Kalau anda merenung seluruh
perjalanan konflik Syria itu dengan mata batin terbuka, tentu anda bersetuju
dengan saya bahawa konflik Syria itu adalah permainan dari buah catur Yahudi
dan Agen-agen Dajjal
Ya Hafiiz, lindungilah kami dengan perlindunganMU. Ya Kariim, muliakanlah kami dengan kemuliaanMU. Wahai Tuhan Kami, berkatilah blog ini & semua pembacanya. Sayangilah kami sebagai para pencintaMU. Ampunilah segala dosa kami & kasihanilah kepada kami. Sampaikanlah kami kepadaMU, Ya Allah.(3X). (dari Samaniyah Naqsabandiyah Group).
Thursday, 25 July 2013
Tuesday, 23 July 2013
JANGAN MENGHINA SAHABAT NABI YANG MULIA.
Pertama
sekali, saya hendak jelaskan kepada pembaca semua bahawa blog saya ini adalah
blog Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).
Saya
bermahzab Imam Syafie (feqah), bermahzab Imam Abu Hassan Asshaari (Tauhid)
& mengikut tarikat Samaniyah Naqsabandiyah (tasauf).
Saya,
ayah, ibu & nenek moyang saya ke atasnya semuanya ASWJ. Tidak ada
seorangpun yang menjadi Syiah atau berura-ura nak jadi Syiah atau “pecah liur”
nak jadi Syiah.
Kalau
anda berminat nak tahu pasal Syiah, maaf saya tak tau pasal mereka. Kalau anda
nak berdakwah kepada kami pasal Syiah, maaf saya tak minat.
BLOG
SATU UMAT
Tadi
saya membaca blog SATU UMAT dengan tajuknya sedikit panas. IRAN - Pertandingan yang Menghina Saiyidina
Umar
KETERANGAN GAMBAR DI ATAS : Kalau anda hendak tahu apa yang tertulis di sebelah gambar Khomeini itu, silakan anda pergi kepada laman web berikut, http://karyaorbitaku.files.wordpress.com/2011/07/khomeini.jpg
MARI KITA SAMBUNG SEMULA
Masya Allah, mana mungkin seorang sahabat Nabi yang mulia dicalitkan atau dibiarkan tercalit dengan debu penghinaan.
MARI KITA SAMBUNG SEMULA
Masya Allah, mana mungkin seorang sahabat Nabi yang mulia dicalitkan atau dibiarkan tercalit dengan debu penghinaan.
Apakah
mereka tidak menggunakan akal sewaktu merancang pertandingan itu? Atau tidakkah
mereka menggunakan akal takkala melihat adanya unsur-unsur penghinaan di dalamnya?
Saya
tak mahu mengulas panjang pasal perbezaan Syiah dan ASWJ. Bahkan saya percaya,
sampai bila-bilapun, perbezaan itu tidak akan bertemu titik akhirnya.
Saya
tetap berpegang kepada satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, “Semua
sahabatku adalah bagaikan bintang-bintang di langit, mana satu yang kamu ikut,
maka kamu akan selamat”.
Sahabat Rasulullah SAW dikatakan berjumlah 124,000
orang.. Daripadanya, 313 orang pejuang Badar dianggap istimewa. Daripadanya, 10
orang sahabat dianggap lebih istimewa kerana dijamin masuk shurga.
Dan daripadanya, ada 4 sahabat utama yang mesti diakui
keutamaannya. Dimulai dengan Syaidina Abu Bakar, Umar, Usman & Ali. Dua
yang pertama adalah mertua Rasulullah, manakala dua yang terakhir adalah
menantu Rasulullah.
Berikut adalah kisahnya yang berlaku di Iran. Irancell
(sebuah syarikat telefon milik kerajaan) meminta maaf kepada umat Islam
untuk pertandingan telefon selularnya kerana dilihat sebagai penghinaan kepada
salah seorang khalifah Muslim dan salah satu sahabat Nabi Muhammad, Syaidina
Umar bin al-Khattab.
BAGAIMANA IA BERLAKU?
Operator telefon selular
terbesar di Iran itu telah mengirimkan kepada para pelanggannya sebuah solaln
kuiz yang dianggap menyinggung umat Muslim, Demikian Daily Brief melaporkan
Isnin lalu.
Operator telekomunikasi
mengirimkan kuiz kepada pelanggannya: “Siapa hakim yang ditipu
Iblis sewaktu kekhalifahan (Imam Syiah pertama) Imam Ali?”
Dua pilihan jawaban yang
diberikan adalah: A) Sharih Qazi, hakim Muslim Sunni di kota Kufah, pada abad
pertama Islam. B) Umar bin al-Khattab, khalifah Islam kedua.
SOALAN YANG MENGHINA
Daripada 2 jawapan itu,
jelas sekali ia ditujukan kepada Syaidina Umar Al-Khatab. Nyata ia sebuah
soalan bermotofkan permainan psikologi yang mengandungi racun penghinaan.
Syiah barangkali lupa
bahawa Syaidina Ali itu hanyalah menantu kepada Nabi SAW, sedangkan Umar itu
pula bapa mertuanya.
Mereka juga barangkali
lupa bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “bahawa kalaulah ada lagi nabi sesudahku,
maka tentulah Umar orangnya”.
