, dua dua kumpulan kejam. Juga pilih sapa yang kamu mahu sokong.

    ReplyDelete
  8. Salamun 'alayk, pada pendapat saya, apa yang abah lontarkan hanyalah sebahagian dari fitnah besar. Fitnah yang sedang berlaku sgt besar dan telah melata dan meresap ke dalam setiap segi kehidupan. Berkenaan akhir zaman, makhluk yg paling jahat berada diatas muka bumi ialah ulama su', dari mereka datang fitnah dan dari mereka fitnah itu akan kembali. Siapa mereka? Minta Allah tunjukkan kerana jika Dia Yang Tunjuk pasti benar. Majoriti ulama dlm setiap segi telah tenggelam dalam fitnah dan inilah yg menyebabkan majoriti para ulama akan menentang al Mahdi. Jgn terkejut pula jika ada seorg yg diberikan gelaran ketua ulama akan termasuk dlm golongan yg menentang al mahdi d peringkat awal nanti.

    Al Mahdi itu sgt luar biasa kasih sayangnya.. Ada riwayat sebut dia memuliakan hari khamis dan malamnya sehingga pada hari itu dilayannya semua makhluk Allah dari sekecil semut sehingga sekotor anjing semua mendapat layanannya. Itu pada binatang, pada manusia pasti la lebih lg, pasti seperti nendanya Rasulullah SAW. Dia sgt kasih pada mahkluk sekaliannya dan pasti mahu keimanan kpd semua org tanpa kecuali. Siapa yg menentang barulah di perangi, itupun selepas beberapa amaran..

    Kebenaran milik Allah semata. Segala puji hanya bagiNya

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,
    Saya banyak setuju dengan abah.

    Ajaran syiah memang berbahaya bagi akidah umat Islam, tetapi ini hanya pandangan saya, yang melihat kebanyakan mereka sama seperti muslim umumnya. Kebanyakan adalah orang-orang biasa yang suka hidup tentram, dapat mencari nafkah dengan aman, berdoa kepada Allah SWT, memuji Rasulullah SAW, sederhana, lugu. Kebanyakan hanya tahu mengikut apa kata bapak ustad atau bapak pemimpin yang mereka hormati. Kebanyakan tidak mengetahui perihal akidah Islam yang diajarkan Rasulullah SAW yang sebenarnya, ini juga salah satu dari fitnah besar akhir zaman di mana banyak umat Islam yang tidak paham syariat Islam. Bapak ustad atau bapak pemimpin adalah orang-orang baik di mata mereka karena suka membantu, mendengarkan, dan menjelaskan macam-macam yang mereka ingin tahu, makanya mereka mau patuh bahkan ketika dihasut untuk membenci saudara muslimnya yang aswj. Kebanyakan juga masih punya akal sehat, jadi jika ada ulama aswj yang dengan pendekatan dakwahnya mampu menunjukkan tauhid yang benar, insyaAllah banyak yang akan kembali ke dalam jamaah aswj.

    Kebenaran milik Allah semata. Alhamdulillah.

    --mel--

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum untuk anakku Muhammad.
    saat ini, fb abah ada sedikit masalah sehingga abah tidak dapat menghubungimu macam biasa atau kamu juga tidak dapat menghubungi abah. Fb lama itu sudah burn (rosak). Abah dah bina fb baru guna nama abah yang sama. Tolong add nama abah untuk interkasi yang seterusnya. Harap maklum anakku.

    ReplyDelete
  11. ISRAEL harus di lenyapkan...umat sdh cinta dunia dan takut mati....

    ReplyDelete
  12. Saya berpendapat syiah juga salah satu tentera dajjal.. Israel, syiah, us adalah watak utama dlm menjadikan dajjal sebagai raja mereka. Israel raya akan terhasil dengan adanya watak ni.. Yg x bersalah dibunuh demi wujudkan cita2 mereka nak jadikan israel raya. Singgahsana untuk dajjal... Kita x patut angkat pembunuh yg dah bunuh org islam x bersalah..

    ReplyDelete