TANTANGAN MAULANA
ABDOLHAMID
Salah seorang Imam
Muslim (berfahaman ASWJ) di kota Zahedan, Maulana Abdolhamid Esma’ilzehi,
mengatakan bahawa Irancell “telah menghina salah satu tokoh terbesar
Islam,” menurut laman Iran Daily Brief.
Website bagi Jaksa
penuntut umum di Zahedan kemudiannya melaporkan tuduhan terhadap
Irancell,
Website itu melaporkan
bahawa perusahaan mobile itu tidak sedikitpun menyatakan permintaan maaf.
Sebaliknya hanya mengeluarkan pernyataan yang mengatakan: “Akan
berkomitmen untuk menghormati kesatuan umat Islam, kedekatan agama dan semua
agama Ilahi”
JUGA TIDAK MEMINTA MAAF
The Golden Key
Institute, penyelenggara pertandingan, juga tidak menyatakan permintaan maaf
dan hanya mengeluarkan pernyataan yang mengatakan bahawa “Umar bin al-Khattab tidak
hidup selama tempoh waktu yang disebutkan dalam pertanyaan, dan kerana itu
tidak boleh menjadi jawaban yang benar,” menurut laman tersebut.
Kami berpendapat
jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak Irancell dan Golden Key Institute
adalah jawapan tazkiyah yang cuba menyembunyikan kebencian mereka kepada Sunni.
Apapun jawapan mereka
dan sekuat manapun kebencian mereka kepada Sunni, kami telah melihat pembalasan-pembalasan
Tuhan terhadap mereka.
BALASAN SEGERA ATAS
DUNIA
Kami telah menlihat
ramai penghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri Nabi mengalami nasib malang
sewaktu sakaratulmaut.
Sungguh kasihan kepada
mereka. Sepatutnya dalam status kealiman, kezuhudan & kewarakan mereka
beragama (ditandai dengan berjubah dan berserban seperti alim rabbani), mereka sepatutnya mendapat penghormatan dan kemuliaan ketika mati. Sayangnya itu
tidak terjadi.
LAYARI INTERNET
Sila anda layari sendiri
youtube dan melihat bagaimana nasib mereka (para rabbani mereka) sewaktu
sakaratulmaut yang celupar mulutnya menghina para sahabat Nabi dan isteri-isteri
Nabi, terutama Aisyah.
Sesungguhnya Tuhan tidak
melihat jubah mereka, serban mereka dan hitam dahi mereka. Tetapi Tuhan melihat
kesucian hati mereka. Kekotoran jiwa dan luapan perasaan benci kepada para
sahabat Nabi yang mulia (dan isteri-isteri Nabi) sebenarnya menunjukkan sesuatu
yang tidak betul dalam Syiah.
PERBEZAAN SIKAP SYIAH
Sunni (ASWJ) berpandangan
Umar sebagai sosok yang sangat penting dalam sejarah Islam. Syiah,
bagaimanapun, sering menghina para sahabat Rasulullah SAW, khususnya Abu Bakar,
Umar, dan Usman, dan Syiah tidak melihat Umar sebagai pemimpin yang sah dari
umat Islam (negara Islam) dengan alasan bahwa Umar dan Abu Bakar berkonspirasi
untuk merebut kekuasaan dari Ali yang sangat dihormati dalam dunia Syiah.
BERJALAN DI LUAR GARISAN
Bagi saya, Syiah telah berjalan di luar
garisan lurus sehingga kakinya telah tersepak pelbagai objek. Malangnya, mereka
enggan menyedari kesilapan itu dan terus menyalahkan orang lain.
Fakta sejarah adalah sesuatu yang benar.
Al-Quran dan Hadis Nabi adalah sandaran kuat untuk kita berjalan dan membina sejarah di dalamnya.
Syiah telah melakukan sesuatu yang
sangat kotor dalam Islam dengan menghina para sahabat & para isteri nabi
yang suci. Dan mereka telah menerima hasilnya dari kekotoran hati dan mulut
mereka.
Tidak ada jalan selamat untuk mereka
kecuali bertaubat.
SELASA 23/7/13
Thursday, 18 July 2013
PERGOLAKAN MESIR (7) Semuanya Penuh Tipudaya.
Ini sebuah cerita
terbaru dari Mesir. Elok anda baca supaya anda tahu betapa beratnya perjuangan
dan betapa liciknya sebuah tipudaya.
Monday, 15 July 2013
SIAPA ALVIN TAN & SIAPA PULA VIVIAN LEE?
Saya sebenarnya
bercadang nak menulis pasal konflik Syria, tetapi tiba-tiba saya dikejutkan
dengan kisah penghinaan ke atas agama Islam oleh blogger Alvin Tan (nama
sebenar Tan Jye Yee, 25) dan pasangannya Vivian Lee, 24
Saturday, 13 July 2013
PERGOLAKAN MESIR (6) Kerja Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar.
PERGOLAKAN MESIR (6) Kerja
Gila Tentera Mesir & 13 Rahsia Besar. Peritiwa ngeri yang
berlaku minggu lepas, (Ahad, 6/7/2013) benar-benar mengejutkan saya. Tembakan
oleh tentera Mesir ke atas jemaah Ikhwanul Muslimin (IM) sewaktu solat Subuh
menunjukkan 13 perkara besar kepada saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)